Saturday, April 18, 2009

Iskandar : Demam


Saya sebenarnya sudah perasan dengan keadaan kesihatannya baru-baru ini. Mungkin keadaan cuaca yang sekejap panas sekejap sejuk. Saya memang perasan. Saya juga rasa bersalah kerana 'kurang care' dengan situasi itu. Bukan apa, bagi saya Iskandar gagah. Kalau sikit-sikit tu orang kata kacang je. Apa yang dia nak semua saya tunaikan. Aksesori kegemaran dia, Arsenal saya turuti (demand juga kekasih saya seorang ni).

Bertitik tolak dari kekurangperhatinan saya inilah menyebabkan Iskandar demam semalam. Saya berkocoh-kocoh nak ke Kursus Professionalisme Perguruan: Ke Arah Melahirkan Best Student (cikgu tu kena jadi best teacher dulu). Bila acu kunci ke badan Iskandar, hek hek hek..nak tergelak pun ada nada bunyi itu. heeeek heeeek heeek... tak hidup langsung. Sudah... Jam masih menunjukkan saya tidak perlu bergopoh. Baru 8.06 pagi. Terus saya calling-calling mana-mana kawan yang sudah mahu bergerak. Alhamdulillah. Ada juga hamba Allah yang sudi menumpangkan diri ini. Saya sempat berpesan kat Iskandar, "Rehat dulu ye.. nanti kita gi klinik". Kesian Iskandar.

Seusai sesi kursus perguruan, saya sambung dengan program Bicara Intelek, sesi petang. Katanya diwajibkan. Tetapi saya tengok dalam Audi macam kepupusan cikgu pulak. Penceramah yang datang tu bukan calang-calang, Prof. Datuk Dr. Humairah Samad Cheung, Pakar daripada Pusat Payudara UIAM Kuantan. Banyak input yang diperolehi semalam. Hampir 10 juta manusia di seluruh dunia mengidap kanser. Dan daripada jumlah tersebut sebanyak 1.2 juta adalah pengidap kanser payudara. Ini bermakna dianggarkan lebih daripada 10% daripada penduduk dunia mengidap kanser payudara. Jadi, chances atau peluang bagi wanita mengidapnya adalah agak tinggi. Di Malaysia, dilaporkan sebanyak 4000 rakyat Malaysia yang mengidap kanser setiap tahun. Pendedahan oleh Dr. Humairah membuatkan kami, audien terasa 'sedar' akan bahaya penyakit ini. Kanser payudara ini bukan sahaja merebak dikalangan wanita bahkan juga lelaki. Kami dipaparkan dengan slide-slide pesakit kanser. Ditunjuk dengan jelas bentuk-bentuk kanser di payudara.Kecenderungan penyakit ini adalah 1:1.3 bagi nisbah lelaki dan perempuan. Dilaporkan bahawa pada 2003, sebanyak 3788 kes berkait dengan kanser didiagnosis dikalangan wanita. Apa yang menarik perhatian saya adalah, kaum Cina adalah mempunyai nisbah yang paling tinggi didiagnosis kanser berbanding India dan Melayu. Keseluruhan bernisbah 1: 19, iaitu setiap 19 orang dianggarkan seorang akan menghidapi kanser. Kanser tidak sakit, tetapi ia adalah sejenis penyakit 'silent killer'. Apabila dikesan ia akan merebak dengan cepat.

Namun dengan kecanggihan serta keperihatinan pihak-pihak tertentu, terdapat beberapa cara perubatan seperti Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP), Memografi, Scan ultrasound dan beberapa lagi. Semasa majlis semalam, terdapat tiga orang survival pengidap kanser payudara bersama-sama kami berkongsi pengalaman mereka ketika di awal peringkat apabila diketahui mereka didiagnosis kanser payudara. Dr. Humairah juga menyebut bahawa sehingga kini masih belum jelas apakah penyebab utama kanser payudara. Namun risiko yang berkaitan dengan gaya hidup yang bebas seperti merokok, minum alkohol, cara pemakanan seperti diet yang berlemak tinggi, faktor alam sekitar sekarang ini yang terlalu tercemar, faktor keturunan (baka: BRCA1;BRCA2), kegemukan (stress, exercise) dan HRT (hormon after menopause..

Alfun syukran buat Keb kerna sudi mendatangkan diri berusah payah mengambil saya di sekolah. Keb seorang yang sangat baik hatinya. Tidak sanggup melihat kawannya dalam kesusahan. Dan dia juga rindukan Jojo, sebetulnya memang dia patut datang tuntut Jojo. Keb sempat menyelia (seperti supervisor) Iskandar, sambil melihat-lihat 'body' Iskandar. Keb tanya saya, pakai bateri basah ke kering?. Saya jawab, "bateri ada basah kering ke? Ntah (gaya orang yang sangat dangkal ilmu). Keb balas, "ape pun tak tau, kena kawen la". Saya termangu-mangu. Apa kaitan kahwin dengan Iskandar?? Semasa itu, Keb sempat memberi syarahan pendek tentang enjin kereta specialize dalam bateri kereta. (Jangan lupa beri lagi ceramah umum ye..) Rasa macam tengah ikuti ceramah JPJ dan PUSPAKOM. Sambil tengok-tengok enjin. Malu Iskandar. hehe

Petang yang sekelumit itu saya bersama dia dan diikuti Nani ke Balakong. Bersua setelah lama Keb dan Nani tidak ketemu. Banyak cerita ceriti diborakkan di Rendang Opah, termasuk menanyakan ke mana Opah yang selalu kami bertandang tetapi Opah tidak muncul-muncul..ke mana lah Opah ni..

Kembali ke tajuk cerita saya, pepagi lagi saya sudah 'menerjunkan' diri di kolam.Kali ini saya, saya didatangi dengan pelajar baru. Kak Dhiah namanya. Saya ajarnya membuat bubble dan floating. Usai membuat penerjunan, pengajaran dan style-style kegemaran saya naik untuk bersiap bagi memenuhi kehendak Iskandar.

Sesampai dirumah saya terus saya hubungi Mr. Chin Car, saya minta dia hantarkan 'doktor' sesegera mungkin. Secepatnya mungkin. Mana mungkin datang segera kerna waktu sekarang sudahpun 1110. Bila nak sampai la.... Kesian Is... Sabar ya...


1111
citcat dengan ummu 'eiz.
"tentang tahap cipan"

2 comments:

ummuizz said...

aik...bila nak lawatan ke zoo? hehe....

fiezarmy said...

erhem.. Insya Allah, kita dalam kerangka membuat kertas kerja cadangan antarabangsa untuk lawatan ini. Tapi saya tengah berusaha penuh untuk membuat lawatan ke Safari di Africa. Dan Ummu Eiz dijemput menjadi salah seorang AJK Logistik ye...

Softening Brush

 Bismillah. The hectic week has just begun, and I need to slot in my packed time, even 5 minutes, to sharpen my art skill of sketching up an...