Sunday, April 26, 2009

menuju ke utara



Agenda I

Hari selasa lepas, saya berjaya mendapatkan dua buah buku yang dicari-cari. Saifulislam tiada di booth semasa kehadiran saya, dan Faisal Tehrani ada di booth semasa saya membeli Tunggu Teduh Dulu. Seronok. Dapat disaat-saat masa kecederaan. Masa hanya tinggal 10 minit sebelum van publisher datang menjemput saya sempat mencapai buku tersebut dan berbasa-basi dengan FT.

Agenda II

Rabu lepas, untuk sesi promosi sekolah di Sepang diberikan kepada Kak Lin, Kak Ain dan Kak Muna. Alhamdulillah, perjalanan promosi berjalan baik namun perlu ada pembaikansemula dari sudut 'bunting' sekolah. Tidak terlalu crowded dengan tulisan menyebabkan pengunjung berasa gerun untuk menyinggah.

Agenda III

Tarikh akhir penyerahan dokumentasi ISO dapat disiapkan dengan jayanya, walau banyak halangan dan cabaran semasa detik-detik pengumpulan semua dokumen-dokumen P&P. Saya sedikit menarik nafas lega.

Agenda IV

Program CSR anjuran FPM berjalan lancar semalam dan berakhir hari ini. Slot untuk saya juga berlangsung dengan sambutan yang agak memberansangkan. Tapi saya tahu team Shumi pasti kepenatan untuk bekerja esok. Monday blues... Tak pa nilai masa dan kerja kalian sangat dihargai. Moga-moga dapat CTR.

Agenda V

Esok, saya akan menuju ke utara iaitu BM, Penang untuk lawatan pelajar latihan industri. Menusuri PLUS Highway dengan tabah. Insya Allah. Lusa selepas habis temujanji tersebut saya akan langsung ke negeri Perlis nan damai lagi permai...syok nya...


2320
Pemangkin Tradisi Ilmu

Saturday, April 18, 2009

Nilai Sebuah Komitmen


Saya rasa malam ini agak panas, mungkin dua hari ini tidak hujan. Memang panas, ini menjadikan alasan penuh buat saya untuk terjun esok pagi. Terjun lagi...

Sebenarnya saya baru pulang dari sekolah saya. Malam ini ada program motivasi untuk pelajar Sek. Men. Agama Khiriah, Mersing Johor Darul Takzim. Anjuran Jabatan Korporat sekolah saya. Bagi mewakili fakulti, Kak Suhaila Nadzri telah bersetuju untuk menjadi penceramah pada malam ini. Makluman telah saya buat dari minggu lepas. Alhamdulillah atas kesudiannya meluangkan waktu untuk bersama anak-anak pelajar sekolah dari Mersing ini. Saya? Kenapa saya di situ ya? Bukankah sudah ada penceramah.. Ya, saya adalah "supporter" Kak Su. hehe... Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul. Saya pengiring penceramah.

Seusai solat Isya', saya bergergas (sokmo macam tu)ke sekolah saya. Sms Kak Su menunjukkan dia lebih awal tiba di tempat kejadian. Saya bimbang akan dia. Saya berharap dia bersabar. Sebelum ini, saya bukanlah kenal sangat dengannya. Mungkin dengan sebab adanya program ini, saya lebih mengenali siapa Kak Sue dengan lebih dekat. Setibanya di Jalan Hidayah, Iskandar saya letakkan berhadapan dengan cafe fakulti saya.

Mata mula melilau-lilau,

"Mana Akak ni?", hati mula berbicara.

Terus Nokia Prisma 7500 saya capai, mendail nama Kak Su.

"Akak..akak kat mane?", saya memulakan bicara dengan loghat Perlis campur KL (jadi PerKuL).

"Akak tengah kat depan ni, program kat mana?", Kak Sue membalas.

"Okey..pza kat depan Masjid al-Azhar ni", saya membalas.

"Akak ke sana, pza tunggu situ", Kak Su membalas lagi.

Bacaan ayat "lau anzalna..ila akhir" jelas kedengaran kerna saya memang berdiri bertentangan dengan pintu utama masjid.

Ntah dari celah mana, Kak Sue muncul. Dia menjelaskan bahawa dia meletakkan keretanya dihadapan tempat parkir di Bulatan Antarabangsa.

"Jauh juga ke sini, tak pa kak, nanti balik pza hantar akak ke depan sana. La baik kita gi cari Kuliah" saya berkata.

Tempat program berubah dari Dewan Kuliah ke Bilik Santapan VIP. Nak makan ka apa... Saya dan Kak Su mencari. Akhirnya, kami jumpa tersorot antara lorong-lorong yang tidak gelap. Berpeluh juga kami. Terlihat seseorang yang gaya-gaya ustaz tengah memberi tazkirah. Tatkala lelaki itu keluar, kami memanggilnya ustaz.

"Ustaz mengajar ke?, saya bertanya.

"Saya mengajar, belajar dan juga pelajar sini", dia membalas.

"Oooo.." saya dan Kak Su serentak memberikan irama seia dan senada.

Dia masuk semula ke bilik tersebut. Kami berpandangan. Tersenyum.

"Bergaya ustaz kan..,"kata Kak Su.

"Hehe.." saya membalas tanda setuju.

Setiap program pasti ada kekurangan dan kelebihan. Kami dimaklumkan kemungkin ceramah agak lambat sedikit, berikutan LCD tengah dalam usaha pencarian. Kak Su dan saya dijemput masuk. Kami memulakan acara ringan-ringan mulut dan memecahkan ais (ice breaking), takut terkejut budak-budak. Berdasarkan pengamatan kami, pelajar sekolah agama dalam program ini mereka hanya nampak prospek mereka hanya lah layak ke Mesir, Jordan, Madinah dan pengajian-pengajian agama sahaja.

Inilah peluang bagi kami membuka minda mereka, langkah mereka agar melangkah lebih jauh. Dengan tajuk Propek Kerjaya Graduan FPM, sedikit sebanyak berjaya telah membuka minda mereka agar tidak hanya dalam satu bidang sahaja. Sebabnya most of them only focus to further their study for STAM after seating SPM. Jadi dengan tajuk ceramah yang Kak Su sampaikan sedikit sebanyak telah membuka minda mereka.

Sesi Q&A juga agak rancak kerna dengan penyampaian santai membuatkan mereka ringan mulut untuk bertanya. Banyak persoalan mereka tanya kepada kami. Alhamdulillah ada juga sumbangan saya semasa di situ. Sehinggakan organizer terpaksa memberi warning note tinggal 7 minit masa kecemasan. Saya betul-betul berharap mereka tidak statik dengan pemikiran yang lama tetapi lebih fleksibel untuk perubahan selepas SPM nanti, Insya Allah.

Usai majlis tersebut, saya menghantar Kak Su ke tempat parkir. Saya bertanya-tanya tentang dimana dia tinggal dan sebagainya. Saya merasa kagum dengan dia, dengan rumah yang jauh di Mantin, travel ke sekolah ini. Anak dan suami ditinggalkan demi sebuah kesedaran anak-anak Melayu. Dengan perbualan tersebut saya sangat berharap dia dipermudahkan segala urusannya dunia dan akhirat kerana berkorban masa bersama anak dan suami untuk program ini. Serta masa perjalanan pulang ke rumah sedang masa ketika itu sudah menunjukkan 11 malam. Inilah nilai sebuah komitmen yang saya sangat patut contohi.

"Maksud terbaik hanyalah bersesuaian dengan kita, terbaik itu hanya untuk kita tetapi tidak semestinya terbaik untuk orang lain. Hargai apa yang ada. Kerna itulah yang terbaik buat kita."

0019
antara dua, pilihlah yang terbaik

Iskandar : Demam


Saya sebenarnya sudah perasan dengan keadaan kesihatannya baru-baru ini. Mungkin keadaan cuaca yang sekejap panas sekejap sejuk. Saya memang perasan. Saya juga rasa bersalah kerana 'kurang care' dengan situasi itu. Bukan apa, bagi saya Iskandar gagah. Kalau sikit-sikit tu orang kata kacang je. Apa yang dia nak semua saya tunaikan. Aksesori kegemaran dia, Arsenal saya turuti (demand juga kekasih saya seorang ni).

Bertitik tolak dari kekurangperhatinan saya inilah menyebabkan Iskandar demam semalam. Saya berkocoh-kocoh nak ke Kursus Professionalisme Perguruan: Ke Arah Melahirkan Best Student (cikgu tu kena jadi best teacher dulu). Bila acu kunci ke badan Iskandar, hek hek hek..nak tergelak pun ada nada bunyi itu. heeeek heeeek heeek... tak hidup langsung. Sudah... Jam masih menunjukkan saya tidak perlu bergopoh. Baru 8.06 pagi. Terus saya calling-calling mana-mana kawan yang sudah mahu bergerak. Alhamdulillah. Ada juga hamba Allah yang sudi menumpangkan diri ini. Saya sempat berpesan kat Iskandar, "Rehat dulu ye.. nanti kita gi klinik". Kesian Iskandar.

Seusai sesi kursus perguruan, saya sambung dengan program Bicara Intelek, sesi petang. Katanya diwajibkan. Tetapi saya tengok dalam Audi macam kepupusan cikgu pulak. Penceramah yang datang tu bukan calang-calang, Prof. Datuk Dr. Humairah Samad Cheung, Pakar daripada Pusat Payudara UIAM Kuantan. Banyak input yang diperolehi semalam. Hampir 10 juta manusia di seluruh dunia mengidap kanser. Dan daripada jumlah tersebut sebanyak 1.2 juta adalah pengidap kanser payudara. Ini bermakna dianggarkan lebih daripada 10% daripada penduduk dunia mengidap kanser payudara. Jadi, chances atau peluang bagi wanita mengidapnya adalah agak tinggi. Di Malaysia, dilaporkan sebanyak 4000 rakyat Malaysia yang mengidap kanser setiap tahun. Pendedahan oleh Dr. Humairah membuatkan kami, audien terasa 'sedar' akan bahaya penyakit ini. Kanser payudara ini bukan sahaja merebak dikalangan wanita bahkan juga lelaki. Kami dipaparkan dengan slide-slide pesakit kanser. Ditunjuk dengan jelas bentuk-bentuk kanser di payudara.Kecenderungan penyakit ini adalah 1:1.3 bagi nisbah lelaki dan perempuan. Dilaporkan bahawa pada 2003, sebanyak 3788 kes berkait dengan kanser didiagnosis dikalangan wanita. Apa yang menarik perhatian saya adalah, kaum Cina adalah mempunyai nisbah yang paling tinggi didiagnosis kanser berbanding India dan Melayu. Keseluruhan bernisbah 1: 19, iaitu setiap 19 orang dianggarkan seorang akan menghidapi kanser. Kanser tidak sakit, tetapi ia adalah sejenis penyakit 'silent killer'. Apabila dikesan ia akan merebak dengan cepat.

Namun dengan kecanggihan serta keperihatinan pihak-pihak tertentu, terdapat beberapa cara perubatan seperti Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP), Memografi, Scan ultrasound dan beberapa lagi. Semasa majlis semalam, terdapat tiga orang survival pengidap kanser payudara bersama-sama kami berkongsi pengalaman mereka ketika di awal peringkat apabila diketahui mereka didiagnosis kanser payudara. Dr. Humairah juga menyebut bahawa sehingga kini masih belum jelas apakah penyebab utama kanser payudara. Namun risiko yang berkaitan dengan gaya hidup yang bebas seperti merokok, minum alkohol, cara pemakanan seperti diet yang berlemak tinggi, faktor alam sekitar sekarang ini yang terlalu tercemar, faktor keturunan (baka: BRCA1;BRCA2), kegemukan (stress, exercise) dan HRT (hormon after menopause..

Alfun syukran buat Keb kerna sudi mendatangkan diri berusah payah mengambil saya di sekolah. Keb seorang yang sangat baik hatinya. Tidak sanggup melihat kawannya dalam kesusahan. Dan dia juga rindukan Jojo, sebetulnya memang dia patut datang tuntut Jojo. Keb sempat menyelia (seperti supervisor) Iskandar, sambil melihat-lihat 'body' Iskandar. Keb tanya saya, pakai bateri basah ke kering?. Saya jawab, "bateri ada basah kering ke? Ntah (gaya orang yang sangat dangkal ilmu). Keb balas, "ape pun tak tau, kena kawen la". Saya termangu-mangu. Apa kaitan kahwin dengan Iskandar?? Semasa itu, Keb sempat memberi syarahan pendek tentang enjin kereta specialize dalam bateri kereta. (Jangan lupa beri lagi ceramah umum ye..) Rasa macam tengah ikuti ceramah JPJ dan PUSPAKOM. Sambil tengok-tengok enjin. Malu Iskandar. hehe

Petang yang sekelumit itu saya bersama dia dan diikuti Nani ke Balakong. Bersua setelah lama Keb dan Nani tidak ketemu. Banyak cerita ceriti diborakkan di Rendang Opah, termasuk menanyakan ke mana Opah yang selalu kami bertandang tetapi Opah tidak muncul-muncul..ke mana lah Opah ni..

Kembali ke tajuk cerita saya, pepagi lagi saya sudah 'menerjunkan' diri di kolam.Kali ini saya, saya didatangi dengan pelajar baru. Kak Dhiah namanya. Saya ajarnya membuat bubble dan floating. Usai membuat penerjunan, pengajaran dan style-style kegemaran saya naik untuk bersiap bagi memenuhi kehendak Iskandar.

Sesampai dirumah saya terus saya hubungi Mr. Chin Car, saya minta dia hantarkan 'doktor' sesegera mungkin. Secepatnya mungkin. Mana mungkin datang segera kerna waktu sekarang sudahpun 1110. Bila nak sampai la.... Kesian Is... Sabar ya...


1111
citcat dengan ummu 'eiz.
"tentang tahap cipan"

Friday, April 17, 2009

Cari Buku

Nasib baik kawan saya mengingatkan saya, hari ini hari Jumaat. Kalau tak pagi ini mungkin tak ada di Auditorium dah, kemungkinan besar saya dah terjun. Memang ingat betul-betul hari ni hari Sabtu (agaknya rayan nak terjun).

Hari ini telahpun bermula Kuala Lumpur International Book Fair. Saya memang sangat-sangat nak pergi. Secara rasminya saya akan mewakili Department of Economics untuk buat selection buku. Setidak rasminya, masih bermain-main diminda pada ini. Bila ya? Minggu depan jadual sangat padat. Ntah ada ntah tidak, kesempatan saya secara bebas ke sana.

Antara buku yang hendak dicari;

1) Faisal Tehrani, Tunggu Teduh Dulu
2) Saifulislam, Rindu Bau Pohon Tin (pelancaran tak pasti bila)

***

1323
2302 x and r

Thursday, April 16, 2009

one second to thanks


Special thanks to Sr. Muna, Sr. Has and all my team members for the excellent contribution today. They had done good tasks. Only Allah will give the best reward to all of you, because I would have no best thing to replace your precious time and energy to make those entire things true. Really pray He will help in every single time of your difficult time to be easier and smoother as well as give all of you a lot of prosperity throughout life.

Also credit to my students Akram, Rosdi and several of them, who are always be on time when I really need their helps. My prayers are always there for them.

Without imagination our dreams can not come true. Only one second to thanks and appreciate them but the whole life I’d remember their helps to me.

0108
National Geographic: The She-King of Egypt

Sunday, April 12, 2009

Sisipan Ilmu

Tatapan buat semua sahabat, saya ingin lampirkan sedikit input yang diperolehi di Majlis Ilmu bersama Prof. Dr. Ali Jumu’ah, Mufti Mesir.



Beliau telah memetik satu hadith yang menjelaskan bahawa apabila Rasulullah s.a.w melintasi suatu majlis ilmu, Nabi Muhammad s.a.w bersabda bahawa majlis itu baik. Dan ada juga majlis berzikir dan Nabi Muhammad s.a.w juga bersabda ini majlis yang baik.

Rahmah

Apa sahaja hubungan kita dengan alam sekeliling kita adalah kerana Rasulullah, beriman dengan kerasulan Nabi iaitu hamba yang diutuskan oleh Allah untuk seluruh alam. Namun apabila kita perhatikan, terdapat juga manusia yang tidak beriman kepada Allah. Akan tetapi, Rasul diperintahkan untuk membawa rahmat kepada yang beriman dan tidak beriman. Rahmah yang diberikan oleh Allah kepada Rasul adalah untuk semua daripada hamba-hamba yang beriman sehinggalah hamba yang tidak beriman dari dulu sehinggalah ke hari akhirat.

Adapun umat Nabi Muhammad terbahagi kepada dua, pertama adalah ummatul ijabah yang bermaksud diberi nikmat iman dan yang kedua ummatul dakwah yang bermaksud perlu disampaikan dakwah Nabi Muhammad s.a.w. Para ulama sangat mempersepakati bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah rahmah kepada alam semesta. Di dalam setiap pengajaran atau majlis-majlis ilmu ia disebut hadith ul rahmah.

Baginda juga bersabda bahawa orang yang mengasihi, yang memberi rahmah akan dikasihi oleh Yang Memberi Rahmat (betulkan saya sekiranya salah). Baginda juga bersabda bahawa barangsiapa yang mengasihi semua di atas muka bumi ini, maka dia akan dikasihi diseluruh muka bumi ini.

Semasa di dalam majlis tersebut, kami diijazahkan sanad. Dan kami menerima.

Apabila ditanya apakah dalil yang menunjukkan Nabi Muhammad itu benar? Apakah baginda sememangnya Rasul yang disebutkan? Jawapan bagi persoalan-persoalan itu dihuraikan dengan terperinci oleh Dr. Ali.

Dalil Pertama : Al-Quran

Diperjelaskan bahawa kebenaran Nabi Muhammad s.a.w bahawa baginda diutuskan bersama-sama dengan kitab suci Al-Quran al-Karim. Yang mana sehingga ke hari ini, kitab suci al-Quran tidak mampu diubah oleh sesiapa sahaja di muka bumi ini. Berbeza dengan kitab yang diturunkan kepada kaum Yahudi dan Nasara. Kitab-kitab untuk kaum tersebut diubah diolah sehingga lari daripada isi maksud sebenar kitab. Nabi Muhammad s.a.w telah meninggalkan kita dua PUSAKA penting;

1) Al-Quran
2) Keluarga baginda

Setelah Nabi Muhammad dijemput Allah, al-Quran masih lagi tetap dari sudut kandung ketika mana sebelum kewafatan baginda sehingga lah ke hari ini. Bila dilihat tentang senario ini, adakah ada kuasa lain yang berhak menjaga al-Quran jika tidak hanya Allah semata-mata. Yang dipelihara dari segala tokok tambah dan pengubahsuaian mahupun pemalsuan. Tiada siapa yang dapat menjaga keaslian al-Quran melainkan Allah. ”Inna nahnu zikra wainna lahu la haafizuun”. Inilah bukti yang sangat jelas bahawa Nabi Muhammad itu benar.

Dalil Kedua : Kemuliaan Keluarga Baginda

Kita ketahui bahawa baginda mempunyai ramai anak. Siti Zainab, Siti Ruqaiya, Ummi Kathum yang meninggal dunia ketika mana dalam kehidupan baginda. Siti Zainab meninggalkan Umaimah namun tiada keturunan. Hanya Saidatina Siti Fatimah yang melahirkan Hassan dan Hussin. Anak-anak Hassan juga ramai yang meninggal dunia kecuali Zaid al-Abbaas manakala Hussin meninggalkan Ali Zainal Abidin. Sesungguhnya Allah berkuasa menjadikan semua zuriat daripada Rasulullah. Walaubagaimanapun, daripda Hussin dan Hassan terbentuk satu keturunan yang panjang sehingga menjangkau 40 juta zuriat Nabi Muhammad s.a.w di seluruh dunia. Merujuk surah al-Kauthar, inna ’a’thai na kal kauthar (kauthar merujuk kepada keturunan yang banyak). Terdapat pendapat mendakwa dengan bahawa baginda tiada keturunan. Namun diperlihatkan bahawa Allah telah memberkati keturunan Nabi Muhammad s.a.w yang bercambah banyak yang mana baginda sendiri tidak mampu untuk menjaga zuriat keturunan. Hanya Allah yang layak menjaga zuriat baginda sehingga hari kiamat.

Dalil Ketiga : Nama Muhammad

Allah mengangkat nama Muhammad iaitu ketika mana sewaktu azan. Setiap hari lima kali azan akan dilaungkan pada minit yang berbeza-beza yang mana ”asyhadu anna muhammadan rasulullah” diulang sebanyak dua kali menjadikan ianya 10 kali diulang pada setiap hari. Selain itu, melebihi 100 juta ummat manusia yang diberikan nama Muhammad. Itu belum lagi nama-nama seperti Ahmad, Mahmud, Hamid dan nama-nama yang diyakini seperti Taha, Yasiin dan sebagainya. Apabila dikira dan dikumpul nama-nama tersebut tidak terhitung banyaknya nama-nama tersebut. Siapakah yang mengangkat nama baginda?Adakah baginda sendiri yang mengangkat nama-nama baginda? Jika tidak Allah siapa lagi yang selayak-layaknya. Inilah kekuasaan Allah dan bukti bahawa Nabi Muhammad s.a.w itu adalah didatangkan daripada Allah. Dan Allah jualah yang berhak menggangkat darjat Rasul kita yang dikasihi Allah itu.

Dalil Keempat : Jasad Baginda

Allah memelihara jasad baginda sehingga ke hari kiamat. Tidak seperti Raja-raja Rom, Parsi dan sebagainya yang dikatakan bagus akhirnya mereput dimakan ulat di dalam tanah. Sehingga dipelihara jasad Rasul apabila wafatnya baginda dimakamkan berhampiran dengan masjidil nabawi. Tiada nabi yang dijaga makam mereka seperti mana makam Nabi Muhammad s.a.w. (saya sangat-sangat rindukan saat ketika menziarahi makam Rasulullah, saya seolah-olah terasa akan baginda berada di dalam masjidil nabawi, hati terlalu rindu. Rindu untuk bertandang lagi ke kota Madeena). Dilihat kepada kubur Nabi Nuh, Nabi Musa yang tidak diketahui dimana tempatnya. Yang mana kita lihat Yahudi setiap inci cuba mencerobohi Palestin untuk mencari kubur Nabi Musa. Pernah diceritakan baginda s.a.w bahawa baginda pernah melihat Nabi Musa sedang bersolat didalam kuburnya.

Setelah kewafatan Nabi Muhammad, setiap manusia akan berselawat ke atas baginda, menziarahi makam baginda. Siapakah yang boleh menjaga makam baginda? Hal ini semuanya daripada Allah.

Dalil Kelima: Bukan Berhala

Barangsiapa yang mendapat petunjuk Allah maka dapatlah petunjuk itu begitulah sebaliknya. Doa Nabi Muhammad kepada Allah yang bermaksud, ”Ya Allah jangan jadikan aku berhala yang disembah, jangan jadikan kuburku berhala yang disembah”.

Apa yang kita lihat sepanjang zaman, tiada sesiapa pun yang menyembah kubur baginda. Namun apa yang dilihat adalah berlaku penyembahan terhadap Saidina Ali dan mereka itu adalah orang-orang yang sesat. Golongan Fatimiyun menyembah golongan raja-raja dahulu yang mana mereka adalah terdiri daripada umat Muhammad, golongan Bahariyun. Namun tiada satu pun yang menyembah Muhammad s.a.w.

Sepertimana Uzair dikatakan anak kepada Allah dikalangan kaum Yahudi, Isa juga dikatakan anak Allah oleh kaum Nasrani. Namun tiada siapa yang mengatakan Nabi Muhammad s.a.w itu anak Tuhan. Inilah diberikan kekuatan daripada Allah.

Pesanan Akhir Dr. Ali

*Sentiasalah lidah kamu basah dengan zikir kepada Allah.
*Jadi diri kamu sentiasa istiqaamah
*Cintailah Muhammad s.a.w
*Ajarkan anak-anak kamu dengan menyintai Nabi Muhammad s.a.w

*Mohon maaf atas kekurangan.

2328
Mineral water and lamp

Terlalu Rindu

“Ya Nabi Salamualaika..Ya Rasul Salamualaika..
Ya Habibi Salamualaika..Solawatullah ’alaika..”


Himpunan suara-suara yang cintakan Muhammad telah bersatu
Hati-hati yang rindukan Kekasih Allah telah bertemu
Jiwa-jiwa yang dahagakan kasih Kekasih Allah telah bertandang
Kami rindukanmu Ya Habibullah

Payah dilakar dengan kata-kata
Sukar disampai dengan bicara
Simpulan rasa itu menjadi kian rumit
Hati itu tersimpul dalam rasa yang terlalu rindu

Juraian airmata dipipi terasa laju mengalir
Selebat hujan membasahi rumah Allah ketika itu
Hati terlalu sayu dan sebak kerana terlalu rindu
Jiwa rindu terasa gundah tatkala namamu dilantunkan..

Syafaatkan kami wahai kekasih Allah...
Panggilkan kami di Hari Pertimbangan..
Jangan biarkan kami ya Rasulullah..
Kami senantiasa ingin beriringan denganmu..



0120
Terlalu rindu
National Mosque

Saturday, April 11, 2009

4 in 1

Jumaat pagi

Saya bukan ahli Lajnah itu. Tetapi saya adalah salah seorang pemberi khidmat untuk lajnah itu. Lajnah itu semakin pesat menuju arus perdana. Dengan jualan-jualan tambahan untuk menambah pendapatan Lajnah yang kecil itu. Bendahari Lajnah memang bersungguh-sungguh orangnya dalam mengimplementasikan dasar-dasar serta polisi Lajnah. Saya memang kagum dengan Bendahari Lajnah. Sangat terbuka dalam mendapatkan pandangan ahli-ahli untuk membangun Lajnah itu. Ada juga saya terfikir mungkin Lajnah itu silap-silap haribulan boleh buka Mini Mart. Macam Metamorfth. Ambitious nya saya. Mungkin. Saya kata mungkin. Mungkin juga tidak, atau boleh buka kedai runcit Melah ’Alam seperti di kampung saya pun sudah dikira okey. Hmm..kedai Melah itu ada dijual bihun sup sedap. Teringat zaman kecil dolu, sehabis kelas fardhu ain, saya dengan berbasikal akan melewati jambatan Sungai Santan, dan singgah makan bihun sup di kedai Melah ’Alam. Ya lah, rumah saya di hilir kampung. Kelas fardhu ain di hulu kampung. Kelas fardhu ain dikendalikan oleh jemaah qariah Santan. Terasa seronok zaman itu..

Jumaat selepas Zohor

Kembali kepada tajuk cerita, berbekalkan sumbangan duit Lajnah dan hasil jualan kecil-kecilan itu, pihak majlis tertinggi Lajnah telah menganjurkan Tournament Bowling. Maka selepas solat jumaat, Tournament Bowling bermula lebih kurang 3.30 petang di Metro Point Kajang. Memang best. Saya yang memang tidak tahu main pun rasa seronok, release sebab main baling saja. Dapat juga strike sekali dua. Namun dalam tournament itu saya tidak dapat meneruskan sehingga habis sebab saya terpaksa begergas ke BSP untuk majlis malam. Apa pun ianya satu aktiviti merapatkan ukhwah sesama kakitangan serta boleh terhibur dengan telatah orang-orang yang tidak tahu main macam saya. Bola masuk longkang pun boleh tahan. Pada mulanya cara nak pegang pun saya tak tahu. Tapi tournament petang semalam sangat menghiburkan.

Jumaat hampir Maghrib

Setiba dirumah hujan agak renyai-renyai bahasa. Saya terus menunaikan solat Asar. Kemudian berehat seketika. Tangan terasa lenguh mengangkat bola tadi. 6.45pm saya bergerak ke blok L, jemput Nani dan kawan serumahnya, kemudian bergerak ke Masjid Al Falah. Kami menghadiri Majlis Ilmu, tetamu istimewa dalam majlis tersebut adalah Prof. Dr. Ali Jamaah, Mufti Mesir. Banyak input dan manfaat diperolehi semasa dalam majlis tersebut. Majlis berakhir 10.30 malam.

Sabtu selepas Syuruk

Saya tertanya-tanya dengan program pagi. Sebab tiada confirmation oleh Kak Muna dan Kak Zi. Meringankan jari saya menaip sms. Kak Zi merespon bahawa program pagi ini jadi. Lebih kurang 7.45am saya tunggu Kak Zi di tepi kolam. Sayup-sayup nampak kelibat Kak Zi melambai saya. “Apa lagi kak”, saya memulakan bicara. “Jom”, Kak Zi membalas. Setelah sekian lama hasrat disimpan, pagi ini menjadi nyata. Tak sangka Kak Muna turut datang dengan anak-anaknya Hazim dan Hazwan. Maka meriah lah kami dipagi hari Sabtu ini. Bibik Kak Muna mengawal Hazim dan Hazwan di tempat kanak-kanak. Kami di bahagian dewasa… Splasshhhhhh!!!

Sabtu sebelum Asar

Saya sekali lagi akan bersama Nani ke Masjid Negara untuk program Sambutan Maulid dan Haul Syeikh Abdul Qadir Jailani.

RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: "Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan itu) dan janganlah engkau menjadi daripada golongan kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa." (Hadis riwayat al-Bazzar)

1234
Splash and Sleepy

Lajnah + Bowling + Jilsah + Swimming

Thursday, April 9, 2009

Sehari Berbengkel

Setiba saya di Auditorium kolej, keadaan lengang. “Ada ka tak dak program ni”, bisik hati saya.

Ada dua tiga orang pengajar yang duduk-duduk di foyer Galeri. “Oo..ada minum pagi rupanya’, detik saya lagi. Saya menuju ke salah seorang teman sekerja, Surianom sedang enak menikmati makan pagi. “Awat hang lambat ha..?”, katanya. Saya cuma tersenyum. “Lambat ka?” detik hati. “Kat mana pendaftaran ni?”, keadaan menjadi kalam kabut, sebab saya dikatakan lambat. ”Kat main entrance Audi”, dia membalas. ”Okey, thanks akak”, balas saya.

Di depan Auditorium terdapat dua meja pendaftaran untuk peserta lelaki dan peserta perempuan. Terdapat dua tiga orang peserta beratur mendaftar diri. Saya juga tidak terkecuali. Saya juga mendaftarkan untuk kawan saya yang dipesannya semasa saya singgah ke biliknya sebelum bergegas ke Auditorium.

“Sangat berbaloi. Yuran sepuluh ringgit. Dapat beg, dua kertas kerja, sebuah buku, CD dan air mineral”, saya mula mencongak-congak. Sejurus menandatangan kehadiran, saya dijemput untuk menikmati hidangan pagi. “Oo..patutlah, ikut pintu belakang tadi”, hati saya berkata-kata.

Saya lihat teman sekerja saya masih ditempat tadi bersama dengan seorang lagi Kak Norziah. Banyak juga makanan pagi ni. “Hang makan banyak-banyak na, sat lagi non-stop tau. Sampai tengah hari baru nak buleh makan pulak”, kata Surianom. “Ya ka Kak?”, balas saya. ”Pi makan cepat, akak dah makan dah”, katanya lagi. ”Okek..”saya balas sambil menuju ke tempat makan. Karipap, seri muka, mee goreng dan lagsania ala Bangi Lama turut dihidangkan. ”Banyaknya makanan, mau lena dalam bengkel sat lagi”, desis hati ini.

Setelah menikmati rezeki di pagi hari, saya dan Surianom bergerak ke dalam Auditorium. Kami melihat jam ditangan. ”Acu akak tengok jam pukul berapa sekarang?, saya bersuara. ”Kat pukul 9 dah...Biasalah...”, Surianom membalas. Kami berdua sama-sama tersengih sambil masuk Auditorium. Asal tempat dipilih agak tengah dan belakang saya mengajak Surianom dan Norziah ke barisan yang agak hadapan. Sebab dalam Auditorium sangat sedikit peserta yang masuk. Nampak gaya pengerusi majlis pun sudah memberikan kata-kata aluan.

Majlis Bengkel Takhrij Hadith ini bermula dengan bacaan Quran. Kemudian diikuti dengan kata-kata aluan oleh Pengarah Bengkel. Semasa ucapan disampaikan, saya sempat membelek-belek buku yang dihadiahkan didalam goody beg. Tajuknya Kaedah-kaedah Takhrij Al-Hadith. Penulisnya Mohd. Khafidz bin Soroni. Sementelahan pula, saya lihat ada dua kertas kerja akan dibentangkan oleh Dr. Faisal bin Ahmad Shah iaitu Pengenalan Takhrij: Kepentingannya serta Kaedah-kaedah Takhrij, dan kertas kerja kedua oleh penulis buku yang saya sebutkan tadi.

Perbentangan pertama oleh Dr. Faisal memang tidak membosankan. Beliau telah dimaklumkan bahawa terdapat peserta-peserta bengkel yang hadir bukan hanya daripada AI sahaja tapi ada daripada fakulti lain maka beliau menurunkan sedikit level penyampaian untuk memudahkan peserta-peserta itu memahami dengan lebih jelas akan kaedah-kaedah takhrij al-hadith (peserta-peserta yang dimaksudkan tu kami lah). Saya melihat bengkel mentakhrij hadith ini penting kerana secara tidak langsung kita dapat mengetahui secara jelasnya hadith yang disampaikan adalah benar-benar diucapkan oleh Rasulullah s.a.w.

Selain itu, dengan kaedah-kaedah yang diajar (secara teori untuk sesi pagi), kita dapat melihat dan mengenalpasti darjat dan hukum sesebuah hadith. Dalam sesi ini, Dr. Faisal banyak menekankan bahawa kita perlulah merujuk sesebuah hadith itu kepada Masadir al-Asliyyah iaitu memastikan rujukan asal dan melihat susunan sanad yang jelas. Beliau juga menjelaskan bahawa dengan mentakhrij ia bukan saja melihat sanad hadith itu sahaja tetapi juga kita dapat menentukan sumber-sumber hadith iaitu kitab-kitab asal yang memuatkan hadith beserta dengan perawi atau ulama yang meriwayatkannya. Selain itu ia juga menjelaskan kedudukan sanad sama ada sanad tersebut munqati’ (terputus), mua’allaq (tergantung), mu’dal dan sebagainya. Dan ia juga boleh menentukan hukum sesuatu hadith. Kemungkinan kita menemui suatu hadith dhaif melalui suatu riwayat namun setelah mentakhrij kemungkinan kita akan menemui riwayat lain yang sahih. Secara tidak langsung ianya mengangkat hadith yang ditemui awal itu dhaif kepada darjat yang lebih tinggi iaitu hadith sahih. Sebenarnya, banyak faedah dengan kita mempelajari kaedah takhrij. Saya agak teruja.

Semasa sesi pertama ini, kami diterangkan dengan kaedah-kaedah manual atau tradisional. Yang menarik perhatian saya adalah semasa melihat kepada kaedah pertama, iaitu mengenal pasti kalimah gharib dan penting dalam hadith sebuah kitab bertajuk Al-Mu’jam al-Mufahras li Alfaz al-Hadith al-Nabawi yang telah ditulis oleh para orentalis. Dalam kertas kerja tersebut seramai 64 penulis dan hanya beberapa orang sahaja adalah terdiri daripada Muslim dan yang selebihnya dalam bukan Islam. Dan kitab tersebut dirujuk oleh kita, Muslimin seantero dunia. Satu lagi kitab rujukan muslimin, adalah Miftah Kunuz al-Sunnah yang dikarang oleh orentalis iaitu Profesor Arent Jan Wensinck (1939M). Kitab ini telah diterjemah ke dalam bahasa arab oleh Ustaz Muhammad Fuad Abdul al-Baqi.

Selain itu, Dr. Faisal juga memperkenalkan software Maktabah As-Syamilah yang mana terkandung didalam CD itu keseluruhan hadith-hadith yang sahih, hasan, dhaif dan maudu’. CD tersebut adalah diwaqafkan untuk seluruh umat Islam bagi memudahkan kita memastikan hadith. Penciptanya pun tidak diketahui. Dan dimaklumkan oleh Dr. Faisal bahawa CD Maktaabah Syamilah version 3 telah pun diterbitkan yang mana hadith-hadith yang tertinggal diupdate. Dalam sesi ini, kami mempelajari lima kaedah termasuk kaedah manual dan kaedah menggunakan Maktabah as-Syamilah.

Usai pembentangan kertas kerja Dr. Faisal, Us. Mohd Khafidz telah membentangkan kertas kerja Takhrij Hadith Melalui Internet. Beliau memperkenalkan beberapa laman web yang boleh digunakan untuk mentakhrij hadith, antaranya www.dorar.net , www.hadith.al-islam.com , raddadi.com, dan pelbagai lagi. Saya rumuskan segala kertas kerja tersebut adalah berdasarkan daripada buku beliau iaitu Kaedah-kaedah Takhrij Al-Hadith. Buku ini dilancarkan sejajar dengan bengkel ini. Sila lihat dibawah.



Sesi petang adalah sesi praktikal, kami berkumpul di makmal komputer dan kami diajar oleh beberapa orang fasilitator. Credit to my dear friend, Nani sebab dia telah awal-awal lagi mengajak saya menyertai bengkel. Sangat bermanfaat. Walaupun aplikasi lebih menjurus kepada para pengajar AI tetapi bagi saya ianya sama penting untuk melihat sendiri bagaimana mentakhrij hadith dalam bidang saya sendiri. Sebenarnya JAKIM juga telah pun mengadakan seminar dalam mentakhrij hadith yang telah dirasmikan oleh Datuk Zahid Hamidi beberapa bulan yang lalu. Inilah peluang bagi kita untuk sama-sama mengetahui bagaimana untuk mentakhrij hadith. Moga dapat dikongsi bersama ilmu ini.

0058
Inspiron 1420

Friday, April 3, 2009

Gurun



Saya ada adik sepupu perempuan. Namanya Nurul Najihah. Tetapi kami panggil dia dengan nama manja atau timang-timangannya iaitu Teah atau Adik. Teah dibela oleh emak saya sejak ibunya habis pantang. Sekarang dia sudah berusia 4 tahun. Bijak. Comel. Cerdas. Cerdik dan sangat penyayang. Dia panggil kat emak saya Mama. Entah dari mana dia dengar saya kurang pasti. Mungkin banyak sangat menonton drama atau cerekarama. Ayah saya dipanggilnya Cu Im (singkatan untuk paksu Rahim). Definitely, kami semua seperti abang dan kakak-kakak baginya.

Kadang-kadang kalau bercakap telefon dengan saya, rindunya lebih daripada adik bongsu saya. "Kakak (bahasa untuk dirinya) rinduuuu sangat dengan kak pija.." Terasa macam saya ni duduk di Kutub Selatan sedangkan baru sangat saya pulang bercuti. Teah Teah..sangat mencuitkan.

Tadi semasa sedang enak melipat kain, saya terkejut dengar bunyi mesej.Saya dapat mesej daripada adik saya, Hanim.

Dalam mesej tersebut, ada perbualan antara Eng (panggilan saya untuk Hanim) dan Teah.

Teah: Kalau kita nak pi gurun, kita kena bawak ayak (air), makanan...sebab kat sana panas..

Eng: Gurun mana? (ni mesti Gurun Kedah)

Teah: Gurun yang ada piramid-piramid tu.

Eng: Sapa bagitau adik? (Eng expect mesti ibunya bagitau)

Teah: Kakak tengok Wonderpets.

Eng: Awat tadi Wonderpets tolong anak apa pulak?

Teah: Depa tolong anak unta kat gurun.... (sambil menyanyi apa yang penting..kerjasama)

Memang tergelak saya baca mesej yang dihantar oleh Eng. Tapi moralnya, Teah ini bukan tengok sekadar tengok. Tapi dia tengok dan analisa serta menyampaikan apa yang dia saksikan. Memang dia sungguh-sungguh bila menonton Wonderpets. Pernah juga saya diajaknya untuk menonton Wonderpets. Layann.....

2154
Parquet and Khind

Thursday, April 2, 2009

Biar berkilat



Sepatutnya entry ni saya ingin masukkan semalam bersempena Big Cleaning Day di sekolah saya. Semalam semua cikgu cikgi turun dataran ilmu untuk hari Gotong Royong Sedunia. Barangkali ini adalah agenda tahunan di sekolah ini. Namun disebabkan saya baru masuk, jadi program ini adalah pertama kali saya di sini. Program bermula dengan senaman beramai-ramai. Semua orang agak termengah sedikit mungkin agak jarang melakukan senaman beramai-ramai, ditambah pula 'coach' kali ini ala-ala tentera Malaya. Jadi, kami ditrain seperti anak-anak tentera. Kemudian, kami bergerak mengikut kumpulan gerak kerja untuk melakukan kerja-kerja kebajikan. Paling syok sekali, saya diletakkan dalam kumpulan membersihkilatkan tandas. Semalam saya adalah salah seorang ahli jawatan kuasa cuci jamban. Kumpulan saya terdiri daripada empat orang. Walaupun mencuci tandas. Kami bergotong dengan gembiranya. Saya memang teringat betapa seronoknya kami mencuci tandas bila terkenang dengan quotation "The heart of being human is being happy, that is beyond physical pleasure; rather deeper mental contentment (even for those without material wealth)".....bukan calang-calang tau tiga tandas kami bantai cukup-cukup. Sampaikan berkilat tak terkata tandas-tandas itu.

Sebenarnya, bagi saya ini adalah salah satu refleksi bagi kita. Ketika itu saya dapat bayangkan bagaimana seorang makcik cleaner yang bekerja setiap hari. Kadang-kadang terlintas bagaimana mereka menghadapinya. Sedangkan kami hanya sekali sekala melakukan kerja-kerja amal itu (tidak termasuk di rumah sendiri). Reflection yang cuba dimaksudkan di sini, sekali sekala kita perlu bertindak untuk menjadi orang yang melakukan kerja-kerja ini. Dan inilah masanya kita 'merasainya' sendiri. Walau apa yang kita lakukan itu hanya mengambil masa beberapa jam tapi bayangkan bagaimana mereka yang melakukannya setiap hari untuk mendapatkan rezeki yang halal untuk anak-anak dan keluarga. Bukan sekali sekala buat kerja ini tetapi hari-hari mereka kena buat...bagaimana tu? Ha inilah yang kita kena fikirkan...dan akhirnya terfikir saya berjenak-jenak..

*For my dear friend..Keb..I know you are strong woman. May Allah eases your path now, tomorrow and future..I always support you! Go keb go! "All successful people men and women are big dreamers. They imagine what their future could be, ideal in every respect, and then they work every day toward their distant vision, that goal or purpose." - Brian Tracy. This is only for you!

2335
Kurma Mariami

Softening Brush

 Bismillah. The hectic week has just begun, and I need to slot in my packed time, even 5 minutes, to sharpen my art skill of sketching up an...