Saturday, March 20, 2010

Jom Cari Buku!


Awal pagi minggu ni saya dah mengadap laptop. Sambil menunggu baju-baju siap dibasuh, saya mengadap Dell kesayangan saya ini. Insya Allah hari saya akan ke tempat kegemaran saya setiap tahun iaitu PWTC. Ada apa ya? Nak menjamu mata sambil mencari beberapa buku sekiranya ada.. Tapi, target bulan ini buku untuk dihabis baca tiga buah itu belum habis lagi. Macam mana ni... Harapnya end of March saya berjaya menghabiskan ke tiga-tiga buah buku tersebut.

Secara tidak langsung sedari saya belajar di Kuala Lumpur 2001 sehingga lah tahun ni 2010 memang saya tidak melepaskan peluang berkunjung ke sana. Wah.. boleh dapat anugerah pengunjung setia ni. Inilah membuatkan saya sayang di bumi mencari rezeki ini, kerana rasa cinta dan kaseh sudah tertumpah di bumi ini. Masakan bisa saya lupa kan segala jerit perih kehidupan di sini. Sungguh sukar dilupakan. Saya sayang bumi ini.

Sepanjang saya belajar semasa ijazah dulu, saya ke Pesta Buku sama ada berkumpulan, berduet ataupun berseorangan. Masa tu, saya tinggal di Pantai Dalam, untuk ke PWTC saya perlu naik dua LRT. Ambil bas Putra terus ke Kerinchi kemudian LRT ke Masjid Jamek kemudian tukar Star ke PWTC. Berjalan je ke PWTC. Bila tinggal di Gombak, sama jugalah naik LRT ke Masjid Jamek dan tukar amik Star pulak.Tetapi most of the time yang pergi berseorangan tu ketika belajar di UIA lah. Pernah dua tiga kali berulang alik ke sana. He he.. Saja suka dok melepek membaca di "gudang" buku itu. Contohnya tahun lepas, saya ditugaskan oleh pihak sekolah untuk membuat "selection" buku. Disebabkan jadual yang agak ketat, saya tidak bebas bergerak untuk ke setiap satu-satu gerai, saya bertindak pergi semula ke sana lagi.

Selalunya kalau Book Fair, kita akan dapat tawaran yang agak menarik berbanding dengan hari-hari biasa. Dapat lah diskaun 20% atau 30%. Saya perlu bergergas awal ke sana kerna hari ni hujung minggu, pastinya ramai pengunjung yang mengambil masa yang ada sebelum cuti sekolah berakhir. Ops! Baju perlu disidai dulu ya..

Jom ke Pesta Buku!!

G22
Velvet and Lavender

Friday, March 12, 2010

cari ilham


Sunyi.

Sepi.

Lengang.

Anak-anak mula bercuti semester. Namun kami, kakitangan perlu berkhidmat sehabis daya. Kebetulan hari ini hari Jumaat. Aktiviti santai seperti membuat kek tiramitsu dijalankan ketika waktu rehat oleh pasukan muslimat yang komitted itu. Lajnah kami telah pun menyusun atur program-program sepanjang tahun. Harap berjalan dengan baik.

Tidak terkecuali saya cuma berbasa-basi melihat aktiviti memutar putih telur. "Mak-Mak" ini pandai memasak. Saya? Saya cuma pemerhati bebas sambil menikmati kek coklat moist K.Ati dan puding strawberi K. Hawa.

Papan kenyataan di pejabat utama sekolah telah terpapar senarai hampir penuh kakitangan sekolah yang bakal bercuti. Al-maklumlah cuti sekolah...

Jadinya dengan cutinya anak-anak ini, harapnya kakitangan dapat banyak ilham sebelum semester baru dibuka. Selamat Bercuti semua dan dibawah ini sedikit "reminder" buat kita semua... Lazatnya nikmat kita memakan kek tiramitsu itu....Sebenarnya lagi lazatlah makanan serta nikmat yang disediakan oleh Allah di syurga nanti...Namun..adakah kita akan tergolong dalam golongan yang Allah janjikan syurga di akhirat kelak untuk menikmati segala-gala nikmat itu? Allah... Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhirati hasanah waqina'azabbannar....

Dari Anas bin Malik r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:

”Di dalam syurga terdapat sebuah pasar yang didatangi penduduk syurga setiap hari Jumaat. Angin bertiup dari sebelah kanan menyentuh muka dan pakaian mereka, menyebabkan muka dan pakaiannya bertambah cantik, tampan dan indah. Ketika mereka pulang ke rumah didapatinya isteri mereka bertambah cantik dan indah. Kata mereka kepada isterinya, “Engkau sungguh-sungguh tambah cantik dan pakaianmu tambah indah sepeninggalanku.” Jawab isterinya, “Engkau demi Allah sungguh tambah tampan dan pakaianmu tambah indah pula sekembalimu.”

(Muslim)

Hari Jumaat ialah hari kebesaran Islam bagi orang mukmin. Hari yang mulia ditentukan buat umat Muhammad SAW. Pada hari itu kepada sesiapa yang berdoa Allah akan memakbulkan doanya. Setiap muslim dikehendaki mempersiapkan diri untuk hari Jumaat mulai dari hari Khamis dengan membersihkan pakaian dan memperbanyakkan tasbih serta memohon keampunan kepada Allah SWT pada malam Jumaat lagi. Kerana pada masa itu nilai mulianya sama dengan masa yang dirahsiakan oleh tuhan pada hari Jumaat.

2302
walk to remember..~_~

Friday, March 5, 2010

Hijau Kebun

Trit… Trit…

Saya lihat ada MMS masuk dalam telefon bimbit saya.

Nama yang terpapar di skrin telefon saya adalah “Walid Saya”. Lantas saya membuka MMS tersebut. Dan masej tertera,

“Latest view at ma farm”



Lalu dengan pantas saya membalas,

“Wow dad! It’s growing well! That’s a good job! Well done to both of you… :)”

Ini adalah kebun Ayah saya. Di sinilah setiap hari Ayah
saya datang membanting tulang. Sekiranya bukan dimusim menanam sayur-sayuran, Ayah akan tampak cerah kulitnya. Baru-baru ini, Ayah menunjukkan apa telah jadi dengan kulitnya. Separuh telah pun dibakar mentari pagi. Saya tergelak melihat “sunburn” pada belakang badan Ayah. Separuh hitam separuh cerah. Sampaikan abang saya membekalkan baju-baju lengan panjang untuk mengurangkan kulit Ayah dimakan panas mentari. Sekarang musim menuai hasil sayuran. Hasil sayuran akan dibawa ke pasar borong atau pun kedai di kampong saya.

Mak juga akan turut bersama-sama dengan Ayah ke kebun. Ayah selalu kata kepada saya, bila kita berbakti kepada tanah banyak faedah dan manfaatnya. Sememangnya penat dengan kerja-kerja penyelengaraan tanaman. Tetapi pabila setiap hari melihat kehijauan tanaman mula membesar, hati kita akan berasa gembira dan tenang. Apatah lagi hasil tanaman menjadi dengan baik. Inilah andai kita berbakti dengan tanah. Bercakap dengan tanaman juga ibarat bercakap dengan makhluk Allah. Begitu juga Mak saya, Mak dikurniakan tangan yang sejuk. Cili, sayuran-sayuran juga ditanam ditepi-tepi rumah. Saya terfikir Allah telah jodohkan Mak dan Ayah sangat sesuai. Memiliki kelebihan yang sama.

Namun tidak dinafikan, bila musim tengkujuh Ayah dan Mak akan risau, angin yang kuat boleh menumbangkan tanam-tanaman mereka. Namun bila musim kemarau pula, panas yang berlanjutan menyebabkan tanaman menjadi kering, perlukan air yang banyak. Saya juga pernah mendengar Mak menyuarakan rasa hati kepada Ayah, harapnya hujan akan turun dalam jangka masa terdekat.

Maka hendaklah insan itu memperhatikan makanannya .Sesungguhnya Kami benar-benar telah mencurahkan air (dari langit) , kemudian Kami belah bumi dengan sebaik-baiknya.Lalu Kami tumbuhkan biji-bijian dari bumi itu , anggur dan sayur-sayuran , zaitun dan pohon kurma , kebun-kebun (yang lebat) dan buah-buahan serta rumput-rumputan , untuk kesenanganmu dan untuk binatang-binatang ternakanmu.

(Ayat 24-32 , Surah ‘Abasa)

***

Tidak lama kemudian Ayah membalas sms saya,

“Untuk menyara anak-anak mengaji and to appreciate how hard was Chak (grandfather) grow me up as today for hard earning of farmers..”

Hati saya tersentuh.. berkaca-kaca di tubir mata ini…

‘Dia yang mengadakan bumi untukmu sebagai tikar dan langit sebagai atap (bina) dan Dia menurunkan air hujan dari langit , lalu ditumbuhkan –Nya dengan air itu buah-buahan untuk rezeki bagimu; sebab itu janganlah kamu adakan bagi Allah beberapa sekutu , sedang kamu mengetahuinya’

(Surah Al-Baqarah , ayat 22)


1315
g22

Softening Brush

 Bismillah. The hectic week has just begun, and I need to slot in my packed time, even 5 minutes, to sharpen my art skill of sketching up an...