Showing posts with label self-reminder. Show all posts
Showing posts with label self-reminder. Show all posts

Friday, January 26, 2024

Mission Completed.

 Bismillahirahmanir rahim.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

It was a long process, almost 98 months. My original plan was 36 months, but the actual time of completion is 98 months minus 18 months for buffering time. Of course, the minimum process will be the best measurement of efficient, excellent and outstanding results. Mine is just an ordinary result, but I learned a lot that Allah allows all this to happen with His blessing. Alhamdulillah. I can't say more than alhamdulillah with what He gave me. All are from Him. I have a lot to write here, but my mind is totally blank on where I should start, what to start and how to end this post. But the most important thing is that I am really grateful for Allah's bounties, and it makes me think about how to become more catalyst and be down to earth. It is a piece of work that I have extended a little part of it. 

Of course, starting 2024 with a new chapter with new life colour and hope, I am becoming more open to learning new things, combining the existing knowledge, and enhancing the fundamental thought and substance of knowledge, and the sky is the limit in learning. I will always be a student, learning the new courses of life to become the best version of fiezarmy. More chapters to be explored, more canvases of knowledge will be discovered, and more spectrum of experience will be grabbed to be a better person. The minimum monthly target to make my lovely blog breathe is one story. 

Alhamdulillah. Syukur ya Allah.

Ahlan 2024. Welcome 2024. Selamat datang 2024. 

loves, fie💕

Sunday, January 31, 2021

Don’t settle!

Bismillahirahmanirrahim 

You may spend your whole life competing with others, trying to prove that you are somebody and still feel like nobody.
 
You don't have to try to be somebody; you were created for a purpose, your life has meaning, and when you develop the self-confidence to follow your heart and dreams, you are now competing with yourself to become the very best version of yourself; no one else.

Fall in love with the process of becoming the very best version of yourself. 

Check out more here: https://lnkd.in/ewvwKhu

#leadershipfirstquotes 




Tuesday, January 26, 2021

Appreciate yourself

Petang penuh sarat. Esok insha Allah dari rumah saja. Seharian pagi viva pelajar Master bukan seliaanku. Consultation dengan pelajar pascasiswazah yang semakin hari mereka mula memahami tentang panduan dan tempoh pengajian. Inilah rutinku seharian di samping tugas-tugas hakiki sebagai pendidik. 

Syukur kepada Allah, sahabatku menggambarkan berita gembira bahawa dia sudah submit tesisnya untuk penilaian viva. Allah.. aku sendiri dapat rasakan beban di dada di kepala dan di jiwa sudah meluruh. Aku? Aku? Sabaq sat. Baru nak jupa penyelia lusa dan ada findings terakhir untuk RO terakhir untuk divalidasi dan dipersembahkan kepadanya. Insha Allah aku mula mengayuh laju semangat sahabat sudah pun sampai di titik penghantaran. Sebabnya ini adalag salah satu dari tiga target utamaku tahun ini. Jadi bagiku suku tahun pertama seeloknya dipercepatkam sebelum masuk suku ke dua. Insha Allah. 

Seronok dengar. Bahagia dan gembira tatkala sahabatku ini datang bertandang di bilik kerjaku dan menceritakan saat-saat gembira ini. Allah... setelah berhempas akhirnya dia telah tiba saat itu. Insha Allah aku juga pasti menyusul. Menatap wajahnya aku dapat rasa betapa gembira hatinya.. Alhamdulillah aku juga gembira.. perjuangan perjalanan kami bersama-sama dan bertugas dengan tugasan hakiki dan juga dengan tugasan baru yg kami perolehi pada tahun lepas juga ibarat sama-sama. Aku doakan moga kami smaa-sama dapat viva pada tahun ini insha Allah... 

Ok itu je aku rasa moment penting yg aku nak catatkan dlm my lovely blog ☺️ Alamak terpanjang.. rasa mcm nak tulis pendek jer.. selain tu happy juga berkongsi dgn Keb pasal perangai-perangai pelik eagles haha. Insha Allah aku doakan sahabatku ini cepat2 beroleh jodohnya.. dipertemukan dgn jodoh yang terbaik buatnya. Allahumma aameen.. 

Update tesisku... my win revise chp 5 and 6. Alhamdulillah miaaaah miaaahh miaah...

Ok la.. walau sampai rumah agak meletihkan tapi seronok dan gembira alhamdulillah.

Esok sambung lagi...

Da.....
💕
Fie

Monday, October 1, 2018

Love Others

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Sayangi Orang Lain

عَÙ†ْ جَرِيرِ بْÙ†ِ عَبْدِ اللَّÙ‡ِ Ù‚َالَ Ù‚َالَ رَسُولُ اللَّÙ‡ِ صَÙ„َّÙ‰ اللَّÙ‡ُ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِ ÙˆَسَÙ„َّÙ…َ Ù„َا ÙŠَرْØ­َÙ…ُ اللَّÙ‡ُ Ù…َÙ†ْ Ù„َا ÙŠَرْØ­َÙ…ُ النَّاسَ

Daripada Jarir bin Abdullah berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Allah tidak akan menyayangi sesiapa yang tidak menyayangi manusia lain." (HR Bukhari  No: 6828) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Allah tidak akan menyayangi sesiapa yang tidak menyayangi manusia lain.

2.  Sifat saling mengasihi dan menyayangi sesama manusia adalah suatu keperluan dalam mewujudkan kehidupan yang rahmah dan berkasih sayang dalam masyarakat dan negara.

3.  Antara cara menyayangi orang lain adalah dengan memberikan hak-hak mereka. Ada hak sesama muslim, hak kerabat, hak jiran juga hak kemanusiaan.

4. Setiap orang memiliki hak kemanusiaan yang wajib dipenuhi. Jika mereka meminta pertolongan, bantulah mereka, jika mereka mereka meminta nasihat, nasihatilah, jika mereka sakit maka ziarahilah, malahan jika mereka melakukan larangan, berusahalah menghalang daripada diteruskan.

01hb Oktober 2018
21hb Muharam 1440

Sumber: Online Majlis Ilmu

Thursday, September 27, 2018

Indikator Ikhlas


Sejak kebelakangan ini aku sempat menyelit satu dua post untuk blog ni. Monolog sendiri, sebab banyak perlu muhasabah. 

Teringat pesanan dalam radio IKIM ada tiga bahagian utama yang perlu kita jaga dan pelihara iaitu akal (minda yang sihat), perut (makanan yang diambil yang sihat) dan kemaluan (menjaga syahwat kita). Sekiranya kita berjaya menjaga ketiga-tiga bahagian ini insha Allah kita boleh mengawal nafsu dan kehendak yang berlawanan dengan fitrah semulajadi kita.

Hakikat dan matlamat kehidupan kita ini adalah sangat mudah namun tanggungjawab dan amanah yang kita pikul itu sangat berat. Misi dan visi sebagai seorang Muslim adalah bukan hanya nak menjadi Muslim semata-mata tapi Muslim yang Mukmin. Bukan sekadar atas nama Islam semata-mata. Setiap tingkah laku dan perbuatan kita pasti akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. 

Sebenarnya banyak yang ingin dicoretkan, tapi aku akan ambil yang paling signifikan untuk dikongsikan. Seperti biasa kalau aku duk menaip ni pasti aku duk menunggu buat sesuatu.

Apa yang ingin aku kongsikan pada hari ini adalah tentang ikhlas. Masa aku godek-godek post lepas memang pernah aku nak ceritakan tentang bab ikhlas tapi mungkin masa tu idea tak mencurah sangat jadi terhenti dengan draft mcm tu sahaja.

Kenapa ikhlas?

Sebab ikhlas ni satu sifat atau nilai yang paling dekat dengan hati.

Ya sebab semalam pun aku ada ulas tentang bab HATI, dalam badan manusia itu ada seketul daging iaitu HATI.

Memang sukar untuk kita ukur bagaimana ikhlas orang tu terhadap amal perbuatannya. Kadang-kadang sifat kita manusia ni suka terus hukum orang arghh dia tak ikhlas la tu. Tak boleh. 

Ikhlas tu terlalu subjektif nilainya yang siapa pun tak tahu sampaikan tuan badannya sendiri pun tak tahu. Dan hanya Allah sahaja yang tahu. Maka banyakkanlah berdoa agar kita ni tergolong dalam orang yang ikhlas.

Pernah aku ingat lagi, maksud ikhlas ini seperti seekor semut hitam yang legam berjalan diwaktu malam yang gelap gelemat dan tiada pun sapa tahu yang dalam hitam legam malam itu ada seekor semut hitam tengah berjalan. Itulah perumpamaan ikhlas.

Ok, ikhlas ni lawannya riyak. Dan riyak ni penyakit hati yang paling bahaya daripada barah atau kanser hati. Sebabnya ia boleh terjadi pada orang yang kurang ilmunya hinggalah se-alim-alim orang atau setinggi-tinggi ilmunya. Paling bahaya.

Dan aku sangat takut. Takut dengan amalan yang dibuat tengok-tengok di masa timbangan amalan di Mahsyar kelak kosong dek kerana penyakit riyak ini. Nauzubillah.

Memetik tazkirah Ustaz Oemar Mita, ciri-ciri seorang yang ikhlas ini adalah melakukan amalan-amalannya secara exclusive kepada Allah ibarat kita berdagang dengan Allah.

Apa maksud berdagang secara ekslusif dengan Allah?

Maksudnya, setiap amalan khususnya ibadah kita perlulah eksklusif dan bukan untuk dipertontonkan kepada khalayak. Ya memang kadang-kadang kita lihat macam sesebuah syarikat itu membuat lintas langsung bagi sesi sedekah yang dibuat. Mungkin caranya untuk mengajak syarikat-syarikat itu berbuat benda yang sama. Memberi contoh.

Namun dalam konteks individu, kita mestilah eksklusif berdagang dengan Allah, semuanya antara kita dengan Allah. Ia ibarat kita menyimpan segala amalan-amalan kita di gudang-gudang yang banyak dan hanya diketahui oleh kita dan Allah swt sahaja. Dalam gudang-gudang ini sangat tersembunyi.

Semakin disembunyikan segala dagangan kita dijual kepada Allah semakin mahal segala ibadah yang diamalkan. Semakin eksklusif dagangan kita kepada Allah semakin eksklusif Allah berikan perhatian kepada kita. Samalah seperti bila kita ada platinum kad MAS Airline maka kita boleh masuk dalam lounge yang eksklusif di lapangan terbang. Malahan kad platinum MH ni pun tak boleh lawan eksklusifnya Allah sediakan kemudahan kepada kita. Subhanallah.

Jadi indicator ikhlas adalah ketika tersingkirnya perasaan riyak dalam hati kita.

Amalan yang dirahsiakan lebih banyak dari amalan yang dizahirkan. Jadi aku selalu ingat cam ni, kalau orang kata kita ni baik dan bagus, sebenarnya bukan disebabkan kita baik dan bagus, tapi kerana Allah telah sembunyikan segala keaiban kita. 

Sedangkan ya Allah… terlalu banyak keaiban diri yang ada tetapi diselindungi Allah.

Ok harap kita faham ye apa itu ikhlas. Semuanya untuk peringatan diri  ini yang selalu lupa.

Lembah Pantai

Softening Brush

 Bismillah. The hectic week has just begun, and I need to slot in my packed time, even 5 minutes, to sharpen my art skill of sketching up an...