Saturday, April 18, 2009

Nilai Sebuah Komitmen


Saya rasa malam ini agak panas, mungkin dua hari ini tidak hujan. Memang panas, ini menjadikan alasan penuh buat saya untuk terjun esok pagi. Terjun lagi...

Sebenarnya saya baru pulang dari sekolah saya. Malam ini ada program motivasi untuk pelajar Sek. Men. Agama Khiriah, Mersing Johor Darul Takzim. Anjuran Jabatan Korporat sekolah saya. Bagi mewakili fakulti, Kak Suhaila Nadzri telah bersetuju untuk menjadi penceramah pada malam ini. Makluman telah saya buat dari minggu lepas. Alhamdulillah atas kesudiannya meluangkan waktu untuk bersama anak-anak pelajar sekolah dari Mersing ini. Saya? Kenapa saya di situ ya? Bukankah sudah ada penceramah.. Ya, saya adalah "supporter" Kak Su. hehe... Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul. Saya pengiring penceramah.

Seusai solat Isya', saya bergergas (sokmo macam tu)ke sekolah saya. Sms Kak Su menunjukkan dia lebih awal tiba di tempat kejadian. Saya bimbang akan dia. Saya berharap dia bersabar. Sebelum ini, saya bukanlah kenal sangat dengannya. Mungkin dengan sebab adanya program ini, saya lebih mengenali siapa Kak Sue dengan lebih dekat. Setibanya di Jalan Hidayah, Iskandar saya letakkan berhadapan dengan cafe fakulti saya.

Mata mula melilau-lilau,

"Mana Akak ni?", hati mula berbicara.

Terus Nokia Prisma 7500 saya capai, mendail nama Kak Su.

"Akak..akak kat mane?", saya memulakan bicara dengan loghat Perlis campur KL (jadi PerKuL).

"Akak tengah kat depan ni, program kat mana?", Kak Sue membalas.

"Okey..pza kat depan Masjid al-Azhar ni", saya membalas.

"Akak ke sana, pza tunggu situ", Kak Su membalas lagi.

Bacaan ayat "lau anzalna..ila akhir" jelas kedengaran kerna saya memang berdiri bertentangan dengan pintu utama masjid.

Ntah dari celah mana, Kak Sue muncul. Dia menjelaskan bahawa dia meletakkan keretanya dihadapan tempat parkir di Bulatan Antarabangsa.

"Jauh juga ke sini, tak pa kak, nanti balik pza hantar akak ke depan sana. La baik kita gi cari Kuliah" saya berkata.

Tempat program berubah dari Dewan Kuliah ke Bilik Santapan VIP. Nak makan ka apa... Saya dan Kak Su mencari. Akhirnya, kami jumpa tersorot antara lorong-lorong yang tidak gelap. Berpeluh juga kami. Terlihat seseorang yang gaya-gaya ustaz tengah memberi tazkirah. Tatkala lelaki itu keluar, kami memanggilnya ustaz.

"Ustaz mengajar ke?, saya bertanya.

"Saya mengajar, belajar dan juga pelajar sini", dia membalas.

"Oooo.." saya dan Kak Su serentak memberikan irama seia dan senada.

Dia masuk semula ke bilik tersebut. Kami berpandangan. Tersenyum.

"Bergaya ustaz kan..,"kata Kak Su.

"Hehe.." saya membalas tanda setuju.

Setiap program pasti ada kekurangan dan kelebihan. Kami dimaklumkan kemungkin ceramah agak lambat sedikit, berikutan LCD tengah dalam usaha pencarian. Kak Su dan saya dijemput masuk. Kami memulakan acara ringan-ringan mulut dan memecahkan ais (ice breaking), takut terkejut budak-budak. Berdasarkan pengamatan kami, pelajar sekolah agama dalam program ini mereka hanya nampak prospek mereka hanya lah layak ke Mesir, Jordan, Madinah dan pengajian-pengajian agama sahaja.

Inilah peluang bagi kami membuka minda mereka, langkah mereka agar melangkah lebih jauh. Dengan tajuk Propek Kerjaya Graduan FPM, sedikit sebanyak berjaya telah membuka minda mereka agar tidak hanya dalam satu bidang sahaja. Sebabnya most of them only focus to further their study for STAM after seating SPM. Jadi dengan tajuk ceramah yang Kak Su sampaikan sedikit sebanyak telah membuka minda mereka.

Sesi Q&A juga agak rancak kerna dengan penyampaian santai membuatkan mereka ringan mulut untuk bertanya. Banyak persoalan mereka tanya kepada kami. Alhamdulillah ada juga sumbangan saya semasa di situ. Sehinggakan organizer terpaksa memberi warning note tinggal 7 minit masa kecemasan. Saya betul-betul berharap mereka tidak statik dengan pemikiran yang lama tetapi lebih fleksibel untuk perubahan selepas SPM nanti, Insya Allah.

Usai majlis tersebut, saya menghantar Kak Su ke tempat parkir. Saya bertanya-tanya tentang dimana dia tinggal dan sebagainya. Saya merasa kagum dengan dia, dengan rumah yang jauh di Mantin, travel ke sekolah ini. Anak dan suami ditinggalkan demi sebuah kesedaran anak-anak Melayu. Dengan perbualan tersebut saya sangat berharap dia dipermudahkan segala urusannya dunia dan akhirat kerana berkorban masa bersama anak dan suami untuk program ini. Serta masa perjalanan pulang ke rumah sedang masa ketika itu sudah menunjukkan 11 malam. Inilah nilai sebuah komitmen yang saya sangat patut contohi.

"Maksud terbaik hanyalah bersesuaian dengan kita, terbaik itu hanya untuk kita tetapi tidak semestinya terbaik untuk orang lain. Hargai apa yang ada. Kerna itulah yang terbaik buat kita."

0019
antara dua, pilihlah yang terbaik

No comments:

Softening Brush

 Bismillah. The hectic week has just begun, and I need to slot in my packed time, even 5 minutes, to sharpen my art skill of sketching up an...