Monday, July 27, 2015

Menyingkap Hidayah, Mendamai Jiwa

Memang betullah kata ustaz dan ustazah, hidayah itu perlu dicari dan dicari bukan datang dengan sendiri. Sedangkan kita ini lahir dalam Islam pun kita selalu rasa apakah kita sudah cukup dengan hidayahNya. Hari ini adalah hari yang sangat bermakna buatku. Selama tujuh tahun bergelar pendidik aku melalui pelbagai warna cabaran dan dugaan dalam arus mendidik anak-anak muridku. Aku masih ingat lagi masa mula-mula aku bergelar pendidik secara formal, aku gembira kerana mendidik di sebuah kolej yang semuanya anak-anak muridku Islam. Tatkala di dalam kuliah aku berasa mudahnya aku mengajak dan menasihati mereka yang pakaiannya menutup aurat, tutur katanya sopan, baik pelajar lelaki mahupun pelajar perempuan. Hatiku gembira dan seronok dengan suasana atau biah tersebut. Namun, kegembiraan itu berakhir selama dua tahun aku menabur bakti di situ. Aku telah ditawarkan di institusi nunnn jauh di utara. Memandangkan aku lahir dan asal utara maka pastilah daerah utara menjadi pilihan utama untuk aku berbakti untuk nusa dan agama di situ.
Pastinya hari pertama aku melapor diri aku dapat rasakan suasana, persekitaran dan orang yang berbeza dengan apa yang aku lali dan lalui sebelum ini. Pertama kali menapak masuk ke kelas pasti mata-mata yang memandang bukanlah yang memakai songkok atau kopiah atau berbaju raihan atau berbaju kurung, bertudung labuh, bulat dan berniqab. Tetapi bermata bundar, sepet, kening lebat, nipis, pelbagai warna kulit dan bangsa dan pelbagai fesyen terkini malah berjean dan berwatak seperti 'seniman'. Pertama kali aku pasti kaget kerana aku berdepan dengan adik-adik (terasa diri masih muda ketika itu) didik berlatarbelakangkan kejuruteraan. Hari pertama, kumpulan pertama, tempat pertama, kursus pertama dan memori pertama apabila mula menjalankan tugas sebagai seorang pendidik mendidik pelajar jurusan kejuruteraan mekanikal dan mekatronik, mereka adalah pelajar tahun 4 yang hanya perlu mengambil kursus akhir untuk bergraduat. Fuh.. cabaran sangat besar. Aku masih ingat lagi, hari pertama itulah Timb Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekatronik melawat secara tidak rasmi ke kelasku. Aku dijenguk olehnya mungkin melihat pelajarnya hadir atau tidak tetapi aku rasa juga melihat adakah diriku berada ditempat yang sepatutnya aku berada. Alhamdulillah perjalanan kuliah pertama berjalan dengan baik walau sedikit gementar kerana pelajar yang hadir hampir 70 orang. Hampir setiap hari menghadir diri di Jalan Semarak, aku melalui kenangan-kenangan yang indah walau pada mereka tidak lah seindah mana. Disebabkan aku mengajar pelajar kejuruteraan pastinya kuliah tersebut majoritinya adalah pelajar lelaki dan pelajar perempuannya hanya lima orang, campur aku enam orang semuanya. Pastinya ada sekumpulan pelajar yang mencuri perhatianku dengan duduk di belakang dan pakai pakaian ala ala kadar, dan mungkin aku nampak seperti 'muda' mereka banyak bertanya soalan yang kadang-kadang diluar topik. Namun, apabila aku dapat kenalpasti asal usul mereka dari Kelantam maka sesi asal mereka ingin mengenakan aku berubah menjadi akrab kerana aku bisa berdielet klate. Al maklumlah ada bau bau klantam.
Aku tersimpang sikit dengan apa yang ingin aku kongsikan, cerita di atas tu ada dalah peristiwa tujuh dan lima tahun yang lalu. Dan aku dapat rasakan seperti sekejap masa berlalu. Tujuh tahun jika ada anak ni pasti sudah masuk sekolah rendah. Abaikan. Mungkin kerana sudah biasa dengan pelajar antarabangsa, aku selalu dipilih untuk mengambil kelas yang paling ramai pelajar antarabangsa, sudah menjadi kebiasaan adanya sepanjang lima tahun ini. Ada juga yang mohon untuk masuk ke kelasku sebab ramai pelajar antarabangsa. Mungkin jiwa keantarabangsaan yang terlalu menebal hasil belajar di IIUM dulu membuatkan aku sudah biasa dengan pelajar antarabangsa. Rahsianya satu saja, didiklah dengan jiwa, pasti jiwa- jiwa yang menadah itu serap masuk ke dalam jiwa. Berpujangga aku. Aku memang suka bahasa, bahasa kan jiwa bangsa. Itulah aku. Anak didikku yang berasal dari Asia timur yang ada padanya indah rupanya, serta sopan tuturnya. Sebenarnya dia sudah tiga tahun di sini namun Allah belum menemukan dia dengan aku mungkin belum bersebab. Sejak minggu lepas dia datang bertemu denganku untuk tujuan kelas tambahan bagi peperiksaan tambahan menjadi titik tolak tajuk yang ingin aku kongsikan. Inilah aku saban hari saban waktu ketika kufikir, kutenung dan kuhayati kenapa aku berada di sini adalah atas  satu tujuan iaitu mendidik dengan jiwa kerana Allah. Itu tonggak utama kenapa Allah pilih aku ke sini, kenaaa aku direncanakan olehNya ya Barii berada di sini adalah mendidik dengan tulus membentuk hatiku dengan jiwa nan ikhlas. Semakin ditenung direnung, semakin indah rasa di jiwa. Segala tertinggi puji itu hanyalah kepadanNya teragung Allah ya Barii, ya Adzim ya Allyy. Anak didikku mengaku seusia dia berada di sini belum pernah merasai bagaimana solat dengan jujur dia lafazkan, dengan penuh kasih dan sayang Allah campakkan dalam hatiku, aku senyum dan berkata marilah, saya bimbingi kamu. Itulah momen gembira yang aku rasai di sini. Aku tidak pandang dia dengan apa yg diucapkan tapi aku pandang betapa Allah memilih aku untuk menjadi medium atau perantara buatnya untuk mengungkap cinta kepdaNya. Syukur ya Allah. Dalam hatiku terasa indah ingin membawa dia bersama-sama apa yang nikmat ketenteraman jiwa yang aku alami.
Maka hari inilah hari yang dia tunggu membawa kerudung yang telah dibeli dua tahun lepas tanpa pernah menggunakannya kerana dalam pencarian. Subhanallah.. akhirnya Allah temukan dia denganku. Wahai anak, aku mendoakan dikau diberi hidayah oleh Ya Nur, Ya Hadi, Ya Haq... semoga setiap waktu berterusan istiqamah walaupun sedikit. Kami usai solat berjemaah zuhur tadi diakhiri dengan doa dan pelukan. Aku dapat rasakan apa yg dicari sekarang ini telah dia temui. Wahai anakku, teruskan mencari sirna dalam jiwa mu. Allah selalu bersamamu. Semoga anak menjadi anak yang solehah. Ameen.
Nur ala Nur,
Castle of coconut milk

Friday, July 24, 2015

Taqaballahu minkum ya Allah simpanlah amalan kami.

Isi penting Usrati Slot Ikim

Dalam kita beribadat kita perlu ada perasaan apabila meninggalkan Ramadhan iaitu:
A) khauff - kerana perasaan compang campingnya puasa kita puasa alkhawas... puasa mata hati perasaan kita,kaki dan tangan kita
B) ar-raja' - mengapung perasaan Allah menerima walaupun teruknya amalan kita. Dan akhirnya kita berasa segala puasa yg telah amalkan.

Apa ciri-ciri yang makbul amalan kita:

a) kita mudah melakukan kelangsungan amalan yg dibuat pada bulan ramadhan. Contohnya mudahnya kita tutup untuk berpuasa enam. Mudahnya kita untuk buat amalan yg dipraktik semasa bulan ramadhan. Puasa dibulan ramadhan seperti 10bulan dan 6 hari shawal bersamaan dgn satu tahun. Puasa ni tak nampak dan bersifat infiniti. Ada outcome.

b) sifat bersabar, on time, sentiasa ingin menambah amalan yang biasa dibuat, mengaji quran.

Ramadhan adalah tempoh membuat latihan. Kita tak boleh menjadikan apa yg dipraktikkan dlm ramadhan adalah bersungguh2, jika suka bersedekah sedekah dgn bersungguh2.

Jika ada perasaan risau dgn amalan diterima atau tidak adalah sangat bagus untuk sentiasa bermuhasabah setiap hari. Namun apabila muhasabah, jangan terlalu fikir tapi tak buat perubahan.

Apabila setiap latihan yang dibuat sepanjang ramadhan, tidak boleh merasakan sudah cukup apa yang kita lakukan semasa ramadhan.

Ketaatan adalah seauatu yang menyeronokkan sebagai satu biiahnya iaitu membentuk suasana yang menjadikan kita lebih taat. Persekitaran yang terbentuk bukan dibentuk oleh orang lain tetapi dibentuk oleh kita.

Taqabballah - jagalah ia, simpanlah ia untuk dilihat di akhirat.

Amal2 baik yang dibuat oleh kita dlm Rmmadhan namun sangat menakutkan jika apa yang kita buat itu ada perasaan riyak ujub dan bangga maka sia2 lah apa yang dia lalukan. Ganjaran yang diperolehi itu adalah org2 sua'dak iaitu org2 yang bahagia. Ciri org maqbul juga itu adalah org yang suaadak, gembira walau sedikit. Maqbul itu selalu sendiri rasa gembiraa snngat. Makin banyak amal semakin banyak disimpan. Lagi susah untuk dibuat lagi besar ganjaran itu. Jadi apa yh kita buat itu sangat gembira dan puas walausikit bertenaga.

Jadi kita boleh buat, dengan rasa bergembira wllaupun buat2 senyum dnn gembira. Gembira adalah ciri maqbul. Bila kita makin banyak amal, mesti lah kita gembira. jadi bila kita ucapkan taqabballahu minkum minna waminkum taqaballah ya kareeem.

Jadilah anak2 akhirat yang selalu memikirkan apa bekalan perlu dibawa ke sana. Amalan yang terbaik di kalangan kita adalah yang sentiasa konsisten amalan yang dibuat.

Kita bercakap tnntang apakah amalan kita diterima, Rasul bertanya siapakah orang papa kedana dari umatku kepada para sahabat. Maka Abu Bakar adalah org yg tiada wang dan tiada harta. Namun, Rasul menjawab org yg papa apa bila pulang kpd Allah dgn sangat banyak tetapi dia dlm masa sama dia buat fitnah, mengata org, mengambil harta tanpa izin. Di akhirat nanti dosa org kita buat anayia itu dicmmpak2 semua dosa mereka ke muka nya kemudian dia ke dalam neraka jahannam..Nauzubillahiminzalik.

Castle of coconut milk,
Awaiting sunset...tapi mendung tiada  sirna mentari di ufuk senja..

Wednesday, July 22, 2015

Eidul Sa'eed

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar..Allahuakbar walillahilham.
Taqaballahu minkum. Semoga kehadiran Syawal menjadikan kita fitrah semula.
Reset minda
Reset jiwa
Reset motivasi
1436H adalah kali ke empat saya beraya tanpa perlu berkalut mengambil tiket bas, keretapi, kapal terbang mahupun ETS. Kerana sejak penghijrahan 2010 ke utara a.k.a kampung halaman soal jem dan tiket habis tidak perlu difikirkan lagi. Ini kelebihan jika balik bertugas kampung. Apa pun kepadaNya segala syukur dipanjatkan. Paling seronok tak perlu ambil cuti panjang. Alhamdulillah.
Jadi, jom kita puasa 6 dan sambung bekerja.
Kekalkan momentum bekerja kita.
Bekerja bukan untuk penghargaan dan pangkat tetapi bekerja sebagai satu ibadat. Insha Allah semua akan jadi seronok dan ceria.
Castle of coconut milk
before fajr

Wednesday, July 8, 2015

Dirasak Soal

Redup kasih mengintai hari
Ampuh jiwa dibadai rasa
Hitung diri membina jati
Rasak hati mengapai cita
Aku lihat...
Aku tinjau...
Aku fikir...
Aku perhati..
Aku perhalusi...
Aku tenung...
Aku jeling...
Aku senyum...
Aku pun tak tau...
Hanya Allah mengetahui..
Ramadhan ke 22
Penuh pengharapan
Castle of Coconut Milk

Sunday, July 5, 2015

Perempuan, Isteri, Anak dan Pelajar

Ramadha ke 18, 1436 semalam membawa pada perspektif yang sangat luhur kepada seseorang saya kagumi. Menyingkap pertemuan atau kisah ukhuwah ketika kami sama-saaa belajar di Matrikulasi Nilam Puri lagi sekitar 1999. Berlainan majmuah bukan bererti persahabatan itu sukar untuk terjalin, hakikat sebuah persahabatan itu bermula dengan sebuah senyuman, tanya khabar dan sapa-sapaan yang berterusan. Kami bertanya khabar dan sentiasa ada ikatan ukhuwah walaupum tidak serapat mana pada ketika itu.

Mengorak langkah ke Kampus Induk di Kuala Lumpur dan berlainan jabatan tetapi di bawah satu pusat pengajjan juga membuatkan kami sering bertegur sapa dan bertukar-tukar maklumat. Seingat saya, kami selalu terserempak di perpustakaan dan ada juga waktunya saya menziarahinya di rumah sewa. Memang indah ukhuwah itu. Masih ingat lagi, saya ketika itu suka melibatkan diri dengan persatuan anak negeri, pernah menginap di rumahnya dan mengenali siapa orang tuanya dan siapa dia di mata orang tuanya. Kami juga akrab selepas terlibat dalam satu program motivasi didaerah Kubur Panjang Kedah.

Masa berlalu, kami tidak pernah pula berkongsi keinginan untuk sambung pengajian di peringkat sarjana. Tapi perancangan Allah selalu indah dan diaturNya dengan cintaNya. Habis pengajian di UniMalaya 2003 saya berhasrat untuk meneruskan perjuangan tradisi ilmu di peringkat sarjana. Di penjuru kota metropolitan, saya memilih UIA sebagai destinasi taman ilmu dan budi saya seterusnya. Tidkk disangka bertemu lagi dengan sahabat saya ini, kami sama sama berjuang diperingkat sarjana di Gombak. Di sinilah kami semakin akrab. Banyak kisah suka dan duka di kongsi bersama. Pastinya kami bukan di Kuliyyah yang sama namun berbeda. Walaupun berbeza, hasrat, cita-cita dan matlamat adalah sama iaitu menuntut ilmu di sana. Akhlaknya yang baik dan tutur katanya yang lembut selalu menjadi komplementari kepada saya. Ukhuwah itu sehingga lah kami habis menuntut sarjana di UIA.

Sesuatu yang terjadi itu selalu saya rasakan bukanlah suatu kebetulan tetapi sebuah ketentuan. Allah lah yang menentukan pertemuan kami selanjutnya, setelah saya habis sarjana di UIA saya terus mendapat peluang pekerjaan dalam industri kewangan di Kuala Lumpur. Namun atas dasar minat untuk berkongsi dnn menyampaikan ilmu yang tidak seberapa saya memohon untuk menjadi pendidil di KUIS. Alhamdulillah berhijrah saya ke Bandar Seri Putra dan bertemu lagi dengan sahabat saya ini dalam bukan perancangan kami. Alhamdulillah. Tautan ukhuwah itu semakin bertaut indah. Sehinggalah dia dipertemukan jodoh dan berhasrat untuk pulang ke Kedah. Akhirnya dia telah berjaya menempatkan diri di UUM. Alhamdulilah.

Dari persepsi saya, sahabat saya ini sangat kental jiwanya kerana saya melihat dia dalam pelbagai persepsi. Persepsi sebagai seorang anak, kepulangan ke kampung sebagai satu platform untuk membalas jasa ibu bapanya yang telah berjasa sehingga ke hari ini. Dia dapat melihat dan memantau keduanya di hadapan matanya. Secara tidak langsung, dapat berbakti secara mutlak kepada mereka. Hebat bukan?

Persepsi sebagai seorang isteri dan ibu kepada tiga cahaya mata. Pada saya sangat hebat dan sangat dikagumi. Ketika dia pulang untuk berkhidmat di UUM, kemudian dikurniakan seorang puteri comel. Dalam tempoh tersebut diberi peluang untuk menyambung diperingkat doktor falsafah dan dalam tempoh itu dikurniakan lagi seorang putera yang comel. Khidmatnya sebagai seorang isteri tiada tara tulus dan ikhlas mendapat redha suaminha. Malah suaminya meredhai dengan apa yang telah dia lalui. Mempunyai suami yang sangat membantunya dalam mendidik anak-anaknya. Saya lihat bertapa cekal dan tabahnya dia dalam mengharungi fasa-fasa ini. Menjadi suri dan ibu kepada suami dan anak-anaknya.

Persepsi sebagai seorang pelajar, menyambung pengajian diperingkat doktor falsafah bukanlah sesuatu yang mudah untum ditafsir prosesnya. Namun saya memberikan pendapat positif sikap dan sangkaan terhadap apa yang dilalui sahabat saya ini, dan tunggak utama redha suami dan ibu bapanyalah membuatkan proses perjalanan sebagai seorang pelajar itu membantu dia mengharungi segala mehnah dengan tenang dan sabar. Hasilnya dia akan viva tidak lama lagi. Sebelum viva 29 hari yang lalu dikurniakan seorang puteri yang comel. Kini tiga orang cahaya matanya dan akan menamatkan pengajiannya dengan viva pada 13hb Julai 2015. Buat sahabatku Norhanani Ismail, Allah sentiasa dengan hambaNya yang sabar dan redha. Ku yakin kejayaan itu nanti pasti milikmu.

Rasa panjang sungguh entri pagi ini. Sebab ingin diungkapkan sebuah persahabatan yang indah, sehinggakan Mak saya sendiri mengaguminya. Coretan untuk disimpan untuk pendoman dihari kemudian.

Fajar di ufuk timur,
Ramadhan 18, 1436
5-07-15

Wednesday, July 1, 2015

Mencari dan Mencari

Subuh dingin Ramadhan 1436 mengammit rasa.
Apa aku sudah jumpa yang dicari?
Apa aku puas apa yang dicari?
Apa aku pasti apa yang dicari?

Hati berdetik dan terus mendetik mencari jawapan ini.
Terlalu padat waktu
Terlalu kuat tekad
Terlalu sendat rasa
Terlalu rapat kata
Terlalu sarat jiwa
Mencari jawapan yang pasti
Menongkah rasa yang sendiri
Menguji jiwa yang terpatri
Menawan minat dihati
Menjunjung ilmu yang dinanti
Mengorak langkah ke destinasi
Mengharap Wadud Illahi
Dan inilah hakiki

Ramadhan hadir
Apakah diri dalam pencarian pasti
Apakah diri sedia diri
Apakah diri serah diuji
Apakah diri sudah menjiwai

Moga diri beroleh redha Ilahi
Terus menanti jawapan dan pekenan Illahi

Ufuk subuh,
'positive feeling'
Santan Castle Village
0700

Softening Brush

 Bismillah. The hectic week has just begun, and I need to slot in my packed time, even 5 minutes, to sharpen my art skill of sketching up an...