Sunday, March 29, 2009

ops...

Weekend. I had workshop on Harmonization of Curriculum 2009. This is my first time joined this kind of workshop organized by my faculty. And being one of the committee member. Yea... program..workshop...seminar...what else? convention? forum... hmm.. a lot of preparation we have to do and must have shortlist... But this workshop has significant to us because by having discussion with our advisors whose seat down together and make harmonizing on the current curriculum. The advisors seat for half day according department refine the course subjects and put some value added for every inch in the course or program which offered for the last batch as well as for next batch.

Hmm.. as for me who representing my department has a special case during the course. This because our super advisor won't come because he has important event which parallel with our workshop. So..apa lagi...hurraaayy... (that I was thinking before the workshop started)... however... our supreme asked us to join Banking and Finance Department... First at all, when I have to join this department I thought... am just a "pelakon tambahan" for this department to fulfill the time. Hmm...started by angguk-angguk, but then a lot of thing raised by advisor for this department showed that I knew everything... and become more and more interesting because several of the issued arose were related to my area. From 'pelakon tambahan' I became very an important person (vip) hehe..since the advisor keep focusing what have been raised in the discussion. hmmm...at least I'd contribute little for this department.

And it become more serious discussion till at the lunch table. Until I realized all my friends looked at my table since only me ladies at that time. Around me gentlemen. Just coincident...I think. Maybe I have a lot of thing related to IBFIM..that's why the advisor feel comfortable to share his knowledge and experiences. Maybe..

As for today, we have wrap up session. All departments present their resolution what have been resolved through out yesterday session. For my department, HOD, Sr. Muna and me have extension meeting with our advisor on this coming Thursday. Before we end our workshop, to release our mind. We played Minesweepers. Memang kelakar. For the first round, my group loss. But we woke up for the second round. And we won!! Memang best. Thank you to Sr. Hawa introduced us this kind of game.

Tomorrow, Sr. Dhiah and I have a new contract. Witness by Sr. Ifa, Sr. Ain, Sr. Ita, Sr. Anom and several people who know this agreement. This new agreement will start 30 March 2009 and will expire on 1 August 2009. Hopefully, I strive the bestt for the future!! Basyyaaaaa!!!!


2058
Solusi #5

Bila bahagia mulai menyentuh..seakan ku bisa hidup lebih lama. Namun harus ku tinggalkan cinta ketika ku bersujud....

Friday, March 20, 2009

T.E.N.A.N.G

Hari ni saya bangun dengan perasaan tenang. Tak tahu kenapa. Mungkin sebab keinginan nak makan mee kari special dapat kot. Namun itulah yang paling jelas... tenang..setenang air di tasik depan sekolah saya... Ditenung dalam-dalam air kolam itu..setenang itulah hati saya pada hari ini.. Semoga apa yang berlaku di hari ini mendapat keREDHAan Allah.. Dipermudahkan segala genap urusan yang masih tertangguh.

Jalan-jalan yang panjang menjadi pendek dan mudah. Insya Allah. Ya Allah..pandanglah daku dengan pandangan belas kasihMu.. Jangan Kau alihkan pandanganMu serta nurMu...

Purple.
Hitam Putih Kehidupan

Thursday, March 19, 2009

Dia Suamiku...


"Suami yang berwibawa itu dia memiliki ilmu pengetahuan yang luas, ibadah yang kemas, akhlak yang mulia dan kepimpinan yang berkesan."

Suami Idaman

Para wanita Tuhan jadikan bersamanya sifat pemalu. Sifat pemalu semulajadi itu serba sedikit dapat menyelamatkan maruah para wanita. Apabila hilang sifat malu maka runtuhlah benteng maruah yang utama dari wanita. Di akhir zaman ini memang sifat malu semulajadi itu sudah hampir lenyap. Maka lahirlah wanita yang kurang malu atau tak malu. Salah satu kesan ketara kekurangan sifat malu itu apabila para wanita sanggup berterus-terang mengenai ciri-ciri suami idaman. Tanpa berselindung mereka rata-rata idamkan suami macho, tampan, segak, bertubuh sasa, kaya, popular, berpangkat, berkelulusan dan sebagainya. Ramaikah lelaki seumpama itu? Tentulah sedikit saja.

Memang Tuhan jadikan jumlahnya sedikit. Bahagiakah wanita yang berjaya mendapat suami idaman tersebut? Mudah saja jawapan kepada persoalan ini, iaitu kebahagiaan terletak di hati , bukan di mata, telinga, mulut, tangan, kaki dan lain-lain anggota lahir. Sepatutnya wanita merasa malu untuk berterus-terang tentang ciri-ciri suami yang diidamkan. Tetapi tidak pula salah andainya sekadar mengharap, malah dibolehkan harapan itu dirintihkan kepada Tuhan, tanpa dilafazkan. Dan elok disertakan pula dengan sangka baik kepada Tuhan bahawa siapa saja yang datang ke dalam hidupnya seorang lelaki bergelar suami maka itulah yang terbaik untuk dirinya.

Kerana Tuhan Maha Mengetahui, Maha Adil dan sangat luas rahmat-Nya. Setiap anugerah Tuhan itu tetap ada kebaikan atau hikmah di sebaliknya. Oleh itu, lebih baik mengekalkan sifat malu melalui tanpa mendedahkan apa yang tersirat di hati mengenai bakal suami dan mengharap serta berserah kepada Tuhan.

Sebuah perkahwinan atau rumahtangga tidak lebih dari salah satu alat untuk mendapatkan Tuhan . Melalui suami dan melalui isteri, tidak lebih dari alat untuk sama membesarkan Tuhan. Apabila mendapat Tuhan ertinya memperolehi segala-galanya, memperolehi sumber iman dan taqwa, kekuatan, kekayaan, ketenangan, keselamatan dan kebahagiaan. Kehilangan Tuhan, apa saja yang dimiliki dalam hidup tidak mempunyai apa-apa erti kerana semuanya hancur musnah. Kalau begitu kedudukannya, alangkah elok andainya setiap wanita mengharapkan kehadiran seorang suami yang berwibawa kerana dengannya ada sedikit jaminan mendapat Tuhan dan sekaligus mendapat segala-galanya.

Suami berwibawa adalah suami yang berupaya membawa hati kepada rasa kehambaan dan rasa bertuhan. Kedua-dua rasa ini bakal menjamin kesejahteraan dunia dan lebih-lebih lagi di Akhirat.

Wibawa ada dua jenis.

Pertama, yang bersifat semulajadi yang dicipta oleh Tuhan.
Ada manusia yang Tuhan anugerahkan pada dirinya mempunyai tarikan semula jadi seperti cantik, handsome, tampan, petah bercakap. Atau secara semulajadi Tuhan jadikan orang lain mudah jatuh hati, atau memandang hebat kepada seseorang. Atau boleh juga disebut sebagai peribadi yang menarik perhatian. Kurnia Tuhan ini tidak boleh diusahakan.

Kedua, ialah wibawa aradhi atau mendatang .
Wibawa jenis yang kedua ini boleh diusahakan. Ertinya boleh dicapai melalui usaha yang bersungguh-sungguh. Apabila berjaya memilikinya maka peribadinya akan dilihat menarik, disegani, dihormati, disayangi. Malah sangat mendatangkan manfaat kepada dirinya dan orang lain. Bertuah dan beruntung seorang isteri apabila Tuhan kurniakan suami yang berwibawa, iaitu apabila seorang suami memiliki ilmu pengetahuan yang luas, ibadah yang kemas, akhlak yang mulia dan kepimpinan yang berkesan. Lebih-lebih lagi bertuah sekiranya seseorang itu ada kedua-duanya iaitu wibawa semulajadi dan aradhi, tetapi ini amat jarang berlaku kepada orang awam kecuali para rasul.

Di dalam sebuah keluarga, andainya suami belum memiliki wibawa mendatang ini, sentiasa belum terlewat untuk diusahakan. Contohnya, ilmu dan pengetahuan, amat berguna yang akan memberi kesejahteraan di dunia dan merupakan panduan untuk keselamatan Akhirat. Menguasai ilmu semata-mata tidak memadai dalam erti kata kalau sekadar terhenti kepada menjadi cerdik dan pandai. Kerana kerosakan yang amat besar berlaku di muka bumi ini adalah angkara orang cerdik dan berilmu pengetahuan. Ramai para ulama turut melanggar perintah Tuhan. Bukan mereka tidak tahu hukum-hakam, tetapi kerana tidak boleh melawan nafsu. Di sinilah letaknya betapa penting mempunyai iman dan taqwa.

Suami yang berwibawa adalah seorang yang serba sedikit mampu memimpin. Tidak pula dituntut sehingga mencapai ciri-ciri kepimpinan negeri atau negara. Cukup sekadar berupaya memimpin anak isteri. Memimpin anak isteri itu skopnya tidaklah terlalu luas seperti memimpin masyarakat. Namun mestilah boleh menyelesaikan tuntutan asas kehidupan berkeluarga.

Di antara ciri-ciri wibawa suami di aspek kepimpinan ialah:

1. Rumah sebagai masjid, dewan kuliah dan pusat pendidikan .
Inilah perkara pokok yang seorang suami perlu wujudkan dalam rumahtangga. Dinisbahkan masjid sebenar di zaman salafusoleh masjid adalah tempat paling banyak menyebut nama Tuhan dengan berbagai-bagai jenis ibadah khususiyah. Di masjid tempat tenteram, tenang, damai. Tempat di mana nama Tuhan dibesarkan dan diagungkan. Tempat hamba-hamba-Nya tersungkur menghina diri. Di dalam rumah sering diadakan kuliah pendek atau peringatan singkat khusus selepas solat berjemaah, waktu makan bersama dan menjelang tidur. Boleh juga diadakan perbincangan dan membentangkan perkembangan terkini anggota keluarga.

Suami mencorakkan rumahtangga sebagai tempat membangun dan menyuburkan jiwa. Pusat pendidikan yang melahirkan peribadi agung, terutamanya melalui solat. Suami adalah modelnya dalam aspek ilmu dan minda, ibadah, akhlak dan kepimpinan. Gambaran yang ada di tengah masyarakat itu bermula di rumah. Sekiranya rumah itu benar-benar dihidupkan sebagai pusat pendidikan, nescaya lahirlah juga anggota masyarakat yang agung kerana gabungan dari individu yang memiliki peribadi agung.

2. Memberi ilmu dan pengajaran
Suami wajib mampu memberi ilmu atau pengajaran dalam soal-soal fardhu ain. Fardhu ain itu sememangnya wajib bagi setiap mukallaf. Ertinya tidak boleh diabaikan. Atau haram dan berdosa bagi mukallaf tidak selesai fardhu ainnya. Maka dalam keluarga suamilah yang wajib menyelesaikannya. Kalau difahami dalam aspek ini, tentulah tidak timbul sebarang kesukaran kerana ianya memang diwajibkan ke atas diri suami itu sendiri. Selepas itu perlu disampaikan kepada anak isteri.

3. Mendidik
Mendidik, mengasuh, membimbing adalah sama sekali berbeza dengan memberi ilmu dan mengajar. Di sini berlaku salah faham yang amat berat di dalam masyarakat hari ini, yang mana masyarakat beranggapan apabila mereka menghantar anak ke sekolah maka berlakulah pendidikan.

Sebenarnya apa yang disifatkan sebagai pendidikan atau tarbiah hampir-hampir tidak berlaku langsung di mana-mana pun di dunia, hatta dalam pengajian agama termasuk pondok dan tahfiz. Semuanya bersifat memberi ilmu semata-mata tanpa adanya didikan. Seorang suami yang berwibawa itu mampu mendidik hatinya sendiri, kuat bermujahadah sehingga nafsunya tunduk.

Iman dan taqwanya pula mampu disuburkan . Di sinilah letak faktor utama kejayaan suami mendidik isteri. Kerana maksud mendidik isteri ialah membersihkan hatinya dari mazmumah, mengekang nafsu dan menyuburkan iman dan taqwa. Andainya suami gagal mendidik diri maka akan gagal pula mendidik hati isteri.

Mendidik ialah proses berterusan umpama menitiskan air di atas batu. Air satu tasik dicurahkan sekaligus kepada sebuah batu tidak memberi kesan apa-apa. Titisan yang berterusan menjadikan batu lekuk. Hati manusia yang keras itu mestilah dititiskan dengan rasa kehambaan dan rasa bertuhan yang akhirnya menjadi cair. Barulah didikan itu dikira berjaya.

4. Sabar
Dalam bahasa Melayu erti sabar ialah tahan. Suami yang tidak sabar bukan saja hilang wibawa bahkan sangat mencemarkan maruah dirinya. Suami yang pemarah, baran, kaki berang, suka mengherdik, menjegil, suka bertengkar dan meninggi suara akan hilang daya tarikan. Mungkin isteri sanggup mendiamkan diri, patuh dan kelihatan menyetujui, tetapi tidak lagi atas kerelaan, melainkan dengan berat hati, terpaksa kerana takut.

Ketenangan suami itu menjadikan hati isteri sejuk, aman dan tenteram. Isteri akan lebih mudah menerima tunjuk ajar dan didikan sekiranya suami bersifat sabar. Para rasul yang mendapat darjat Ulul Azmi adalah kerana mereka sangat sabar dalam mendidik manusia. Kerenah manusia tidak sampai menggugat hati mereka. Mereka tidak merajuk, kecewa, putus asa bahkan sentiasa mengharapkan kaumnya akan berubah juga satu masa nanti. Begitulah sifat suami berwibawa apabila dia amat sabar menunggu perubahan pada diri isterinya. Sekiranya masih belum berubah, dia tetap yakin bahawa Tuhan belum kehendaki lagi dan dia tetap menyalahkan diri sendiri yang belum bertaqwa, maka lantaran itu Tuhan tidak membantunya.

5 .Penghibur dan pengubat.
Sudah menjadi sunnatullah bahawa manusia tidak terlepas dari ujian dan musibah. Isterilah yang sering dilanda kesedihan. Hati mereka mudah tersentuh atau terguris perasaan. Andainya tidak dibendung, kadang-kadang boleh sampai mencacatkan aqidah bilamana mereka merasa amat kecewa dan putus asa. Seolah-olah putus dari rahmat Tuhan atau terlintas di hati mempersoalkan takdir Tuhan. Kalaupun tidak sampai ke tahap itu, kesedihan yang keterlaluan juga boleh menjejaskan kehidupan harian.

Selain terabai urusan harian, adakalanya berlarutan untuk tempoh yang lama. Suami yang tidak berwibawa, dia pun terikut sama dengan situasi isteri. Kalau ini terjadi maka bertambah buruklah padahnya kerana isteri merasakan sikap kecewanya itu disertai oleh suami. Suami yang berwibawa akan berusaha menghilangkan kesedihan dan kekecewaan isterinya. Ketika itu suami menjadi penghibur kepada kesedihan dan pengubat kepada kekecewaan. Selain memahamkan kepada isteri bahawa setiap ujian dan musibah itu adalah kerja Tuhan yang mengandungi hikmah dan pengajaran, suami juga mesti meyakinkan bahawa salah satu maksud Tuhan yang paling utama ialah agar kita merasakan diri ini adalah hamba yang sangat lemah dalam berhadapan dengan kuasa Tuhan. Agar kita benar-benar merasai kehambaan yang mendalam sehingga banyak perkara dalam hidup ini yang kita benci, tetapi itulah yang Tuhan datangkan, dalam keadaan kita tidak berupaya menolaknya. Banyak perkara yang kita mahu tetapi tidak dapat mencapainya. Maha Besar Tuhan dan Maha Berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu.

6.Mengetahui asas-asas saikologi isteri
Apa faedahnya memiliki suami macho, tampan, segak, sasa, handsome seandainya dia seorang yang ego, sombong, mementingkan diri dan syok sendiri. Malah tentu amat menyakitkan hati sekiranya diri isteri itu tidak diambil perhatian. Atau dia kurang mengambil berat tentang diri isterinya.

Dia bersikap one-way atau sehala saja yakni mengharapkan isteri memberi perhatian atau memenuhi kehendak dirinya saja. Tentulah akan bertambah menderita seorang isteri apabila suami begini akan berbuat sewenangnya kerana dia ada modal untuk menawan lebih ramai wanita, satu pergi sepuluh mari. Dia pula memang tahu bahawa isterinya tertarik pada dirinya kerana tampan dan segak itu, pasti isterinya tidak akan ke mana andainya dia bersikap angkuh. Sekiranya ini berlaku maka inilah yang dikatakan sedap di mata saja. Iman dan taqwa saja yang dapat mengubat penyakit suami ini. suami yang berwibawa sangat memberi perhatian kepada isterinya. Dia mensyukuri pemberian Tuhan itu dan menjadikan satu amanah yang mesti ditunaikan.

Memperolehi isteri seolah-olah satu hutang kepada Tuhan yang wajib dilunaskan. Demi untuk menunaikan tanggungjawab sebagai suami kepada isteri, maka dia bersungguh-sungguh mengenali isterinya. Agar dengan cara itu dia dapat memperelokkan hubungan dan dapat mengekalkan keharmonian keluarga.

Selain itu mengenali asas saikologi isteri dapat membantu dalam mendidik dan membimbing sehingga ianya benar-benar berkesan.

Suami amat perlu mengenali isteri dalam aspek berikut:

1. Jenis kekuatan sama ada kekuatan jiwa, akal dan perasan .
Jarang, biarpun ada, yang memiliki ketiga-tiga kekuatan. Namun yang memiliki dua kekuatan sekaligus dikira ramai. Perlu mengetahui setiap kekuatan tersebut kerana antara ketiga-tiga itu memerlukan pendekatan yang berbeza. Kalau isteri memiliki kekuatan akal tentulah dia lebih meminati pendekatan ilmu, hujah, logik dan perbandingan. Ini tidak sesuai pula dengan yang memiliki kekuatan perasaan, yang mana isteri jenis ini suapkan bahan yang sudah siap diproses. Contoh lain, sekiranya seorang isteri itu memiliki kekuatan jiwa, suami boleh mendidiknya atau menegurnya dengan cara yang agak keras. Dia tidak akan ambil hati atau perasaannya tidak tergugat. Ini berbeza dengan isteri yang kuat perasaan. Kalau pendekatan yang sama dilakukan, boleh jadi tiga bulan barulah perasaannya akan pulih. Mengenali jenis kekuatan dan perbezaan watak ini lebih-lebih lagi menjadi penting sekiranya seorang suami itu berpoligami. Ertinya suami itu tidak boleh menghadapi isteri-isterinya dengan satu pendekatan saja dalam memberi didikan atau menyelesaikan masalah.

2. Memahami kegemaran dan kebencian
Dalam menjaga hubungan suami isteri agar dapat diminimakan perkara-perkara yang boleh menggugat kestabilan dan keharmonian, suami yang berwibawa turut mengenalpasti apa-apa kesukaan isteri. Ini merangkumi segala aspek dalam rumahtangga, makan minum, sikap, minat, topik perbualan, hal-hal yang bersangkutan dengan ibu bapa dan adik-beradiknya. Tidak terkecuali juga apa-apa perkara yang dibencinya dalam aspek di atas tadi. Ini memahamkan kita bahawa suami janganlah sentiasa mengharap isteri mengikuti secara terpaksa apa saja kemahuan dirinya. Isteri juga ada perasaan, selera dan citarasa yang mesti dipenuhi. Dan isteri juga ada sensitivitinya yang perlu dihormati.

3. Mengenal sifat dan sikap positif dan negatif isteri
Dalam usaha membina keutuhan rumahtangga, suami yang berwibawa patut memberi perhatian terhadap sifat dan sikap positif atau negatif pada isteri. Dalam hal ini segala sifat dan sikap positif hendaklah didorong dan disuburkan. Manakala sebaliknya sifat dan sikap negatif hendaklah dikikis atau sekurang-kurangnya ditelan tanpa diluahkan secara bebas. Ertinya suami perlu mengingatkan isterinya bahawa yang positif hendaklah dilepaskan manakala yang negatif hendaklah ditahan. Ini merupakan satu jihad atau pertarungan, kerana bukan mudah untuk menahan atau menekan sifat negatif itu.

Namun kesannya amat besar apabila berjaya membendung sikap negatif. Terutamanya dalam rumahtangga, tentulah suami akan lebih simpati terhadap isteri yang berusaha keras menyimpan sifat-sifat negatif itu tanpa diluahkan.

Sangat terkesan.

Sumber: My fren's email.

Tuesday, March 17, 2009

Intai Ketenangan...


Ya Allah...Dengan rahmatMu..Ya Rabbi ampuni kami..

Ku mengintai ketenangan di antara kekalutan
Kerana keinginan tidak pernah kesampaian
Ku kutip sisa-sisa dari segala keruntuhan
Bangkit semula meneruskan baki perjalanan

Ku menghimpun kekuatan ku memohon ketabahan
Meredah gelombang hidup dan dugaan mencabar
Ku anggap kegagalan bukan suatu kekalahan
Tapi suatu kejayaan yang masih tertunda

Ku minta diberikan sejenak kesempatan
Untuk ku ulangi kembali langkah pertama
Keperitan yang ku rasa mengajar erti kesabaran
Menyedarkan ku insan memerlukan Mu Oh Tuhan

Di rimbun keampunan ku mencari keredhaan
Melerai segala kusut dan kecamuk dijiwa
Ku cari kejernihan di segenap ruang maya
Masih ku sedar ku sedang diperhatikan Mu Oh Tuhan

Dengan RahmatMu dengan kasih sayangMu..ampuni kami..


Dari Hassan Basri yang bermaksud: "Sesungguhnya kerosakkan hati adalah berpunca dari enam perkara :

1. Mereka melakukan dosa dengan harapan akan bertaubat.
2. Mereka menuntut ilmu, tetapi tidak mahu mengamalkannya.
3. Apabila beramal, mereka tidak ikhlas.
4. Mereka memakan rezeki dari allah, tetapi tidak mahu bersyukur.
5. Mereka tidak redha dengan pemberian Allah.
6. Mereka mengkebumikan orang-orang yang mati tetapi tidak mahu mengambil iktibar."

Berehat Lagi


VSP - Ntah apa penangan malam tadi saya sukar tidur. Suhu badan naik mendadak. Panas badan menjadi-jadi. Beberapa kali terjaga dari tidur. Tapi apa yang betul-betul terkesan malam tadi saya termimpi (betul ke tak saya kurang pasti) saya bertemu dengan seorang gadis Arab. Keadaan kami berbual benar-benar membuatkan hati teruja iaitu di dalam Masjidil Haram. Agaknya rindu Tanah Suci masih lagi berbaki. Yang pasti dalam perbualan tersebut terdapat emak dan ayah saya bersama-sama di sana. Ya Allah saya kangen bangat untuk melihat Baitullah..

Seperti biasa beg hitam saya dicapai untuk ke kantor. Tapi badan masih terasa lemah akibat mimpi ke tempat yang jauh malam tadi. :) Terasa lemah menguasai badan ini. Tapi saya tetap kuatkan diri ke kantor. Hari ada pelbagai urusan yang perlu diselesaikan. Minda saya menari-nari memikirkan banyaknya kerja. Kertas kerja untuk dua program, kajian yang mahu dipublish belum lagi diemail, soalan-soalan peperiksaan. Banyak. Setiba di ruang mengetik kartu, saya bertembung dengan Deputy Dean. Dia menegur saya kenapa muka begitu pucat? Saya kaget sebentar. Apa benar? Saya mengiyakan bahawa saya masih belum pulih sepenuhnya. Dia menasihati saya supaya saya pergi jumpa doktor dan berehat. Kesian.. Saya beredar dari tempat mengetik dan terus ke tempat parkir. Saya kena ke klinik jugak.

Setiba di klinik, ramai juga yang sedang menunggu. Saya mengisi borang dan memaklumkan nama institusi tempat saya bekerja dan menunggu giliran. Dr. Norlela sedang bertugas. Sabar menanti giliran. Akhirnya giliran saya tiba. Setelah tekanan darah diperiksa, jantung normal, Doktor meminta kebenaran saya agar darah saya diambil untuk pemeriksaan seterusnya kerna sudah lama demam tapi belum lagi baik. Dengar saja darah nak diambil, berderau darah mendengarnya. Ish tak pernah ni, saya membenarkan. Semasa picagari hendak dimasukkan ke lengan saya automatik kepala toleh kekiri, mata terpejam rapat.. Mak...cek takuit.... "Ok, nanti saya akan bagitau keputusan nanti"..., kata Dr. Norlela.

Usai pemeriksaan dan dicucuk lengan, saya bersegera ke kantor kerana saya tertinggal sekarung beg ubat saya. Aduii..banyak sungguh ubat...yang sedap hanya vitamin C, yang lain....huhu.. Hurgesic, Dilic Suma, Pamodiax, Antibiotik...pait..Ubat oh obat hai mari makan obat, semua jenis obat pun ada..

Setiba dirumah, saya makan sedikit makanan untuk melapik perut sebelum makan ubat. Erm..bubur nasi itu sangat sedap. Kemudian ubat-ubat yang 'sedap' itu ditelan dengan seronoknya. Semasa saya sedang membelek-belek barangan yang dijual oleh HPA Industri Sdn Bhd, telinga saya tertumpu dengan temubual dalam Ikim.fm, siapa tetamu saya kurang pasti tetapi essence yang cuba saya kongsikan adalah bertapa bernilai nya hikmah seseorang mengambil wudhu'. Dilihat dizaman Rasulullah s.a.w, para sahabat tak perlu berjumpa dengan doktor pun, sebab kekuatan iman dan taqwa yang sangat hebat dalam setiap amalan boleh menjadi penawar kepada segala jenis penyakit. Penceramah tersebut menyatakan, kenapa setiap tempat yang diambil untuk wudhu' itu hanya bahagian tertentu? Kenapa tidak semua? Sebenarnya wudhu' itu boleh menghindar dan menawarkan kita dari segala jenis penyakit khususnya penyakit personaliti. Sebagai contoh marah, dengki, buruk sangka, segala penyakit persaan yang boleh mengundang kepada penyakit zahiriah seperti hipertensi, diabetes, insomnia, kardiovaskular, hepatitis dan sebagainya. Penyakit perasaan ini sperti stress atau tekanan lah menjadi salah satu punca kepada penyakit-penyakit zahiriah ini. Sebab itulah kita sebagai Muslim wajib mengambil wudhu' paling kurang lima kali sehari. Sebagai contoh apabila kita menyapu air ke sebahagian kepala, kita dengan rasa bersungguh-sungguh perlu mengishtiharkan bahawa "Ya Allah, kepalaku ini selalu memikirkan benda-benda yang tidak baik daripada benda-benda yang baik, jadikanlah aku lebih baik dalam menyumbang buah fikiran dalam pembangunan Islam dan syakhsiahku", maka secara tidak langsung penyakit kita cuba menyingkirkan anasir-anasir yang kurang baik di minda kita. Begitu juga membasuh tangan dari tapak ke siku. Jika difikir akal yang logik, kawasan yang kotor mestilah diketiak, kenapa kita tidak disuruh membasuh ketiak sahaja? Kenapa? Kerana hikmahnya tangan kita adalah yang membawa amanah atau tanggungjawab, yang mana setiap apa yang kita lakukan adalah dengan tangan, menulis, merencana, merangka, membentuk dan sebagainya. Apabila tangan kita dibasuh, "Ya Allah, tangan yang memikul amanah ini biarlah berterusan dengan amalan yang baik, sentiasa sukakan kebaikan dan menjauhi kemungkaran." Macam hikmah daripada berwudhu'..Berwudhu' ketika bukan waktu solat adalah sunat.. Apabila diteliti sebaik mungkin itulah hikmah kenapa kita digalakkan berwudhu' setiap masa.

1746
17-03-09
Milk Lotion & Prisma 7500

Monday, March 16, 2009

Kembali Berkhidmat


Setelah direct seminggu bercuti kini saya kembali ke lubuk. :) Rindu pula rasa kat 2302, BSP. Dalam keadaan diri yang masih sengal-sengal akibat demam dari jumaat baru-baru ini membuatkan diri ini gagah untuk masuk kerja.

Alfun syukran buat sepupu saya yang sanggup mem'burn'kan tiket bas semata-mata menemani saya pulang ke sini. Ada juga orang sudi teman saya balik. Dia drive sampai Damansara. Tolong belikan air Rebina sebab mulut saya terasa kelat-kelat pahit dan pesan sungguh-sungguh jalan pulang setelah dia tinggalkan saya di Damansara. Moga Allah murahkan rezeki dia. Sepanjang perjalanan saya rasa sungguh selesa bila ada teman berbual. Syukran ala kulli zalik.

Hari ini saya berharap hari-hari dilalui semakin cemerlang. Insya Allah. Walau kepala sedikit berat mengadap skrin maya ini. Kalau masih belum ok saya perlu buat sesuatu. Mak dan ayah tak putus-putus bertanya sama ada saya masih kuat atau tidak. Concern sungguh mereka.. Ya Allah letakkan kedua ibubapaku di syurga Firdaus...kerna mereka selayaknya di situ..Amin..

Kertas Putih & Anak-anak didik
S.M.I.L.E

Thursday, March 12, 2009

Mutiara Ilmu

Semalam saya berkesempatan untuk pertama kalinya bersama-sama rakyat Perlis di majlis Sambutan Maulidur Rasul di Taman Jali Kangar.

Majlis bermula 8 malam. Seperjalanan saya ke tempat tersebut membuatkan hati seronok tidak terkira. Tatkala itu saya teringatkan peristiwa ketika mula-mula menjejakkan kaki di bumi Madinah. Seronok. Tak terucap dengan kata-kata. Itulah keadaannya pabila hadir untuk bersama-sama dengan habaib. Yang berketurunan Habibullah. Setiba di tempat kejadian, padang surau dipenuhi dengan kereta-kereta dan motor-motor. Manusia sudah mengerumuni surau tersebut. Sebenarnya dari dulu lagi saya ternanti-nanti keadaan ini di Perlis kerna Perlis adalah sebuah negeri yang 'berbeza' dengan negeri-negeri lain.

Sedang elok. Hati saya terdetik kerana majlis baru nak mula. Kata-kata aluan dimulakan oleh Habib Kazim as-Saggaf sebelum menyampaikan amanatnya. Antara pesanan-pesanan yang ditinggalkan oleh beliau adalah:

1) Rahmat Allah adalah sangat besar dan terbentang luas bagi sesiapa yang mengangkat syiar Islam. Setiap hari Allah memberikan 100 rahmah buat hamba manusia yang mana disebutkan bahawa 60 adalah bagi yang bertawaf keranaNya, 40 bagi yang bersolat dan 20 bagi yang melihat Kaabah. Namun ianya bergantung kepada keadaan seseorang itu bilamana dia menjalankan syiar Islam. Telah disampaikan oleh Baginda Nabi Muhammad s.a.w bahawa sesiapa yang mengagungkan syiar Allah akan diterangi cahaya pada hati-hatinya kemudian menyelinap masuk ke seluruh tubuh, jasad dan badan dan akhirnya menatijahkan luhur serta ikhlas buat sesiapa yang beramal soleh.

2) Namun terdapat perbezaan bagi seseorang untuk mendapat rahmat Allah. Ianya mengikut kefahaman dan bagaimana seseorang itu menjalankan syiar Islam. Dengan sebab itu adanya perbezaaan pemahaman bagi setiap pemikiran As Syafie, Hanbali, Ahmad dan Abu Hanifah. Contohnya adalah bab mengambil wudu' sama ada mengambil keselurihan kepala atau sebahagian atau cuma menyapu sedikit sahaja daripada bahagian kepala. Hal ini menjadi khilaf bagi setiap pandangan pemikiran empat mazhab utama ini.

3) Perbezaan dalam kefahaman ayat Al-Quran bukan sahaja berbeza dari segi maksud atau tambahan huruf dalam sesuatu ayat bahkan dari sudut baris juga menjadi titik perbezaan antara ulama membincangkan hal ini. Contoh disampaikan adalah dalam kes sembelihan binatang yang mana terdapat janin di dalam binatang tersebut. Maka terdapat beberapa khilaf yang memberi maksud yang berbeza. Sebagai contoh As-Syafie menyatakan baris hadapan pada "zakatul janin" yang maksudnya seseorang yang ada kambing apabila disembelih kambing tersebut dan disedari bahawa didalamnya ada janin. Maka hukum menyembelih itu terletak kepada ibu kambing itu dan halal dimakan dengan satu sembelihan. Manakala apabila dibaca dengan baris atas maka hukum menjadi berbeza yang mana hukum sembelih ibu kambing berbeza dengan janin. Jadi sembelihan itu mestilah dilakukan dua kali sembelihan.

4) Dalam hal mengikuti perintah Rasulullah s.a.w pada peristiwa Perang Khandak, ketika Rasul menanggalkan pakaian perang, tiba-tiba Nabi didatangi Jibril dan memberitahu supaya bergerak ke tempat perang, sedangkan ketika itu sudah hampir waktu Asar, kemudian Nabi memerintahkan semua sahabat untuk bergerak. Dalam perjalan ke medan perang ada sebahagian sahabat yang bersolat dahulu diperjalanan dan ada sebahagian yang tidak solat. Digambarkan bahawa para sahabat berijtihad sama ada menunaikan solat atau tidak setelah mendapat perintah Nabi. Namun Nabi tidak marah bagi yang solat dan tidak bersolat. Hal ini adalah mereka berijtihad setelah menerima perintah Nabi.

5) Dalam memahami nas-nas Al-Quran, terkandung pelbagai himah-hikmahnya. Terdapat pelbagai rahsia-rahsia yang terkandung didalamnya. Telah diterangkan bahawa, syurga-syurga mempunyai lapan pintu. Namun kemasukan kita ke dalam syurga adalah berdasarkan tingkat amalan kita. Sesungguhnya tingkat amalan kita tidaklah sama antara satu sama lain. Kuncinya ada pada kita semua umat Islam. Sabda baginda, barangsiapa yang berwudu' dengan sempurna kemudian bersolat dua rakaat kemudian berdoa selepas berwudu' Allah akan buka lapan pintu syurga maka masuklah mana-mana pintu yang dia suka.

6) Terdapat hadith-hadith pintu syurga dibuka atas ketaatan kita umat Islam contohnya di bulan Ramadhan, ianya sebagai sebab untuk kita berlumba-lumba untuk beribadat kepada Allah. Barangsiapa yang meninggal dunia di bulan Ramadhan, ruhnya akan dibawa ke melawat ke semua syurga kerana pintu-pintu syurga dibuka dengan luas sepanjang Ramadhan, dan ditutup pintu-pintu neraka. Begitu juga dengan neraka juga terdapat tingkat-tingkatnya. Neraka Jahanam adalah neraka yang paling dasyat dan azab yang sangat pedih kepada sesiapa yang dicampakkan di dalam neraka ini. Na'uzubillahiminzalik. Hatta orang alim yang dicampakkan dalam neraka ini ibarat keldai yang berpusing-pusing yang sedang menghaluskan gandum dengan isi perut terkeluar. Seksaan ini bagi orang yang alim yang selalu berkata melakukan kebaikan tetapi dia tidak melakukan. Na'uzubillahiminzalik. Adapun neraka Jahanam adalah sangat gelap dan tidak kelihatan antara satu sama lain. Begitu juga orang yang membaca Al-Quran tetapi tidak ikhlas, tidak takut dengan apa yang dibacakan dan hanya untuk menunjuk-nunjuk dihadapan orang ramai.

7) Adapun syurga Allah adalah bertingkat-tingkat, seperti Jannatul Ma'wa, Khuldi, Naim, Firdaus (hanya ini teringat). Jannah Firdaus adalah syurga yang paling tinggi yang mana terdapat di dalamnya 2 darjat iaitu 2 syurga emas dan 2 syurga perak. Nabi menyarankan kita supaya sentiasa berdoa untuk mendapatkan syurga Firdaus, sentiasa mohon untuk meninggal dunia dalam kalimah "La illaha illallah" supaya mendapat 'afiat husnul khatimah.

8) Diakhir amanat Habib Kazim memesan supaya kita;

a) Banyakkan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w tidak kira waktu dan masa. Barang siapa yang berselawat 100x setiap hari akan ditunaikan 70 hajat di akhirat dan 30 hajat di dunia. Begitu juga apabila kita berselawat sebelum tidur.

b) Bacalah Al-Quran satu muka surat setiap hari pagi dan malam. Habis sangat 5 ayat setiap hari paling kurang.

Itulah antara pesanan yang dapat saya kongsikan sepanjang satu jam setengah bersama Habib Kazim. Perjumpaan tersebut dirahmati dengan hujan yang menyejukan lagi kami di dalam surau tersebut. 9.50 malam majlis diakhiri dengan burdah dan qasidah selawat ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Alunan selawat itu diikuti oleh semua jemaah. Diakhiri perjumpaan dengan solat jemaah isya' yang diimami oleh Habib Kazim. Alhamdulillah...Harap berpeluang lagi dilain masa. Selagi Allah pinjamkan nikmat usia dan kesihatan. Amin..

Teah & Faber Castell
1337
Santana

Wednesday, March 11, 2009

Jemputan

PROGRAM HABIB KAZIM AL-SAGGAF

Ulama dari Tarim, Yemen yang membuat road show di seluruh Malaysia.

Fokus: KAWASAN UTARA

HARI INI 11 MARCH 2009

3pm - Ribath Nasrul Muhajirin, Megat Dewa Jerlun Kedah

8pm - Surau Imam asy-syafie, Taman Jali Kangar Perlis

Semoga kita beroleh berkat pabila duduk bersama-sama dengan ulama...amiin..


1446
Santan

Saturday, March 7, 2009

Segalanya Berakhir

Alhamdulillah... segalanya telah berakhir dengan selamat.

Redha..

Pasrah..

Optimis..

Sudah suratan..

Itu sahaja yang mampu diungkapkan.

"Buka novel baru"

Wednesday, March 4, 2009

Terima Kasih


Alunan Kenangan Lalu nyanyian Flybite (tah betul ke tak ejaan ni) membuatkan saya terleka seketika. Alhamdulillah, segala yang dirancangkan siap jua akhirnya petang hampir kesenjaan ini.

Hadrat Allah dipanjatkan kerana memudahkan segala laluan saya hari ini sebelum bercuti merehatkan minda. Moga saya sentiasa dapat menikmati segala nikmat-nikmat Allah berikan kepada saya. Ya Allah lapangkan dadaku, kuatkan hambaMu ini untuk hujung minggu ini. Permudahkanlah...

Alfun syukran kepada sahabat saya yang sanggup bersusah payah untuk perjumpaan kali terakhir ini. Katanya diawal sama ada dia turun centre ataupun saya turun utara. Moga Allah rahmatimu selalu...

1848
Original Disney & Ukays "Bila diri Disayangi"

Monday, March 2, 2009

Three Things for Today


Hanya tiga perkara untuk hari ini.

Perkara Pertama: Saya perlu berehat menikmati keindahan, kehijauan dan ketenangan alam ciptaan Tuhan. Moga Allah berikan peluang ini dalam berkeadaan ibadat kepadaNya. Berehat bukan untuk hanya suka-suka tetapi ada pengisian bermakna. Tidak kira apa, yang pasti mesti bermakna dalam jangka hidup ini.

Perkara Kedua: Sesubuh pagi, saya menerima kiriman sms dari sahabat saya, Asma - tentang berita gembira, beliau selamat melahirkan anak ke-dua nya iaitu lelaki. Moga zuriat ini zuriat yang soleh dan menjadi permata penyejuk mata buat sahabat saya dan suami. Tahniah!

Perkara Ketiga: Sahabat yang sangat membantu, Abdullah. Bakal melangsungkan perkahwinannya pada cuti sekolah ini. Ucapan tahniah didahulukan. Semoga perkahwinan ini, kekal ke akhir hayat. In btw: Selamat dan sejahtera buat penguat semangat di Nancy. Bersatu dalam hati selalu. Thanks dear!

Pearson & AIO 926
1801