Thursday, April 9, 2009

Sehari Berbengkel

Setiba saya di Auditorium kolej, keadaan lengang. “Ada ka tak dak program ni”, bisik hati saya.

Ada dua tiga orang pengajar yang duduk-duduk di foyer Galeri. “Oo..ada minum pagi rupanya’, detik saya lagi. Saya menuju ke salah seorang teman sekerja, Surianom sedang enak menikmati makan pagi. “Awat hang lambat ha..?”, katanya. Saya cuma tersenyum. “Lambat ka?” detik hati. “Kat mana pendaftaran ni?”, keadaan menjadi kalam kabut, sebab saya dikatakan lambat. ”Kat main entrance Audi”, dia membalas. ”Okey, thanks akak”, balas saya.

Di depan Auditorium terdapat dua meja pendaftaran untuk peserta lelaki dan peserta perempuan. Terdapat dua tiga orang peserta beratur mendaftar diri. Saya juga tidak terkecuali. Saya juga mendaftarkan untuk kawan saya yang dipesannya semasa saya singgah ke biliknya sebelum bergegas ke Auditorium.

“Sangat berbaloi. Yuran sepuluh ringgit. Dapat beg, dua kertas kerja, sebuah buku, CD dan air mineral”, saya mula mencongak-congak. Sejurus menandatangan kehadiran, saya dijemput untuk menikmati hidangan pagi. “Oo..patutlah, ikut pintu belakang tadi”, hati saya berkata-kata.

Saya lihat teman sekerja saya masih ditempat tadi bersama dengan seorang lagi Kak Norziah. Banyak juga makanan pagi ni. “Hang makan banyak-banyak na, sat lagi non-stop tau. Sampai tengah hari baru nak buleh makan pulak”, kata Surianom. “Ya ka Kak?”, balas saya. ”Pi makan cepat, akak dah makan dah”, katanya lagi. ”Okek..”saya balas sambil menuju ke tempat makan. Karipap, seri muka, mee goreng dan lagsania ala Bangi Lama turut dihidangkan. ”Banyaknya makanan, mau lena dalam bengkel sat lagi”, desis hati ini.

Setelah menikmati rezeki di pagi hari, saya dan Surianom bergerak ke dalam Auditorium. Kami melihat jam ditangan. ”Acu akak tengok jam pukul berapa sekarang?, saya bersuara. ”Kat pukul 9 dah...Biasalah...”, Surianom membalas. Kami berdua sama-sama tersengih sambil masuk Auditorium. Asal tempat dipilih agak tengah dan belakang saya mengajak Surianom dan Norziah ke barisan yang agak hadapan. Sebab dalam Auditorium sangat sedikit peserta yang masuk. Nampak gaya pengerusi majlis pun sudah memberikan kata-kata aluan.

Majlis Bengkel Takhrij Hadith ini bermula dengan bacaan Quran. Kemudian diikuti dengan kata-kata aluan oleh Pengarah Bengkel. Semasa ucapan disampaikan, saya sempat membelek-belek buku yang dihadiahkan didalam goody beg. Tajuknya Kaedah-kaedah Takhrij Al-Hadith. Penulisnya Mohd. Khafidz bin Soroni. Sementelahan pula, saya lihat ada dua kertas kerja akan dibentangkan oleh Dr. Faisal bin Ahmad Shah iaitu Pengenalan Takhrij: Kepentingannya serta Kaedah-kaedah Takhrij, dan kertas kerja kedua oleh penulis buku yang saya sebutkan tadi.

Perbentangan pertama oleh Dr. Faisal memang tidak membosankan. Beliau telah dimaklumkan bahawa terdapat peserta-peserta bengkel yang hadir bukan hanya daripada AI sahaja tapi ada daripada fakulti lain maka beliau menurunkan sedikit level penyampaian untuk memudahkan peserta-peserta itu memahami dengan lebih jelas akan kaedah-kaedah takhrij al-hadith (peserta-peserta yang dimaksudkan tu kami lah). Saya melihat bengkel mentakhrij hadith ini penting kerana secara tidak langsung kita dapat mengetahui secara jelasnya hadith yang disampaikan adalah benar-benar diucapkan oleh Rasulullah s.a.w.

Selain itu, dengan kaedah-kaedah yang diajar (secara teori untuk sesi pagi), kita dapat melihat dan mengenalpasti darjat dan hukum sesebuah hadith. Dalam sesi ini, Dr. Faisal banyak menekankan bahawa kita perlulah merujuk sesebuah hadith itu kepada Masadir al-Asliyyah iaitu memastikan rujukan asal dan melihat susunan sanad yang jelas. Beliau juga menjelaskan bahawa dengan mentakhrij ia bukan saja melihat sanad hadith itu sahaja tetapi juga kita dapat menentukan sumber-sumber hadith iaitu kitab-kitab asal yang memuatkan hadith beserta dengan perawi atau ulama yang meriwayatkannya. Selain itu ia juga menjelaskan kedudukan sanad sama ada sanad tersebut munqati’ (terputus), mua’allaq (tergantung), mu’dal dan sebagainya. Dan ia juga boleh menentukan hukum sesuatu hadith. Kemungkinan kita menemui suatu hadith dhaif melalui suatu riwayat namun setelah mentakhrij kemungkinan kita akan menemui riwayat lain yang sahih. Secara tidak langsung ianya mengangkat hadith yang ditemui awal itu dhaif kepada darjat yang lebih tinggi iaitu hadith sahih. Sebenarnya, banyak faedah dengan kita mempelajari kaedah takhrij. Saya agak teruja.

Semasa sesi pertama ini, kami diterangkan dengan kaedah-kaedah manual atau tradisional. Yang menarik perhatian saya adalah semasa melihat kepada kaedah pertama, iaitu mengenal pasti kalimah gharib dan penting dalam hadith sebuah kitab bertajuk Al-Mu’jam al-Mufahras li Alfaz al-Hadith al-Nabawi yang telah ditulis oleh para orentalis. Dalam kertas kerja tersebut seramai 64 penulis dan hanya beberapa orang sahaja adalah terdiri daripada Muslim dan yang selebihnya dalam bukan Islam. Dan kitab tersebut dirujuk oleh kita, Muslimin seantero dunia. Satu lagi kitab rujukan muslimin, adalah Miftah Kunuz al-Sunnah yang dikarang oleh orentalis iaitu Profesor Arent Jan Wensinck (1939M). Kitab ini telah diterjemah ke dalam bahasa arab oleh Ustaz Muhammad Fuad Abdul al-Baqi.

Selain itu, Dr. Faisal juga memperkenalkan software Maktabah As-Syamilah yang mana terkandung didalam CD itu keseluruhan hadith-hadith yang sahih, hasan, dhaif dan maudu’. CD tersebut adalah diwaqafkan untuk seluruh umat Islam bagi memudahkan kita memastikan hadith. Penciptanya pun tidak diketahui. Dan dimaklumkan oleh Dr. Faisal bahawa CD Maktaabah Syamilah version 3 telah pun diterbitkan yang mana hadith-hadith yang tertinggal diupdate. Dalam sesi ini, kami mempelajari lima kaedah termasuk kaedah manual dan kaedah menggunakan Maktabah as-Syamilah.

Usai pembentangan kertas kerja Dr. Faisal, Us. Mohd Khafidz telah membentangkan kertas kerja Takhrij Hadith Melalui Internet. Beliau memperkenalkan beberapa laman web yang boleh digunakan untuk mentakhrij hadith, antaranya www.dorar.net , www.hadith.al-islam.com , raddadi.com, dan pelbagai lagi. Saya rumuskan segala kertas kerja tersebut adalah berdasarkan daripada buku beliau iaitu Kaedah-kaedah Takhrij Al-Hadith. Buku ini dilancarkan sejajar dengan bengkel ini. Sila lihat dibawah.



Sesi petang adalah sesi praktikal, kami berkumpul di makmal komputer dan kami diajar oleh beberapa orang fasilitator. Credit to my dear friend, Nani sebab dia telah awal-awal lagi mengajak saya menyertai bengkel. Sangat bermanfaat. Walaupun aplikasi lebih menjurus kepada para pengajar AI tetapi bagi saya ianya sama penting untuk melihat sendiri bagaimana mentakhrij hadith dalam bidang saya sendiri. Sebenarnya JAKIM juga telah pun mengadakan seminar dalam mentakhrij hadith yang telah dirasmikan oleh Datuk Zahid Hamidi beberapa bulan yang lalu. Inilah peluang bagi kita untuk sama-sama mengetahui bagaimana untuk mentakhrij hadith. Moga dapat dikongsi bersama ilmu ini.

0058
Inspiron 1420

1 comment:

CikDibah ;P said...

wah..saya sgt rindu kepada majlis ilmu seperti itu..susah nak dapat kat sini... (-_-")

Softening Brush

 Bismillah. The hectic week has just begun, and I need to slot in my packed time, even 5 minutes, to sharpen my art skill of sketching up an...