Friday, May 8, 2009

@Rasa

Putrajaya. Kalau diingat-ingat balik mungkin sudah hampir sepuluh tahun kami tak bersua. Selepas sahaja tingkatan empat dia ke KISAS, saya teruskan SMKAP. Kami akrab sebab kami selalu beruyun-ruyun ke stesen bas Kangar, untuk dapatkan bas pukul 2.15. Kalau tak dapat 2.15 kami terpaksa menunggu sehingga 3.30 untuk bas seterusnya.

Saya tiba awal sedikit. Kalau tak disebabkan mak-mak kami bertemu semasa menghadiri kenduri tempoh hari, mungkin juga kami tidak bertemu sebegini kembali. Sambil melayan mata dengan pameran perabot putih di ruang legar Alamanda, saya duduk di sebelah air pancut untuk menanti dia. Lama jugak menunggu di situ. Sambil mata merayau-rayau melihat kelibat manusia ke sana sini. Ada yang baru nak mencari makanan, ada yang sudah makan dan terus bersiap ke masjid Putrajaya. Ada yang ber'window shopping' dan macam-macam difikiran mereka. Saya memperbetulkan kedudukan. Mana la.

Hampir sepatutnya saya telefoni dia, saya terus dail nombornya.

"Sara kat mana dah?, kami kat bertentangan dengan Habib dan Sasa ni," mencongak tempat duduk saya.

"Ya, ya kami dah sampai dah ni", Sara membalas.

Saya nampak kelibat dia. Cepat-cepat ke arahnya. "Saraaaa..." panggil saya.

"Pzahhhh", sambil menyerngeh ke arah saya. Kami bersalam dan berpelukan. Bertepuk-tepuk bahu.

"Ish lamanya kita tak jumpa kan...", saya mebalas. Terasa seronok.

"Hampa makan dah ka ni?", ditanya kepada saya.

"Dak lagi, terus ke sini. Jom makan kat situ," saya membalas.

Saya bertanya-tanya, Ji'a sampai besar ni. Lamanya tak tengok. Dulu kecik-kecik lagi. Budak saja. Sekarang dah dewasa. Ish..cepatnya masa berlalu.

Saya dan Sara terus ke tempat makanan dan Ji'a mencari tempat makan. Setelah makanan dan minuman di depan mata, kami mula bercerita. Daripada tahun 1994 sampai la 2009. Macam-macam diceritakan. Peristiwa tupperware minuman jatuh dalam longkang, kejar bas Santan/Kilang Gula, main-main kat rumah Sara, tengok adik Sara baru lahir. Lawan naik gerek (basikal), sampai lah lepas SPM, degree, master dan PhD. Mak oi...panjang betui. Dan dia sekarang calon pelajar PhD di UPM akan berkhidmat di Unimap nanti. Banyak pengalaman, pahit maung bergelar pelajar PhD. Saya tekun mendengar, sekali sekala ditanya tentang saya. Keinginan memang ada, cuma masa dan peluang belum tiba.

Sampai la peristiwa mak-mak kami bertemu di majlis kenduri. Dan saya pastinya tahu bahawa pertemuan itu Sara ingin memberi kad sempena hari sejarahnya 31 hari bulan ini. Tiada aral kemungkinan saya akan hadiri majlis resepsi di Cheras yang mana pada hari tersebut saya "clash" dengan tiga jemputan yang lain.

MABRUK buat SARA YASINA & MOHD HAFIZ. Moga bercinta sampai ke syurga. Ameen.

*Esok kelas terjun batal sebab teacher ada alumni di JB.

1738
dark chocolate

Thursday, May 7, 2009

Beg Sendat II

Beg itu sudah dibeli.
Masih baru.
Masih utuh.
Masih cantik.
Masih lawa.
Masih boleh diguna.

Bila disumbat-sumbat.
Ia akan jadi sendat.
Padat.
Rapat.
Sendat.

Jadi jua kesendatan beg itu.
Makin lama.
Makin penuh.
Makin banyak.
Makin rimas.
Makin sesak.

Beg itu perlu.
Perlu ruang.
Perlu tempat.
Perlu sudut.
Perlu kosong.

Kalau disumbat.
Beg itu jadi lagi.
Beg itu akan tercabut zipnya.
Beg itu akan terkoyak.

Beg itu masih.
Masih boleh guna..

Ada banyak diluar sana.
Yang buruk.
Yang lusuh.
Yang serabai.
Yang hanyir.
Yang lunyai.

Tapi beg itu masih baik.
Saya sayang beg itu..
Biar ia sendat.
Kadang-kadang perlu.
Diajarnya saya.
Diingatnya saya.
Disindirnya saya.

Saya tahu.
Beg itu masih boleh diguna.
Jimat.
Cermat.
Walaupun sudah sendat.


"Sendat hanya bersifat sementara"