Monday, February 15, 2010

tradisi Ilmu

Percutian saya kali ini diserikan dengan acara-acara keramaian kenduri-kendara kawan-kawan. Cuaca di desa agak "kehangatan" namun angin yang mendamaikan menyeimbangkan "kehangatan" di desa permai ini. Cuti kali ini, kesemua adik-beradik saya berkumpul di rumah. Cuma agenda berbeza-beza.

Bezanya hari ini, saya sudah pagi-pagi lagi mendapat pesanan ringkas dari anak murid saya yang menyatakan dia akan menghantar draf ke-dua latihan ilmiahnya. Sekitar pukul 10.30 dia sudah meng-email draf ke-duanya. Teringat suatu ketika dulu, saya berada ditempatnya menghubungi supervisor yang baik hati itu ketika saya menuntut di UIA dulu. Beliau selalu menjadi "cermin" kepada saya. Sebelum beliau menjadi supervisor saya, saya yang kebetulan pernah menjadi tutor yang mengajar subjeknya. Peribadinya, ilmunya dan caranya selalu membuatkan saya mengambil contoh. Sekarang saya sudah hampir sudah setahun lebih tidak bertemu dengannya kerana beliau kini menjadi pensyarah lawatan di University of Bahrain. Melalui surat maya dan sms sahaja membuatkan hubungan itu masih berkekalan. Sifatnya yang "down to earth" membuatkan saya terlalu menghormatinya. Guru..Semoga Allah payungi rahmat dan sejahtera yang berkekalan buatmu dari dunia sehinggalah ke akhirat.

Saya selalu meletakkan "reminder" supaya menjadikan diri terbaik dalam sepertinya dalam setiap aspek. Insya Allah. Jadinya, saya juga dalam usaha membentuk diri dan membantu yang terbaik ketika berhadapan dengan murid-murid saya. Selesai menyemak draf ke-dua, saya lihat dalam "kotak masuk" email saya ada lagi email seorang lagi yang menghantar draf ke-tiganya. Semoga mereka juga menjadikan diri mereka yang terbaik untuk ilmu Allah ini..“Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman diantaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.”(Al-Mujadilah(58):11)

“Barangsiapa berjalan di satu jalan dalam rangka menuntut ilmu, maka Allah mudahkan jalan menuju jannah. Dan sesungguhnya malaikat meletakkan sayap-sayapnya bagi penuntut ilmu tanda redha dengan yang dia perbuat. “(Dari hadith yang panjang riwayat Muslim)

Bukalah jalan dan pintu buat kami bagi memudahkan kami menadah ilmu-ilmuMu..Permudahkanlah kami..

Santan Permai
~_~
the catalyst of knowledge tradition

Saturday, February 13, 2010

Desa Santan

Setelah hampir 11 jam, akhirnya tiba di sebuah pekan kecil nun di utara tanah air. Lama sungguh lama. Mendapat tempat duduk dibelakang bas bukanlah sesuatu yang istimewa, ibarat naik bot antara pulau ke pulau. Melambung-lambung. Al-maklumlah bas London...

Hanya rasa syukur ke hadrat Ilahi dapat balik ke native place. Terbaharu di pekan saya, "secret recipe" sudah wujud di sini. Jadi tak perlulah ke Jitra lagi.

Tiba di rumah, mak menanti dengan muka yang sangat ceria... kebetulan tiba serentak dengan adik dan wan. Mak dikucup dan dipeluk. Owh..ayah saya... pagi-pagi lagi sudah ke kebun. Dik yah kata hari ni ayah "half day" sahaja.

Mak sudah sediakan ketupat dan rendang daging. Saya tanya Dik yah, "Sapa yang raya ni????" "hah hah...kita lah.....", selamba dia menjawab. Sememangnya begitulah Mak bila anak-anak balik, menyediakan makanan paling sedap di dunia.

Ucapan untuk dua orang kakak:

Selamat Pengantin Baru kepada;

Kak Shafini dan Kak Dayah

Semoga kalian menjadi isteri solehah abadan abada..

Ketupat & Rendang
1141am
*bersiap untuk ke kenduri

Wednesday, February 10, 2010

I, II, III

I

Al-fatihah...Sekali lagi saya dikejutkan dengan kematian bapa anak murid saya Sherhan, orang Sabah. Paling sadis tatkala berita itu sampai sejurus selesai kelas saya semalam. Dia murid yang baik, seawal semester dia akan tiba ke kelas sebelum saya tiba. Banyak membuatkan saya dan rakan-rakan sekelasnya ketawa. Semalam berita kematian bapanya, membuatkan hati saya kagum. Dia kuat dan tabah serta boleh bercakap dengan saya. Malah memohon maaf kepada saya kerana tidak sempat menyampaikan berita itu sendiri kepada saya. Saya tahu, mungkin dia kaget bila mendapat berita tersebut, langsung kepada kawan-kawan tidak diberitakan penyakit apa. Moga arwah bapanya damai bersama-sama orang yang solehin.

II

Malam tadi dapat panggilan abah angkat dari Jitra. Suara gembira menanyakan khabar anakanda angkatnya... Saya tahu kalau pakcik telefon pasti kangen bangat pada anakandanya di Sudan. Saya sudah beberapa kali terlintas mahu menelefoni mereka mahu mengucap rasa gembira serta tahniah atas kebesaran Allah mengurniakan cucu perempuan. Tapi baru terlintas, terfikir-fikir pakcik dulu telefoni saya. Waduh... kok bisa bener telepathy ini. Suara gembira jelas di hujung talian, banyak mencurah kata nasihat serta perjuangan.Gembira anaknya dari Lubnan sudah pulang, kesihatan cucunya di UK sudah kembali baik. Nada sangat ceria. Tenang saya mendengarnya. Saya juga pohon agar mendoakan saya dikejauhan.. Alfun syukran Ustaz Khassim!

III

Waduh... bahasa saya semakin ke"indonesia"an.. penangan KCB dan KCB2. Ingin sekali mencari yang original. Bahasa yang dilontarkan sangat indah, puitis serta tepat pada kondisi setiap adegan.

Cinta adalah kekuatan yang mampu mengubah duri menjadi mawar, mengubah cuka menjadi anggur, mengubah sedih menjadi ria, mengubah amarah menjadi ramah, mengubah musibah jadi muhibah



~KCB~
2302

Monday, February 8, 2010

Datang dan Pergi



Sekalung takziah buat dua orang anak murid saya (dua beradik) yang kematian bapa mereka pada 7/2/2010.

Semoga Allayarham bapa kepada dua orang anak murid saya ini (A.N Fariha & A.N Farah) tergolong dalam golongan orang yang beriman. Al-fatihah. Saya tahu berat mata memandang berat lagi bahu memikul, saya dimaklumkan tiga beradik belajar di sekolah saya ini. Yang kebetulannya dua orang itu adalah anak murid saya. Berita pemergian bapa mereka ini barulah saya tahu bahawa mereka ini adik beradik. Credit to Amella for d info. Anak-anak, ingatlah yang PERGI tetap PERGI... Redhalah, terimalah... Kalian yang masih bernafas perlu teruskan perjalanan sehingga tiba ke destinasi itu.. Kuatkanlah semangat kalian. Sesungguhnya Allah selalu bersama-sama dengan orang yang bersabar...

Serta akhirnya,

SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER




Buat semua anak-anak didik saya.


PB
secerah pawana

Softening Brush

 Bismillah. The hectic week has just begun, and I need to slot in my packed time, even 5 minutes, to sharpen my art skill of sketching up an...