Tatapan buat semua sahabat, saya ingin lampirkan sedikit input yang diperolehi di Majlis Ilmu bersama Prof. Dr. Ali Jumu’ah, Mufti Mesir.
Beliau telah memetik satu hadith yang menjelaskan bahawa apabila Rasulullah s.a.w melintasi suatu majlis ilmu, Nabi Muhammad s.a.w bersabda bahawa majlis itu baik. Dan ada juga majlis berzikir dan Nabi Muhammad s.a.w juga bersabda ini majlis yang baik.
Rahmah
Apa sahaja hubungan kita dengan alam sekeliling kita adalah kerana Rasulullah, beriman dengan kerasulan Nabi iaitu hamba yang diutuskan oleh Allah untuk seluruh alam. Namun apabila kita perhatikan, terdapat juga manusia yang tidak beriman kepada Allah. Akan tetapi, Rasul diperintahkan untuk membawa rahmat kepada yang beriman dan tidak beriman. Rahmah yang diberikan oleh Allah kepada Rasul adalah untuk semua daripada hamba-hamba yang beriman sehinggalah hamba yang tidak beriman dari dulu sehinggalah ke hari akhirat.
Adapun umat Nabi Muhammad terbahagi kepada dua, pertama adalah ummatul ijabah yang bermaksud diberi nikmat iman dan yang kedua ummatul dakwah yang bermaksud perlu disampaikan dakwah Nabi Muhammad s.a.w. Para ulama sangat mempersepakati bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah rahmah kepada alam semesta. Di dalam setiap pengajaran atau majlis-majlis ilmu ia disebut hadith ul rahmah.
Baginda juga bersabda bahawa orang yang mengasihi, yang memberi rahmah akan dikasihi oleh Yang Memberi Rahmat (betulkan saya sekiranya salah). Baginda juga bersabda bahawa barangsiapa yang mengasihi semua di atas muka bumi ini, maka dia akan dikasihi diseluruh muka bumi ini.
Semasa di dalam majlis tersebut, kami diijazahkan sanad. Dan kami menerima.
Apabila ditanya apakah dalil yang menunjukkan Nabi Muhammad itu benar? Apakah baginda sememangnya Rasul yang disebutkan? Jawapan bagi persoalan-persoalan itu dihuraikan dengan terperinci oleh Dr. Ali.
Dalil Pertama : Al-Quran
Diperjelaskan bahawa kebenaran Nabi Muhammad s.a.w bahawa baginda diutuskan bersama-sama dengan kitab suci Al-Quran al-Karim. Yang mana sehingga ke hari ini, kitab suci al-Quran tidak mampu diubah oleh sesiapa sahaja di muka bumi ini. Berbeza dengan kitab yang diturunkan kepada kaum Yahudi dan Nasara. Kitab-kitab untuk kaum tersebut diubah diolah sehingga lari daripada isi maksud sebenar kitab. Nabi Muhammad s.a.w telah meninggalkan kita dua PUSAKA penting;
1) Al-Quran
2) Keluarga baginda
Setelah Nabi Muhammad dijemput Allah, al-Quran masih lagi tetap dari sudut kandung ketika mana sebelum kewafatan baginda sehingga lah ke hari ini. Bila dilihat tentang senario ini, adakah ada kuasa lain yang berhak menjaga al-Quran jika tidak hanya Allah semata-mata. Yang dipelihara dari segala tokok tambah dan pengubahsuaian mahupun pemalsuan. Tiada siapa yang dapat menjaga keaslian al-Quran melainkan Allah. ”Inna nahnu zikra wainna lahu la haafizuun”. Inilah bukti yang sangat jelas bahawa Nabi Muhammad itu benar.
Dalil Kedua : Kemuliaan Keluarga Baginda
Kita ketahui bahawa baginda mempunyai ramai anak. Siti Zainab, Siti Ruqaiya, Ummi Kathum yang meninggal dunia ketika mana dalam kehidupan baginda. Siti Zainab meninggalkan Umaimah namun tiada keturunan. Hanya Saidatina Siti Fatimah yang melahirkan Hassan dan Hussin. Anak-anak Hassan juga ramai yang meninggal dunia kecuali Zaid al-Abbaas manakala Hussin meninggalkan Ali Zainal Abidin. Sesungguhnya Allah berkuasa menjadikan semua zuriat daripada Rasulullah. Walaubagaimanapun, daripda Hussin dan Hassan terbentuk satu keturunan yang panjang sehingga menjangkau 40 juta zuriat Nabi Muhammad s.a.w di seluruh dunia. Merujuk surah al-Kauthar, inna ’a’thai na kal kauthar (kauthar merujuk kepada keturunan yang banyak). Terdapat pendapat mendakwa dengan bahawa baginda tiada keturunan. Namun diperlihatkan bahawa Allah telah memberkati keturunan Nabi Muhammad s.a.w yang bercambah banyak yang mana baginda sendiri tidak mampu untuk menjaga zuriat keturunan. Hanya Allah yang layak menjaga zuriat baginda sehingga hari kiamat.
Dalil Ketiga : Nama Muhammad
Allah mengangkat nama Muhammad iaitu ketika mana sewaktu azan. Setiap hari lima kali azan akan dilaungkan pada minit yang berbeza-beza yang mana ”asyhadu anna muhammadan rasulullah” diulang sebanyak dua kali menjadikan ianya 10 kali diulang pada setiap hari. Selain itu, melebihi 100 juta ummat manusia yang diberikan nama Muhammad. Itu belum lagi nama-nama seperti Ahmad, Mahmud, Hamid dan nama-nama yang diyakini seperti Taha, Yasiin dan sebagainya. Apabila dikira dan dikumpul nama-nama tersebut tidak terhitung banyaknya nama-nama tersebut. Siapakah yang mengangkat nama baginda?Adakah baginda sendiri yang mengangkat nama-nama baginda? Jika tidak Allah siapa lagi yang selayak-layaknya. Inilah kekuasaan Allah dan bukti bahawa Nabi Muhammad s.a.w itu adalah didatangkan daripada Allah. Dan Allah jualah yang berhak menggangkat darjat Rasul kita yang dikasihi Allah itu.
Dalil Keempat : Jasad Baginda
Allah memelihara jasad baginda sehingga ke hari kiamat. Tidak seperti Raja-raja Rom, Parsi dan sebagainya yang dikatakan bagus akhirnya mereput dimakan ulat di dalam tanah. Sehingga dipelihara jasad Rasul apabila wafatnya baginda dimakamkan berhampiran dengan masjidil nabawi. Tiada nabi yang dijaga makam mereka seperti mana makam Nabi Muhammad s.a.w. (saya sangat-sangat rindukan saat ketika menziarahi makam Rasulullah, saya seolah-olah terasa akan baginda berada di dalam masjidil nabawi, hati terlalu rindu. Rindu untuk bertandang lagi ke kota Madeena). Dilihat kepada kubur Nabi Nuh, Nabi Musa yang tidak diketahui dimana tempatnya. Yang mana kita lihat Yahudi setiap inci cuba mencerobohi Palestin untuk mencari kubur Nabi Musa. Pernah diceritakan baginda s.a.w bahawa baginda pernah melihat Nabi Musa sedang bersolat didalam kuburnya.
Setelah kewafatan Nabi Muhammad, setiap manusia akan berselawat ke atas baginda, menziarahi makam baginda. Siapakah yang boleh menjaga makam baginda? Hal ini semuanya daripada Allah.
Dalil Kelima: Bukan Berhala
Barangsiapa yang mendapat petunjuk Allah maka dapatlah petunjuk itu begitulah sebaliknya. Doa Nabi Muhammad kepada Allah yang bermaksud, ”Ya Allah jangan jadikan aku berhala yang disembah, jangan jadikan kuburku berhala yang disembah”.
Apa yang kita lihat sepanjang zaman, tiada sesiapa pun yang menyembah kubur baginda. Namun apa yang dilihat adalah berlaku penyembahan terhadap Saidina Ali dan mereka itu adalah orang-orang yang sesat. Golongan Fatimiyun menyembah golongan raja-raja dahulu yang mana mereka adalah terdiri daripada umat Muhammad, golongan Bahariyun. Namun tiada satu pun yang menyembah Muhammad s.a.w.
Sepertimana Uzair dikatakan anak kepada Allah dikalangan kaum Yahudi, Isa juga dikatakan anak Allah oleh kaum Nasrani. Namun tiada siapa yang mengatakan Nabi Muhammad s.a.w itu anak Tuhan. Inilah diberikan kekuatan daripada Allah.
Pesanan Akhir Dr. Ali
*Sentiasalah lidah kamu basah dengan zikir kepada Allah.
*Jadi diri kamu sentiasa istiqaamah
*Cintailah Muhammad s.a.w
*Ajarkan anak-anak kamu dengan menyintai Nabi Muhammad s.a.w
*Mohon maaf atas kekurangan.
2328
Mineral water and lamp
~The only lasting beauty is the beauty of the heart ~ (Rumi). Expressing the small things in my life and appreciating them.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Softening Brush
Bismillah. The hectic week has just begun, and I need to slot in my packed time, even 5 minutes, to sharpen my art skill of sketching up an...
-
Bismillahirahmanir rahim. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. It was a long process, almost 98 months. My original plan was 36 mon...
-
Bismillah. Yes, we have nice weather in the sunny season in the northern state of Malaysia. Make me thankful with all Allah gives to me. Ac...
-
Raining afternoon. I had class today. Alhamdulillah everything settled within the time. Now, my clock shows me 18.44. Am just waiting for to...
No comments:
Post a Comment