Sunday, September 30, 2018

Menyayangi Untuk Disayangi

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Menyayangi Untuk Disayangi

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بن عَمْرٍو قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:"الرَّاحِمُونَ يَرْحَمُهُمُ اللَّهُ ارْحَمْ مَنْ فِي الأَرْضِ يَرْحَمْكَ مَنْ فِي السَّمَاءِ

Daripada Abdullah bin Amir RA, Rasulullah SAW bersabda: “Seseorang yang menyayangi (orang lain) pasti akan disayangi Allah. Sayangilah setiap penduduk bumi, nescaya engkau akan disayangi para penghuni langit” (HR Tabrani No: 1460) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Orang yang menyayangi makhluk tanpa mengira manusia mahupun binatang, Allah dan segala makhluk di langit akan menyayanginya.

2.  Sifat saling menyayangi datang daripada mereka yang memiliki kejernihan jiwa dan kesucian rohani. Jauh dari sifat dendam, bongkak dan sombong.

3.  Orang yang tidak menyayangi orang lain, akan jauh daripada kebaikan. Hadis Nabi SAW:

عَنْ جَرِيرٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ يُحْرَمْ الرِّفْقَ يُحْرَمْ الْخَيْرَ

Dari Jarir RA dari Nabi SAW bersabda: Barang siapa dijauhkan dari sifat lemah lembut (kasih sayang), berarti ia dijauhkan dari kebaikan. (HR Muslim  No: 4694) Status: Hadis Sahih

4.  Berusahalah menyayangi orang lain dengan memberikan hak-hak mereka. Jika mereka meminta pertolongan, bantulah mereka, jika mereka mereka meminta nasihat, nasihatilah, jika mereka sakit maka ziarahilah.

5.  Jauhi perasangka buruk, membuat tuduhan, menghukum, memberi gelaran buruk dan memfitnah. Elakkan permusuhan dan persengketaan. Pereratkan yang dekat, rapatkan yang jauh.

30hb September 2018
20hb Muharam 1440

Sumber: online majlis ilmu

Saturday, September 29, 2018

Belasungkawa Sahabat


إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن وَإِنَّا إليَ رَبِّنِا َلمُنْقَلِبُون
الَلهُمَّ اكْتُبْهُ عِنْدَكَ ِفي اُلمحِسنِينِ وِاجْعَلْ ِكتابَهُ ِفي ِعلّيِّين
وَاْخلُفْهُ في أَهْلِهِ في الغَابِرين
وَلا تحَرِْمْنا أَجْرَهُ وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَهُ

"Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami kembali dan kepada Tuhan kami semua akan kembali. Ya Allah! Tulislah almarhumah Nurzahidah Ahmad termasuk dalam golongan orang yang berbuat kebaikan di sisiMu dan jadikanlah tulisannya itu dalam tingkatan yang tinggi serta gantikanlah ahlinya dengan golongan orang pergi dengan ketaatan kepadaMu.

Aku menerima perkhabaran sahabat sepengajian ketika 2000-2003. Terkesan. Sebaya denganku, dijemput Ilahi dengan keadaan yang mudah. Allahuakbar. Teman serumah, sekuliah, sekelas dan merempit (bersama-sama ada motor). Semoga Allah menempatkan almarhumah di kalangan yang terpilih bersama yang soleh dan beriman.

Maaf aku tak paparkan gambar almarhumah, kerana biarlah wajah bersihnya tersemat rapi di ruang hatiku untuk menjadi iktibar akan dekatnya kita untuk kembali kepada Allah. Ya kita pasti akan kembali. Kembali dengan jiwa yang 'mardhiah', inilah cita-cita setiap di antara kita termasuk aku.

Bandar Baru Bangi


Friday, September 28, 2018

Berjabat Tangan dan Memberi Hadiah

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

عَنْ عَطَاءِ بْنِ أَبِي مُسْلِمٍ عَبْدِ اللَّهِ الْخُرَاسَانِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَصَافَحُوا يَذْهَبْ الْغِلُّ وَتَهَادَوْا تَحَابُّوا وَتَذْهَبْ الشَّحْنَاءُ

Daripada 'Atha bin Abu Muslim Abdullah Al-Khurasani berkata,  Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah kalian saling berjabat tangan, dengan begitu akan menghilangkan kebencian, dan hendaklah kalian saling memberi hadiah nescaya kalian akan saling mencintai dan menghilangkan perasaan dendam” (HR Malik No: 1413) Status: Isnad Hasan

Pengajaran:

1.  Berjabat tangan akan melahirkan perasaan kasih dan sayang, “mengeratkan” ukhuwah Islamiyah diantara sesama muslim

2.  Berjabat tangan akan menghilangkan permusuhan dan kedengkian di dalam hati, menghilangkan rasa “al-ghil” (perasaan tidak suka)

3.  Setiap kita perlu berusaha untuk memulai berjabat tangan terlebih dahulu ketika bertemu. Rasulullah SAW merupakan orang yang terlebih dahulu menghulurkan tangan kepada sahabat untuk bersalaman apabila bertemu.

4.  Bersalaman merupakan bentuk penghormatan, kita dianjurkan untuk membalas penghormatan dengan cara yang lebih baik dari penghormatan yang dilakukan oleh saudara kita. Apabila saudara kita mengucapkan salam, maka hendaknya kita balas dengan salam serupa atau yang lebih baik (lebih sempurna) dari salamnya, dan jika ia menjabat tangan, maka hendaknya kita membalasnya dengan jabatan tangan yang lebih erat dan lebih hangat kepadanya. Dalam sebuah riwayat disebutkan :

عَنْ ابْنِ مَسْعُودٍ رَضيَ اللهُ عَنْهُ، عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مِنْ تَمَامِ التَّحِيَّةِ الْأَخْذُ بِالْيَدِ 

Dari Abdullah bin Mas’ud RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Diantara bentuk penghormatan yang paling sempurna adalah berjabat tangan.” (HR. Tirmizi)

5.  Saling memberi hadiah akan melahirkan perasaan kasih dan sayang sesama kita. Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ لَقِيَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ بِمَايُحِبُّ لِيُسِرَّهُ بِذَالِكَ سَرَّهُ اللهُ عَزَّوَجَلَّ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

“Barang siapa yang menjumpai saudaranya yang Muslim dengan membawa sesuatu yang dia sukai dengan niat agar saudaranya merasa senang dengan yang demikian, maka Allah akan memberikan kesenangan baginya pada hari kiamat kelak”  At-Tabrani

6.  Saling memberi hadiah menghilangkan perasaan dendam dan marah.

28hb September 2018
18hb Muharam 1440

Disclaimer: Sumber Online Majlis Ilmu

Lembah Pantai

Thursday, September 27, 2018

Indikator Ikhlas


Sejak kebelakangan ini aku sempat menyelit satu dua post untuk blog ni. Monolog sendiri, sebab banyak perlu muhasabah. 

Teringat pesanan dalam radio IKIM ada tiga bahagian utama yang perlu kita jaga dan pelihara iaitu akal (minda yang sihat), perut (makanan yang diambil yang sihat) dan kemaluan (menjaga syahwat kita). Sekiranya kita berjaya menjaga ketiga-tiga bahagian ini insha Allah kita boleh mengawal nafsu dan kehendak yang berlawanan dengan fitrah semulajadi kita.

Hakikat dan matlamat kehidupan kita ini adalah sangat mudah namun tanggungjawab dan amanah yang kita pikul itu sangat berat. Misi dan visi sebagai seorang Muslim adalah bukan hanya nak menjadi Muslim semata-mata tapi Muslim yang Mukmin. Bukan sekadar atas nama Islam semata-mata. Setiap tingkah laku dan perbuatan kita pasti akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. 

Sebenarnya banyak yang ingin dicoretkan, tapi aku akan ambil yang paling signifikan untuk dikongsikan. Seperti biasa kalau aku duk menaip ni pasti aku duk menunggu buat sesuatu.

Apa yang ingin aku kongsikan pada hari ini adalah tentang ikhlas. Masa aku godek-godek post lepas memang pernah aku nak ceritakan tentang bab ikhlas tapi mungkin masa tu idea tak mencurah sangat jadi terhenti dengan draft mcm tu sahaja.

Kenapa ikhlas?

Sebab ikhlas ni satu sifat atau nilai yang paling dekat dengan hati.

Ya sebab semalam pun aku ada ulas tentang bab HATI, dalam badan manusia itu ada seketul daging iaitu HATI.

Memang sukar untuk kita ukur bagaimana ikhlas orang tu terhadap amal perbuatannya. Kadang-kadang sifat kita manusia ni suka terus hukum orang arghh dia tak ikhlas la tu. Tak boleh. 

Ikhlas tu terlalu subjektif nilainya yang siapa pun tak tahu sampaikan tuan badannya sendiri pun tak tahu. Dan hanya Allah sahaja yang tahu. Maka banyakkanlah berdoa agar kita ni tergolong dalam orang yang ikhlas.

Pernah aku ingat lagi, maksud ikhlas ini seperti seekor semut hitam yang legam berjalan diwaktu malam yang gelap gelemat dan tiada pun sapa tahu yang dalam hitam legam malam itu ada seekor semut hitam tengah berjalan. Itulah perumpamaan ikhlas.

Ok, ikhlas ni lawannya riyak. Dan riyak ni penyakit hati yang paling bahaya daripada barah atau kanser hati. Sebabnya ia boleh terjadi pada orang yang kurang ilmunya hinggalah se-alim-alim orang atau setinggi-tinggi ilmunya. Paling bahaya.

Dan aku sangat takut. Takut dengan amalan yang dibuat tengok-tengok di masa timbangan amalan di Mahsyar kelak kosong dek kerana penyakit riyak ini. Nauzubillah.

Memetik tazkirah Ustaz Oemar Mita, ciri-ciri seorang yang ikhlas ini adalah melakukan amalan-amalannya secara exclusive kepada Allah ibarat kita berdagang dengan Allah.

Apa maksud berdagang secara ekslusif dengan Allah?

Maksudnya, setiap amalan khususnya ibadah kita perlulah eksklusif dan bukan untuk dipertontonkan kepada khalayak. Ya memang kadang-kadang kita lihat macam sesebuah syarikat itu membuat lintas langsung bagi sesi sedekah yang dibuat. Mungkin caranya untuk mengajak syarikat-syarikat itu berbuat benda yang sama. Memberi contoh.

Namun dalam konteks individu, kita mestilah eksklusif berdagang dengan Allah, semuanya antara kita dengan Allah. Ia ibarat kita menyimpan segala amalan-amalan kita di gudang-gudang yang banyak dan hanya diketahui oleh kita dan Allah swt sahaja. Dalam gudang-gudang ini sangat tersembunyi.

Semakin disembunyikan segala dagangan kita dijual kepada Allah semakin mahal segala ibadah yang diamalkan. Semakin eksklusif dagangan kita kepada Allah semakin eksklusif Allah berikan perhatian kepada kita. Samalah seperti bila kita ada platinum kad MAS Airline maka kita boleh masuk dalam lounge yang eksklusif di lapangan terbang. Malahan kad platinum MH ni pun tak boleh lawan eksklusifnya Allah sediakan kemudahan kepada kita. Subhanallah.

Jadi indicator ikhlas adalah ketika tersingkirnya perasaan riyak dalam hati kita.

Amalan yang dirahsiakan lebih banyak dari amalan yang dizahirkan. Jadi aku selalu ingat cam ni, kalau orang kata kita ni baik dan bagus, sebenarnya bukan disebabkan kita baik dan bagus, tapi kerana Allah telah sembunyikan segala keaiban kita. 

Sedangkan ya Allah… terlalu banyak keaiban diri yang ada tetapi diselindungi Allah.

Ok harap kita faham ye apa itu ikhlas. Semuanya untuk peringatan diri  ini yang selalu lupa.

Lembah Pantai

Wednesday, September 26, 2018

Humble Seorang Murabbi

Redup hari ni sangat menyamankan. Beberapa perkara perlu disegerakan untuk tujuan editing perlu disiapkan segera. Sebelah petang aku perlu service my axia ni. Almaklumlah dah cukup haul.

Proses menunggu selalu membuatkan aku akan buka lah blog ni selain dari baca majalah dan bekalan buku berkaitan dengan keamanan. Apa yang ingin aku kongsikan pada hari ini adalah nilai “humble” seorang murrabbi yang bergelar Professor. 

Aku telah diperkenalkan oleh penyeliaku dengannya pada tahun 2015 lagi sewaktu aku mula-mula mengenali bidang keamanan ini. Beliau adalah ketua projek dan Dekan Kluster Kemanusiaan, pada ketika itu. Memanglah aku berasa kerdil, dapat pulak mengenali beliau dibawah satu payung projek besar “kestabilan ekonomi dan politik.” 

Sejak itu, kami sering berjumpa dalam siri-siri mesyuarat projek, aku juga mengikuti bengkel yang disampaikan beliau, kadang-kadang beliau menjemputku ke program-program keamanan khususnya berkaitan dengan wanita, aku juga akan drop-by kat bilik beliau untuk menegur sapa dan berbasa kerana untuk ke Jabatan aku, aku pasti perlu melintasi Jabatan Undang-undang dahulu.

Lama-kelamaan kami kian akrab. Sifat tawadhuk, rendah diri, ilmuan dan suka berkongsi ilmu membuatkan aku selalu bertandang ke bilik beliau, dari bilik lama hinggalah beliau berpindah ke bilik baru. Beliau selalu share buku yang dibaca berkaitan dengan keamanan dan aku pasti mencari buku-buku cadangan beliau sama ada free book atau beli Di Amazon. Sifat keantarabangsaannya itu jugalah membuatkan aku seronok berkongsi maklumat dengannya.

Terkini kami juga sama-sama menghadiri program Peace Forum 2018 di Klang anjuran Pertubuhan Soka Gakkai Malaysia (Buddhist). 

Seperti yang pernah aku coretkan sebelum ini, sememangnya apa yang berlaku itu bukanlah kebetulan tetapi adalah satu aturan Allah yang Maha Luas PengetahuanNya yang kita sendiri tidak tahu.

Biasalah proses menunggu kadang-kadang membosankan. Tengah sedap menunggu kita boleh berangan dan baca majalah ni dan tengok sana sini sinun. Kling kling whatapps notification naik di skrin telefonku. 

Tertera nama Prof pada mesej WApps. Ada beberapa minggu lepas kami berjanji hendak berjumpa tapi belum berkesempatan. Dalam mesejnya, beliau berkongsi berita gembira bahawa beliau telah dipilih sebagai International Fellow King Abdullah International Centre for Interreligious and Interculture Dialogue di Veinna 2019. Waduh waduh betapa terkejuitnya sebab Vienna tu tempat aku teringin nak pi one day. Tapi yang pasti gembirannya Ceq. Bukan apa, beliau sendiri yang mengkhabarkan berita gembira itu kepadaku. Rasa bertuahnya diri ini berada dalam “circle” ingatan beliau. Menurut beliau centre itu adalah salah satu target beliau dalam mengembangkan ilmu keamanan ini. Beliau juga menyarankan saya untuk menyimpan cita-cita untuk menjadi salah seorang felo antarabangsa di pusat itu.

Selain berkongsi berita gembira itu, beliau tidak lekang-lekang memberi kata-kata semangat supaya aku siapkan pengajian secepat mungkin dan boleh mencuba seperti beliau. Dalam pesanan beliau, integriti dan kualiti penyelidikan sangat penting dan dengan foundation yang kuat dalam bidang kita orang lain tidak boleh mempertikaikan kualiti penyelidikan kita. Di samping itu, ilmu dan pengalaman yang ditimba di sini perlulah dikongsi dengan pelajar-pelajar aku pabila aku balik ke utara nanti. Graf semangat aku mencanak-canak naik.

Tiada apa yang layak diucapkan melainkan rasa syukur dengan apa yang Allah takdirkan.

Bandar Baru Bangi

Tuesday, September 25, 2018

Kaya Jiwa

Menanti Isya' tiba membuatkan aku terkenang-kenang beberapa perkara yang memberikan kesan yang mendalam pada hari ini.

Seusai diskusi dengan Dila di lantai dua, main library aku bergegas ke KL Gateway kerana aku dah berjanji dengan bekas pelajarku yang kukenal kira-kira tiga-empat tahun dulu. Melati namanya. Seingat aku sepanjang terciptanya sebuah pertemuan itu adalah di tempat kerjaku, dia pelajarku dan aku cikgunya. Sangat berbudi bahasa dan sopan orangnya. Ya itu aku pasti. Dia akan berhenti jika nampak aku melalui kaki lima kuliah, pasti memberi salam kepadaku.

Masa-masa yang terluang pasti dia akan ke bilik aku untuk bertanya khabar. Kadang-kadang seorang kadang-kadang dengan kawannya. Semuanya berterusan sehingga dia habis belajar, sifatnya hormat kepada guru dan selalu bertanya khabarku, membuatkan aku ingat dia antara yang sering menghubungi dan memberitahu perkembangannya terkini. Sehingga info terakhir aku tahu dia berjaya menempatkan diri di Bank Rakyat. Alhamdulillah. Aku pastinya antara insan yang gembira. Tak ada perasaan yang selayaknya buat seorang guru melihat pelajarnya berjaya di dalam pasaran pekerjaan.

Dek kerana sifatnya selalu bertanya khabar maka selalulah dia akan tahu aku berada di mana dan di mana. Selalunya kekangan masa menyebabkan aku dan dia tidak bertemu walaupun aku dah lama berada di sini.

Peristiwa adiknya ingin mendapatkan saksi untuk biasiswa JPA dan dia sangat-sangat memerlukan saksi adalah satu aturan Allah membuatkan kami bertemu semula setelah bertahun dia bergraduat. Hujan renyai dia dan adiknya datang ke kampusku UM untuk bertemu. Aku terus bawa mereka ke tempat yang lebih selesa dan kebetulan masa makan tengahari sesuailah untuk kami menjamu selera.

Sambil makan dan sambil berborak, first sekali aku suka mengimbau kembali dan bertanya soalan-soalan yang saja aku nak ambil tahu.

"Dulu masa mula-mula jumpa saya dalam kelas, awak rasa macam mana?", tanyaku.

"Cik nampak serius dan garang," ikhlas dia menjawab. Memang pun. Aku tersenyum. Hatiku berdetik, tak kenal maka tak cinta.

Lalu dia sambung lagi, "tapi bagi saya Cik baik." Ha ha ni ayat bodek.

Sebab jawapan pertama itu memang rata-rata pelajar aku akan jawab macam tu. Nasiblah badan sebab aku sejenis muka yang serius. Tapi.... dia tak tahu yang aku ni dalam hati ada taman hahhaaa....

Habislah pertemuan pertama aku dengan dia dan adik dia kira-kira sebulan yang lalu. Aku pun memang kebetulan aku boleh memberi bantuan. Dilihat adiknya pun aku rasa tak sampai hati. Mereka berdua aku hantar ke stesen LRT Kerinchi.

Berbalik kepada tajuk aku hari ni, minggu lepas hari tua ku. Sememangnya dia antara insan yang mengucapkan selamat buatku. Memang la. Dia ingat, dari mana pun aku tak pasti.

Mesejnya bertalu nak jumpa denganku pada hari kelahiranku. He he, tapi aku puasa maka tak dapek la jumpa. Dia ingin slot pada hari-hari berikutnya namun aku ada bengkel dan terus akan gerak ke utara selepas bengkel tersebut. Jadinya aku betul-betul lapang pada hari ini.

Makanya, tengah hari tadi aku jumpa dengannya. Aku memang nak ajak dia makan, sebab memang time makan. Aku nampak dia kendong paper bag polka dot....(macam tau-tau ja feberet ceq). Tersengih-sengih dia. Dalam polka dot tu ada sehamper hadiah buatku.

Aku terus lambai-lambai dan ajak order makan. Masa makan tu lah aku rasa aku lihat sisi berbeza seorang yang bernama Melati ini. Kaya jiwa. Itu lah perkataan yang sesuai buatnya, sehingga aku sanggup coretkan dalam blog aku hari ni.

Baru aku tahu betapa mulianya hatinya berhenti kerja untuk menjaga ibunya yang sakit, menguruskan segala hal ehwal keluarganya. Subhanallah, maha suci Allah aku belajar sesuatu daripadanya. Aku belajar erti pengorbanan seorang anak buat ibu bapanya, betapa kasihnya anak kepada ibu bapanya. Betapa murninya jiwa dan kayanya kasih sayang dia buat ibu bapanya.

Bila ditanya kenapa berhenti, katanya akan ada rezekinya nanti kerana sekarang masanya untuk dia menjaga ibunya.

Apa rutinnya setiap hari aku tanya satu-persatu, apa dibuatnya, bagaimana dan kenapa. Semua diceritakan kepadaku. Sehinggakan aku meminta maaf kepadanya kerana aku selama ini tidak pernah mengambil berat tentang dia. Allahu... Aku benar-benar belajar erti syukur, sabar dan tabah daripadanya. Hatinya yang baik. Hati aku tak habis-habis menyebut "she has a good heart, pure heart, noble heart."

Semoga Allah mengurniakan rezeki yang melimpah ruah buatnya dan juga insan-insan yang mendoakan dan mengingati aku.

Mereka yang hadir dalam hidup kita ini bukannya satu kebetulan tetapi memang telah diaturkan Allah untuk memberi pengajaran buatku dan menguatkan lagi ikatan kasih sayang kepada mereka. Semakin mengenali mereka semakin menebal sayang dan ukhuwah yang terjalin. Samalah dengan sorang lagi kawanku ini, dia dah siap-siap ke Jakarta kerana ada persidangan di sana. Tapi di pagi hari ada orang hubungi aku, ada barang katanya. Turun sahaja di bawah asramaku, dah ada a bundle of chocholate dia berikan padaku. Terharu ceq.

Selalu aku ingat hadith nabi ini,

"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seadainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah HATI."
                                                      (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)

Mereka yang hadir dalam hidupku, alhamdulillah mempunyai hati-hati yang baik. Makanya aku selalu memandang hatinya dahulu, a good heart will potray a good act. Mak pun selalu pesan kita mestilah jadi Kaya Jiwa dan Kaya Hati. Selalunya kaya jiwa ni tak perlu adanya pangkat dan harta, kaya jiwa itu selalunya ada dan tertanam dalam setiap tindak tanduk dan akhlak bicara mereka itu sendiri. Aku dan Mak suka berbincang tentang konsep kaya jiwa ini. Sebahagian contoh ada pada hari ini adalah pelajarku, kaya jiwanya.

Lembah Pantai

Friday, September 21, 2018

Circle of Friendship

Elhamdullillah.

Mula pagi dengan tenang hari ni. 

Seronok hari jumaat ni. Rasa syukur dengan nikmat Allah berikan. Ya Allah jadikan hambaMu selalu tergolong dalam golongan yang Engkau pandang dan kasihi.

Awai gerak ke KL Sentral, Azhani tolong hantarkan, dia antara insan yang banyak tolong sepanjang pengajian ini. Lepas tu sampai kat KL Sentral pulak baru tau yang komuter ke Rawang dah tak beroperasi. 

Pastu menapak ke MRT Muzium Negara untuk ke Sungai Buloh. Dengan harapan dapat tukar komuter ke Rawang. Sebab Zima tengah tunggu kat situ. Janji dengan dia awal2 lg.

Sampai ja kat Sungai Buloh tiba-tiba train paling awai adalah 7.43 am. Alahai awainya. Aku dah janji dengan Zima nak jupa pukul 7.15 am.

Al makanya, dengan sendu aku menaip bait-bait kata, “ Zima, nampak gayanya awk pegi dulu la ye. Sebab train komuter ktm ni pukul 7.43 baru gerak. Saya dah sampai Sungai Buloh.” Terus mata merenung saja  coach train  ke Kepong yang baru sampai dan snap bagi kat wasap RR Villa lokasi semasa.

Rupanya seronok kan naik MRT pagi-pagi hahaha.. tak baik la kesian kawan-kawan yang memang berpusu-pusu naik MRT. Alah.. dulu aku pun macam tu duduk dalam tin sardin. Tak pa la kenangan...

Pastu dengan rasa seronoknya nak menunggu train ke Rawang / Tanjung Malim aku pun dok melayan la pakcik dan makcik yang nak naik train ke Ipoh pukul 7.34 am kejap lagi. Teringat gamaknya macam ni la mak ayah aku duk tunggu ETS nak balik Arau kan. Pakcik tu memang selesa duk suruh kita tengok tiket dia, check platform dia. Ceq apa lagi layanzzz... this is we call as killing the time.

Tup tup handphoneku yg retak sedikit skrin ni berdering. Skrin retak dan aku berpisah tiada. Harapnya jangan la lagi teruk. Zima yang call ni.

“Hello, assalamualaikum awak.”, kata aku. Aku memang panggil saya awak okay.

“Wa’alaikumusalam, awak, awak masih kat stesen MRT Sungai Buloh?”, kata Zima.

“Aah, kite tunggu train 7.43 am”, aku balas. Oh ya kadang-kadang bila mood aku ngada-ngada aku bahasakan diri kite. :D

“Oh ok tak pe, saya amik awak kat situ. Tak pe biar sama-sama kita lambat”, dia balas.

“Eh Tak pe la”, aku kata lagi.

“Tak pe biar kita sama-sama lambat”, ulang lagi dengan nada yang menyakinkan aku. Aku bukan apa, tak nak susahkan dia. Sebab aku dah tersusahkan dia fikir pasal aku macam mana nak sampai Tanjung Malim sejak awal minggu ni. 

Moga Allah mudahkan urusan dia kerana tolong aku hari ni.

Ni sambil menunggu dia, aku coretlah cerita pagi Jumahat ni.

Alhamdulillah dia dah sampai. Yeay! 

Circle of friendship
Road to TM

Thursday, September 20, 2018

Special Day of 10 Muharram 1440

Alhamdulillah thuma alhamdulillah

All praises to Allah

All praises to Allah

All praises to Allah

Only the above that I really wanted to say for today.

Why today is so special?

Because today is the tenth day of Muharram 1440.

We just approached the new year in Hijri (year of Islam), Muharram is the first month of the Islamic calendar.

With my limited knowledge, this month is very special which mean forbidden, and this month is one of the four sacred months.

Allah’s sacred month of Muharram is a blessed and important month. “The year is twelve months of which four are sacred, the three consecutive months of Dhul-Qa’dah, Dhul-Hijjah and Muharram, and Rejab. (Al-Bukhari, 2958).

The tenth of Muharram is called the Day of Ashura and is a very important day in the Islamic Calendar. The Holy Prophet (PBUH) used to fast on this day and advised other Muslims to do the same. However, fasting on the Day of Ashura is totally optional and it depends upon every Muslims whether he wants to fast on this day or not (Hijab al-Faisal, 2012).

But the virtues of fasting on Day of Ashura cannot be denied because when Prophet Muhammad was asked about the blessings of fasting on this day, he replied,

‘It is a compensation for the sins of the past year.’

i.e. the sins of one year that has just gone by will be forgiven. (Muslim, Vol. 1).

However, only minor sins are forgiven by Allah.

For the forgiveness of major sins, one has to resort to the Tawbah (repentance).

In conjunction with the tenth of Muharram and the Masehi calendar today on 20th September 2018 is my born day.

Ironically, I am grateful due to the Day of Ashura and may Allah accept all my repentance and sins. 

Indeed, I am sinful and always hoping for His Jannah.

I ask forgiveness, Oh Allah, the almighty accepted repentance.

I ask forgiveness Oh Allah, of all sins.

Add me the useful knowledge.

Give me that were granted and practices.

Give us a lot of earnings.

Accept our repentance sincere with holy repentance.

I am thankful for having all the wonderful persons in my small circle. They are so much precious, meaningful and whom I love most. All wishes and messages that I've received today, and greatly appreciated. Why I am writing here? They don't know how much lucky I am having them in my life. Who are they? They are the only remember me as I do! Satu lagi depa tak baca pun blog ni hahaa.... 

Lembah Pantai
20180920

Softening Brush

 Bismillah. The hectic week has just begun, and I need to slot in my packed time, even 5 minutes, to sharpen my art skill of sketching up an...