Monday, March 31, 2008

Si Manja...






Hujung minggu ini sangat bermakna buat saya. Hihi.. Memang banyak betul aktiviti sepanjang minggu ini. Hari Sabtu saya belayar ke Semarak memberi sedikit input buat perenang gaya bebas DDG2413. Sesi latihan ketat buat mereka.

Usai sesi penyampaian input, saya beraksi dalam hujan ke ta-ya-sin-qaf-wau Ampang. Temani Haykal dimedan permainan. Kanak-kanak 6 tahun ke bawah saja yang boleh masuk. Saya sebagai 'partner' sambilan dibenarkan masuk untuk sesi ketahanan fizikal dan mental. Medan itu bukan sebarangan. Sesi pertahanan tentera bersekutu di dalamnya. Demi menjadi 'partner' sambilan Haykal, jadi lah macam tentera bersekutu di dalam medan itu. Selesai sesi latihan tentera, kami beramai-ramai singgah Kluang Station menikmati Roti Bakar dan Kopi Kaw tepi stesen keretapi Kluang... hehe..

Ahad yang redup, saya dan adik meluncur laju bersama Iskandar ke Mid Valley. Level 3, ME Exhibition. Fuh.. manyakknya kucinggg.... come-come... inilah snap yg sempat kami rakamkan...

Friday, March 21, 2008

Sendat

Beg itu sendat.

Ibarat sebuah beg pakaian yang disumbat-sumbat dengan baju-baju, kain-kain dan seluar-seluar.

Sudah penuh, masih disumbat.

Sampai satu tahap, zip beg tersebut tercabut.

Zassszzz. Tercabut kepala zip!

Nah! Ambillah habuannya jika beg itu disumbat-sumbat.

Jangan disendat beg yang sudah penuh.

Jangan ditarik zip itu.

Jangan dicuba lagi.

Kenapa tak cari beg yang baru?

Kenapa tak dibeli beg yang murah di Mydin?

Kenapa?

Kenapa?

Hanya pemilik beg itu sahaja yang tahu kenapa.

Mungkin masanya belum sesuai.

Pasti ada masa yang sesuai atau beg itu boleh diperbaiki semula.

Tepuk dada tanya selera.

Jangan disendat dengan perkara-perkara yang bukan-bukan dalam beg itu.

Bawalah beg itu ke tempat yg sepatutnya.

Friday, March 14, 2008

Wajah Kesayangan Hamba


Tiba-tiba saya terjaga sebelum subuh sebab terkejut dengan wajah seseorang telah muncul dalam layar mimpi saya pagi tadi. Seingat saya, wajah tenang penuh dengan pengharapan sambil terkumat-kumit memohon sesuatu dari yang Esa. Kemudian wajah tersebut hilang ditelan laungan azan Subuh. Sebenarnya itulah perkara yang suka saya lakukan sebaik saja sampai dimeja saya sepanjang minggu ini. Saya ada terima email daripada sahabat-sahabat saya daripada Kelantan dan luar Kelantan. Mereka memberikan gambaran sebenar tentang ‘keperihalan’ peristiwa disepertiga malam lapan Mac lalu.

Betapa tersentuhnya hati ini, naluri ini, jiwa ini bila menatap wajah ini. Sehinggakan terasa manik-manik panas berguguran dipipi saya. Betapa mulianya insan ini. Hati saya terus terusik dan terusik dengan munajat beliau.. Saya tidak tahu kenapa... Alangkah gembira dan bangganya sekiranya saya bersama-sama mereka.. Munajat beliau di dingin pagi yang penuh kesyahduan itu...

"WAHAI Tuhan Kami, berilah kami perasaan takut kepada-Mu yang dapat menghalang kami dari kemaksiatan, dan berilah kami ketaatan kepada-Mu yang menyampaikan kami ke syurga-Mu, dan berilah dan berilah keyakinan yang memudahkan kami menghadapi bencana di dunia."


"Wahai tuhan kami berilah kami kenikmatan pendengaran, penglihatan dan kekuatan tubuh badan selama hidup kami dan jadikanlah dia mewarisi kami dan berilah pembalasan kepada orang yang menzalimi kami."Dan tolonglah kami terhadap orang yang memusuhi kami. Dan janganlah Engkau jadikan bencana bagi kami dalam ugama kami dan janganlah jadikan keduniaan sebesar-besar cita-citanya kami dan batasan ilmu kami."Dan janganlah Engkau biarkan orang yang tidak menaruh kasihan balas terhadap kami, dapat menguasai ke atas kami."


"Wahai Tuhan kami, kami pohon perlindungan dengan nur kesucian Engkau dan berkat kebersihan dan keagungan sifat Jalal Engkau, dari setiap yang datang waktu malam kecuali yang datang dengan baik.


"Wahai Tuhan kami, Engkaulah penolong kami, maka kepada Engkau kami mohon pertolongan. Wahai Tuhan kami, Engkaulah tempat kami menyelamatkan diri, maka kepada Engkaulah kami pohon selamat.


"Wahai Tuhan, bagilah kelemahan dan kehinaan yang mana segala tengkuk pembesar dunia.""Dan tunduk kepadanya segala urusan dan kebesaran raja-raja Firaun, selamatkan kami dari penghinaan dan hukuman siksa-Mu, ketika malam atau siang, ketika kami tidur atau berada di suatu tempat."Tiada tuhan bagi kami melainkan Engkau demi kebesaran wajah Engkau dan kemuliaan kesucian Engkau, hindarkanlah kami dari segala kejahatan hamba-hamba Engkau, berilah kemudahan kepada kami dengan limpah kurnia dari Engkau wahai Tuhan yang Maha Pemurah."


"Wahai Tuhan sama ada Engkau lembutkan hati-hati mereka untuk kami sebagaimana kamu lembutkan besi untuk Nabi Daud, dan kamu menundukkan mereka seperti seperti Kamu tundukkan bukit bukau, gunung ganang untuk Nabi Sulaiman atau pun Kamu lipat balik rancangan jahat mereka supaya berpatah balik ke atas mereka sendiri , dan Kamu hancur leburkan pakatan mereka dan kacau bilaukan kumpulan mereka dan goncangkan pendirian mereka dan Ya Allah turunkan bendera mereka rapat ke bumi,


"Wahai Tuhan yang tetap hidup yang mentadbir urusan makhluknya, Wahai Tuhan yang mempunyai keagungan dan kemuliaan, sesungguhnya Engkau berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu."


"Ya Allah Tuhan kami, limpahkanlah rahmat ke atas junjungna kami Nabi Muhammad S.A.W yang dengannya dapat mengubati hati dan menjadikan penawar, menyihatkan badan yang menyembuhkannya, menjadi cahaya bagi pandangan mata dan menyinarkannnya dan limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan kepada keluarga dan para sahabat baginda sekalian."

Tiada apa yang lebih layak diungkapkan hanya lautan-lautan kesyukuran kehadratNya. Saya tumpang bangga walau bukan sebahagian daripada Kelantani, tetapi semangat dan cara sedemikian perlu diimplimentasikan oleh kita semua khususnya daripada Santani.


*Penah merasa nikmat hidup di negeri serambi mekah itu. Nilam puri 1999-2000 dalam kenangan.

Thursday, March 13, 2008

Mesti ikhlas


Saya keluar dari rumah pagi ini agak kemendungan. Mungkin nak hujan. Mungkin tak. Sambil memanaskan enjin kereta, hati saya terdetik. "Ikhlas..., kenapa mesti ikhlas.."

Sampailah di dalam LRT kepala saya masih memikirkan ikhlas yang ada dalam diri kita. Lihatlah sifat ikhlas ini terlalu halus dan sangat subjektif. Selalu kita dengar, "ye, ye.. saya ikhlas nak bagi ni', boleh nampak ke ikhlas tu? Sebenarnya, perasaan unik ini Allah ciptakan sangat halus. Ia adalah perasaan yang dapat dirasa. Keikhlasan ketika berbicara, keikhlasan ketika memberi, keikhlasan ketika merasa pemberian, keikhlasan ketika bersolat dan sebagainya. Itu hanya kita dan Dia sahaja yang tahu apa yang dirasa ketika itu. Susahkan? Tetapi kita juga tidak boleh bersangka-sangka. Terima sesuatu dengan positif.

Tragedi dalam LRT pagi ini, memang saya terfikir tentang betapa 'individu' ini terlalu ikhlas dalam apa yang telah dilakukannya. Semestinya dia buat yang terbaik untuk kepuasan dirinya. Yang pasti saya rasa dia bukan sengaja tetapi ikhlas melakukan. Dia ikhlas menyebabkan satu gerabak berbau harum pagi tadi... Ini membuatkan saya terfikir biar apa pun orang nak cakap, dia ikhlas melakukan.. hihi.. fikir-fikirkan..



Jangan terlalu mengambil kisah apa orang kata, sebaliknya kita perlu ambil kisah sekiranya kita tidak dilandasan yang betul

Wednesday, March 12, 2008

Tiada apa..


Saya baru memulakan kerja setelah bercuti PRU 12. Semua sudah terjawab.

Saya sudah tiada perasaan.

Sedih? Suka? Gembira? Duka?

Tiada rasa.
Minum kopi lagi bagus.



Bangkitlah semula jiwamu! Kamu di negeri Kebajikan!!!!!