Monday, June 13, 2016

Masih terdaya

Duhai Allah berilah aku kesempatan menikmati larutnya kasihMu..

Salam ramadhan..

Tuesday, January 5, 2016

Kuatkah?

Menyelak pagi dengan lafaz mulia
Menyulam kata berirama syukur
Gurau senda menjadi muzik indah
Tatkala mereka bersimpuh sekali

Aku pasti
Seindah kasih
Sedamai sayang
Setenang cinta
Aku pasti
Bukti cinta
Bukti kasih
Bukti sayang
Selalu disemat dan tersemat di hatiku
Merekalah jua penyejuk mataku
Merekalah jua permata hatiku
Merekalah kadangkala doktor hatiku
Merekalah jua konsultant hidupku

Aku tahu
Bertapa gembiranya hati mereka
Bertapa gamatnya suasana adanya mereka
Bertapa angannya kami bersama
Aku tahu
Aku rasai
Aku jiwai
Aku hayati

Namun Dia lebih tahu
mana yang lebih Haq,
mana yang lebih aula,
mana yang auliya,

Dia hadirkan kami dengan rahmat kasih sayangNya
Untuk kami bersyukur
Untuk kami bersabar
Untuk kami berfikir
Untuk kami berdoa
Untuk kami redha atas ketentuanNya.

Aku redha.
Aku terima.
Aku pasrah.
Tapi aku tetap berdoa demi keajaibanMu.

Ku lihat wajah yang kusayang bertapa Dia kasihkan mereka.
Direnjat rasa duka.
Dipijat rasa luka.
Tapi mereka redha.
Tapi mereka sabar.

Aku?
Aku bertahan dengan kuatnya di hadapan mereka.
Walau gugur memanik-memanik panas.
Meruap rasa bahang dimuka.
Meluah merahnya mata dek memanik itu
Hanya di hadapanMu ya Rabbi.
Kuatkah aku?
La qutwata illabillahi aliyil adzim..
Tiada yang Kuat dan Besar kuasa di fana ini melainkan kuasaMu, taqdirMu, iradatMu dan ketentuanMu.

Hasbirabbi jalallah ma fee qalbi ghairullah.

fiezarmy
20160105
Rasa Jiwa