Showing posts with label Hijrah. Show all posts
Showing posts with label Hijrah. Show all posts

Monday, July 27, 2015

Menyingkap Hidayah, Mendamai Jiwa

Memang betullah kata ustaz dan ustazah, hidayah itu perlu dicari dan dicari bukan datang dengan sendiri. Sedangkan kita ini lahir dalam Islam pun kita selalu rasa apakah kita sudah cukup dengan hidayahNya. Hari ini adalah hari yang sangat bermakna buatku. Selama tujuh tahun bergelar pendidik aku melalui pelbagai warna cabaran dan dugaan dalam arus mendidik anak-anak muridku. Aku masih ingat lagi masa mula-mula aku bergelar pendidik secara formal, aku gembira kerana mendidik di sebuah kolej yang semuanya anak-anak muridku Islam. Tatkala di dalam kuliah aku berasa mudahnya aku mengajak dan menasihati mereka yang pakaiannya menutup aurat, tutur katanya sopan, baik pelajar lelaki mahupun pelajar perempuan. Hatiku gembira dan seronok dengan suasana atau biah tersebut. Namun, kegembiraan itu berakhir selama dua tahun aku menabur bakti di situ. Aku telah ditawarkan di institusi nunnn jauh di utara. Memandangkan aku lahir dan asal utara maka pastilah daerah utara menjadi pilihan utama untuk aku berbakti untuk nusa dan agama di situ.
Pastinya hari pertama aku melapor diri aku dapat rasakan suasana, persekitaran dan orang yang berbeza dengan apa yang aku lali dan lalui sebelum ini. Pertama kali menapak masuk ke kelas pasti mata-mata yang memandang bukanlah yang memakai songkok atau kopiah atau berbaju raihan atau berbaju kurung, bertudung labuh, bulat dan berniqab. Tetapi bermata bundar, sepet, kening lebat, nipis, pelbagai warna kulit dan bangsa dan pelbagai fesyen terkini malah berjean dan berwatak seperti 'seniman'. Pertama kali aku pasti kaget kerana aku berdepan dengan adik-adik (terasa diri masih muda ketika itu) didik berlatarbelakangkan kejuruteraan. Hari pertama, kumpulan pertama, tempat pertama, kursus pertama dan memori pertama apabila mula menjalankan tugas sebagai seorang pendidik mendidik pelajar jurusan kejuruteraan mekanikal dan mekatronik, mereka adalah pelajar tahun 4 yang hanya perlu mengambil kursus akhir untuk bergraduat. Fuh.. cabaran sangat besar. Aku masih ingat lagi, hari pertama itulah Timb Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekatronik melawat secara tidak rasmi ke kelasku. Aku dijenguk olehnya mungkin melihat pelajarnya hadir atau tidak tetapi aku rasa juga melihat adakah diriku berada ditempat yang sepatutnya aku berada. Alhamdulillah perjalanan kuliah pertama berjalan dengan baik walau sedikit gementar kerana pelajar yang hadir hampir 70 orang. Hampir setiap hari menghadir diri di Jalan Semarak, aku melalui kenangan-kenangan yang indah walau pada mereka tidak lah seindah mana. Disebabkan aku mengajar pelajar kejuruteraan pastinya kuliah tersebut majoritinya adalah pelajar lelaki dan pelajar perempuannya hanya lima orang, campur aku enam orang semuanya. Pastinya ada sekumpulan pelajar yang mencuri perhatianku dengan duduk di belakang dan pakai pakaian ala ala kadar, dan mungkin aku nampak seperti 'muda' mereka banyak bertanya soalan yang kadang-kadang diluar topik. Namun, apabila aku dapat kenalpasti asal usul mereka dari Kelantam maka sesi asal mereka ingin mengenakan aku berubah menjadi akrab kerana aku bisa berdielet klate. Al maklumlah ada bau bau klantam.
Aku tersimpang sikit dengan apa yang ingin aku kongsikan, cerita di atas tu ada dalah peristiwa tujuh dan lima tahun yang lalu. Dan aku dapat rasakan seperti sekejap masa berlalu. Tujuh tahun jika ada anak ni pasti sudah masuk sekolah rendah. Abaikan. Mungkin kerana sudah biasa dengan pelajar antarabangsa, aku selalu dipilih untuk mengambil kelas yang paling ramai pelajar antarabangsa, sudah menjadi kebiasaan adanya sepanjang lima tahun ini. Ada juga yang mohon untuk masuk ke kelasku sebab ramai pelajar antarabangsa. Mungkin jiwa keantarabangsaan yang terlalu menebal hasil belajar di IIUM dulu membuatkan aku sudah biasa dengan pelajar antarabangsa. Rahsianya satu saja, didiklah dengan jiwa, pasti jiwa- jiwa yang menadah itu serap masuk ke dalam jiwa. Berpujangga aku. Aku memang suka bahasa, bahasa kan jiwa bangsa. Itulah aku. Anak didikku yang berasal dari Asia timur yang ada padanya indah rupanya, serta sopan tuturnya. Sebenarnya dia sudah tiga tahun di sini namun Allah belum menemukan dia dengan aku mungkin belum bersebab. Sejak minggu lepas dia datang bertemu denganku untuk tujuan kelas tambahan bagi peperiksaan tambahan menjadi titik tolak tajuk yang ingin aku kongsikan. Inilah aku saban hari saban waktu ketika kufikir, kutenung dan kuhayati kenapa aku berada di sini adalah atas  satu tujuan iaitu mendidik dengan jiwa kerana Allah. Itu tonggak utama kenapa Allah pilih aku ke sini, kenaaa aku direncanakan olehNya ya Barii berada di sini adalah mendidik dengan tulus membentuk hatiku dengan jiwa nan ikhlas. Semakin ditenung direnung, semakin indah rasa di jiwa. Segala tertinggi puji itu hanyalah kepadanNya teragung Allah ya Barii, ya Adzim ya Allyy. Anak didikku mengaku seusia dia berada di sini belum pernah merasai bagaimana solat dengan jujur dia lafazkan, dengan penuh kasih dan sayang Allah campakkan dalam hatiku, aku senyum dan berkata marilah, saya bimbingi kamu. Itulah momen gembira yang aku rasai di sini. Aku tidak pandang dia dengan apa yg diucapkan tapi aku pandang betapa Allah memilih aku untuk menjadi medium atau perantara buatnya untuk mengungkap cinta kepdaNya. Syukur ya Allah. Dalam hatiku terasa indah ingin membawa dia bersama-sama apa yang nikmat ketenteraman jiwa yang aku alami.
Maka hari inilah hari yang dia tunggu membawa kerudung yang telah dibeli dua tahun lepas tanpa pernah menggunakannya kerana dalam pencarian. Subhanallah.. akhirnya Allah temukan dia denganku. Wahai anak, aku mendoakan dikau diberi hidayah oleh Ya Nur, Ya Hadi, Ya Haq... semoga setiap waktu berterusan istiqamah walaupun sedikit. Kami usai solat berjemaah zuhur tadi diakhiri dengan doa dan pelukan. Aku dapat rasakan apa yg dicari sekarang ini telah dia temui. Wahai anakku, teruskan mencari sirna dalam jiwa mu. Allah selalu bersamamu. Semoga anak menjadi anak yang solehah. Ameen.
Nur ala Nur,
Castle of coconut milk

Monday, December 29, 2008

1430 H


Esok bermulanya episod tahun baru yang sebenar bagi Umat Islam seluruh dunia yang sememangnya memerlukan kita merenungi tentang konsep TAHUN BARU HIJRAH dan pengertian PENGHIJRAHAN yang sebenarnya bagi Umat Islam.

Cuba kita renungi kembali sejarah penghijrahan Rasulullah s.a.w ke Madinah yang telah mencetus satu perubahan besar dalam sejarah Umat Islam. Walaupun sebelum itu telah berlaku beberapa penghijrahan kecil seperti penghijrahan beberapa orang sahabat ke Habsyah dan Madinah namun ia hanya sekadar penghijrahan biasa sahaja. Walaupun dari sudut pandangan kasar kita, penghijrahan rasul ini dilihat seolah-olah seperti ‘undur ke belakang’ atau semata-mata melarikan diri dari kezaliman, cemuhan dan seksaan Musyrikin Mekah namun sebenarnya penghijrahan tersebut merupakan satu arahan dan perintah dari Allah s.w.t bagi meneruskan kewajipan sebagai seorang Rasulullah s.w.t untuk menegakkan Panji Islam dan melaksanakan suruhan Allah s.w.t di dalam mewujudkan satu komunit Islam yang hidup bermasyarakat dan bernegara.

Kita renungi semula SEJARAH PENGHIJRAHAN RASUL - HIJRATUL RASUL ini agar generasi sekarang tidak lupa kepada pengertian Hijrah yang sebenar serta sejarah yang berlaku di sebaliknya. Hijrah ini bermula apabila pemuka-pemuka Quraisy yang merasa tercabar dengan penyebaran Islam di Kota Mekah telah melakukan pelbagai bentuk seksaan dan kezaliman terhadap Muslimin pada waktu itu. Anak isteri dipisahkan, harta benda dirampas, nyawa diragut, dipukul dan diseksa dengan seksaan yang begitu dahsyat dan mengerikan, namun tindakan yang tidak berperikemanusiaan itu tidak berjaya juga menghalang kebangkitan Islam yang semakin luas penyebarannya dari sehari ke sehari.

Maka para pemuka Quraisy yang mewakili kabilah masing-masing telah mengadakan MESYUARAT TERGEMPAR atau persidangan pada 26 Safar tahun ke 14 kenabiaan di Darul Nadwah bagi membincangkan isu Islam, Umat Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. Di dalam persidangan tersebut iblis turut menghadirinya dengan menyamar sebagai Syeikh An-Najd (Seorang tua dari Najd) yang turut memberi cadangan dan usul yang jahat. Persidangan tersebut akhirnya berakhir dengan menerima cadangan dari Abu Al-Aswad agar Rasulullah s.a.w dibuang negeri dan kemudian menerima pula cadangan dari Abu Al-Buktari yang mencadangkan agar Rasulullah s.a.w dipenjarakan.

Allah s.w.t telah mewahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui perantaraan Jibril tentang pakatan jahat kaum Musyrikin tersebut dan memerintahkan agar Rasulullah s.a.w berhijrah ke Yathrib (Madinah). Rasulullah s.w.t telah memberitahu sahabat karibnya, Abu Bakar As-Siddiq r.a tentang makluman dan perintah dari Allah s.w.t tersebut dan membuat persiapan dan perancangan untuk berhijrah dari tanah kelahirannya itu.

Ringkasnya, Rasulullah s.a.w telah memerintahkan Saidina Ali bin Abi Talib r.a agar berbaring menggantikannya di tempat pembaringan dan menyampaikan beberapa pesanan dan amanah kepada Ali. Helah yang dilakukan oleh baginda ini telah berjaya memperdayakan pengintip-pengintip Quraisy yang telah mengintai tempat pembaringan Rasulullah s.a.w dan melihat sekujur tubuh sedang tidur yang disangkakan Rasulullah s.a.w itu. Rasulullah s.a.w telah berjaya melarikan diri dari kepungan Quraisy tersebut tanpa disedari oleh mereka walaupun seorang pun.

Rasulullah s.a.w bersama Abu Bakar r.a telah bertolak ke arah selatan menuju ke ‘Gua Thur‘ dan bermalam di dalamnya selama 3 malam. Dalam tempoh tersebut, Asma dan Aisyah telah membawa bekalan makanan manakala Abdullah bin Abu Bakar pula menjadi perisik bagi mendengar sebarang berita atau perancangan dari pembesar Musyrikin, dan Amir bin Fuhaira’ pula mengembala kambing di sepanjang laluan yang telah dilalui oleh Rasulullah s.a.w dan Abu Bakar r.a bagi menghapuskan kesan-kesan perjalanan mereka berdua itu. Sewaktu Rasulullah s.a.w dan Abu Bakar berada di Gua Thur ini telah berlaku beberapa mukjizat seperti sarang labah-labah dan sebagainya.

Pihak Quraisy yang kecewa akibat tidak berjaya menangkap mereka berdua telah mengumumkan ‘SPECIAL OFFER‘ berupa ganjaran 100 ekor unta kepada sesiapa yang berjaya memberkas 2 orang pelarian yang amat-amat dikehendaki itu. Tawaran ini telah berjaya menarik minat Suraqah bin Malik yang telah berjaya mengesan jejak mereka berdua dan mengejarnya dari belakang. Namun impiannya untuk mendapatkan 100 ekor unta tersebut berkecai akibat beliau dan kudanya tersungkur rebah ke tanah.

Nabi Muhammad s.a.w dan Abu Bakar As-Siddiq r.a telah meneruskan perjalanan mereka berdua melalui beberapa perkampungan di antaranya ‘Tihama‘ dan melintasi padang pasir yang luas dalam keadaan panas terik yang membakar padang pasir sahara. Perjalanan yang penuh dengan kesusahan dan keperitan dengan melintasi padang pasir, batu-batu kapur, lembah-lembah curam, binatang berbisa, kedinginan malam hari dan 1001 macam bentuk kepayahan itu berjaya diharungi dengan hanya berbekalkan keimanan, ketabahan, kesabaran, kepatuhan yang tinggi kepada Allah s.w.t.

Akhirnya Rasulullah s.a.w bersama Abu Bakar r.a telah tiba di Quba’ pada hari Isnin 8 Rabiul Awwal tahun ke 14 Kenabiaan, sebahagian ulamak mengatakan hari tersebut bertepatan dengan 12 Rabiul Awwal. Baginda telah menetap di situ selama 4 hari dan mendirikan Masjid Quba’.

Maka pada hari Jumaat, 16 Rabiul Awwal bergemalah laungan “Thola’al Badrul Alaina” yang merupakan laungan nasyid Selamat Datang oleh penduduk “Yathrib” yang diiringi laungan takbir memecah kesunyian bandar tersebut. Rasulullah s.a.w menunaikan solat Jumaat di ‘Yathrib’ dan menukarkan nama bandar ‘Yathrib’ itu kepada ‘Madinaturrasul‘ atau ‘Al-Madinah‘. Maka dengan itu tertegaklah sebuah negara Islam Madinah dengan rasminya dan disitulah juga merupakan titik permulaan bagi penyebaran Islam ke serata dunia.

Unta Rasulullah s.a.w terus bergerak menuju sehingga ke tempat jemuran kepunyaan 2 orang anak yatim iaitu Shal dan Suhail bin Amr, Rasulullah s.a.w kemudian membeli tempat itu untuk membangunkan masjid dan tempat kediamannya. Rasulullah s.a.w telah menumpang di rumah Abu Ayyub bin Khalid bin Zaid sementara menunggu tempat tinggalnya siap dibina.

Detik bersejarah tersebut telah disaksikan oleh seluruh penduduk Madinah termasuk golongan Yahudi yang telah melihat kedatangan seorang Rasul yang membawa amanah dari Allah s.w.t yang kemudiannya berjaya menyatukan puak Aus dan Khazraj serta mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar yang merupakan satu ikatan persaudaraan yang unggul dan gemilang dalam sejarah Umat Islam.

Oleh itu sahabat-sahabat sekalian, jadikan Hijrah ini sebagai satu titik permulaan bagi MENGUKUHKAN KEIMANAN, MENINGKATKAN KETAKWAAN dan MENEGUHKAN SYARIAT ISLAMIAH agar kita menjadi individu Muslim yang aktif, positif, produktif dan inovatif agar bersesuaian dengan firman Allah s.w.t yang bermaksud :

“Kamu merupakan sebaik-baik Ummah yang telah dikeluarkan untuk seluruh umat manusia…..“

Renungilah detik-detik bersejarah yang tersimpan di dalam Awal Muharram atau Maal Hijrah ini dan perlu diketengahkan dan diperbincangkan sekurang-kurangnya sekali setahun. Ketahuilah sahabat-sahabat sekalian bahawa di dalam peristiwa ini tersimpannya pelbagai ‘elemen-elemen’ yang boleh dijadikan pedoman dan iktibar bagi menyuburkan ‘Ruh Islamiah’ yang mungkin semakin hari semakin di’gelap’kan oleh pelbagai bentuk anasir maksiat dan mungkar yang semakin canggih dan mempersonakan.

*pic was taken on Ramadhan 1429H,(15 Sept 2008 - 2 Oct 2008)

Ya Rabb..jadikanlah aku yang terbaik dalam 1430H ini, permudahkanlah segala urusan yang telah dirancang serta akan dirancang seiring dengan NurMu.. Tentukanlah yang terbaik buatku. Permudahkanlah hijrah ku ini..


0048
japanese table and molly...

Softening Brush

 Bismillah. The hectic week has just begun, and I need to slot in my packed time, even 5 minutes, to sharpen my art skill of sketching up an...