Thursday, April 29, 2010

Pulut dan Kopi O


Aroma gorengan ikan talang masam menusuk hidung. Pagi ini saya menikmati sarapan pulut bersama nyok serta berlaukkan ikan talang masam. Nyum Nyum... Ini adalah hidangan trasional di kampung saya. Selalunya makan pulut ini lebih sedap jika dihidangkan sekali dengan air kopi o panas. Memang melazatkan.. Jadi marilah kita menjamah selera..

~deruman traktor membajak bendang~

Tuesday, April 27, 2010

Renyai Hujan


Suasana desa permai dilanda hujan renyai-renyai bahasa membuatkan saya mengambil peluang menikmati “bau hujan” yang sedap dan menyegarkan…Jangan tak tahu bau hujan sangat sedap…. Hijau dan coklat tanah memenuhi ruangan desa saya. Sekarang  adalah musim membajak dan menabur...

Sebagai rutin mengambil adik sepupu di Pasti Nurul Hayyah beralih kepada saya sekiranya saya pulang ke desa. Pagi-pagi lagi bak kata orang utara “sesubuh sepi’ei” lagi saya mendengar riuh rendah Mak dan Ayah berbincang untuk ke suatu tempat. Saya mencelah, “Ada apa mak?”, saya yang terpisat-pisat ke bilik satu lagi. “Mertua kak chik meninggal, mak dengan ayah nak pi mengunjung (menziarah)”, kata Mak. “Innalillahi wainna ilaihi rajiumm..Ooo.. kat mana mak?”, saya bertanya lagi sambil dalam kepala membuka kotak maya yang mana satu ya. “Dekat Tandoop, Kak tak boleh ikut. Sebab nanti Kak kena ambil Teah dan Mie kat Pasti, Maksu dekat hospital, Paklang tak dak”, kata Mak lagi. “Baik mak”, saya menjawab.

Lalu…

Insiden di simpang Pasti tengah hari tadi memang melucukan. Setelah jarum di rumah menunjukkan 12 tengah hari saya bergergas mengambil Teah dan Mie di Pasti nun di hujung kampong. Tiba-tiba di pertengahan jalan, kereta tersenguk-senguk, sememangnya keretanya itu tanda aras minyak udah lama kerosakan. Makanya saya fikir, apakah minyak kehabisan..atau memang rosak enjin atau sebagainya. Waduh berpeluh saya. Kesenggukan kereta itu sempat saya gagahi sehingga masuk ke simpang masuk Pasti Hayyah. Alhamdulillah masuk juga simpang lantas enjin termati ditengah-tengah lorong ke pasti. Kelihatan dua biji kereta dari arah bertentangan menanti untuk melalui lorong tersebut. “Kok gimana mahu lalu…..keretanya ngak mahu hidup” Saya mencuba dihidupkan lagi enjin, mungkin bukan disebabkan minyak. Maka…ramailah orang berkerumun di kereta itu termasuklah saya yang kepeluhan. Rumah sebelah yang tidak pernah saya tahu siapa penghuninya turut turun padang. Mujur juga ustazah di Pasti itu kawan saya semasa kecil, dapatlah pinjam motosikalnya ke kedai yang berdekatan. Asalnya dia agak keraguan sama ada saya boleh bermotor, dengan muka “confident” saya kata padanya “boleh-boleh” tetapi akhirnya malu juga sebab bila saya start motor tak hidup. He he.. Setelah itu, saya mengangkut kedua adik-adik saya yang beruniform hijau ke rumah Ibu dan ditinggal sebentar dengan bibik. Terkekek-kekek bibik melihat saya membonceng adik-adik lalu dikatanya “Kok motor siapa di ambilnya Dik…” Saya hanya tersengeh, belum sempat menjawab adik-adik saya dahulu tingkah menjawab persoalan bibik. Kerja-kerja mendapatkan petrol berjalan dengan baik. Anak kedai runcit di Kak Melah ‘Alam turut berkerjasama dengan baik siap buatkan saya corong isi petrol untuk memudahkan petrol dimasukkan dalam kereta. Ustazah Pasti a.k.a kawan semasa kecil turut teman saya di bawah terik panas matahari lit-lit. Kira-kira sepuluh minit kereta dapat dihidupkan enjinnya.. Tergelak-gelak saya dan Ustazah Pasti.. Misi berjaya!

Kembali..

Alhamdulillah atas nikmat hujan pada selasa yang tenang.. syukur Ya Allah…
Wahai nafsu..alangkah peliknya urusan kamu..sikap kamu…dan bagaimana dahsyatnya kejahilan kamu..alangkah keras kedegilan kamu. Hairan sungguh kamu kerana kamu buta tidak nampak apa yang jelas didepan kamu…

Hai nafsu…kamu jadi mabuk, kamu dimabukkan oleh pangkat (cintakan pangkat) dan menyebabkan kamu lalai daripada memahami, kamu tidak fikirkah??sesungguhnya dengan pangkat hati manusia akan tertumpu dengan kamu..cenderung manusia dengan kamu, semua sanjungi kamu dengan pangkat, apa yang kamu dapat selepas 50 tahun akan datang? Orang yang menyanjungi kamu akan tiada lagi.. tidak seorang pun yang akan sujud dengan kamu dan sehingga tiada seorang pun yang mengingati kamu. Bagaimana kepada raja-raja dahulu yang hebat daripada kamu lagi akhirnya semadi di dalam kubur tiada lagi ingatan. Kenapa kamu mencari apa yang boleh menghilangkan kesejahteraan? Sedangkan apa yang kamu cari itu langsung tidak kekal 50 tahun pun..

Kesian sungguh kepadamu nafsu.. Hei nafsu … kenapa kamu tidak boleh tinggalkan dunia untuk dapatkan akhirat? Dan supaya membersihkan diri daripada penat lelah untuk mendapatkan dunia semata-mata. Dan kamu hendaklah menghindarkan diri kamu daripada dunia yang fana ini.. kenapa kamu tidak menjauhkan diri daripada dunia ini. Matlamatmu adalah akhirat!

~Kuliah al-Ustaz Syeikh Baderuddin~ isnin malam selasa

“carilah pangkat di sisi Allah jangan cari pangkat di sisi manusia”

Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap barukan terasa
Bila hilang di dalam genggaman

Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman

Dunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana
Indah di mata namun tiada

Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang

Tuhan leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidak ku mampu
Mengumpul dua cinta

Hanya cinta-Mu
Ku harap tumbuh
Dibajai bangkai nafsu yang kubunuh

~renyai hujan~

Saturday, April 24, 2010

Sogoshosha

Mata saya yang masih cemerlang ini membuatkan saya ingin berkongsi satu dasar kerajaan Malaysia yang diperkenalkan oleh pembuat dasar bagi tujuan perdagangan antarabangsa. Kata akar bagi Sogoshosha ini adalah berasal daripada perkataan Jepun yang bermaksud syarikat perdagangan am. 

Untuk mencapai taraf sogoshosha, sesebuah syarikat perdagangan mestilah memenuhi tiga ciri penting iaitu mempunyai rangkaian antarabangsa, mengendali barang dagangan yang banyak dan memainkan peranan utama di bidang perdagangan luar. Di negara Jepun 'Sogoshosha' adalah merupakan satu panggilan/title yang diberikan kepada beberapa syarikat perdagangan am yang terkenal yang telah mencapai pusingan sebanyak US$20 billion setahun. Adalah tidak dapat dinafikan bahawa peranan yang dimainkan oleh sogoshosha telah diiktirafkan sebagai satu dari sebab-sebab negara berkenaan mencapai kejayaan yang cemerlang di bidang perdagangan luar. Pengalaman negara tersebut telah memberi inspirasi kepada beberapa buah negara membangun termasuk Malaysia, untuk menubuhkan sogoshosha masing-masing sebagai institusi bagi memajukan ekspot mereka. 

Rasional

Berdasarkan jangkaan kadar pertumbuhan di negara-negara perindustrian dan juga perdagangan antarabangsa yang lembab serta langkah perlindungan yang semakin meluas, Malaysia perlu mencari strategi baru di bidang perdagangan luar. Di masa yang sama, usaha-usaha mempercepatkan perkembangan ekonomi negara. Pencapaian matalamat ini memerlukan Malaysia memulakan strategi menggalakkan ekspot keluarannya secara besar-besaran. Oleh itu, strategi pemasaran barang untuk diekspot mestilah dirangka  dengan teliti bagi mengatasi halangan dan sekatan yang ada. Penubuhan sogoshosha adalah diharapkan sebagai satu daripada strategi membantu negara dalam pemasaran barang ekspot. Sogoshosha ini juga akan menjadi alat untuk mendapat maklumat strategik mengenai pasaran-pasaran ekspot dan kontrak kerja di luar negeri menerusi rangkaian antarabangsa.
 
Objektif

Sebagai institusi yang akan membantu Malaysia di bidang perdagangan antarabangsa, sogoshosha Malaysia ditubuhkan dengan objektif-objektif berikut:-
(a)  Menggalakkan ekspot tradisional ke pasaran bukan tradisional dan juga kepada pengguna-pengguna baru termasuk dipasaran tradisional.

(b) Menggalakkan ekspot bukan tradisional.

(c) Mengembangkan peluang-peluang antarabangsa dari segi menggalakkan pelaburan secara usahasama di sektor industri di Malaysia untuk keperluan pasaran dalam dan luar negeri.

(d)  Menggalakkan pemindahan pengetahuan dan teknologi baru.

(e)  Menggalakkan ekspot tak ketara (invisible) Malaysia di luar
  negeri.

Strategi Pelaksanaan

Strategi pelaksanaan konsep sogoshosha ini adalah dilakukan secara menyeluruh selaras dengan dasar-dasar baru kerajaan seperti Persyarikatan Malaysia. Malah sogoshosha adalah dianggap sebagai peringkat permulaan bagi pencapaian matalamat Persyarikatan Malaysia.
Kerajaan sedang merangka satu definasi tetap mengenai sogoshosha dan peraturan-peraturan mengenainya. Beberapa kemudahan-kemudahan dan bantuan adalah dalam pertimbangan untuk diberi kepada syarikat sogoshosha tanpa menggangu atau mengenepikan syarikat perdagangan am yang lain. Pertimbangan sedang dibuat supaya galakan-galakan cukai dan kewangan diberikan kepada syarikat yang terlibat, yang mana diantara lainnya termasuk:

(a)  Galakan Kredit
  Diberikan kepada syarikat tempatan yang menghadapi masalah kewangan untuk melaksanakan kegiatan ekspot di luar negeri.

(b)  Galakan Cukai

  Misalnya elaun galakan ekspot dan lain-lain pengecualian cukai di bawah Akta Galakan Pelaburan 1968, Akta Kastam 1977 dan Akta Eksais 1976.

(c)  Lain-lain Galakan Serta Khidmat Sokongan

  Misalnya penglibatan Pejabat Perusahaan Perdagangan Malaysia di luar negeri dan sebagainya.

Dalam menyediakan galakan di atas, ianya akan diberikan kepada syarikat yang berjaya membuktikan keupayaan mereka untuk meningkatkan ekspot barangannya dan juga berjaya mempelbagaikan ekspot, terutama ke pasaran bukan tradisional.
 
Penutup

Bagi mencapai kejayaan dalam pelaksanaan dasar ini di masa depan, Malaysia mesti bekerja keras untuk menghadapi cabaran-cabaran dan mengatasi masalah yang timbul. Sekiranya berjaya, kesan 'synergy' yang diperolehi daripada penubuhan sogoshosaha ini pasti akan dapat membantu mempertingkatkan perkembangan perindustrian dan ekonomi negara. Dalam melaksanakan strategi sogoshosha, perhatian hendaklah diambil agar kelonggaran cukai dan bantuan kewangan tidak bercanggah dengan peraturan yang dikenakan oleh GATT dan negara-negara pengimpot.

sumber: pmr.penerangan

Thursday, April 22, 2010

As the World Turns ...

Salams, just wanna share some latest information on Islamic Finance. Credit to Islamic Finance News for this info. This is the real and crucial situation of IF now.
Promoters of Islamic finance love to trot out the figures. It is the fastest growing segment in the global financial industry. The size of assets under management may very well exceed US$1 trillion. It has maintained an average growth rate of 15 a year. New areas of business continue to show encouraging progress. Islamic mutual funds are growing at an average of 23% a year, the Takaful industry at 13%. Giant banking and insurance groups are now very much interested in Islamic finance as a way to grow their business.

The promoters' contention: Islamic finance is no more peripheral to the conventional banking system but has grown from being a novelty to be a viable and attractive alternative to its conventional counterpart. One claim is that interest in Islamic finance is no longer limited to Muslim nations and Muslim communities. "The world realizes that the economic clout of 1.5 billion people is a market that cannot be ignored," says one practitioner.

But if that is so, how come the penetration rate among Muslims remains low, creating a perception that in some jurisdictions, more non-Muslims than Muslims are drawn to Islamic finance? For Islamic finance to truly become a financial force, it has to be entrenched within the community that practices the faith it is based upon. For this to happen, the promotion of Islamic finance would need to lay greater emphasis on the religious aspects of the financial system. However, such prominence on its religious foundation could undermine its true characteristic — that it is a functioning system for all people everywhere, with money being used in a very productive and ethical manner.

This is a dilemma that scholars and regulators need to seriously look into. Yes, the remarkable growth momentum of the industry is real, but it is still a tadpole in a pond. Some see this situation as an opportunity to bring forth the true face of Islam, of moderation, acceptance of people of other beliefs, of living in harmony by focusing on the common strands of all beliefs — a truly tall order in a world that is presently plagued by negativity, meanness, spite and, in several instances, baseless hatred.

An alternative outlook is that the increasing competition will overshadow these issues. The race will see the emergence of non-traditional players, bringing with them superior systems, management skills, established R&D and risk management systems with proven track record globally. There will be more innovative products, new concepts and new structures, as the new players bring with them new value proposition to attract or entice their customers.

Demand will grow for services related to Islamic finance in consultancy, accounting, trust, Shariah, legal advice and IT services. New Shariah concepts will emerge and this will require scholars to rethink some of the structures that had been well established. In addition, new demand for standardization and harmonization of Shariah standards would intensify as cross border transactions increases. This will also result in an increase in demand for financial products that can be sold between markets.

The world has never remained static; hence there will always be agility and the commitment to bring positive change to the Islamic financial system such that it remains competitive and relevant. Therein lies the hope for better circumstances.IFN Rapid
Some info above mentioned need to ponder based on what I've highlighted. 

Sunday, April 18, 2010

Ekonomi Virtual


Saya tahu tajuk entry saya kali ini agak akademik namun ianya adalah salah satu fenomena yang kian menuntut kita menyedari dan menerima hakikat ini. Ianya bukan suatu provokasi tetapi adalah reality yang semua antara kita sedang depani. Namun di sini saya hanya mengambil satu contoh bagi ekonomi virtual  (synthetic economy) yang menjadi fenomena buat kita.

Fenomena Facebook sememangnya menjadi “kegilaan” tidak kira tua, muda remaja, dewasa dan kanak-kanak. Al maklumlah sekarang ini semua wilayah di Malaysia berjalur lebar. Di petang Ahad ini, saya bersambil-sambil menyelak majalah Newsweek yang menarik perhatian saya untuk berkongsi dengan semua. Artikel yang ditulis oleh Danial Lyons bertajuk “An Online Economics Lab”. Berkait dengan Facebook juga, ramai pengguna mengaut keuntungan dengan berniaga secara virtual. Tidak dinafikan saya sendiri juga ada Facebook, dan kadangkala melewati aktiviti-aktiviti yang terkandung didalamnya seperti ruang bersembang, gambar-gambar yang boleh dikongsi sesama kawan-kawan, iklan-iklan berbayar dan juga ladang virtual dan binatang peliharaan virtual. Menurut Lyons, tidak dinafikan ramai yang menghabiskan wang untuk membeli produk seperti senapang, benih-benih penyubur untuk binatang-binatang peliharaan dan ladang virtual mereka untuk menambah pembaikan dalam permainan yang berasaskan web ini.

Namun bagi Kristian Segerstrale, perniagaan ini bukan sekadar ilusi tetapi bersifat perniagaan yang sebenar. Segerstrale yang mencipta Playfish (online games) dan salah seorang top seller dalam produk virtual. Beliau adalah salah seorang ahli ekonomi menyatakan dunia perniagaan produk virtual telah membuka satu jalan baru bagi sesiapa yang ingin mempelajari ekonomi.

Katanya, “You can learn a lot about human behavior, and how people interoperate in an economic environment and there are a lot of valuable lessons”. Segerstrale yang berlatarbelakang ekonomi memperolehi ijazah di Cambridge University dan MA daripada London School of Economics telah mempraktikkan teori-teori yang diasaskankan oleh para sarjana terdahulu. Pada awalnya beliau bersama beberapa orang kawannya telah membuka sebuah syarikat yang membangunkan permainan bagi telefon bimbit. Kemudian menyertai Facebook pada 2007 sebagai platform untuk menghasilkan permainan baru. Bersama sekumpulannya, beliau telah mencipta Playfish yang mengadaptasi model perniagaan tiada kos tetapi Playfish memperolehi keuntungan melalui penjualan barangan virtual didalam permainan tersebut.  Dan akhirnya perniaagaan ini meletup dan berjaya dengan jayanya. Pada November yang lalu, Playfish telah berjaya menarik hati pengguna aktif di Facebook iaitu hampir 20 million dan berjaya mengutip $400 million.

Segerstrale telah menyatakan syarikat telah menjual 90 million item sehari bagi 12 permainan yang berbeza. Dan dia juga menambah, “I don’t think anyone reliazed how quickly this was going to grow”. Bagi jumlah kesuluruhan pasaran AS bagi barangan virtual telah bernilai lebih 1 billion pada 2009 (Inside Network-market research firm). Bagi Segerstrale, dalam dunia ekonomi ianya adalah suatu mengujakan kerana apabila para ahli ekonomi cuba memodelkan gelagat dengan dunia sebenar, mereka akan menghadapi kesukaran dek kerana ketidaktepatan maklumat (imperfect information). “The data is always limited, and once ypu get hold of it there are tons of reasons to mistrust it. On the other hand, in virtual world, the data set is perfect. You know every data point with absolute certainty. In social networks you even know who the people are. You can slice and dice by gender, by age and by anything”.

Jadinya, idea untuk mengkaji tingkahlaku atau gelagat dalam pasaran virtual mula mendapat perhatian di kalangan ahli ekonomi. Begitu juga, sociologist di Institut Helsinki juga percaya bahawa ekonomi virtual dapat membantu para sarjana dengan kefahaman yang lebih baik bagaimana faktor-faktor social boleh mempengaruhi pembuatan keputusan dalam ekonomi. Maka, kemungkinan satu model ekonomi boleh dikaji dalam melihat kelompok atau kumpulan manusia yang menghabiskan masanya dalam memelihara binatang peliharaan mereka bukan sekadar sebagai “representative” tetapi secara nyata bagi seluruh dunia. Justeru data yang diperolehi kemungkinan akan menjadi “tepat” dan “menyeluruh”. Teori yang dikemukan oleh para sarjana Klasikal terdahulu menjadikan maklumat perlulah tepat, pasaran bersih dan seimbang telah dijumpai oleh Segerstrale dan kawan-kawannya.

Apa yang cuba saya bayangkan di sini, bertambah lah golongan ini membuat duit samada ilusi ataupun realiti. Dan lainnya akan bertambah satu lagi subjek dalam pengajaran saya mungkin.. Ekonomi virtual. Pasti anak-anak murid saya suka kerna subjek ini lebih berkonsepkan virtual. Banyak sudut yang perlu dilihat dan dikaji dalam eknomi virtual ini. 

tbc
~merlin & authur~

Friday, April 16, 2010

PM and AM


Jam di Dell saya menunjukkan 0014, sudah masuk jumaat. Mata saya sudah terasa berat dan mengecil. Namun menunggu Nightline berakhir saya ingin menampal sesuatu di rumah saya ini. Saya telah mengubah sedikit demi sedikit hiasan dalam rumah ini, akhirnya terjadi lah apa yang kalian lihat ini. Akhirnya, senarai link kawan-kawan saya semuanya lenyap. Saya pun tak perasan bila masanya hilang. Sekarang saya perlu mengutip semula link-link mereka.

Baiklah Nightline hampir berakhir, saya pun mahu beradu. Untuk perkongsian bersama sebelum menutup mata sama-samalah kita banyak-banyak memuji Yang Maha Esa "Ya Karim" dan "Ya Mumiit" agar tidur lena kita dibawah kemuliaan Allah. Selamat Malam & Pagi.

그래 .. 좋은 밤 모두 

Tuesday, April 13, 2010

Life is likes a cup of coffee

A group of alumni, highly established in their careers, got to visit their old university professor. Conversation soon turned into complaints about stress in work and life.

Offering his guests coffee, the professor went to the kitchen and returned with a large pot of coffee and an assortment of cups porcelain, plastic, glass, crystal, some looking plain, some expensive, some exquisite. He told his guests to help themselves to the coffee.

After everyone had a cup of coffee in hand, the professor said, “If you noticed, all the nice looking expensive cups have been taken up, leaving behind the plain and cheap one. While it is normal for you to want only the best for yourselves, that is the source of your problems and stress. Be assured that the cup adds no quality to the coffee. In most cases, it is just more expensive, and in some cases even hides what we drink. What all of you really wanted was COFFEE, NOT THE CUP.

But you consciously went for the best cups.. And then, you began eyeing each other’s cups to see who had the best one. Now consider this. Life is the coffee; the jobs, money and position in society are the cups. They are just tools to hold and contain life and the type of cup we have does not define, nor change the quality of life we live. Sometimes by concentrating only on cup, we fail to enjoy the coffee. Savor the coffee, not the cups! The happiest people don’t have the best of everything. They just make the best of everything. 

Live simply. 

Speak kindly. 

Care deeply. 

Love generously.”

Monday, April 12, 2010

color of life

I love color of life ~ happy, cheer, love and nourish

It bears happiness and sadness
Still, it remains silent
No one has yet learned
What life is saying
Sometimes like your own
Sometimes like a stranger
Sometimes like tears
Sometimes like laughter
Sometimes like a river
Sometime like thirst is how it seems

It is the soft sound of silence
This life is God's blessing
No one has touched and seen it
It is the fragrance of experience
It is a scented wind
Speak with your heart
Listen to your heart
Choose a soulmate from the heart
The world may say anything
Let go of the world's thought
Adorning them with your eyelashes
Foster sparkling dreams

Mann
Begins the new..

Wednesday, April 7, 2010

2 minutes!

Bunyi sms mengejutkan saya dari khusyuk mengadap skrin laptop ini. Mesej daripada "Walid Saya". Saya ingin kongsi bersama-sama.

Mafhum hadith, barangsiapa berkekalan mengerjakan solat sunat empat rakaat sebelum solat fardhu Zohor dan empat sesudahnya nescaya diharamkan api neraka ke atasnya.Jadi amalkan lah sebelum kita tua...

~Kuliah Syeikh Ustaz Baderudin~
Salam Zohor..~2302~

Friday, April 2, 2010

sekalung doa

2302
L3R2

Seusai sarapan pagi dibilik rehat sekolah saya, saya terus ke bilik untuk kerja-kerja yang masih bersisa. Terlihat memo jemputan untuk Kursus Penyeliaan Latihan Ilmiah, teringat akan pesanan rakan sekerja saya yang bercuti hari ini. Dia mohon saya kemaskinikan pendaftaran untuk ke World Islamic Economic Forum 2010 yang julung-julung kali bakal diadakan di KLCC. Bimbang andai kata penyertaan penuh memandangkan diskaun diberikan bagi deligasi berkumpulan seramai sepuluh orang adalah 50%. Lantas saya bergergas turun ke pejabat untuk menghubungi pejabat sumber manusia. Tetapi staf yang bertugas pula bercuti hari ini. Pending.

Naik semula ke bilik, sambil hati berkata-kata…”sempatkah..sempatkah..” “Allahumma yasir wala tu’asir..”

Tiba-tiba pintu diketuk, rakan sejawat datang untuk meninjau koleksi buku-buku saya untuk kertas penyelidikannya. Saya mengalu-alukannya sambil melihat di rak buku.

“Kak…ada Doktrin Ekonomi Islam, M.A Mannan ni pun boleh juga”, saya menghulur buku-buku kepadanya.

“Kalau dapat Surtahman Kastin Hasan lagi baguih (bagus)”, katanya sambil berpelat utara. Bukan apa, rakan saya ini tahu asal usul saya dan suka berbasa-basi dalam loghat utara.

“Hm… saya rasa la kak ada kat rumah..akak tengok la yang mana berkenan,” kata saya dengan gusar kerna buku yang dikehendakinya tiada di rak. Kepala mula mencongak-congak di mana saya letak buku tersebut.

“Pengurusan dalam Islam…hm.. akak ambil yang ini lah”, katanya lagi.

“Okey kak, guna la..”, saya membalas.

“Eh.. hang catit ni, sat lagi lupa pulak, maybe akak pinjam agak lama untuk paper akak ni”, balasnya.

“Ok.. chek catit ni..”, saya balas.

Kemudian, dia minta permisi. Katanya dia perlu ke Akademi Islam untuk berbincang dengan seorang ustaz mengenai Islamisasi Ilmu.

Lalu saya seperti biasa menghidupkan Dell untuk acara rutin saya setiba dibilik. Teringat mahu melihat telefon masih berbateri atau tidak.. Tertera “K.J”, satu panggilan tidak dijawab.

Saya menghubunginya semula, terdengar suara “bonda” yang ceria itu. Saya mendengar butiran kata-katanya. Saya memberitahu KJ esok saya akan menziarahi bapanya (sedangkan saya tiada tahu apa penyakit bapanya). Kami bercadang akan ziarah beramai-ramai. Jadi kesempatan yang ada saya bertanya akan penyakit bapa KJ. Dengan nada yang tenang KJ memberitahu bapanya sakit Kanser Darah dan darah tidak dapat diproduce lagi. Sekefahaman saya, tiga jenis darah yang ada dalam badan iaitu darah merah, putih dan kuning. Darah merah tidak dapat diproduce dan memerlukan darah dari luar. Bapa KJ tidak boleh terkena demam, penjagaan perlu rapi, masakan perlu dimasak, ulam-ulam yang mentah tidak boleh dimakan dan banyak lagi pantang larang. Sekarang ini, bapanya perlu dibawa ke HUKM untuk rawatan lanjut seperti kimo dan pemeriksaan darah. Saya terdiam mendengar penjelasan KJ.. Terdengar nada sebak dihujung talian, membuatkan hati terasa sungguh sayu dan simpati.. terbayang KJ yang ceria menceritakan keperihalan bapanya semasa KJ duduk disebelah saya semasa kami sama-sama berkhidmat di cert. Jauh disudut hatinya, KJ sangat sayangkan bapanya. Banyak kenangan yang berkaitan dengan bapanya dikongsi bersama saya suatu ketika dulu.. Insya Allah esok saya bersama-sama alumni cert yang lain akan ke tempat kejadian.

Mohon semua sahabat, rakan dan taulan mendoakan yang terbaik buat bapa sahabat saya Norhalizan Harun. Semoga bapanya dalam perlindungan Allah selalu.

Ya Allah, ringankanlah segala kesakitan dan keperitan yang dialami oleh bapa sahabat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang..