Friday, November 5, 2010

Daerah itu kutinggalkan..

Rasanya, entri saya kali ini agak back dated dan panjang.

I
20 Oktober – Hari terakhir berkhidmat di BSP, segala suka-duka, manis-pahit dan tawa-sendu telah dilalui bersama-sama. Bagi warga FPM, daripada mereka telah banyak saya pelajari tentang dunia akademik. Berakhirnya saya di sana, bukan bererti berakhir sebuah persahabatan, ikatan yang telah termatrai, tetapi ukhuwah yang terbina di sana adalah suatu ikatan yang berpanjangan yang sukar untuk saya lenyapkan diminda ini. Ketenangan tasik itu, keindahan pemandangan, menenangkan segala masalah yang dihadapi. Di bilik 2302 itu saya bertapa selama lebih kurang 820 hari itu takkan saya lupakan. Datang dan pergi anak-anak didik, dibawanya dengan seribu persoalan dan kebuntuan, sedayanya dikurangkan agar tenang mereka meneruskan sisa hidup sebagai siswa-siswi di bumi bertuah itu. Langkah kaki sangat sukar melangkah, saya sedayanya menziarahi satu-persatu bilik warga FPM memohon maaf atas segala khilaf sengaja mahupun tidak. Sepanjang awal Oktober lalu, saya bersyukur dan berterima kasih atas pelawaan demi pelawaan untuk sesi pertemuan akhir. Namun, teralat juga ada juga rumah-rumah yang saya tidak sempat saya kunjungi dek keterpadatan masa dan waktu, seribu kemaafan buat sahabat-sahabat saya cik bee, kak maya, kak paie dan kak fazilah. Bukan tak nak tapi memang saya padat sungguh. Barang-barang yang penuh perlu dikosongkan segera kerna bakal g-2-2 sudah ada pemilik baru…hari rabu itu, hari yang menyaksikan saya pulang lambat, seperti biasa menumpang sesiapa yang pulang lewat dan paling tidak terucap trimas pabila Wa juga mempelawa mengangkut kotak-kotak dari tingkat 3 ke bawah, myvi putihnya juga saya tumpang. Dalam kekelaman malam, mesej dan panggilan anak didik mahu memberi buah tangan dari Seberang Takir. Alahai sungguh teruja..Setelah bertemu anak-anak yang kesedihan di hadapan 1st CafĂ©, saya dan Wa bergerak ke VSP meneruskan misi angkat barang. Alhamdulillah, Wa tolong angkat sampai ke rumah.

II
Jabatan saya khususan kak muna yang bersusah payah, yang tiba-tiba keesokannya 21 Oktober masih menjemput saya yang kebetulan pagi itu saya hadir semula ke kolej untuk penyerahan kunci bilik secara rasmi kepada pemilik baru 2302.… Untuk  majlis akhir itu, saya tahu kehilangan saya pasti terasa namun akan ada penggantinya bahkan lebih baik daripada saya, Insya Allah. Nak coret pun tak tercoret di sini. Banyak! Malamnya lagi, jemputan makan malam istimewa oleh kak cun & ustaz bersama-sama putera-putera mereka iaitu izz dan fekhry (cari punya cari rupanya sudah didepan kedai!) Perpisahan malam itu terasa tatkala pelukan dengannya huhu… mujur ada iklan-iklan tambahan so kurangla feel sebak. Usai makan malam, saya mendapat panggilan anak-anak didik yang sudah bersedia untuk bertemu, memandangkan saya juga sudah berakhir perkhidmatan di sana bergergas menuju kolej secepat yang mungkin kemudian satu lagi di blok K. Terasa terharu kerna malam-malam begini masih lagi sanggup menunggu saya. Jam ditangan saya sudah hampir 12 malam. Alhamdulillah selesai. Setiba dirumah dengan energy yang sangat kurang tetapi keadaan rumah perlu dikemas segera. Seperti kata kaka nom yang datang bertandang, banyaknyaa barang-barang hang! Awat tak ajak awai-awai. Saya teruskan sedaya yang mungkin. Tetapi…. Lup… kena charge energy!

III
22 Oktober seusai subuh, saya dan adik bergotong-royong perdana menyiapkan segala kerja-kerja tergendala. Kami berjanji perlu siapkan semua sebelum pukul 10 habis lewat kerana kami perlu bergergas ke pahang untuk agenda seterusnya. Lebih kurang 10 lebih selesai dengan barangan yang hendak dibuang dan dibawa pulang. Pergerakan menjadi pantas kerna kami berjanji dengan kak siti untuk ke destinasi seterusnya. Alhamdulillah, dapat menambah nilai kami keluar susur ke arah gombak/karak. Kami ditiba di destinasi lebih kurang 3.00ptg. Gembira bukan kepalang. Credit to my Keb sebab bersusah payah menyediakan menu lazat soto muadzam. Bila le agaknya dapat kami menikmati soto muadzam lagi ye.. angin sepoi-sepoi riang mengajak kami bersantai setelah penat bekerja di kota metropolitan. Masa diambil dengan sepenuh-penuhnya sambil bermain dam, melihat bapa membantu anak bermain laying-layang..layang-layang tersebut tersangkut dipokok. Nenek dan datuk mereka duduk menikmati keindahan alam. Kami berempat duduk sambil menikmat alunan irama ombak yang menghempas pantai. Subahanallah indah sungguh ciptaanNYA. Di samping remaja-remaja bersukaria bermain bola tampar pantai. Malam diteruskan agenda menuju ke negeri berbendera hitam putih itu. Kemudian pulang ke tempat penginapan sambil ke tepi pantai… sang bulan memancar cahaya ke serata laut. Kami menikmati malam yang terang itu. Berlampukan bulan, beriramakan ombak dan berkipaskan angin laut china selatan. Keesokan pagi, kami masih mengisi masa-masa di pantai sebelum bergerak ke kuantan.

III
23 Oktober, kami bertolak dari kuantan dan terus ke temerloh untuk menziarahi parents keb. Perjalanan kami diiringi hujan yang sangat lebat namun alhamdulillah sempat tiba walau agak lewat petang. Dari temerloh bergerak pulang ke KL hampir maghrib, dan tiba lebih kurang 9.15, singgah di Masjid Sallehudin (masjid pertama saya singgah semasa mula-mula iskandar dapat). Saya dan adik terus ke Shah Alam kerana mak dan ayah sudah tiba. Lebih kurang 10.40 kami tiba didepan rumah abang. 

IV
24 Oktober - Sesubuh sep’ie saya dan adik meluncur laju ke BSP untuk aktiviti kemasan terakhir. Pertemuan dengan tuan rumah juga pada hari tersebut. Terima kasih banyak buat Fad kerna membantu dalam misi-misi terakhir itu. Kemudian tuan rumah datang, lalu diperkenalkan orang baru yang bakal menduduki g-2-2. dan itulah kali pertama saya bertentang empat mata dengan tuan rumah setelah 24 bulan saya menyewa rumahnya. Alhamdulillah salam dihulur, senyuman diberi, ukhuwah menjadi erat andai sebelum ini hanya dicorong talian. Lebih kurang sejam, kak marinah mohon permisi, tidak sempat bertemu mak ayah saya.huhu.. kemudian lebih kurang jam 5 datanglah mak ayah dan abang dan kakak untuk sesi terakhir mengangkat keluar barang-barang saya. Semua barang dipunggah masuk ke dalam kereta ayah dan abang. Fad saya perkenalkan kepada keluarga saya, bersalam-salaman untuk berpisah. Kunci diserahkan semuanya pada Fad. Saya berpesan..jagalah g-2-2 baik-baik. Kami berpelukan. Kemudian kami bergerak dengan kereta berasingan. Sampai di pondok guard VSP, saya melambai-lambai pakcik guard yang tidak pernah jemu-jemu mengangkat palang disertai dengan senyuman. Dia juga kelihatan sedih, dia bertanya, kali betul-betul ke? Saya menjawab lemah, ya pakcik, terima kasih banyak-banyak!. Kami berkonvoi tiga-tiga kereta serentak perlahan-lahan meninggalkan daerah BSP… dik yah dengan pantas menekan punat radio. Sinar.fm berkumandang… kebetulan deyjay memutarkan lagu “Senandung Semalam” nyanyian Allaycats. Saya memandu perlahan sambil berkata, aduhai lagu…meruntun jiwa…sambil kereta menuju ke tol BSP. Lebih kurang 15-20m, rangkap lagu ini sangat-sangat meruntun jiwa saya…YA Allah…bumi ini… daerah ini…. Membuatkan saya tidak mampu menahan tujahan air mata. 

Pabila part “Kenangan….tinggallah kenangan….dikau pergi telah ditakdirkan….” 

Laju meluncur keluar air mata ini…BSP saya sangat sayangkan daerah ini, orangnya, kolej saya, tasik tenang itu, VSP, kawan-kawan seperjuangan, semuanya…. Terasa hati sungguh sebak, sungguh sayu… sungguh pilu..iskandar jua terpaksa saya tinggalkan untuk membantu dikyah ke tempat kerjanya. perpisahan yang memilukan.....huhu...

Namun inilah yang dikatakan hijrah… saya kuatkan hati meninggalkan daerah itu dengan seribu keazaman dan seribu cita-cita dan cinta.

YA Allah permudahkan segala genap urusanku..sesungguhnya hidupku, matiku adalah keranaMu.