Showing posts with label my students. Show all posts
Showing posts with label my students. Show all posts

Wednesday, July 7, 2010

Mereka dan saya


Pagi-pagi lagi saya dikejutkan dengan panggilan bekas pelajar saya. Mak ai..pukul tujuh suku. Belum sempat panggilan diangkat irama lagu my memory terhenti. Saya memanggil semula, terdengar suara ceria gembira.

"Puan! Saya tengah berorentasi ni", dia memulakan perbualan.
"Iye? Kamu dapat mana ni? Amboi gembiranya", saya terasa kegembiraannya itu.

"Puan teka. Puan teka", dia berteka-teki pagi-pagi sepi'e ni.
" UIA ke?, UIA???",layan saya meneka. hehe...

"Yang saya minta dulu lah..he he...", beracah-acah lagi.

"Ye lah...kan kamu minta UIA kan...",yakin betul saya dengan tekaan saya.
"Yeeeee saya kat UIA ni!!", nadanya yang sangat gembira.

"Allah...Alhamdulillah!!! Ya Allah gembiranya saya...kamu dapat juga akhirnya... tercapai cita-cita kamu nak masuk UIA", saya membalas. 
"Ye Puan, Alhamdulillah....saya tak inform sapa-sapa pun lagi, dapat jer terus daftar. Puan, saya kena ambil EPT, APT. Saya bimbang juga", dia menambah.

"Gembiranya saya...saya sangat-sangat berdoa dan solat hajat agar kamu dapat masuk. Tentang bahasa kamu jangan bimbang, sekiranya ambil bahasa, kamu teruskan juga. Baik untuk kamu", saya memberi pendapat.
"Insya Allah, saya harap dapat transfer credit. Oh ya Puan, D kirim salam,dia akan berangkat ke Australia minggu depan", dia memberitahu.

"Wa'alaikumsalam... Akhirnya dia akan berhijrah ke sana ya. Macam mana dengan si songkok tinggi tu? Apa namanya?", saya teringat bertanya.
"Oh ya Z, dia akan pulang ke Singapura. Dia akan meneruskan legacy keluarganya", dia menambah.

"Oh ye ke...Bagus-bagus. Kamu di sana, akan bertemu dengan orang yang hebat-hebat. Teruskan perjuangan kamu. Belajar rajin-rajin", saya menambah.
"Puan, kalau boleh saya nak duduk dengan foreigners".

"Bagus, tapi kamu kena pandai pilih kawan. Pilih yang baik yang boleh memberi kebaikan dalam pelajaran. Yang baik dapat memberi kelebihan dalam bahasa tetapi ada juga yang sebaliknya. Kamu perlu observe semua itu ya".

"Insya Allah...Puan sini lebih kurang biah di sana.Cuma di sini lebih lagi la. he he..."
"Pasti! Sekiranya di sini tenang, di sana lagi terasa ketenangan itu".

"Puan, saya nak ucap terima kasih banyak-banyak atas segalanya. Doakan saya di sini. Nanti saya pegi sana, saya nak selesaikan beberapa perkara yang perlu diselesaikan".

"Insya Allah, belajar rajin-rajin Baik-baik..!"

"Ok Puan... Assalamualaikum".

"Wa'alaikumusalam"

Dua, tiga semester lepas, tiga sahabat ini F,D dan Z selalu menjengah ke bilik saya. Pada saya, mereka mempunyai gagasan yang besar dalam hala tuju kehidupan mereka. Mereka mempunyai visi tersendiri dan selalu berkongsi rasa dengan saya. Dan ketiga-tiganya ada potensi ke atas impian mereka. Antara cita-cita yang ingin dicapai mereka, F bercita-cita mahu masuk UIA setelah habis diplomanya. Alhamdulillah setelah berjaya berakhir dengan 3.7 dia berjaya menjejakkan diri di UIA. D, bercita-cita mahu bermigrasi ke Australia, dan menyambung pelajaran secara maya serta secara langsung berkecimpung dalam dunia kewangan (esset planning). Akhirnya, sekarang D, tengah bersiap siaga untuk ke Australia. Manakala, Z punyai perniagaan keluarga yang bakal diwarisi. Z sudah pulang untuk berkhidmat dengan keluarganya. Mereka bertiga akan berkumpul dan berjumpa setelah masing-masing berjaya mengorak langkah ke persada impian mereka.

Saya mendoakan mereka teruskan usaha dan berjuang sehingga akhirnya..

To climb steep hills requires a slow pace at first ~ Shakespeare

Wednesday, June 2, 2010

belajar dan pelajar


Ini adalah antara perangai anak-anak didik saya yang kadang-kadang saya rasa mahu marah tiba-tiba tidak jadi marah.


  1. Bila ditegur, mengaku salah mereka dan memohon maaf.
  2. Mahu jumpa tersangat-sangat masa waktu konsultasi, bila ditanya ada apa persoalan yang tidak difahami atau kekusutan di dalam kelas. Lalu mereka menjawab tiada, sahaja mahu berjumpa. Ya Allah  
  3. Janji waktu lain, datang waktu lain, saya ternanti-nanti dengan sabar. Bila muncul didepan bilik, mula buat muka “seposen atau sengeh-sengeh kerang”. 
  4. Agak dramatis, suka dengar “rumors” dari mendengar kata-kata pensyarahnya sendiri. Kemudian menangis dengan lenangan air mata…  
  5. Namun jauh di sudut hati saya selalu berkata, mereka adalah “pelajar” perlukan bimbingan. Tidak dinamakan belajar kalau mereka salah, silap dan khilaf. Era mereka pastinya tidak sama dengan era saya belajar. Selagi ada jasad ini, saya akan terus memberikan yang terbaik.

Monday, February 15, 2010

tradisi Ilmu

Percutian saya kali ini diserikan dengan acara-acara keramaian kenduri-kendara kawan-kawan. Cuaca di desa agak "kehangatan" namun angin yang mendamaikan menyeimbangkan "kehangatan" di desa permai ini. Cuti kali ini, kesemua adik-beradik saya berkumpul di rumah. Cuma agenda berbeza-beza.

Bezanya hari ini, saya sudah pagi-pagi lagi mendapat pesanan ringkas dari anak murid saya yang menyatakan dia akan menghantar draf ke-dua latihan ilmiahnya. Sekitar pukul 10.30 dia sudah meng-email draf ke-duanya. Teringat suatu ketika dulu, saya berada ditempatnya menghubungi supervisor yang baik hati itu ketika saya menuntut di UIA dulu. Beliau selalu menjadi "cermin" kepada saya. Sebelum beliau menjadi supervisor saya, saya yang kebetulan pernah menjadi tutor yang mengajar subjeknya. Peribadinya, ilmunya dan caranya selalu membuatkan saya mengambil contoh. Sekarang saya sudah hampir sudah setahun lebih tidak bertemu dengannya kerana beliau kini menjadi pensyarah lawatan di University of Bahrain. Melalui surat maya dan sms sahaja membuatkan hubungan itu masih berkekalan. Sifatnya yang "down to earth" membuatkan saya terlalu menghormatinya. Guru..Semoga Allah payungi rahmat dan sejahtera yang berkekalan buatmu dari dunia sehinggalah ke akhirat.

Saya selalu meletakkan "reminder" supaya menjadikan diri terbaik dalam sepertinya dalam setiap aspek. Insya Allah. Jadinya, saya juga dalam usaha membentuk diri dan membantu yang terbaik ketika berhadapan dengan murid-murid saya. Selesai menyemak draf ke-dua, saya lihat dalam "kotak masuk" email saya ada lagi email seorang lagi yang menghantar draf ke-tiganya. Semoga mereka juga menjadikan diri mereka yang terbaik untuk ilmu Allah ini..“Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman diantaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.”(Al-Mujadilah(58):11)

“Barangsiapa berjalan di satu jalan dalam rangka menuntut ilmu, maka Allah mudahkan jalan menuju jannah. Dan sesungguhnya malaikat meletakkan sayap-sayapnya bagi penuntut ilmu tanda redha dengan yang dia perbuat. “(Dari hadith yang panjang riwayat Muslim)

Bukalah jalan dan pintu buat kami bagi memudahkan kami menadah ilmu-ilmuMu..Permudahkanlah kami..

Santan Permai
~_~
the catalyst of knowledge tradition

Monday, February 8, 2010

Datang dan Pergi



Sekalung takziah buat dua orang anak murid saya (dua beradik) yang kematian bapa mereka pada 7/2/2010.

Semoga Allayarham bapa kepada dua orang anak murid saya ini (A.N Fariha & A.N Farah) tergolong dalam golongan orang yang beriman. Al-fatihah. Saya tahu berat mata memandang berat lagi bahu memikul, saya dimaklumkan tiga beradik belajar di sekolah saya ini. Yang kebetulannya dua orang itu adalah anak murid saya. Berita pemergian bapa mereka ini barulah saya tahu bahawa mereka ini adik beradik. Credit to Amella for d info. Anak-anak, ingatlah yang PERGI tetap PERGI... Redhalah, terimalah... Kalian yang masih bernafas perlu teruskan perjalanan sehingga tiba ke destinasi itu.. Kuatkanlah semangat kalian. Sesungguhnya Allah selalu bersama-sama dengan orang yang bersabar...

Serta akhirnya,

SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER




Buat semua anak-anak didik saya.


PB
secerah pawana

Friday, October 30, 2009

Mereka datang



Di sebelah petang semalam….

Tuk! Tuk!

“Come in…”, saya menyahut.

Tuk! Tuk! Tuk!

“Come innn!!!”, lantang saya menjerit. “Agaknya suaraku lembut sangat kot tadi tu”, detik saya dalam hati. Tetapi gusar andai jiran sebelah menyebelah terganggu dek kelantangan suara saya.

“Puan, boleh saya jumpa?”, katanya. Seorang pelajar tidak langsung yang tidak pernah-pernah jemu menjenguk saya.

“Oh, sure..have a seat”, saya menjawab.

Dia memang bukan anak didik saya secara langsung di dalam bilik kuliah mahupun tutorial. Tetapi dia adalah anak didik saya yang tidak langsung yang sangat meminati bidang kewangan. Saya masih ingat di awal semester saya menanggung amanah di sekolah ini, dia diperkenalkan oleh kawan sekerja saya. Katanya dia mahu tahu hala tujunya selepas diploma nanti. Pertemuan yang secara tidak langsung membuatkan dia akan datang menziarahi saya sekali sekala. Kerna saya tahu dia juga ada keterbatasan waktu untuk menimba ilmu. Begitu juga saya dengan kesibukan dalam perkongsian ilmu.

Berdasarkan pertemuan-pertemuan sebelum ini, dia pasti mengheret isu-isu yang kurang difahami seperti perbankan sehinggalah dinar emas. Saya sangat bersyukur kerna sedikit sebanyak saya membantunya dan dia juga membantu saya. Alhamdulillah. Saya juga yakin bahawa dia mampu melakukan yang terbaik.

“Ha…how’s your result?”, saya memulakan bicara.

“Alhamdulillah, sem ni DL. GPA 3.91”, dia menjawab.

“Alhamdulillah! Bagus!”, kata saya dengan gembira.

“CGPA?”, Tanya saya lagi.

“3.69”, dia membalas.

“Tapi kalau boleh saya nak dapatkan lebih daripada 3.7”, tambahnya lagi.

“Ok…make sure semester ni pulun bagi habis!”, terasa saya yang bersemangat.

“Puan, hari tu saya ada jumpa Ustaz N. Dia kata nak masuk UM susah puan…”, dia merungkai apa yang terbuku di hati. Lalu dia tunduk ke bawah.

“Kenapa dia cakap macam tu?”, saya tanya kembali.

“Memang susah…. UM susah nak masuk…ustaz cakap..”, ulangnya lagi. Terdengar keluhannya itu.

Saya akui katanya ada benar. Memang susah pun. Tanpa latarbelakang yang kukuh dalam Syariah dan Bahasa Arab peluangnya agak tipis. Namun dia juga sedikit pengetahuan Bahasa Arab. Tetapi mungkin kurang kukuh jika tidak dipersijilkan. Tapi bagi saya tiada apa yang mustahil selagi belum mencuba.

“Macam ni, kamu tak boleh stick dengan satu pilihan. Kamu perlu ada alternatif. Sekiranya tak dapat UM, kamu masih ada banyak peluang untuk IPTA yang setara dengannya malah lebih komprehensif lagi”, saya pula mula menjernihkan suasana.

“Alternatif ada dan cita-cita dan hasrat juga tercapai”, kata saya lagi.

“Apa pilihan kamu seandainya tak dapat UM?,” saya mula menyoal dan mengumpan minat.

“Saya ada tengok juga Puan….. kalau tak pun USIM, atau pun UUM sebab keduanya ada menawarkan perbankan dan kewangan”, dia menjawab.

“Kenapa UUM?’, saya mula memancing.

“Saya ada tengok subjek-subjek yang berkaitan saya rasa macam ok. Apa pendapat Puan?, dia kembali melontar soalan kepada saya.

“Berdasarkan minat kamu, keinginan dan cita-cita kamu…..”, saya menarik nafas untuk menyambung pendapat.

“I would suggest you to further IIUM”, sambung saya lagi.

“UIA Puan?”, dia menyoal saya kembali sambil tersenyum. Seolah-olah ada sesuatu yang membuatkan hati beratnya menjadi keringanan.

“Ya.”, jawab saya dengan pendek.

TRITT….TRITTT…

Telefon pejabat saya berbunyi. Sesudah berurusan di talian saya paling semula kepadanya yang sedia menanti ayat-ayat saya yang seterusnya.

“Banyak sudut yang akan kamu belajar sekiranya kamu sambung di sana. Bahkan saya syorkan kamu agar buat ‘double degree’. Dua-dua kamu dapat. Bahasa Arab, Ekonomi, Finance dan Usul fiqh. Jimat masa, kamu dapat dua ijazah. Kemudian kamu sambung MA dalam bidang Usul Fiqh. Buat kat mana-mana di timur tengah. Polish Arabic kamu. Kemudian, balik Malaysia kalau nak sambung Doctorate sini pun tak pa kat luar pun tak pa.”, saya memanjangkan hujah.

Dia mengangguk-angguk apa yang saya katakan.

“Bahkan di sana kamu tak perlu risau sangat dengan biah sebab ianya lebih kurang dengan di sini. Dan pastinya kamu boleh mendekati ustaz-ustaz dan syeikh untuk dengar dan belajar kitab. Selalunya ada selepas Asar dan Maghrib”, kata saya lagi.

“Nak mantapkan bahasa, kamu bergaul la dengan pelajar-pelajar luar. Macam Afghanistan ke, Iraq ke, Iran ke, Sudan lagi bagus lah. Secara tidak langsung itu sudah memberikan persediaan kepada kamu nanti untuk ke luar Negara nanti”, saya menyambung lagi.

“Um.. um…betul kata Puan, kalau boleh saya pun memang nakkan biah yang macam di sini. Sebab tu la tadi saya utarakan perkara ni. Saya nak pastikan mana satukah pilihan yang sesuai untuk saya apabila habis belajar nanti. Thanks Puan”, dia membalas.

“Bagus, kamu dah nampak sekarang, minat nak buat MA di mana?”, saya menambah.

“Insya Allah saya nak sambung di Yarmouk University”, dia menjawab dengan yakin.

“Oh that’s great! Saya setuju benar. Bagaimana dengan ibu bapa kamu?”, saya menyoal kembali.

“Alhamdulillah, mereka menyokong saya. Kadang-kadang ayah saya pun kurang faham dengan kemahuan saya tapi dia tetap memberikan peransang kerana dia tahu minat saya, dia menjawab.

“Oo.. alhamdulillah, bagus-bagus. Saya juga akan sokong dan doakan kamu selalu. Ingat ya, bila kita niat ikhlas lillahi taala, pasti akan jalan-jalan kemudahan itu terbuka luas, tambah lagi kamu memang benar mahu berjihad fisabillah”, saya menambah.

“Emm.. Puan. Terima kasih Puan. Kalau ada apa-apa lagi saya datang lagi ye Puan atau saya nak email Puan”, katanya di penghujung perbualan kami.

“Boleh… you have my email and number right?”, soal saya.

“Yes, Puan”, dia menjawab pantas.

“So….if there’s any queries ke…. Please don’t hesitate to contact or mail me okey?”, kata saya.

“Insya Allah, I will”, katanya lagi.

“Emm…Terima kasih banyak-banyak Puan. Oh ye Puan, kalau boleh saya nak attend any course yang reasonable price dalam Faraid. Do you have any idea on that particular course Puan? Kawan saya Singaporean ada sertai kira-kira 120$S. Kalau boleh saya nak di Malaysia dan berpatutan”, dia bertanya lagi.

“Ok I will check for you later yea. I think we have, and Insya Allah I’ll try to get special price for you k”, saya terfikir-fikir siapa ya….

“Ok Puan, I need to go now”, dia berpermisi.

“Baik, baik and good luck for this sem yea”, kata saya penyudah ayat.

“Insya Allah Puan”, tersenyum sambil menolak kerusi yang dijadikan stopper untuk pintu semasa perbualan kami tadi.

Pintu tertutup rapat kembali. Kerja-kerja kebajikan disambung semula.

****************************************************************

Lagi petang yang damai…

Tuk! Tuk!

“Come inn!” lantang saya lontarkan suara.

“May I come in Puan?”, dia menjenguk. Pelajar saya berusia dalam lingkungan lewat 20-an. Berasal dari Nigeria. Ebd-ul Hameed.

“Yes, sure”, saya tersenyum. Dalam hati tertanya-tanya apakah gerangannya kali ini membawa satu pertanda. Saya tahu dia gagal subjek Ekonomi semester lepas.

“Ebd-ul Hamid, can you put this chair as stopper at my door please”, saya mengalu-alukan kedatangannya.

“Yes, Puan’, dia bertindak seperti apa yang diminta saya.

“Ok, have a seat…”, saya menyelesakan kedudukan.

“Thank you Puan”, jawabnya.

“How’s your Hari Raya Puan?, dia memulakan bicara.

“Oh great! Alhamdulillah… I celebrated my eid-mubarak at my hometown with my family, near and dear…”, saya menjawab dengan nada gumbira. Pastilah gumbira kerna satu Syawal lalu adalah sambutan kelahiran saya. Ditambah dengan hari kemenangan umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan.

“Alhamdulillah… Puan… I come and see you now because I wanna ask you about my paper last semester. I know, I failed for this subject. But, I think I supposed to pass. At that time, I’m a bit stress because this paper was last paper before I departing to Cairo which was the last ticket to go back Nigeria”, dia memulakan bicara.

Saya memandangnya dan mendengar butiran kata-katanya.

“Puan, I feel confident that I will get at least B or C for this subject. I just came back last two days and found out my results. It was so bad. I’m so sad. Is there any chance for me to get pass for this subject? You know Puan, if I failed for only one subject, it affected to my study period as well. So, I have to stay longer here. I wanna go back to Nigeria and work there”, dia menyambung.

Saya mengangguk dan mendengar.

“Puan, what should I do now? Can you re-check my paper?”, dia menyoal saya.

“Ebd-ul Hameed, I know you are a good student in my class, if you absent immediately you come and see me, explained the reason why you can’t come to my class. And you also always respect me as your teacher. I know you are good personally.

Kali ini gilirannya mengangguk.

“But you yourself knew what did you answer in your answer script last paper right?”, saya menyoalnya kembali.

“Yea…. I remember Puan….”, dia menjawab lemah.

“So… you got the answer here. You submitted me only one and half pages right?, saya menduganya.

“Yes…Puan….” Sekali lagi dia mengakui.

“Then…. Should I re-check your paper Ebd-ul Hameed?, saya menyoalnya lagi.

“No Puan….”, dia menjawab lemah sambil meraup wajahnya dan melepaskan keluhan kecil.

“What should I do Puan?”, dia bertanya saya.

“Ok, definitely the best solution you have to repeat this subject”, saya mula memberi semangat.

“Is this subject offer for this semester Puan?”, dia bertanya.

“Yes Ebd-ul Hameed”, saya menjawab.
“I bring my structure course Puan, now I failed Economics and I can’t take Managerial Economics. So now I have to repeat this subject.

Saya mengangguk-angguk sambil melihat struktur kursusnya.

“Puan, do you teach Economics this semester?”, dia menyoal.

“Oh for this semester I am not, other lecturer will teach you okey”, saya menjawab.

“If that I will not repeat this semester”, dia berkata.

“Ebd-ul Hameed…if you behave like this you will extend your time and your money. Subject is offered. Don’t waste your time”, saya memperjelaskan keadaan.

“I’m afraid if they don’t understand me and treat me as you”, dia mula ragu-ragu.

“Masya Allah, you are not supposed to say that. Every one of us has different character. Different treat and touch ok. I would suggest you, go and see them. As you visit me here. Talk to them, share with them. Of course they will understand you”, saya mencadangkan.

“Hm… Insya Allah I will…” dia mengaku.

“Ok now, try to meet them ok? How’s your Eid-Mubarak?”, saya cuba mengalih topic agar hilang kegusaran di hatinya.

“Alhamdulillah, everything is fine. Puan, actually this time of Hari Raya I celebrated with my wife”, dia berkata dengan senyum-senyum kambing.

“Oh! Really??! Meant you’re married Ebd-ul Hameed?”, saya sedikit gumbira.

“Yes Puan!”, dengan senyum seronok.

“Mabruk!!!!!” saya mengucap tahniah kepadanya.

“Thank you Puan”, dia menjawab dengan wajah ceria.

“Ok, where’s your wife? Why didn’t you bring her here and introduce to me?”, saya tertanya-tanya.

“Insya Allah, I’ll bring her. Insya Allah. She will study here Insya Allah”, dia berkata.

“Ic… That’s good uh. Send my regard to her ok?”, saya berkata lagi.

“Insya Allah Puan, Thank you for your advice Puan”, dia mengakhir pertemuan petang semalam.

“You’re most welcome”

Alhamdulillah… Segala puji buat Dia Pencipta alam… Tersenyum saya melihat gelagat mereka. Macam-macam ada…..

Note: Puan is just only “salutation” between my students and I. Most of the time Miss. Huhu..


COLOP Printer 40,
R 2302

Tuesday, November 4, 2008

Normative and Positive

Today is my first class of public finance. So, the first class of course I brought with me course outline and material for introduction. My students showed their attention for the first class.

As starting point, I am just touched the simple concept of public finance and asked them whether they still remember or not based on previous subjects. Erm.. my assumption was true, they could not remember some terms of the basic in economics. It's okey. My approach is only to see how far they still can remember what had they learned before.

My focus is normative and positive analysis. Both of these analysis present the analytical tools used by public finance economists. Positive analysis deals with statements of cause and effect. Where as, the normative analysis is more study on the subjective effects. Let's say, by doing campaign "say no" to cigarette, ministry of health in Malaysia found that the number of smoker are reducing by this year.

By time gone, I do advised them to be ready for next week. Other than that we will continue next week....tunggu noo...

"Friends will keep you sane, Love could fill your heart, a Lover can warm your bed, but Lonely is the soul without a mate... the only thing make your lonely having a mate by tahajjud.. tell and cry to Him, the only Soul mate for everything..nothing than nothing"


1818
R2302
SIIUC

Softening Brush

 Bismillah. The hectic week has just begun, and I need to slot in my packed time, even 5 minutes, to sharpen my art skill of sketching up an...