Friday, February 22, 2008

Oh Pilihanraya!!

Piliharaya ke 12 akan berlangsung pada 8 Mac ini. Inilah bakal pengalaman pertama saya untuk memangkah undi nanti. Seingat saya semasa pilihanraya ke -11 dulu saya berusia 23 tahun, tidak sempat menunaikan tanggungjawab mengundi. Sayang sungguh! Kesedaran dan kepekaan itu ada ketika itu, mungkin sewaktu itu saya terlalu meng'abai' tentang kewajipan penting ini.

Semua orang pada hari ini akan memperkatakan tentang pilihanraya, nak mengundi, nak balik cuti untuk mengundi, siapa yang perlu diundi, di mana dan sebagainya. Hakikat yang kita nampak, konsep pilihanraya sebenarnya telah terpupuk atau terterap semasa kita dibangku sekolah lagi. Cuba kita imbas kembali, semasa pemilihan ketua darjah atau penolong ketua darjah. Undian dibuat oleh guru kelas melalui undian bukan? Ok waktu tu lah, calon-calon yang terpilih kena keluar daripada kelas untuk menentukan pemilihan ketua. Hmm... seingat saya lah, saya belum pernah dipilih menjadi ketua kelas. Tapi kalau bendahari tu selalu lah jugak. Agaknya saya ni muka 'peti besi' kot. Ntahlah. Asyik jadi bendahari saja. Semasa matrik dulu, saya kena jadi 'aminah sunduq'... bendahari la tu... hihi..

Baik, berbalik kepada cerita kita, itu di peringkat sekolah rendah, menengah atau pendek kata sekolah. Untuk aktiviti persatuan jugak kita pasti akan mengadakan undian untuk mencari calon pengerusi kelab, persatuan dan sebagainya. Jadi, trend atau corak pemilihan sesuatu jawatan itu berkembang dari satu peringkat ke peringkat yang lebih tinggi. Pemilihan yang menggunakan undian dinamakan demokrasi. Lihatlah acuan yang telah kita ikut daripada negara kita merdeka lima puluh tahun lalu. Dasar-dasar yang telus, amanah dan tiada penipuan wajar diperkemaskan oleh pihak-pihak yang terlibat dalam pilihanraya.

Bagi peringkat universiti, pilihanraya kampus adalah medan bagi semua mahasiswa bersatu dan bergembleng tenaga membentuk gagasan untuk menjayakan aspirasi mereka sebagai pewakilan bagi semua mahasiswa. Gagasan-gagasan yang mereka pertaruhkan semestinya melindungi hak-hak mahasiswa dengan kemudahan-kemudahan yang lebih kondusif untuk pembelajaran, sistem pengangkutan yang cekap ketika mengambil dan menghantar mahasiswa pulang ke kolej dan pelbagai hak-hak yang wajar menjadi perhatian pihak pengurusan universiti. Proses yang dijalankan pilihanraya kampus mencerminkan pilihanraya negara kita. Hal ini kerana, mahasiswa adalah generasi atau bakal pewaris kepimpinan pada hari ini.

Saya bersyukur kerana sempat menyaksikan 'senario' pilihanraya kampus iaitu UM sedikit masa lalu. Ketika itu, saya masih sempat merasai suasana yang seimbas-imbas 'zaman Anwar Ibrahim' semasa perjuangannya ketika di kampus. Seingat saya, suasana itu sangat manis untuk dikenang sehingga hari ini. Ketika zaman kehangatan itu, saya masih di tahun satu. Baru berhijrah daripada Matrikulasi Nilam Puri. Sesiapa yang pernah melalui zaman saya itu, pasti akan terngiang-ngiang kata-kata senior bahawa perjuangan di Nilam Puri mestilah dipertahankan walau apa pun mehnah dan tribulasi. Hihi... amanat tu... Kembali kepada apa yang saya hendak kongsikan, di Kolej Kediaman ke-11, saya belajar erti menjadi 'jentera penggerak pilihanraya kampus'. Fuhh... memang best!!! Saya rasa adik-adik sekarang mungkin tidak pernah merasa kehebatan zaman itu. Saya bersama-sama yang lain menyertai misi 'hirasah' yang mengawasi sekiranya berlaku agenda-agenda diluar jangka. Yang paling menyeronokkan, syif kerja saya selalu dapat pukul 3-4 pagi. Berlegar-legarlah saya disekitar kolej ketika itu. Takut tu takut jugak. Tapi bantai ja.

Apabila menjelang hari pilihanraya, para calon bagi Gagasan Mahasiswa pasti akan turun padang, menyampaikan ceramah khas apa yang hendak diperjuangkan. Cewaah. Ramailah manusia akan berkumpul disekitar padang kolej la, hadapan DTC, Gazebo KPS dan sebagainya. Bagi kami jentera penggerak jugak akan sama-sama turun padang mendengar ceramah. Perang poster penuh disimpang siur jalan sepanjang kampus. Memang gamat! Saya juga tidak melepaskan peluang semasa hari mengundi memberi handbil-handbil kepada semua pengundi... Bertambah manis ketika itu Gagasan menang bagi pilihanraya kampus...

Hakikat yang cuba saya bayangkan di sini adalah suasana dikampus itu harapnya menjadi kenyataan bagi pilihanraya negara tidak lama lagi. Jadi, marilah bersama-sama kita mengundi hari Sabtu ini. Jom pi ngundi!! Pilihan yang tepat pasti berkat! Salam pilihanraya!

Pilihan itu terletak ditangan kita. Bijak-bijakkanlah diri kita dalam membuat pilihan yang tepat!

Wednesday, February 20, 2008

A Woman and 3 Old Men



A woman came out of her house and saw 3 old men with long white beards sitting in her front yard. She did not recognize them.


She said "I don't think I know you, but you must be hungry. Please come in and have something to eat."


"Is the man of the house home?", they asked.


"No", she replied. "He's out."


"Then we cannot come in", they replied.


In the evening when her husband came home, she told him what had happened.


"Go tell them I am home and invite them in!"


The woman went out and invited the men in"


"We do not go into a House together," they replied.


One of the old men explained:

"His name is Wealth," he said pointing to one of his friends, and said pointing to another one,


"He is Success, and I am Love." Then he added,


"Now go in and discuss with your husband which one of us you want in your home."


The woman went in and told her husband what was said. Her husband was overjoyed.


"How nice!!", he said. "Since that is the case, let us invite Wealth. Let him come and fill
our home with wealth!"


His wife disagreed. "My dear, why don't we invite Success?"


Their daughter was listening from the other corner of the house.


She jumped in with her own suggestion: "Would it not be better to invite Love? Our home will then be filled with love!"


"Let us heed our daughter's advice," said the husband to his wife.


"Go out and invite Love to be our guest."


The woman went out and asked the 3 old men, "Which one of you is Love? Please come in and be our guest."


Love got up and started walking toward the house. The other 2 also got up and followed him.


Surprised, the lady asked Wealth and Success: "I only invited Love, Why are you coming in?"


The old men replied together: "If you had invited Wealth or Success, the other two of us would've stayed out, but since you invited Love, wherever He goes, we go with him. Wherever there is Love, there is also Wealth and Success!!!!!!"



MY WISH FOR YOU...


-Where there is pain, I wish you peace and mercy.
-Where there is self-doubting, I wish you a renewed confidence in your ability to work through it.
-Where there is tiredness, or exhaustion, I wish you understanding, patience, and renewed strength.
-Where there is fear, I wish you love, and courage.


my fren's email..

Tuesday, February 19, 2008

Treatise on Maqasid al Shariah

Cloudy day. Am at my workplace rite now while waiting finish an hour break for lunch. After lunch, I should arrive at Town Hall for celebrating Chinese New Year. This is one of office matter that every one of us must attend. Hihi..

Just would like to share what have I read this morning while vetting the terminologies of Islamic Finance. This book grab my attention so much. Actually this book wrote in Arabic but it has been translating into English version. Ibn Ashur or his full name is Shaikh Muhammad al-Tahir Ibn Ashur, is the most prominent and renowed Zaytuna Imam and one of the great Islamic scholars of the 20th century... which is our era..

In this book, he proposed Maqasid as a methodology for the renewal of the thoery of the Islamic law, which undergone any serious development since the era of the great imams, starting with Shafi'ie in the second / 8th century and ending with al-Shatibi in 8th/14th century.

Ibn Ashur's methodology takes a centrist position between two contemporary extremes, namely 'neoliteralism' which ignores rationales and valid re-interpretations of Islam Islamic rulings for the sake of literal traditional views, and 'neorationalism, which ignores the religious and cultural identity of Muslims in its quest for 'modernization' and 'rationality'.

Maqasid of the Islamic law highlights rationales, proposes and common good in the Islamic rulings and stresses their importance, while basing itself on the Islamic scripts and observing the Islamic faith. A part that, the most important part that I found is that he proposed and addressed several sensitive topics of the intents / Maqasid of Nabi Muhammad s.a.w behind his actions and decisions. And there a lot of development theories introduced by him.

This book can help us in order to find out more issue which related to Islamic transactions (Mua'malat), especially on Islamic Finance. I like this book! But am not complete reading yet. hihi..

Life is journey not destinantion... As for me life is always wonderful and colorful... Volvo..safe for life.. :)

A calling for zuhr prayer already announced. Got to go...

Monday, February 18, 2008

Kegemaran Pengguna

Setiap daripada kita adalah insan yang mempunyai keinginan dan kehendak. Kita tidak dapat nafikan bahawa keinginan dan kehendak yang terlalu banyak atau tidak terbatas menyebabkan ada sesetengah perkara atau benda yang perlu dilepaskan mengikut kadar kesanggupan kita melepaskan perkara atau pun benda yang diperlukan. Hal ini perlu dilihat dari sudut keutamaan sesuatu barangan ataupun perkhidmatan. Untuk melihat kegemaran kita sebagai manusia yang menjadi pengguna terhadap sesuatu barangan ataupun perkhidmatan, kita perlu selidik tiga asas penting atau andaian terhadap kegemaran yang kita ingini.

Pertama, diandaikan bahawa Kesempurnaan atau completeness dalam membuat keputusan dengan sempurna antara pilihan-pilihan yang ada. Jadi, keutamaan pilihan kita didahulukan mengikut peringkat-peringkat yang tertentu. Diandaikan, saya diberi pilihan untuk membeli kereta Satria Neo atau pun Ford Focus. Keutamaan bagi kegemaran saya sudah pastinya Ford Focus. Namun, dalam penganalisaan membuat keputusan, saya perlu mempertimbangkan ada kekangan yang musti saya hadapi. Dari sudut kewangan ataupun pendapatan yang terhad menyebabkan keutamaan saya terhadap Ford Focus dikurangkan. Adakah darjah kesanggupan saya memilih Ford Focus itu boleh menyeimbangkan penggunaan barangan yang lain? Adakah ianya tidak memberi impak terhadap barangan yang lain? Dari sudut subjektifnya, penilaian yang sedemikian mestilah dititikberatkan tanpa mengurangkan keutamaan kita yang lain.

Kedua, diandaikan juga Transitiviti ataupun Consistent. Axiom atau andaian ini tertakluk dengan pilihan yang diberi. Antara Ford Focus, Satria Neo dan Viva. Pilihan manakah yang sesuai dengan kita? Pilihan yang dibuat dari sudut kekangan pendapatan, penilaian perlulah melihat ekonomikal barangan yang dipilih. Tetapi sekiranya kita membuat pilihan berdasarkan kualiti pemakaian, mungkin pilihan Ford Focus lebih tepat. Maksudnya pemilihan perlulah berpada dengan tujuan asal yang dibuat.

Ketiga, diandaikan Monotositi atau dominant. Dalam andaian ini, kita melihat pemilihan dari sudut yang paling digemari. Ia bermaksud kita akan memilih koleksi barangan yang paling digemari. Untuk contoh andaian ini, ianya kurang sesuai dikaitkan dengan kereta. Kita boleh kaitkan dengan pakaian sebagai contoh. Lagi banyak barang yang kita dapat maka lebih banyaklah tingkat utiliti yang kita perolehi.

Justeru, dalam kriteria membuat pilihan seperti sebelum ke Tesco, Giant atau pun Carrefour, kita perlu lihat apa keutamaan kita dalam kriteria pemilihan barangan yang dikehendaki. Hal ini dapat menjawab kepada diri kita kenapa kita perlu memilih barang A daripada barang B.

Ilmu kadang-kadang susah untuk difahami selagi mana kita tidak berusaha untuk mendalami.. Kadang-kadang ilmu senang untuk difahami sekiranya kita sentiasa berlapang dada untuk menadah ilmu dari sudut apa sekali pun.

Belajar kita tidak semestinya berguru di dalam kelas, tetapi sejauh mana kita meneliti setiap fasa kehidupan kita seharian dalam menterjemahkan ia ke dalam bahasa ilmu.


Aduhai Iskandar!

Iskandar. Kesian Iskandar malam tadi. Rosak kedua matanya. Saya rasa dia perlu dapat rawatan segera.
Harap bos bagi pelepasan awal. Saya jugak yang salah. Tak sepatutnya membiarkan dia 'merana' dan 'melarat' dengan penyakit yang dihadapinya. Saya tahu. Dia terlalu baik. Dah la hensem, suka tolong orang pulak tu. Pendek kata, segala kebaikannya memang tak ternilai dengan wang ringgit. Dia memang baik, sanggup bersusah payah temankan saya ke Cameron Highland untuk Training Indexing and Cataloging. Sanggup temankan saya ketika ber'embun di makmal komputer. Engkaulah teman dan engkaulah sahabat.

Kadang-kadang saya yang terleka dengan dia. Dia jugak ada perasaan. Mahu dijaga perasaannya. Saya berjanji Iskandar. Tak mahu Iskandar marah lagi dengan saya. Peristiwa malam tadi yang menyebabkan matanya terluka membuatkan saya tak keruan bagaimana harus saya lakukan. Kalau dia tiada, siapa mahu menemani saya? Siapa yang harus saya luahkan segala rasa yang terbenak di kantung minda saya? Aduhai Iskandar.

Petang ini, Iskandar musti ke klinik. Rawatilah matamu, agar Iskandar kembali senyum!!

Thanks Iskandar kerana bersama-sama saya setiap masa selama ini.

Friday, February 15, 2008

Nomad

8 Mac ni kita ada pilihan raya. Saya baru nak start mengundi. First time. Hihi.

Harap-harap hari ini dan ke esoknya lebih dipermudahkan. Alhamdulillah, saya sudah menempatkan diri saya di Greenwood. Hampir sebulan jadi orang 'nomad'. Sepupu saya selalu tanya visa dah renew ke belum? ke dah expired? Sabo je lah. hihi.

Namun penempatan saya di Greenwood juga hanyalah sampai June ini. Adus. Suka sungguh jadi orang nomad. Ibarat Muhajirin. Cewwah. Berhijrah dari satu tempat ke satu tempat. Segalanya dalam perancangan Allah. Saya yakin apa yang berlaku itu musti ada sebabnya. Kadang-kadang hikmah yang datang itu tidak datang secara tiba-tiba. Agak lambat sikit. Hikmah itu adalah rahmat ujian yang Dia bagi kepada kita. We never know.

Malam tadi, Imtihan I dah selamat dijalankan bagi DDG 2413_27. Memang kelakar sekiranya diingat kembali. Masing-masing asyik toleh, renung dan tengok saya. Saya rasa nak tersenyum sangat, tapi kena kontrol. Sabar je lah.

Seolah-olah sayalah inspirasi buat mereka pada ketika itu. Bermacam-macam pula reaksi yang cuba dipamerkan untuk menarik minat saya buat mereka. Tapi saya buat 'dek' saja. Hihi. Tapi itulah, kalau mereka tahu betapa sayangnya saya kepada mereka hanya untuk secebis ilmu saya lakukan yang terbaik. Sambil-sambil berlalu-lalang dan memusing-musing meja-meja mereka, ingatan saya kembali ketika saya berada di tempat mereka. Agaknya macam ni lah kot ye. Tergaru-garu, terjeling-jeling, terkial-kial, terfikir-fikir dan sebagainya.

Pengalaman + Hidup + Kenangan = Hidup Ceria dan Bahagia




Softening Brush

 Bismillah. The hectic week has just begun, and I need to slot in my packed time, even 5 minutes, to sharpen my art skill of sketching up an...