Saturday, April 11, 2009

4 in 1

Jumaat pagi

Saya bukan ahli Lajnah itu. Tetapi saya adalah salah seorang pemberi khidmat untuk lajnah itu. Lajnah itu semakin pesat menuju arus perdana. Dengan jualan-jualan tambahan untuk menambah pendapatan Lajnah yang kecil itu. Bendahari Lajnah memang bersungguh-sungguh orangnya dalam mengimplementasikan dasar-dasar serta polisi Lajnah. Saya memang kagum dengan Bendahari Lajnah. Sangat terbuka dalam mendapatkan pandangan ahli-ahli untuk membangun Lajnah itu. Ada juga saya terfikir mungkin Lajnah itu silap-silap haribulan boleh buka Mini Mart. Macam Metamorfth. Ambitious nya saya. Mungkin. Saya kata mungkin. Mungkin juga tidak, atau boleh buka kedai runcit Melah ’Alam seperti di kampung saya pun sudah dikira okey. Hmm..kedai Melah itu ada dijual bihun sup sedap. Teringat zaman kecil dolu, sehabis kelas fardhu ain, saya dengan berbasikal akan melewati jambatan Sungai Santan, dan singgah makan bihun sup di kedai Melah ’Alam. Ya lah, rumah saya di hilir kampung. Kelas fardhu ain di hulu kampung. Kelas fardhu ain dikendalikan oleh jemaah qariah Santan. Terasa seronok zaman itu..

Jumaat selepas Zohor

Kembali kepada tajuk cerita, berbekalkan sumbangan duit Lajnah dan hasil jualan kecil-kecilan itu, pihak majlis tertinggi Lajnah telah menganjurkan Tournament Bowling. Maka selepas solat jumaat, Tournament Bowling bermula lebih kurang 3.30 petang di Metro Point Kajang. Memang best. Saya yang memang tidak tahu main pun rasa seronok, release sebab main baling saja. Dapat juga strike sekali dua. Namun dalam tournament itu saya tidak dapat meneruskan sehingga habis sebab saya terpaksa begergas ke BSP untuk majlis malam. Apa pun ianya satu aktiviti merapatkan ukhwah sesama kakitangan serta boleh terhibur dengan telatah orang-orang yang tidak tahu main macam saya. Bola masuk longkang pun boleh tahan. Pada mulanya cara nak pegang pun saya tak tahu. Tapi tournament petang semalam sangat menghiburkan.

Jumaat hampir Maghrib

Setiba dirumah hujan agak renyai-renyai bahasa. Saya terus menunaikan solat Asar. Kemudian berehat seketika. Tangan terasa lenguh mengangkat bola tadi. 6.45pm saya bergerak ke blok L, jemput Nani dan kawan serumahnya, kemudian bergerak ke Masjid Al Falah. Kami menghadiri Majlis Ilmu, tetamu istimewa dalam majlis tersebut adalah Prof. Dr. Ali Jamaah, Mufti Mesir. Banyak input dan manfaat diperolehi semasa dalam majlis tersebut. Majlis berakhir 10.30 malam.

Sabtu selepas Syuruk

Saya tertanya-tanya dengan program pagi. Sebab tiada confirmation oleh Kak Muna dan Kak Zi. Meringankan jari saya menaip sms. Kak Zi merespon bahawa program pagi ini jadi. Lebih kurang 7.45am saya tunggu Kak Zi di tepi kolam. Sayup-sayup nampak kelibat Kak Zi melambai saya. “Apa lagi kak”, saya memulakan bicara. “Jom”, Kak Zi membalas. Setelah sekian lama hasrat disimpan, pagi ini menjadi nyata. Tak sangka Kak Muna turut datang dengan anak-anaknya Hazim dan Hazwan. Maka meriah lah kami dipagi hari Sabtu ini. Bibik Kak Muna mengawal Hazim dan Hazwan di tempat kanak-kanak. Kami di bahagian dewasa… Splasshhhhhh!!!

Sabtu sebelum Asar

Saya sekali lagi akan bersama Nani ke Masjid Negara untuk program Sambutan Maulid dan Haul Syeikh Abdul Qadir Jailani.

RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: "Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan itu) dan janganlah engkau menjadi daripada golongan kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa." (Hadis riwayat al-Bazzar)

1234
Splash and Sleepy

Lajnah + Bowling + Jilsah + Swimming

2 comments:

Ummu Izzuddeen said...

Aha pza...
Oo... "impian yang akhirnya jadi kenyataan"... hehe..lepas ni boleh wat swimming competition plak lah..

Patutla nampak ade seseorang yg swim dengan excitednya di pagi sabtu yang hening dari balkoni rumahku..

apepun, best entry 4 in 1 kali ni. Nnt boleh share ttg pengisian kat masjid usj tu ok.

Lagi satu kim salam kat owner Melah 'Alam tu erk, lajnah mart kita jadi frainchaisee dia boleh?

papai....

fiezarmy said...

smileee....

terasa diri ini sangat seronok, walaupun orang itu hanya menjadi supporter di atas balkoni, semangat nya sampai ke dlm air.hehe..meriah tau!

boleh3x sangat. Pengisian pza memang akn masukkan.

Akan diforwardkan ke Qariah Santan la tentang ke'minat'an lajnah mart kita.

Sesuai!!

Softening Brush

 Bismillah. The hectic week has just begun, and I need to slot in my packed time, even 5 minutes, to sharpen my art skill of sketching up an...