Friday, December 14, 2007

Tingkat 19 Tower C

Kelam. Hujan turun lebat di luar. Jumaat hari ini dalam kebasahan. Saya baru usai solat Zohor. Alhamdulillah, hari jumaat ni tidak seperti minggu lepas. Meriah. Tadi kak Yon, kak Shima, Zana, Yati, Munirah dan saya berkongsi duit untuk menikmati Pizza 'Mexican Treasure' yang baru. Sedap? Erm.. bagi saya macam pizza lah, mestilah sedap. Makan sambil bersembang-sembang dekat port divisyen saya sebelah dengan bilik boss. Hihi.. best makan ramai-ramai.


Kuat betul guruh diluar. Permandangan hujan turun dari langit menitis ke bumi sangat cantik. Itu saya lihat dari tingkat 19 la. Urusan maybank 2U masih belum lagi selesai. Saya perlu reset semula password sekiranya mahu mengaktifkan m2U. Teringat saya tengah hari semalam, saya turun ke cafe untuk menempah makanan kemudian drop by ATM Maybank untuk top up kad Touch and Go saya. Tak sangka terserempak dengan dua orang bekas senior saya iaitu En.Yahya dan Fidzlizan (saya tak pasti ejaan namanya betul atau tidak). En. Yahya atau Pak ya ni adalah salah seorang tenaga pengajar di Syariah & Economics Department semasa undergraduate saya dulu. Tapi sekarang Pak ya sudah attached dengan UPSI, di Fakulti Ekonomi. Pak ya tak pernah mengajar saya sebab sewaktu itu saya di tahun akhir UM. Manakala Fidzlizan pulak senior yang mungkin pernah sekelas semasa di UM dulu. Saya kena check balik dengannya sama ada kami pernah sekelas ataupun tak. Hihi..


Pertemuan semalam membuatkan saya berasa sangat bersyukur kerana mereka berdua sangat berminat untuk mengetahui secara 'live' tentang operasi perbankan dan kewangan Islam. Secara tidak langsung saya dengan bersungguh-sungguh menerangkan kepada mereka tentang aplikasi konsep semasa kami belajar dolu-dolu. Betulkah ianya diaplikasikan secara line with Shariah, comply ke tak. Diskusi kami semalam semakin rancak. Sehinggakan kami sempat 'bertenggek' di tepi meja kecil sebelah dengan tempat pengisian borang pengeluaran dan simpanan di Maybank, Bangsar.

Dari isu konsep-konsep yang digunapakai oleh bank tentang pembiayaan perumahan sehinggalah pembiayaan peribadi. Disitu saya merasakan minda saya semakin terbuka ketika berbincang dengan mereka. Ye la mana tidaknya, seorang praktisional dan dua orang ahli akedemik bertukar-tukar pandangan. Best la rasa. Kalau dulu masa belajar, bincang tentang assignment yang kena buat. Tapi sekarang tentang dilema 'lay-man' yang terperangkap dengan keadaan. Memang kami rancak tapi masa tidak mengizinkan perbincangan tersebut perlu ada kesinambungan, masa dan waktu akan ditetapkan lagi oleh mereka. Saya suka. :)


Mengakhiri perbualan dan perbincangan tengah hari semalam, mereka menjemput saya untuk memberi 'talk' tentang takaful atau pun apa-apa yang berkaitan dengan perbankan Islam di UPSI. Terkejut saya. Jemputan akan dibuat kelak.. Bila tu saya tak pasti. Tetapi terus saya menjawab, "Insya Allah, boleh. Untuk perkembangan dan perkongsian ilmu, saya boleh dan saya akan cuba".


Tak terhitung syukurku atas segala nikmatMu... Semuanya dariMu..

1 comment:

~albazrah~ said...

Alhamdulillah, Tahniah Fizah!!! bravo!!

Softening Brush

 Bismillah. The hectic week has just begun, and I need to slot in my packed time, even 5 minutes, to sharpen my art skill of sketching up an...