Thursday, December 13, 2007

Bermalam di Bangi

Semalam saya balik awal. Wah wah.. nikmat sungguh bila dapat 'touch' card pukul 5.45pm. Ye la sehari sebelum meeting untuk CZR Sabah. Best meeting. Tapi bila balik bilik, penat sangat..


Asalnya, memang saya ada jemputan untuk menghadiri 'perjumpaan kumpulan' di Putrajaya, tapi saya rasa macam tak boleh nak join sebab mungkin perjumpaan tersebut habis lewat. Jadi, saya batalkan niat nak join perjumpaan tersebut. Lepas terasa bebasnya naik LRT pukul 6pm petang semalam, tiba-tiba saya rasa teringat macam ada 'sesuatu' yang saya nak buat malam nanti. Terus capai handphone dalam keadaan 'ketat-ketat' dalam LRT. Mana taknya, semasa ingatan sedar saya waktu tu stesyen berikutnya adalah "KLCC" , bayangkanlah kepadatan penduduk manusia mengerumuni LRT. Hehe... macam semut. Saya pun termasuk la dalam 'semut-semut' yang menghurung makananan. Dasyatkan? Uish.. waktu tu memang tengah 'peak-hour' kalau sesiapa yang pernah belajar Ekonomi, waktu 'peak-hour' tu lah paling sesuai jual tiket atau apa-apa. Tapi jangan buat sudahlah sebab dalam LRT yang sendat macam 'tin sardin'. Saya pun jadi macam ikan sardin. Hehe..


Kembali balik kepada cerita saya, selepas itu saya terus hubungi kak long iaitu kakak kawan saya yang berada di Bangi. Tapi husbandnya yang angkat, abang Ki. Saya beritahunya yang saya akan sertai perjumpaan kumpulan malam ini. Ceewah. Semangat tu. Right after maghrib I'll be there for you. Send my regard to kak long. Idea yang tercetus sangat pantas, lantas saya brief adik saya, dikyah supaya pandai-pandai berdikari untuk esok pagi, sebab kemungkinan besar saya akan bermalam di Bangi. Atau pilihan diberi, dia mesti ikut saya ke Putrajaya. Nak ke tak nak? Dia pilih tak nak. Hehe.. berdikari la jawapannya. Saya memang mahu dia berdiri di atas kaki sendiri. Ye la sayangkan adik, tinggal-tinggalkan.


Saya tiba di Bangi 8.35pm. Terus parking di garaj rumah Hanim. Masuk ke dalam rumahnya, berjumpa dengan kak long. Ziarah kak long yang baru lima hari melahirkan anak ke tiganya. Sofiyah namanya. Comel. Makcik dan pakcik Fazim tak ada di rumah. Ke Perlis katanya. Briefing untuk budak-budak matrikulasi untuk masuk UM specialization dalam Ekonomi.


Hanim menemani saya dan abang Ki ke Putrajaya. Sampai di Persint 16, saya dibawa ke bilik mesyuarat. Di situlah bermulanya, perjumpaan kumpulan. Saya dikenalkan dengan Kak Ton, seorang wanita berjiwa besar dalam mengharungi selok-belok perniagaan. Saya sunggu bermotivasi kerana terpilih untuk menghadiri perjumpaan kumpulan tersebut. Bimbingan dan tips yang disampaikan oleh Kak Ton betul membuka minda manusia seperti saya. Hehe..


Dalam sesi semalam, anggaran 20 orang yang tekun mendengar. Alhamdulillah, saya faham tentang 'strategi' yang dijalankan. Mental dan fizikal perlu bersedia. Saya rasa macam nak berjuang. Tapi ini adalah 'preliminary' bagi saya untuk memulakan langkah pertama dalam dunia baru ini.


Habis perjumpaan pada pukul 11.30pm, pastinya saya tak balik UIA tapi bermalam di rumah Hanim di Kampung Abu Bakar Baginda. Malam tadi, saya dan Hanim berborak sampai 3.00am. Bercerita tentang bestnya kehidupan ini.

"Segalanya di sini.. Ku menjejak impian..."

No comments:

Softening Brush

 Bismillah. The hectic week has just begun, and I need to slot in my packed time, even 5 minutes, to sharpen my art skill of sketching up an...