Saturday, December 8, 2007

Muhamad Arif Mikhail

Arif saya panggilnya. Umurnya empat bulan setengah. Anak kepada sepupu saya Nurul Huda dan Muhamad Mizan. Arif dilahirkan pada 26 Julai 2007. Masa dia dilahirkan, sayalah antara orang yang mula-mula tengok. Masa tu, suspen sangat sebab saya tak tahu yang mana satu Arif, terdapat enam bayi semasa saya ke tempat bayi. Hehe.. dia sangat comel, gagah dan perkasa. Itu pada pandangan saya.


Setelah lima hari penat bekerja, lali dengan hiruk pikuk kota, sesak dengan manusia di dalam transit aliran ringan, lenguh kaki berkejar ke sana dan sini, hari ini saya rasa sungguh tenang dapat berjumpa dengan Arif. Bayi comel campuran Perlis dan Kelantan. Inilah ajaibnya ciptaan Dia. Saya merasakan chemistry antara Perlis dan Kelantan. Dua negeri yang berbeza satu di utara satu di pantai Timur. Bertemu menjadi satu. Lahirlah Muhamad Arif.


Sekarang Arif sedang nyenyak dalam buaian. Baru disusukan 'mamanya'. Mengantuk terus dibuaikan. Insya Allah, hari raya Qurban nanti, ibu bapa Arif akan bergilir raya di Perlis. Gembiralah saya, ramainya anak-anak kecil di rumah nanti.


"Kasih ayah sepanjang hayat, kasih ibu sampai ke syurga"

No comments:

Softening Brush

 Bismillah. The hectic week has just begun, and I need to slot in my packed time, even 5 minutes, to sharpen my art skill of sketching up an...