Selepas asar, kami bertolak. Adik, dik yah dan saya. Saja. Suka-suka nak makan kek kat Jitra. Bukan apa nak sambut hari lahir dikyah kebetulan jugak sama dengan anak menakan Kak Kuma. Saya tau kak Ma pun akan gelak kalau tau saya panggil dia dengan nama itu. Kak Kuma.
Melayan kerenah adik saya yang dua orang ini, meluncur laju saya ke Jitra. Kami makan char kuew teow depan dengan secret recipe selepas solat maghrib. Sedap sangat. Menikmati char kuew teow tepi jalan, dengan dilimpahi cahaya bulan penuh. Marvelous!!! Disebabkan kena penuhi jemputan sepupu saya di Kangar untuk makan laksa, saya terpaksa bergergas balik ke Kangar selepas makan. Sedap la. Adik-adik saya tak putus-putus tanya soalan kat Kak Kuma. Saya apa lagi. Tambah garam. Terus menyakat-nyakat. Memang kelakar. Adik-adik saya berharap agar dapat berjumpa lagi dengan Kak Kuma. Hehe.. Saya tak habis-habis nak tergelak dengan kelawakan adik-adik saya dengan Kak Kuma berjenaka. Insya Allah. Nanti kita jumpa lagi... 2245 kami pulang ke Kangar.
Tuhan.. Kasihilah semua yang aku kasihi.. Limpahi rahmat dan kasih sayangMu kepada mereka yang kukasihi..
2 comments:
Hah.. panggil kak Kuma? Kikiki... Ada satu rahsia ni... Adik beradik kak ma, ada ketikanya akan panggil Kak Ma kurma... hehe... Adik Amni panggil kak ma kak kurma.. Kak ma pnggil dia Kudik. Kak min kami panggil Kurmin. Kak Albi, panggil Qalbi.. Panggillah apa pun, tak pa... Nanti kita jupe lagi..Thank you, sudi mai rumah. Besar hati rasa..
Panggillan Kak Kuma tu muncul semasa depa cerita dekat ayah Pz.Hehe..
Mesra no Ustaz Khossim tu...hek hek
Post a Comment