Sunday, December 23, 2007

Makan Char Kuew Teow Depan Secret Recipe

Tak janji pun nak berjumpa dengan sahabat saya seorang ni. Tapi kebetulan saya berkalut-kalut dengan sepupu-puai saya untuk makan kenduri di hujung kampung teringat saya dengan sahabat saya yang duduk di Jitra ni. Kak Ma. Hehehe. Lambat laun dia akan tahu jugak yang adik-adik saya panggil dia Kak Kuma. Lawak kan? Hehe.. Saya pun tak tau macam mana la si adik dan dik yah boleh cipta nama tu. Saya terkekek gelak semasa memandu balik ke Kangar.

Selepas asar, kami bertolak. Adik, dik yah dan saya. Saja. Suka-suka nak makan kek kat Jitra. Bukan apa nak sambut hari lahir dikyah kebetulan jugak sama dengan anak menakan Kak Kuma. Saya tau kak Ma pun akan gelak kalau tau saya panggil dia dengan nama itu. Kak Kuma.

Melayan kerenah adik saya yang dua orang ini, meluncur laju saya ke Jitra. Kami makan char kuew teow depan dengan secret recipe selepas solat maghrib. Sedap sangat. Menikmati char kuew teow tepi jalan, dengan dilimpahi cahaya bulan penuh. Marvelous!!! Disebabkan kena penuhi jemputan sepupu saya di Kangar untuk makan laksa, saya terpaksa bergergas balik ke Kangar selepas makan. Sedap la. Adik-adik saya tak putus-putus tanya soalan kat Kak Kuma. Saya apa lagi. Tambah garam. Terus menyakat-nyakat. Memang kelakar. Adik-adik saya berharap agar dapat berjumpa lagi dengan Kak Kuma. Hehe.. Saya tak habis-habis nak tergelak dengan kelawakan adik-adik saya dengan Kak Kuma berjenaka. Insya Allah. Nanti kita jumpa lagi... 2245 kami pulang ke Kangar.

Tuhan.. Kasihilah semua yang aku kasihi.. Limpahi rahmat dan kasih sayangMu kepada mereka yang kukasihi..

2 comments:

~albazrah~ said...

Hah.. panggil kak Kuma? Kikiki... Ada satu rahsia ni... Adik beradik kak ma, ada ketikanya akan panggil Kak Ma kurma... hehe... Adik Amni panggil kak ma kak kurma.. Kak ma pnggil dia Kudik. Kak min kami panggil Kurmin. Kak Albi, panggil Qalbi.. Panggillah apa pun, tak pa... Nanti kita jupe lagi..Thank you, sudi mai rumah. Besar hati rasa..

fiezarmy said...

Panggillan Kak Kuma tu muncul semasa depa cerita dekat ayah Pz.Hehe..
Mesra no Ustaz Khossim tu...hek hek

Softening Brush

 Bismillah. The hectic week has just begun, and I need to slot in my packed time, even 5 minutes, to sharpen my art skill of sketching up an...