Raya ke - 4. Hari ini baru benar-benar berkesempatan masuk "rumah". Tidak berkesempatan. Sudah menjadi kebiasaan apabila hari raya ke dua rumah Santan akan terbuka buat semua sanak-saudara. Sememangnya sedari dulu, semenjak tahun 1992 lagi. Alhamdulillah sehingga lewat malam, sanak saudara serta kawan-kawan turut datang bertandang. Special thanks to my ex-housemate, kak ina dan Zack dari Sungai Petani turun ke Santan. Cik Bee, Muzaffar, Muaz, Marni, (adik-adik yang lain kurang pasti nama). Dan juga hari ini Kak Zack, Abang Hazel dan Awash pun sampai juga ke Santan.Ex-boss Head Shariah of Etiqa Takaful Berhad dan keluarga turut datang. Sangat seronok. Ex-boss CERT bila agaknya nak sampai Santan....:-?
Kemudian bere-union di rumah Syila, tak sangka dapat berkumpul dengan kawan-kawan SMKAP Asma, Roshed dan Yati. Paling terkejut apabila saya memaklumkan pernikahan Haisyah pada Mei lalu. Sungguh seronok bertemu kembali.
Selain kehadiran sanak saudara dan sahabat-sahabat, saya juga berkesempatan menziarahi ayahanda dan bonda sahabat saya Kak Ma di Jitra. Memang sudah lama berhajat nak singgah ke Taman Ehsan, nak ziarah mak dan ayah kak ma serta nak tengok baby baru adik Amni yang bernama Nawal. Kehadiran saya dan adik memang amat dinanti-nantikan oleh pakcik Khassim dan Makcik Rahmah. Tatkala mahu menjejak kaki ke garaj kereta, saya terpandang kereta "Cik BibaH" biru WRQ. Terkenang kak ma dan nizam jauh di bumi Anbiyak, Sudan. Apa khabar mereka di sana... Moga sihat hendakNya. Bertanya khabar sambil menatap gambar-gambar Kak min dan keluarga di UK, saya lihat betul-betul di wajah pakcik Khassim dan makcik Rahmah... mereka benar-benar rindukan anak-anaknya. Pakcik kata tujuh anak-anak dan cucu-cucunya tidak beraya kali ini. Hati saya sebak, saya hanya mampu mengangguk dan senyum. Serta berdoa agar mereka di rantauan sihat dan gembira. Lebih sejam kami berborak, saya dan adik mohon beransur kerana ada lagi sebuah rumah yang akan kami singgah di Changlun iaitu rumah kak ida teman sepanjang saya di UIA, ketika itu dia di Kuliyyah Ahmad Ibrahim of Law pengajian di peringkat PhD. Dan alhamdulillah kini sudah pun bergelar Dr. Ida.
Dan hari ini, jiran merangkap saudara sebelah emak saya ada membuat kenduri kesyukuran. Rupa-rupanya kawan sepermainan saya pulang beraya di Santan. Kak Mazrah balik untuk hari raya kali ini. Kami berjiran tetapi sangat susah untuk bertemu. Seingat saya, kami bermain masak-masak semasa sekolah rendah, kemudian ke kelas fardhu ain di Masjid Santan sahaja. Setelah masuk sekolah menengah Kak Mazrah tinggal di asrama MATRI, Tunjung dan saya SMKAP. Kadang-kadang dan jarang-jarang berjumpa. Bayangkanlah duduk sebelah rumah. Kemudian pabila habis SPM, saya merantau ke Kelantan dan dia ke Nilai, Negeri Sembilan. Lagi susah nak bertemu. Sedar tak sedar sekarang dia sudah nak masuk lima tahun di Loughborough, UK. Dan petang tadi kami bersua, berjumpa dan bersembang. Masya Allah. Syiokknya... (to Kak Ebah, Kak Mazrah cakap, bila-bila boleh visit sana, sebab logistik sudah ada). Dia sekarang jurutera di sana. Dan dia dan suaminya tengah menanti masa untuk sambung PhD dan setelah itu baru lah pulang ke Malaysia. Saya doakan mereka semoga berjaya selalu. :)
Kemudian, kami terus bergerak ke rumah sepupu di Kangar, dan ziarah Wa di Paya. Alhamdulillah terasa nikmat berhari raya di sini. Santan de Best! Cumanya, berita agak mengejutkan saya, suami Nani terlibat kemalangan pada hari kepulangan mereka ke Langgar. Kata hati saya sangat kuat, sebab beberapa kali saya mahu hubunginya tapi belum berkesempatan sehinggalah Nani hubungi saya tadi. Majlis resepsi sebelah Aziz berjalan lancar tadi, Alhamdulillah. Cuma Aziz di lengan bercalar-balar kerana terkena serpihan kaca dipintu sebelah kiri. YA Allah.. Ku pohon dijauhkan dari segala bencana di mana jua kami berada Ya Allah. Selamatkanlah kami, jauhkanlah kami dari segala genap bencana di langit mahupun di bumi. Ameen...
0133
Telcel & Jati Arm Chair.
~The only lasting beauty is the beauty of the heart ~ (Rumi). Expressing the small things in my life and appreciating them.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Softening Brush
Bismillah. The hectic week has just begun, and I need to slot in my packed time, even 5 minutes, to sharpen my art skill of sketching up an...
-
Bismillahirahmanir rahim. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. It was a long process, almost 98 months. My original plan was 36 mon...
-
Bismillah. Yes, we have nice weather in the sunny season in the northern state of Malaysia. Make me thankful with all Allah gives to me. Ac...
-
Raining afternoon. I had class today. Alhamdulillah everything settled within the time. Now, my clock shows me 18.44. Am just waiting for to...
2 comments:
Nani accident? Nauzubillah...
Wahh seronok nyer dgr hari raya mu..hari raya ku?? huk huk huk..mgkin esok baru terasa kot, sbb mak ayah baru balik esok..tu pn malam baru smpai Kuantan...
hg nk tggu EA dtg, kna 'shoot' email kat dia awai2 tu cikjaaaaaa
Post a Comment