Monday, September 28, 2009

Back to Lubuk

Sudah sebelas hari bercuti menikmati hari kemenangan. Akhirnya saya kembali ke BSP bumi tempat saya melaksanakan segala tanggungjawab dan amanah. Apa yang menggembirakan saya pada kepulangan ke lubuk kali ini, saya telah melalui jalan baru untuk sampai ke BSP dengan merentasi Guthrie Expressway tembus di hujung Putrajaya kemudian susur kembali ke BBB dan akhirnya ke BSP.

Banyak sebenarnya "workload" menanti saya dengan senyuman. Sekarang ini saya tengah mengecaj tenaga untuk masuk pejabat. Hmm, ISO masih belum lagi langsai kerja-kerjanya. Agaknya datangkah juruaudit di minggu akhir itu? Kerna saya melihatkan pelbagai kekalutan berlaku sewaktu saat-saat akhir sebelum cuti hari raya. Namun, saya langsung tidak melihat kelibat juruaudit...agaknya siapalah diauditnya.

Esok, ya esok saya kembali bekerja. Esok pelajar masih bercuti. Mereka sedang enak menikmati cuti semester I. Namun keenakan mereka masih di dalam kegelisahan dan kebimbangan kerana keputusan peperiksaan belum lagi diketahui. Masing-masing berperang dengan perasaan. Saya juga pernah ditempat mereka. Masakan tidak saya berperasaan begitu cumanya cara dahulu mungkin tidak sama dengan cara sekarang. Saya pernah mengalami igauan mimpi-mimpi ngeri tatkala menduduki kertas-kertas yang "killer". Masa itu, hanya doa dan solat hajat sahaja mampu dilakukan. Kertas peperiksaan seperti Usul Fiqh I,II,III (diajar oleh Tok Mud), Fiqh Muamalat (Ustazah Shamsiah), Fiqh Jinayat, Econometrics (Prof. Mansor), Microeconomics (Dr. Alias) adalah antara kertas-kertas yang menggerunkan saya. Memang takut sekiranya harapan untuk lulus itu tiada. Kerna, pada pandangan saya ketika itu hubungan antara pelajar dan pensyarah antara di dalam dewan kuliah, serta di bilik pensyarah sahaja. Kami berpulun-pulun mengadakan perbincangan dalam kumpulan. Semasa pengajian saya di UM, rakan-rakan kongsi hebat saya pada ketika itu, Syima (Dungun), Ieda (Perak), Angah (Teluk Intan) dan Kakak (Kuala Lipis). Mereka adalah rakan kongsi yang hebat semasa saya di UM. Manakala di UIA, antara rakan kongsi hebat dan tulus yang selalu saya bertandang untuk perbincangan Kak Maya, Cik Diba, Ghass, Cik Liz, Kak Cun (ingat selalu berbincang di PG Asma, waktu pukul 8 pagi), Ani, Lin, Masa, Durukh, Ijal, Umam, Anum, Abang Rusdi, Kak Paie. Ramai. Tetapi mengikut subjek yang berbeza-beza.

Berbeza dengan keletah pelajar sekarang, sebelum berhempas pulas, memerah keringat, membanting usaha, menghambur segala dipelajari mereka sudah berpusu-pusu mengharapkan markah yang lebih daripada pensyarah. Tidak kira dengan sms ataupun telefon. Mungkin segalanya dianggap mudah sehingga faktor untuk mendapatkan markah atau status lulus menjadi mudah bagi mereka. Inilah perbezaan zaman saya belajar dengan sekarang. Pernah saya menghubungi bekas pensyarah-pensyarah saya, mereka juga menghadapi masalah yang hampir serupa dengan keletah atau gelagat para pelajar kini. Sehinggakan pensyarah saya sendiri mengakui perbezaan pelajar dahulu dengan pelajar sekarang. Adakah sistem pendidikan di institusi pengajian tinggi sekarang ini hampir sama dengan sekolah menengah? Konsep "spoonfeed" yang menjadi darah daging mereka sejak dibangku sekolah terbawa-bawa sehingga ke peringkat universiti. Manakan sama, konsep belajar di sekolah menengah dengan institusi pengajian tinggi. Dua alam yang berbeza. Di universiti kita diajar untuk menjadi insan yang berdikari dan mencari sendiri segala bentuk ilmu pengetahuan. Bukan sekadar konsep 3K iaitu Kelas, Kafe dan Katil. Sekiranya mereka masih lagi diasuh dan terbawa-bawa sikap di sekolah menengah serta konsep 3K pastinya para pelajar kita akan jauh keterbelakang. Justeru, saya berharap sangat supaya para pelajar kita harus berjiwa terbuka, sentiasa mencari ilmu, jangan terlalu taksub dengan zaman sekolah dan mesti kena cintakan ilmu.

Jangan jadikan diri kita seperti air yang bertakung. Jika kita berterusan membentuk diri kita untuk menjadi air yang bertakung alamatnya air itu akan menjadi busuk, ditambah pula dengan kegemaran aedes untuk membiak di dalam air yang bertakung. Nah! Akhirnya air yang kita takung menjadi punca penyebaran nyamuk aedes. Sepatutnya kita jadilah air yang mengalir. Ilmu yang diperolehi disebarluas dan dialirkan sejauh-jauhnya.

1834
Toshiba AW-848OSM

No comments:

Softening Brush

 Bismillah. The hectic week has just begun, and I need to slot in my packed time, even 5 minutes, to sharpen my art skill of sketching up an...