~The only lasting beauty is the beauty of the heart ~ (Rumi). Expressing the small things in my life and appreciating them.
Tuesday, September 15, 2009
hingga ke akhirnya...
Penantian Ramadhan tahun ini amat berbeza dengan tahun lepas. Tahun lepas saya berkesempatan hampir tiga minggu di Mekah dan Madinah. Pada tahun ini saya berpuasa di bumi saya mencari rezeki. Alhamdulillah sudah menjangkau dua puluh lima hari ibadat puasa. Dalam kekalutan mencari lailatul qadr, saya terasa Ramadhan ini saya sungguh belajar. Belajar hidup bersahur di rumah sewa, tidak dinafikan berbuka dengan rakan sekerja namun ada juga masanya saya berbuka sendirian di rumah. Saya teringat dengan seorang ustaz muaalaf, dia menceritakan betapa peritnya dia melaksanakan ibadah puasa seorang diri dalam keadaan dirinya berahsia daripada keluarganya dia sudahpun memeluk Islam. Ketika itu selama tiga tahun berturut-turut dia berbuka dan bersahur sendirian. Ketika mana dia berbuka dia berasa sungguh gembira dan bersyukur kerana dia adalah di antara jutaan umat Islam di muka bumi ini pada setiap kali masa berbuka puasa. Sesungguhnya dia tidak keseorangan... implicitnya dia beramai-ramai dengan umat yang lain. Tatkala itulah apabila saya berbuka sendirian saya pasti terkenangkan cerita ustaz tersebut. Rabbi.... La tazarni fardan.....
Minggu ini agak melelahkan kerana serentak urusan audit penfailan di sekolah saya dijalankan serta proses pemeriksaan kertas peperiksaan akhir serta proses memasukkan markah para pelajar. Alhamdulillah segalanya telah pun terlaksana dengan baik. Dan hari ini saya terasa agak lega. Ditambah dengan rezeki yang tidak disangka-sangka membuatkan semua tenaga pendidik di sekolah saya kegirangan menerima "duit raya". Alhamdulillah. Jauh di sudut hati saya sangat bersyukur dengan nikmat yang Dia kurniakan. Terima kasih Rabbi... Segalanya daripada Nya dan segalaNya kita pasti akan kembali.
Bila mengimbau kenangan tahun lepas, saat-saat 10 malam terakhir adalah saat cemerlang di Tanah Suci. Malam-malam itu dihidupkan sepanjangnya.. Saya teringat lagi semua orang senantiasa berjaga dan bersolat diimami oleh Sheikh kegemaran walid saya Abdur Rahman Sudais. Pabila qunut dibaca kami semua memohon keampunan tersedu sedan mengenang dosa-dosa yang menggunung tinggi. Adakah kami dalam golongan yang Engkau ampuni pada Ramadhan kali ini? Adakah kami akan bertemu lagi Ya Rabb... Adakah kami layak menghuni syurgaMu...sedangkan kami terlalu lalai dan leka.. Moga saya berpeluang menjejak dan terus menjejak tanah suci dan tanah tempatnya Kekasih Allah... Insya ALlah. Rindu mula bertandang...
Semoga semuanya selamat, mencapai kemenangan dalam tarbiah Ramadhan 1430H. Insya Allah. Eid Mubarak buat semua sahabat-sahabat. Terutama sekali sahabat-sahabat saya yang diperantauan iaitu Kak Ma & Nizam di Sudan, Kak Zakiah di Canada, Naimah di Melbourne, Kak dayah di Sydney, Azhar Jek di New York, Mahrizal @ Ijal di Ankarsas Uni US, Kimi di Kyoto Jepun, Fauzi di Durham Uni UK, Aiza di Cardiff Uni UK, Ani pun boleh la... walau dah balik tak sempat lagi bertemu muka (Insya Allah kari kepala ikan), Kak Ebah yang jauh di Muadzam (lama tak bersua), Pak Heri, Miranti dan kawan-kawan di Indonesia, Kak Noor di Singapore, Faezah di Brunei dan semua sahabat di Malaysia (Barat Daya dan Timur Laut) terutama sekali kawan-kawan UIA, CERT Events, Etiqa, SIIUC, UM, UMNP, SMKAP, SKKS, SRKSI, SKBT5 dan Santanian.
Ucapan: Saya pohon sejuta kemaafan atas salah silap sepanjang persahabatan/perkenalan kita. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITR 2009. Ukhuwwah itu Indah, bertemu dan berpisah tidak gelisah.
1700
Casio S-VPAM
2302
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Softening Brush
Bismillah. The hectic week has just begun, and I need to slot in my packed time, even 5 minutes, to sharpen my art skill of sketching up an...
-
Bismillahirahmanir rahim. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. It was a long process, almost 98 months. My original plan was 36 mon...
-
Bismillah. Yes, we have nice weather in the sunny season in the northern state of Malaysia. Make me thankful with all Allah gives to me. Ac...
-
Raining afternoon. I had class today. Alhamdulillah everything settled within the time. Now, my clock shows me 18.44. Am just waiting for to...
No comments:
Post a Comment