Santapan untuk malam telah dianjak ke petang. Saya dan Has memang bertekad untuk mencari kelainan untuk makan kali ini. Setelah berbincang, berbincang dan berbincang akhirnya kami memutuskan untuk makan di Restoran Asam Pedas Sri Gading. Memang cantik restoran ni. Warna oren. Balik sahaja kerja saya terus lencong ke sebelah plaza tol Putra Mahkota. Janji jumpa di depan restoran. Sebelum melangkah ke restoran tersebut, saya sudah nampak kelibat Has dalam kedai optikal. Memang dia berhajat untuk membetulkan skru kaca matanya yang longgar dan menggantikan kaca pada kaca matanya yang retak. Saya yang ada sedikit kena mengena melihat nombor 8 seperti 3 petang tadi, turut menyibukkan diri dalam kedai tersebut. Sebenarnya, memang saya pakai pun kaca mata, tapi hanya untuk menahan silau pabila memandu di waktu malam. Alhamdulillah, power mata saya 2005 masih sama dengan 2009. Jadi tak perlulah ganti baru. :)
Usai urusan di kedai optikal tersebut kami melangkah ke restoran tersebut. Gaya langkah kami kurang yakin kerana isu yang dibangkitkan adalah restoran tersebut tiada televisyen. Sambil melangkah kami saling mempertikaikan tentang televisyen dan restoran. Memang begitulah kami. Akhirnya berpatah balik ke restoran tersebut kerana sudah sepakat mahu bersantap di situ. Restoran oren kami kembali.
Kami duduk di pinggir restoran, menanti pelayan restoran dengan penuh kesabaran. Menu ditatap. Dialih-alih ke depan kebelakang. Jus buah-buahan RM 3.00. Tambah susu RM 0.50. Tersengih kami berdua. Susu pun mahu kira ka? Dengan seronoknya kami menempah Ginger Beef Koew Teaw Kungfu. Nama Inggeris tu makanan kami. Has memilih Jus Tembikai dan saya Jus Laici (macam tu ka? Laici lebih). Akhirnya kami menikmati hidangan tersebut. Menikmati? Oh tidak. Terpaksa menikmati. Asalnya kami membayangkan Koew Teaw Kungfu seperti di Nawal. Tetapi kali ini berbeza dan sungguh berbeza. Kami hanya makan beberapa sudu. Masin. Macam makan dengan toyu (kicap). Sungguh terpaksa. Hanya jus-jus itu yang dapat kami habiskan. Mujur Oren dan Tam Belang teman saya makan sama.
Pulang ke VSP, saya singgah rumah Has. Menu istimewa. Bukan kuih raya tetapi kurma nabi dan air zam-zam. Malam ini saya menikmati buah Delima dari Mekah yang dipesan oleh saya kepada Mak Has yang pulang dari mengerjakan umrah pada hari raya baru-baru ini. Terima kasih Has.
p/s: Semasa menanti makanan di APSG saya terasa seperti pening, saya fikir mungkin disebabkan pemeriksaan mata saya. Namun gegaran gempa bumi di Indonesia yang terasa sehingga ke sini.
2224
Delima dan Kurma
~The only lasting beauty is the beauty of the heart ~ (Rumi). Expressing the small things in my life and appreciating them.
Wednesday, September 30, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Softening Brush
Bismillah. The hectic week has just begun, and I need to slot in my packed time, even 5 minutes, to sharpen my art skill of sketching up an...
-
Bismillahirahmanir rahim. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. It was a long process, almost 98 months. My original plan was 36 mon...
-
Bismillah. Yes, we have nice weather in the sunny season in the northern state of Malaysia. Make me thankful with all Allah gives to me. Ac...
-
Raining afternoon. I had class today. Alhamdulillah everything settled within the time. Now, my clock shows me 18.44. Am just waiting for to...
4 comments:
Dpt ek rasa delima tu? Alhamdulillah...kerisauan saya awak tak dpt makan..:-)
Nombor 8 kelihatan 3? Lalu no 7 kelihatan apa? Jangan salah key in markah dah ...hehe...
Erk.. gegaran terasa hingga ke blok G kah? Nampaknya pemastautin di blok L juga harus berhati-hati.
APSG adalah restoren terakhir yg akak pilih kalau nak makan... sbb menunya pedas lah. Tapi ada juga di antara kami bertiga yg suka asam pedasnya huhu...
7 tu jgn 1 kot. ;p
marks dah settled sebelum ghaya.
sapa yg suka? akak ke ostad? takkan la iezz pulok.
ugh~kt uia roti pisang tambah susu 5titik, pun kena tambah 5posen..adihh~
lain kali bawak bekal :)
fizah apa habaq?
Post a Comment