Friday, February 20, 2009

Social Responsibility...

Sejak minggu lepas lagi saya beragak-agak untuk mencuri masa menaip dalam kotak ini, namun keterbatasan masa membuatkan segala yang saya terlukis-lukis diminda kian pudar bersama semangat yang kian layu. Minggu ini sangat drastik gerak kerja. Kena laju, cepat dan mesti segera.

Pelbagai program disusun atur untuk sesi cuti semester bermula. Paling hampiri program tanggungjawab sosial yang bakal diadakan pada pertengahan March ini dan diikuti dengan program pemurnian kurikulum pembelajaran. Saya adalah salah seorang urusetia bagi kedua-dua program tersebut. Saya juga dijemput dengan program perguruan yang telah berlansung di Bentong, tetapi ditolak atas alasan peribadi. he he..

Hidup sememangnya indah jika dilorek dengan lorekkan yang menarik..begitulah saya. Memang terasa penat bila pulang ke rumah. Tetapi saya masih teringat ustaz masa saya bekerja di Dataran Maybank (rindu suasana itu), tatkala pulangnya kita setelah berkhidmat dengan penuh ikhlas dan dedikasi ketika waktu bekerja maka Allah gugurkan setiap dosa-dosa ketika kita keletihan mencari berkat rezeki kita... Inilah nikmat yang sangat saya rasai ketika ini... Ya Allah, moga saya senantiasa dalam hamba-hambaMu yang bersyukur.

Coretan saya kali ini agak berterabur kerana terlalu banyak ingin ditempelkan disini. Saya bersyukur dua minggu sudah saya berjaya membentangkan kertas kerja di Seminar Kebangsaan Ekonomi Islam 2009 di Universiti Malaya. Bertepatan dengan tajuk entry hari ini. Saya telah membentangkan Corporate Zakat Responsibility:The Case of Takaful Nasional. Turut membentang Dr. Patmawati, Dr. Asmak, Us. Azizi, Us. Hairolnizam.

Tidak lupa juga buat sahabat-sahabat saya yang bakal 'fly' tak lama lagi, Hakimi yang akan ke Kyoto, Jepun bulan April nanti (terima kasih kerana sudi menjadi referi saya untuk tempoh lebih 7 tahun. Jasamu dikenang), sanggup taip semula dan buat letterhead UKM. Arigatto uzaimas! Dan referi kedua Kak Ma, sama juga akan ke Sudan tidak lama lagi. Moga kalian berjaya membawa pulang ILMU buat anak bangsa...Saya tumpang berbangga. Saya bila lagi>? He knows everything...

Bagi sang sahabat yang bernama Ani, terima kasih banyak-banyak kerana walau beribu batu kau tinggalkan namun hati tetap bersatu dalam telefon. Tabahlah hatimu di bumi Nancy, France. Rasa macam ucapan raya pulak. Hishhh kena stop ni....

Anyway, for my lovely students may Allah helps all of you through out your final exam.. Remember dear.... journey never ending until you die....

"Rabb.. Aku pohon rahmatMu dan kasih sayangMu yang berpanjangan.."

Khind Winter Grey & Sakura Putih (sepanjang jalan ke sekolah saya)
2326

1 comment:

Anonymous said...

salam my dear sister..
thanx for this entry..sgt terharu (sob3)..i miss u so much!! do take care.. and we will meet again insyaAllah..
p/s:jadikan ALLAH segala2nya dalam hidupmu..

~salam sayang dari bumi Nancy yg berada di bawah paras beku~

Softening Brush

 Bismillah. The hectic week has just begun, and I need to slot in my packed time, even 5 minutes, to sharpen my art skill of sketching up an...