Hari Sabtu - Berlalu masa hujung minggu saya dengan aktiviti yang sangat packed. Saya rasa begitu. Pagi-pagi sabtu, saya mula mendapat sms dari insan yang tidak dikenali, cuba buat kacau dengan temujanji saya. Pagi sabtu menjadi sangat kecoh. Tapi sebenarnya bukan ada sesiapa pun kat rumah saya. Kecoh sms tersebut.
Dari pagi sampai ke malam kami berjalan mencari benda-benda yang diingini oleh kawan saya. Ya la menjelang hari bahagia. Saya tumpang gembira. Alhamdulillah berjumpa dengan sahabat-sahabat UM, tak sangka kak Hafzan sudah selamat melahirkan anak ke dua. Tahniah. Kemudian masa makan malam saya berjumpa dengan Yus dan suaminya Azli, kawan UM jugak. Macam kecil dunia ni, kawan saya kenal suaminya, saya kenal isterinya. Alih-alih pi mai pi mai tang tu. Sampai pukul 10 malam baru la sampai rumah. Barang beli tak banyak pun tapi berjalan tu yang tak tahan.
Tengah malam buta, saya dikejutkan panggilan Uncle Ashraf. Saya tengok jam. Pukul 1.30 pagi ni. "Takkan nak mintak sewa rumah tengah malam buta ni", detik hati saya. Saya angkat telefon dengan berhati-hati. "Assalamu'alaikum Uncle", saya memulakan bicara. "Walaikumusalam, I just wanna inform you, Hj. Zakaria just died ten minutes ago..." Uncle Ashraf membalas. Saya terkejut mata terbuntang tengah-tengah malam. "Innalillahi wainna ilaihi rajiun..."
Hari Ahad - Pagi-pagi lagi rasa kosong.. sunyi... teringat kembali kenangan bersama arwah Hj. Zakaria. Beliau dulu seorang British Army. Sangat baik. Berumur 75 tahun. Suka speaking, sama dengan uncle Ashraf. Kalau tak sebab kes sticker dulu mungkin saya tak berkesempatan berjumpa dengan arwah. Sangat caring.. Kes lelaki ketuk rumah sewa tengah-tengah malam, esoknya arwah pujuk dan tenang-tenangkan saya. Tak sangka arwah 'serang' management office. Ketika tu, rasa sangat dilindungi. Teringat pulak arwah datuk saya. Agaknya macam ni la kot. Selepas saya pulang dari umrah dua tiga kali arwah telefon saya tanya tentang ke Mekah. Saya dengan penuh semangat bercerita ceriti dengan arwah. Maklumlah saya sudah lama tak ada datuk. Arwah adalah guru Quran kepada Uncle Ashraf dan rakan-rakan yang lain. Patutlah saya lihat kejernihan mukanya semasa saya pertama kali berjumpa dengannya di Management Office. Semoga Allah cucuri RAHMAT buat Allahyarham Hj. Zakaria. Moga Hj. Zakaria ditempatkan ditempat orang-orang yang soleh.
Al fatihah....
memorex pink & istana hotel black pencil.
~The only lasting beauty is the beauty of the heart ~ (Rumi). Expressing the small things in my life and appreciating them.
Monday, February 23, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Softening Brush
Bismillah. The hectic week has just begun, and I need to slot in my packed time, even 5 minutes, to sharpen my art skill of sketching up an...
-
Bismillahirahmanir rahim. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. It was a long process, almost 98 months. My original plan was 36 mon...
-
Bismillah. Yes, we have nice weather in the sunny season in the northern state of Malaysia. Make me thankful with all Allah gives to me. Ac...
-
Raining afternoon. I had class today. Alhamdulillah everything settled within the time. Now, my clock shows me 18.44. Am just waiting for to...
No comments:
Post a Comment