Monday, February 9, 2009

Barangkali

Tidak semua negeri cuti hari ini. Tapi selaku penduduk di negeri Kebajikan dan Gua Batu kami diberi cuti. Hari ini saya dapat bayangkan betapa banyaknya kelapa-kelapa yang dipecah-pecahkan di atas jalan raya sepanjang Jalan Batu Caves.. Erm..itulah kesesakan jalan raya yang berlaku bila dah Thaipusam. Tapi Alhamdulillah. Saya ni tidak lagi menetap di kawasan kesesakan itu, saya telah hampir tujuh qamariah berhijrah di pinggir negeri Kebajikan ini. Namun walau hanya tujuh qamariah...tapi terasa cinta dan sayang menusuk-nusuk di jiwa ini. Betapa sayangnya saya di tanah periuk nasi saya.

Semalam saya bersama dengan teman serumah bersama-sama seusai syuruk bersiar-siar disekitar bandar kediaman kami. Insya Allah, sedayanya kami ingin jadikan hujung minggu kami dengan aktiviti siar-meyiar ni. Seronok selepas matahari terbit bersiar-siar di sini. Kawasan masih belum membangun habis lagi, banyak tapak-tapak atau tanah-tanah yang bakal dibangunkan antaranya sekolah agama, balai bomba, balai polis, klinik kesihatan dan banyak lagi.

Setelah penat bersiar kami menyinggah sebentar di gerai kegemaran saya membeli makanan pagi dan suratkhabar. Kebanyakan hari-hari cuti sememangnya ramai yang membawa keluarga bersiar dan makan pagi di kedai-kedai. Mungkin udah jemu memasak dirumah atau dengan kata lain masa bersama-sama dengan keluarga.

Aktiviti dirumah hanya selepas Zohor, kemudian kami bergerak ke Shah Alam untuk menghantar adik saya yang ingin bermalam di rumah abang pula. Begitulah adik saya yang seorang ini, bertuah ada kakak dan abang. Berjalan ke mana saja semua akan diikut. Sampai di Shah Alam sudah lewat Zohor, perut berkeroncong lagu Cindai sementelah tiba di sana. Di SACC Mall kami bermula, merayau ke PAS sampai ber'asar di situ. Banyak kedai yang kami lawati, ada jugak yang menarik-narik kami membeli. Barangkali kalau tidak berjalan di situ kami tidak jumpa dengan satu produk aloe vera. Sangat bagus untuk kesihatan.

Setelah maghrib menghampiri waktu, kami menyusur ke seksyen 7 iaitu rumah abang dan bermaghrib disitu. Kemestian bagi kami bila bertemu banyak sungguh perkara yang hendak diceritakan sambil makan-makan dan menonton Zombi Kampung Pisang. Ada saja perkara-perkara lepas yang lucu-lucu dibangkitkan semula. Bergelak sakan sambil menikmati tea nipis kakak ipar saya, manis-manis buah begitu dan diserikan dengan otak-otak dan kebab ayam. Ringan tapi sangat menyelerakan. Adik sudah sampai dirumah abang. Saya dan teman serumah mahu bergerak kerna perjalanan ke BSP juga mengambil masa. Dan hari ini saya berteleku dihadapan skrin untuk menyiapkan slaid perbentangan seminar untuk hari Rabu ini. Hari ini masa untuk berjihad pula. :)

"Ya Rabb.. aku bersyukur atas segala nikmat mu... Aku redha atas apa yang Kau tetapkan untukku... Jadikan aku sentiasa dalam pandanganMu... Cukupkan setiap rezeki yang Engkau berikan kepadaku..."

No comments:

Softening Brush

 Bismillah. The hectic week has just begun, and I need to slot in my packed time, even 5 minutes, to sharpen my art skill of sketching up an...