Saturday, December 29, 2007

Setiap

Setiap orang pasti diuji.

Setiap orang pasti diduga.

Setiap orang pasti terasa.

Setiap orang pasti disakiti.

Setiap orang pasti mengaduh.

Setiap orang pasti menangis.

Setiap orang pasti tergangdah.

Setiap orang pasti bersabar.

Setiap orang pasti bangun semula.

Setiap orang pasti mahukan sinar.

Setiap orang pasti mahukan ceria.

Setiap orang pasti mahukan bahagia.

Thursday, December 27, 2007

AYAT AYAT CINTA


Desir pasir di padang tandus
Segersang pemikiran hati
Terkisah ku di antara cinta yang ruhwi
Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekadar cinta
Pengorbanan cinta yang agung kupertaruhkan
Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu
Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus kutinggalkan cinta
Ketika ku bersujud
Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agung Kupertaruhkan
Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu
Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus kutinggalkan cinta
Ketika ku bersujud

Wednesday, December 26, 2007

26 Disember 2007

Petang ni UIA hujan. Saya masih dalam tempoh menghabiskan cuti tahunan. Sambil-sambil tu saya ke Finance Unit dan CPS untuk menyelesaikan apa yang perlu sebelum 'clearance' dibuat. Tapi banyak yang saya tak boleh selesaikan lagi sebab, senat belum endorse keputusan peperiksaan baru ni. Jadi, mungkin tahun depan la agaknya saya kena ke CPS semula. Hari ini betul-betul menyejukkan badan. Mana taknya, hujan. UIA jadi lembab. Pemandangan kabus menyebabkan bangunan-bangunan kulliyyah menjadi sangat unik . Saya suka tengok.

Saat yang manis jika dikenang pasti menyejukkan minda dan jiwa ini. Akan kukenang segalanya selagi nyawa dikandung badan.

Sunday, December 23, 2007

Makan Char Kuew Teow Depan Secret Recipe

Tak janji pun nak berjumpa dengan sahabat saya seorang ni. Tapi kebetulan saya berkalut-kalut dengan sepupu-puai saya untuk makan kenduri di hujung kampung teringat saya dengan sahabat saya yang duduk di Jitra ni. Kak Ma. Hehehe. Lambat laun dia akan tahu jugak yang adik-adik saya panggil dia Kak Kuma. Lawak kan? Hehe.. Saya pun tak tau macam mana la si adik dan dik yah boleh cipta nama tu. Saya terkekek gelak semasa memandu balik ke Kangar.

Selepas asar, kami bertolak. Adik, dik yah dan saya. Saja. Suka-suka nak makan kek kat Jitra. Bukan apa nak sambut hari lahir dikyah kebetulan jugak sama dengan anak menakan Kak Kuma. Saya tau kak Ma pun akan gelak kalau tau saya panggil dia dengan nama itu. Kak Kuma.

Melayan kerenah adik saya yang dua orang ini, meluncur laju saya ke Jitra. Kami makan char kuew teow depan dengan secret recipe selepas solat maghrib. Sedap sangat. Menikmati char kuew teow tepi jalan, dengan dilimpahi cahaya bulan penuh. Marvelous!!! Disebabkan kena penuhi jemputan sepupu saya di Kangar untuk makan laksa, saya terpaksa bergergas balik ke Kangar selepas makan. Sedap la. Adik-adik saya tak putus-putus tanya soalan kat Kak Kuma. Saya apa lagi. Tambah garam. Terus menyakat-nyakat. Memang kelakar. Adik-adik saya berharap agar dapat berjumpa lagi dengan Kak Kuma. Hehe.. Saya tak habis-habis nak tergelak dengan kelawakan adik-adik saya dengan Kak Kuma berjenaka. Insya Allah. Nanti kita jumpa lagi... 2245 kami pulang ke Kangar.

Tuhan.. Kasihilah semua yang aku kasihi.. Limpahi rahmat dan kasih sayangMu kepada mereka yang kukasihi..

Friday, December 14, 2007

Tingkat 19 Tower C

Kelam. Hujan turun lebat di luar. Jumaat hari ini dalam kebasahan. Saya baru usai solat Zohor. Alhamdulillah, hari jumaat ni tidak seperti minggu lepas. Meriah. Tadi kak Yon, kak Shima, Zana, Yati, Munirah dan saya berkongsi duit untuk menikmati Pizza 'Mexican Treasure' yang baru. Sedap? Erm.. bagi saya macam pizza lah, mestilah sedap. Makan sambil bersembang-sembang dekat port divisyen saya sebelah dengan bilik boss. Hihi.. best makan ramai-ramai.


Kuat betul guruh diluar. Permandangan hujan turun dari langit menitis ke bumi sangat cantik. Itu saya lihat dari tingkat 19 la. Urusan maybank 2U masih belum lagi selesai. Saya perlu reset semula password sekiranya mahu mengaktifkan m2U. Teringat saya tengah hari semalam, saya turun ke cafe untuk menempah makanan kemudian drop by ATM Maybank untuk top up kad Touch and Go saya. Tak sangka terserempak dengan dua orang bekas senior saya iaitu En.Yahya dan Fidzlizan (saya tak pasti ejaan namanya betul atau tidak). En. Yahya atau Pak ya ni adalah salah seorang tenaga pengajar di Syariah & Economics Department semasa undergraduate saya dulu. Tapi sekarang Pak ya sudah attached dengan UPSI, di Fakulti Ekonomi. Pak ya tak pernah mengajar saya sebab sewaktu itu saya di tahun akhir UM. Manakala Fidzlizan pulak senior yang mungkin pernah sekelas semasa di UM dulu. Saya kena check balik dengannya sama ada kami pernah sekelas ataupun tak. Hihi..


Pertemuan semalam membuatkan saya berasa sangat bersyukur kerana mereka berdua sangat berminat untuk mengetahui secara 'live' tentang operasi perbankan dan kewangan Islam. Secara tidak langsung saya dengan bersungguh-sungguh menerangkan kepada mereka tentang aplikasi konsep semasa kami belajar dolu-dolu. Betulkah ianya diaplikasikan secara line with Shariah, comply ke tak. Diskusi kami semalam semakin rancak. Sehinggakan kami sempat 'bertenggek' di tepi meja kecil sebelah dengan tempat pengisian borang pengeluaran dan simpanan di Maybank, Bangsar.

Dari isu konsep-konsep yang digunapakai oleh bank tentang pembiayaan perumahan sehinggalah pembiayaan peribadi. Disitu saya merasakan minda saya semakin terbuka ketika berbincang dengan mereka. Ye la mana tidaknya, seorang praktisional dan dua orang ahli akedemik bertukar-tukar pandangan. Best la rasa. Kalau dulu masa belajar, bincang tentang assignment yang kena buat. Tapi sekarang tentang dilema 'lay-man' yang terperangkap dengan keadaan. Memang kami rancak tapi masa tidak mengizinkan perbincangan tersebut perlu ada kesinambungan, masa dan waktu akan ditetapkan lagi oleh mereka. Saya suka. :)


Mengakhiri perbualan dan perbincangan tengah hari semalam, mereka menjemput saya untuk memberi 'talk' tentang takaful atau pun apa-apa yang berkaitan dengan perbankan Islam di UPSI. Terkejut saya. Jemputan akan dibuat kelak.. Bila tu saya tak pasti. Tetapi terus saya menjawab, "Insya Allah, boleh. Untuk perkembangan dan perkongsian ilmu, saya boleh dan saya akan cuba".


Tak terhitung syukurku atas segala nikmatMu... Semuanya dariMu..

Thursday, December 13, 2007

Bermalam di Bangi

Semalam saya balik awal. Wah wah.. nikmat sungguh bila dapat 'touch' card pukul 5.45pm. Ye la sehari sebelum meeting untuk CZR Sabah. Best meeting. Tapi bila balik bilik, penat sangat..


Asalnya, memang saya ada jemputan untuk menghadiri 'perjumpaan kumpulan' di Putrajaya, tapi saya rasa macam tak boleh nak join sebab mungkin perjumpaan tersebut habis lewat. Jadi, saya batalkan niat nak join perjumpaan tersebut. Lepas terasa bebasnya naik LRT pukul 6pm petang semalam, tiba-tiba saya rasa teringat macam ada 'sesuatu' yang saya nak buat malam nanti. Terus capai handphone dalam keadaan 'ketat-ketat' dalam LRT. Mana taknya, semasa ingatan sedar saya waktu tu stesyen berikutnya adalah "KLCC" , bayangkanlah kepadatan penduduk manusia mengerumuni LRT. Hehe... macam semut. Saya pun termasuk la dalam 'semut-semut' yang menghurung makananan. Dasyatkan? Uish.. waktu tu memang tengah 'peak-hour' kalau sesiapa yang pernah belajar Ekonomi, waktu 'peak-hour' tu lah paling sesuai jual tiket atau apa-apa. Tapi jangan buat sudahlah sebab dalam LRT yang sendat macam 'tin sardin'. Saya pun jadi macam ikan sardin. Hehe..


Kembali balik kepada cerita saya, selepas itu saya terus hubungi kak long iaitu kakak kawan saya yang berada di Bangi. Tapi husbandnya yang angkat, abang Ki. Saya beritahunya yang saya akan sertai perjumpaan kumpulan malam ini. Ceewah. Semangat tu. Right after maghrib I'll be there for you. Send my regard to kak long. Idea yang tercetus sangat pantas, lantas saya brief adik saya, dikyah supaya pandai-pandai berdikari untuk esok pagi, sebab kemungkinan besar saya akan bermalam di Bangi. Atau pilihan diberi, dia mesti ikut saya ke Putrajaya. Nak ke tak nak? Dia pilih tak nak. Hehe.. berdikari la jawapannya. Saya memang mahu dia berdiri di atas kaki sendiri. Ye la sayangkan adik, tinggal-tinggalkan.


Saya tiba di Bangi 8.35pm. Terus parking di garaj rumah Hanim. Masuk ke dalam rumahnya, berjumpa dengan kak long. Ziarah kak long yang baru lima hari melahirkan anak ke tiganya. Sofiyah namanya. Comel. Makcik dan pakcik Fazim tak ada di rumah. Ke Perlis katanya. Briefing untuk budak-budak matrikulasi untuk masuk UM specialization dalam Ekonomi.


Hanim menemani saya dan abang Ki ke Putrajaya. Sampai di Persint 16, saya dibawa ke bilik mesyuarat. Di situlah bermulanya, perjumpaan kumpulan. Saya dikenalkan dengan Kak Ton, seorang wanita berjiwa besar dalam mengharungi selok-belok perniagaan. Saya sunggu bermotivasi kerana terpilih untuk menghadiri perjumpaan kumpulan tersebut. Bimbingan dan tips yang disampaikan oleh Kak Ton betul membuka minda manusia seperti saya. Hehe..


Dalam sesi semalam, anggaran 20 orang yang tekun mendengar. Alhamdulillah, saya faham tentang 'strategi' yang dijalankan. Mental dan fizikal perlu bersedia. Saya rasa macam nak berjuang. Tapi ini adalah 'preliminary' bagi saya untuk memulakan langkah pertama dalam dunia baru ini.


Habis perjumpaan pada pukul 11.30pm, pastinya saya tak balik UIA tapi bermalam di rumah Hanim di Kampung Abu Bakar Baginda. Malam tadi, saya dan Hanim berborak sampai 3.00am. Bercerita tentang bestnya kehidupan ini.

"Segalanya di sini.. Ku menjejak impian..."

Wednesday, December 12, 2007

An amazing Love Story

He met her on a party. She was so outstanding, many guys chasing after her, while he so normal, nobody paid attention to him. At the end of the party, he invited her to have coffee with him, she was surprised, but due to being polite, she promised. They sat in a nice coffee shop, he was too nervous to say anything, she felt uncomfortable, she thought, please, let me go home.... suddenly he asked the waiter. "Would you please give me some salt? I'd like to put it in my coffee."


Everybody stared at him, so strange! His face turned red, but still, he put the salt in his coffee and drank it. She asked him curiously; why you have this hobby? He replied: "when I was a little boy, I was living near the sea, I like playing in the sea, I could feel the taste of the sea, just like the taste of the salty coffee. Now every time I have the salty coffee, I always think of my childhood, think of my hometown, I miss my hometown so much, I miss my parents who are still living there".


While saying that tears filled his eyes. She was deeply touched. That's his true feeling, from the bottom of his heart. A man who can tell out his homesickness, he must be a man who loves home, cares about home, has responsibility of home. Then she also started to speak, spoke about her faraway hometown, her childhood, her family. That was a really nice talk, also a beautiful beginning of their story. They continued to date. She found that actually he was a man who meets all her demands; he had tolerance, was kind hearted, warm, careful. He was such a good person but she almost missed him! Thanks to his salty coffee!
Then the story was just like every beautiful love story, the princess married to the prince, and then they were living the happy life... And, every time she made coffee for him, she put some salt in the coffee e, as she knew that's the way he liked it.



After 40 years, he passed away, left her a letter which said: "My dearest, please forgive me, forgive my whole life lie. This was the only lie I said to you---the salty coffee. Remember the first time we dated? I was so nervous at that time, actually I wanted some sugar, but I said salt It was hard for me to change so I just went ahead. I never thought that could be the start of our communication! I tried to tell you the truth many times in my life, but I was too afraid to do that, as I have promised not to lie to you for anything..
Now I'm dying, I afraid of nothing so I tell you the truth: I don't like the salty coffee, what a strange bad taste.. But I have had the salty coffee for my whole life! Since I knew you, I never feel sorry for anything I do for you. Having you with me is my biggest happiness for my whole life. If I can live for the second time, still want to know you and have you for my whole life, even though I have to drink the salty coffee again". Her tears made the letter totally wet.


Someday, someone asked her: what's the taste of salty coffee? It's sweet. She replied.
Love is not 2 forget but 2 forgive, not 2 c but 2 understand, not 2 hearbut 2 listen, not 2 let go but 2 HOLD ON !!!!



Don't ever leave the one you love for the one you like, because the one you like will leave you for the one they love. Tonight your true love will realize how much they love you between 1 and 4 in the morning.


source: my fren's email...

Monday, December 10, 2007

Dua Minggu Terakhir 2007

Hari ini adalah minggu ke dua terakhir sebelum kita melangkah tahun 2008. Tahun 2008?? Uishh.. berdebar tu. Saya tak pasti kenapa saya berdebar sangat. Hehe.. berdebar sebab umur sudah meningkat agaknya. Kalau disingkapkan kenangan pada 2007, ia sangat banyak. Kenangan terindah katakanlah, macam lagu Kenangan Terindah - Samsons.

Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang telah hilang
Darimu yang mampu menyanjungku
Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itu pun aku mampu
Untuk mengenangmu
Darimu kutemukan hidupku
Bagiku kaulah cinta sejati
(Bagiku engkaulah cinta sejati..) --> rasanya tak kot,

Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukku -->
Semuanya adalah hanya yang TERBAIK
Kan kujadikan kau
Kenangan yang terindah dalam hidupku
Namun amat mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang telah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah

----***-----


"Allah temukan kita dengan orang salah dahulu sebelum Dia temukan kita dengan orang benar-benar sesuai dan terbaik dengan kita, agar kita lebih menghargai 'orang' yang datang selepas ini dengan lebih baik. Tak salah menyayangi orang, cuma salah dalam 'kesesuaian' kita sendiri. hihi..."

Saturday, December 8, 2007

Cinta

"CINTA itu Manis, Indah dan Membahagiakan. Tetapi, CINTA juga Menyakitkan dan Memedihkan. CINTA juga Memerlukan Pengorbanan dan Adakalanya ia juga Melepaskan orang yang terSAYANG kerana itulah yang terBAIK demi sebuah KEBAHAGIAAN.

Sememangnya.....LOVE IS A MANY SPLENDOURED THING!"

-Berita harian-Nov 16, 2006 (Saturday)-

Muhamad Arif Mikhail

Arif saya panggilnya. Umurnya empat bulan setengah. Anak kepada sepupu saya Nurul Huda dan Muhamad Mizan. Arif dilahirkan pada 26 Julai 2007. Masa dia dilahirkan, sayalah antara orang yang mula-mula tengok. Masa tu, suspen sangat sebab saya tak tahu yang mana satu Arif, terdapat enam bayi semasa saya ke tempat bayi. Hehe.. dia sangat comel, gagah dan perkasa. Itu pada pandangan saya.


Setelah lima hari penat bekerja, lali dengan hiruk pikuk kota, sesak dengan manusia di dalam transit aliran ringan, lenguh kaki berkejar ke sana dan sini, hari ini saya rasa sungguh tenang dapat berjumpa dengan Arif. Bayi comel campuran Perlis dan Kelantan. Inilah ajaibnya ciptaan Dia. Saya merasakan chemistry antara Perlis dan Kelantan. Dua negeri yang berbeza satu di utara satu di pantai Timur. Bertemu menjadi satu. Lahirlah Muhamad Arif.


Sekarang Arif sedang nyenyak dalam buaian. Baru disusukan 'mamanya'. Mengantuk terus dibuaikan. Insya Allah, hari raya Qurban nanti, ibu bapa Arif akan bergilir raya di Perlis. Gembiralah saya, ramainya anak-anak kecil di rumah nanti.


"Kasih ayah sepanjang hayat, kasih ibu sampai ke syurga"

Friday, December 7, 2007

Jumaat Barakah

Jumaat yang penuh barakah. Saya di sini masih di workplace sedangkan satu floor sudah habis manusia menguruskan urusan tengah hari. Bagi lelaki ke masjid untuk menunaikan solat jumaat. Bagi wanita pula, berpusu-pusu ke cafe bawah untuk cari makanan. Saya masih depan skrin lagi. Hari jumaat, hari terakhir sebelum tiba hujung minggu. Masing-masing punya banyak perancangan untuk hujung minggu ni.


Ntah la, hari ni banyak benda yang perlu difikirkan yang perlu saya kotakkan satu persatu-satu.
Jawapan yang saya jumpa, saya bosan duduk sorang-sorang di sini. Adui... Hanya Allah yang Tahu apa rasa saya sekarang ini.


Mengimbau November 2007, saya bersyukur dapat menyiapkan case study saya tentang Corporate Zakat Responsibility. Menandakan siaplah sudah persekolahan serta pengajian saya di Universiti Islam Antarabangsa. Banyak sangat kenangan manis pahit, masam dan kelat semasa menjejakkan kaki di sana. Ketika itu, saya mendaftarkan diri seorang diri tanpa ditemani ayah dan ibu. Kononnya nak berdikari, tapi hati terasa sedih juga bila orang lain masuk asrama ditemani ayah ibu. Tapi saya dengan diri saya dan bertemankan Allah. Itulah kenangan manis semasa tahun pertama di UIA. Adus...Sungguh banyak kenangan saya di situ. Saya sangat sayangkan bumi yang banyak berjasa mendidik jiwa saya untuk menjadi kental demi secebis ilmu.


Permulaan yang sukar diukir dengan kata-kata, tetapi saya bahagia menjadi sebahagian wargaUIA. Bermula dengan kelas English belajar Skill dengan umat manusia seluruh dunia. Sampai lah saya masuk ke Kulliyyah Economics and Management Sciences. Perwatakan dan keperibadian tenaga pengajar di sana sangat saya hormati dan segani. Tanpa mereka siapalah saya sekarang ini.


Masalah saya yang paling berat sekarang ini adalah saya sangat-sangat berat untuk meninggalkan bilik yang saya menginap sepanjang pengajian saya. Bilik itu terlalu istimewa, terlalu unik, terlalu cantik, terlalu tenang, terlalu nyaman etc. PG 3.3D... sangat meninggalkan kenangan indah bagi saya.. Bagaimana harus saya lalui selepas ini saya pun tak tahu.


Saya bukan fanatik sangat tapi, nilai sebuah kehidupan telah terterap di bumi Gombak itu. Hati semakin hari semakin sayu, semakin sedih, semakin sebak untuk meninggalkannya. Inilah keramat siapa yang pernah belajar di situ. Tanyalah sesiapa pun, semuanya sayangkan ia! Saya yakin! Siapa yang tiada rasa dengan tempat itu pasti tiada keramat pernah menyelinap di hatinya ketika di situ dulu. Hehe.. Just assumption.


Saya kena akur, setiap pertemuan pasti berakhir dengan perpisahan. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Di saat getir menyiapkan semester akhir, terlalu banyak ujian-ujian yang diselitkan Rabbi untuk menguji kekentalan iman hambaNya. Saat itulah saya sedar, pergantungan itu hanya kepadaNya. Sehebat mana pun kita menahan untuk tidak berlakunya pergelutan, sekelumit itulah Dia akan menguji kita. Ya.. Dia sayangkan kita sebab itu kita selalu diuji. Yang pasti kita perlu Rasional dalam setiap apa sekalipun keputusan yang diterima dan diberi. Segala permasalahan kita semuanya jangan dirujuk dengan manusia dulu, tapi rujuklah dengan Allah. Dia lebih mengetahui jauh pendeknya akal kita untuk bertindak. Laluan atau media akan diilhamkan olehNya apakah jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah dan cabaran yang datang...


Saya suka sangat dengan lagu nyayian Sheila Majid ni, sangat bagus bagi saya dalam menelusuri kehidupan ini. Hitam Putih Kehidupan


"Allahumma Yasiir Wala Tu'asir"

Softening Brush

 Bismillah. The hectic week has just begun, and I need to slot in my packed time, even 5 minutes, to sharpen my art skill of sketching up an...