Thursday, March 12, 2009

Mutiara Ilmu

Semalam saya berkesempatan untuk pertama kalinya bersama-sama rakyat Perlis di majlis Sambutan Maulidur Rasul di Taman Jali Kangar.

Majlis bermula 8 malam. Seperjalanan saya ke tempat tersebut membuatkan hati seronok tidak terkira. Tatkala itu saya teringatkan peristiwa ketika mula-mula menjejakkan kaki di bumi Madinah. Seronok. Tak terucap dengan kata-kata. Itulah keadaannya pabila hadir untuk bersama-sama dengan habaib. Yang berketurunan Habibullah. Setiba di tempat kejadian, padang surau dipenuhi dengan kereta-kereta dan motor-motor. Manusia sudah mengerumuni surau tersebut. Sebenarnya dari dulu lagi saya ternanti-nanti keadaan ini di Perlis kerna Perlis adalah sebuah negeri yang 'berbeza' dengan negeri-negeri lain.

Sedang elok. Hati saya terdetik kerana majlis baru nak mula. Kata-kata aluan dimulakan oleh Habib Kazim as-Saggaf sebelum menyampaikan amanatnya. Antara pesanan-pesanan yang ditinggalkan oleh beliau adalah:

1) Rahmat Allah adalah sangat besar dan terbentang luas bagi sesiapa yang mengangkat syiar Islam. Setiap hari Allah memberikan 100 rahmah buat hamba manusia yang mana disebutkan bahawa 60 adalah bagi yang bertawaf keranaNya, 40 bagi yang bersolat dan 20 bagi yang melihat Kaabah. Namun ianya bergantung kepada keadaan seseorang itu bilamana dia menjalankan syiar Islam. Telah disampaikan oleh Baginda Nabi Muhammad s.a.w bahawa sesiapa yang mengagungkan syiar Allah akan diterangi cahaya pada hati-hatinya kemudian menyelinap masuk ke seluruh tubuh, jasad dan badan dan akhirnya menatijahkan luhur serta ikhlas buat sesiapa yang beramal soleh.

2) Namun terdapat perbezaan bagi seseorang untuk mendapat rahmat Allah. Ianya mengikut kefahaman dan bagaimana seseorang itu menjalankan syiar Islam. Dengan sebab itu adanya perbezaaan pemahaman bagi setiap pemikiran As Syafie, Hanbali, Ahmad dan Abu Hanifah. Contohnya adalah bab mengambil wudu' sama ada mengambil keselurihan kepala atau sebahagian atau cuma menyapu sedikit sahaja daripada bahagian kepala. Hal ini menjadi khilaf bagi setiap pandangan pemikiran empat mazhab utama ini.

3) Perbezaan dalam kefahaman ayat Al-Quran bukan sahaja berbeza dari segi maksud atau tambahan huruf dalam sesuatu ayat bahkan dari sudut baris juga menjadi titik perbezaan antara ulama membincangkan hal ini. Contoh disampaikan adalah dalam kes sembelihan binatang yang mana terdapat janin di dalam binatang tersebut. Maka terdapat beberapa khilaf yang memberi maksud yang berbeza. Sebagai contoh As-Syafie menyatakan baris hadapan pada "zakatul janin" yang maksudnya seseorang yang ada kambing apabila disembelih kambing tersebut dan disedari bahawa didalamnya ada janin. Maka hukum menyembelih itu terletak kepada ibu kambing itu dan halal dimakan dengan satu sembelihan. Manakala apabila dibaca dengan baris atas maka hukum menjadi berbeza yang mana hukum sembelih ibu kambing berbeza dengan janin. Jadi sembelihan itu mestilah dilakukan dua kali sembelihan.

4) Dalam hal mengikuti perintah Rasulullah s.a.w pada peristiwa Perang Khandak, ketika Rasul menanggalkan pakaian perang, tiba-tiba Nabi didatangi Jibril dan memberitahu supaya bergerak ke tempat perang, sedangkan ketika itu sudah hampir waktu Asar, kemudian Nabi memerintahkan semua sahabat untuk bergerak. Dalam perjalan ke medan perang ada sebahagian sahabat yang bersolat dahulu diperjalanan dan ada sebahagian yang tidak solat. Digambarkan bahawa para sahabat berijtihad sama ada menunaikan solat atau tidak setelah mendapat perintah Nabi. Namun Nabi tidak marah bagi yang solat dan tidak bersolat. Hal ini adalah mereka berijtihad setelah menerima perintah Nabi.

5) Dalam memahami nas-nas Al-Quran, terkandung pelbagai himah-hikmahnya. Terdapat pelbagai rahsia-rahsia yang terkandung didalamnya. Telah diterangkan bahawa, syurga-syurga mempunyai lapan pintu. Namun kemasukan kita ke dalam syurga adalah berdasarkan tingkat amalan kita. Sesungguhnya tingkat amalan kita tidaklah sama antara satu sama lain. Kuncinya ada pada kita semua umat Islam. Sabda baginda, barangsiapa yang berwudu' dengan sempurna kemudian bersolat dua rakaat kemudian berdoa selepas berwudu' Allah akan buka lapan pintu syurga maka masuklah mana-mana pintu yang dia suka.

6) Terdapat hadith-hadith pintu syurga dibuka atas ketaatan kita umat Islam contohnya di bulan Ramadhan, ianya sebagai sebab untuk kita berlumba-lumba untuk beribadat kepada Allah. Barangsiapa yang meninggal dunia di bulan Ramadhan, ruhnya akan dibawa ke melawat ke semua syurga kerana pintu-pintu syurga dibuka dengan luas sepanjang Ramadhan, dan ditutup pintu-pintu neraka. Begitu juga dengan neraka juga terdapat tingkat-tingkatnya. Neraka Jahanam adalah neraka yang paling dasyat dan azab yang sangat pedih kepada sesiapa yang dicampakkan di dalam neraka ini. Na'uzubillahiminzalik. Hatta orang alim yang dicampakkan dalam neraka ini ibarat keldai yang berpusing-pusing yang sedang menghaluskan gandum dengan isi perut terkeluar. Seksaan ini bagi orang yang alim yang selalu berkata melakukan kebaikan tetapi dia tidak melakukan. Na'uzubillahiminzalik. Adapun neraka Jahanam adalah sangat gelap dan tidak kelihatan antara satu sama lain. Begitu juga orang yang membaca Al-Quran tetapi tidak ikhlas, tidak takut dengan apa yang dibacakan dan hanya untuk menunjuk-nunjuk dihadapan orang ramai.

7) Adapun syurga Allah adalah bertingkat-tingkat, seperti Jannatul Ma'wa, Khuldi, Naim, Firdaus (hanya ini teringat). Jannah Firdaus adalah syurga yang paling tinggi yang mana terdapat di dalamnya 2 darjat iaitu 2 syurga emas dan 2 syurga perak. Nabi menyarankan kita supaya sentiasa berdoa untuk mendapatkan syurga Firdaus, sentiasa mohon untuk meninggal dunia dalam kalimah "La illaha illallah" supaya mendapat 'afiat husnul khatimah.

8) Diakhir amanat Habib Kazim memesan supaya kita;

a) Banyakkan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w tidak kira waktu dan masa. Barang siapa yang berselawat 100x setiap hari akan ditunaikan 70 hajat di akhirat dan 30 hajat di dunia. Begitu juga apabila kita berselawat sebelum tidur.

b) Bacalah Al-Quran satu muka surat setiap hari pagi dan malam. Habis sangat 5 ayat setiap hari paling kurang.

Itulah antara pesanan yang dapat saya kongsikan sepanjang satu jam setengah bersama Habib Kazim. Perjumpaan tersebut dirahmati dengan hujan yang menyejukan lagi kami di dalam surau tersebut. 9.50 malam majlis diakhiri dengan burdah dan qasidah selawat ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Alunan selawat itu diikuti oleh semua jemaah. Diakhiri perjumpaan dengan solat jemaah isya' yang diimami oleh Habib Kazim. Alhamdulillah...Harap berpeluang lagi dilain masa. Selagi Allah pinjamkan nikmat usia dan kesihatan. Amin..

Teah & Faber Castell
1337
Santana

2 comments:

Anonymous said...

thank you Fizah..

sangt bagus, sgt bagus.. sgt bagus..

fiezarmy said...

Welcome my dear keb..

Hanya itu yg termampu dilorekkan..

Harap dpt manfaat kita bersama..

Softening Brush

 Bismillah. The hectic week has just begun, and I need to slot in my packed time, even 5 minutes, to sharpen my art skill of sketching up an...