Friday, February 15, 2008

Nomad

8 Mac ni kita ada pilihan raya. Saya baru nak start mengundi. First time. Hihi.

Harap-harap hari ini dan ke esoknya lebih dipermudahkan. Alhamdulillah, saya sudah menempatkan diri saya di Greenwood. Hampir sebulan jadi orang 'nomad'. Sepupu saya selalu tanya visa dah renew ke belum? ke dah expired? Sabo je lah. hihi.

Namun penempatan saya di Greenwood juga hanyalah sampai June ini. Adus. Suka sungguh jadi orang nomad. Ibarat Muhajirin. Cewwah. Berhijrah dari satu tempat ke satu tempat. Segalanya dalam perancangan Allah. Saya yakin apa yang berlaku itu musti ada sebabnya. Kadang-kadang hikmah yang datang itu tidak datang secara tiba-tiba. Agak lambat sikit. Hikmah itu adalah rahmat ujian yang Dia bagi kepada kita. We never know.

Malam tadi, Imtihan I dah selamat dijalankan bagi DDG 2413_27. Memang kelakar sekiranya diingat kembali. Masing-masing asyik toleh, renung dan tengok saya. Saya rasa nak tersenyum sangat, tapi kena kontrol. Sabar je lah.

Seolah-olah sayalah inspirasi buat mereka pada ketika itu. Bermacam-macam pula reaksi yang cuba dipamerkan untuk menarik minat saya buat mereka. Tapi saya buat 'dek' saja. Hihi. Tapi itulah, kalau mereka tahu betapa sayangnya saya kepada mereka hanya untuk secebis ilmu saya lakukan yang terbaik. Sambil-sambil berlalu-lalang dan memusing-musing meja-meja mereka, ingatan saya kembali ketika saya berada di tempat mereka. Agaknya macam ni lah kot ye. Tergaru-garu, terjeling-jeling, terkial-kial, terfikir-fikir dan sebagainya.

Pengalaman + Hidup + Kenangan = Hidup Ceria dan Bahagia




No comments:

Softening Brush

 Bismillah. The hectic week has just begun, and I need to slot in my packed time, even 5 minutes, to sharpen my art skill of sketching up an...