Monday, February 18, 2008

Kegemaran Pengguna

Setiap daripada kita adalah insan yang mempunyai keinginan dan kehendak. Kita tidak dapat nafikan bahawa keinginan dan kehendak yang terlalu banyak atau tidak terbatas menyebabkan ada sesetengah perkara atau benda yang perlu dilepaskan mengikut kadar kesanggupan kita melepaskan perkara atau pun benda yang diperlukan. Hal ini perlu dilihat dari sudut keutamaan sesuatu barangan ataupun perkhidmatan. Untuk melihat kegemaran kita sebagai manusia yang menjadi pengguna terhadap sesuatu barangan ataupun perkhidmatan, kita perlu selidik tiga asas penting atau andaian terhadap kegemaran yang kita ingini.

Pertama, diandaikan bahawa Kesempurnaan atau completeness dalam membuat keputusan dengan sempurna antara pilihan-pilihan yang ada. Jadi, keutamaan pilihan kita didahulukan mengikut peringkat-peringkat yang tertentu. Diandaikan, saya diberi pilihan untuk membeli kereta Satria Neo atau pun Ford Focus. Keutamaan bagi kegemaran saya sudah pastinya Ford Focus. Namun, dalam penganalisaan membuat keputusan, saya perlu mempertimbangkan ada kekangan yang musti saya hadapi. Dari sudut kewangan ataupun pendapatan yang terhad menyebabkan keutamaan saya terhadap Ford Focus dikurangkan. Adakah darjah kesanggupan saya memilih Ford Focus itu boleh menyeimbangkan penggunaan barangan yang lain? Adakah ianya tidak memberi impak terhadap barangan yang lain? Dari sudut subjektifnya, penilaian yang sedemikian mestilah dititikberatkan tanpa mengurangkan keutamaan kita yang lain.

Kedua, diandaikan juga Transitiviti ataupun Consistent. Axiom atau andaian ini tertakluk dengan pilihan yang diberi. Antara Ford Focus, Satria Neo dan Viva. Pilihan manakah yang sesuai dengan kita? Pilihan yang dibuat dari sudut kekangan pendapatan, penilaian perlulah melihat ekonomikal barangan yang dipilih. Tetapi sekiranya kita membuat pilihan berdasarkan kualiti pemakaian, mungkin pilihan Ford Focus lebih tepat. Maksudnya pemilihan perlulah berpada dengan tujuan asal yang dibuat.

Ketiga, diandaikan Monotositi atau dominant. Dalam andaian ini, kita melihat pemilihan dari sudut yang paling digemari. Ia bermaksud kita akan memilih koleksi barangan yang paling digemari. Untuk contoh andaian ini, ianya kurang sesuai dikaitkan dengan kereta. Kita boleh kaitkan dengan pakaian sebagai contoh. Lagi banyak barang yang kita dapat maka lebih banyaklah tingkat utiliti yang kita perolehi.

Justeru, dalam kriteria membuat pilihan seperti sebelum ke Tesco, Giant atau pun Carrefour, kita perlu lihat apa keutamaan kita dalam kriteria pemilihan barangan yang dikehendaki. Hal ini dapat menjawab kepada diri kita kenapa kita perlu memilih barang A daripada barang B.

Ilmu kadang-kadang susah untuk difahami selagi mana kita tidak berusaha untuk mendalami.. Kadang-kadang ilmu senang untuk difahami sekiranya kita sentiasa berlapang dada untuk menadah ilmu dari sudut apa sekali pun.

Belajar kita tidak semestinya berguru di dalam kelas, tetapi sejauh mana kita meneliti setiap fasa kehidupan kita seharian dalam menterjemahkan ia ke dalam bahasa ilmu.


No comments:

Softening Brush

 Bismillah. The hectic week has just begun, and I need to slot in my packed time, even 5 minutes, to sharpen my art skill of sketching up an...