Monday, October 1, 2018

Love Others

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Sayangi Orang Lain

عَنْ جَرِيرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَرْحَمُ اللَّهُ مَنْ لَا يَرْحَمُ النَّاسَ

Daripada Jarir bin Abdullah berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Allah tidak akan menyayangi sesiapa yang tidak menyayangi manusia lain." (HR Bukhari  No: 6828) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Allah tidak akan menyayangi sesiapa yang tidak menyayangi manusia lain.

2.  Sifat saling mengasihi dan menyayangi sesama manusia adalah suatu keperluan dalam mewujudkan kehidupan yang rahmah dan berkasih sayang dalam masyarakat dan negara.

3.  Antara cara menyayangi orang lain adalah dengan memberikan hak-hak mereka. Ada hak sesama muslim, hak kerabat, hak jiran juga hak kemanusiaan.

4. Setiap orang memiliki hak kemanusiaan yang wajib dipenuhi. Jika mereka meminta pertolongan, bantulah mereka, jika mereka mereka meminta nasihat, nasihatilah, jika mereka sakit maka ziarahilah, malahan jika mereka melakukan larangan, berusahalah menghalang daripada diteruskan.

01hb Oktober 2018
21hb Muharam 1440

Sumber: Online Majlis Ilmu

No comments:

Be in love

Wherever you are, and whatever you do, be in love. ~ Rumi~