Thursday, October 23, 2008

Aku Berkelana...

1999,
Kota Serambi Mekah aku jejaki
meraih ilmu menukar persepsi
merungkai kusut penuh rapi
membina ukhwah utuh abadi
menggilap maksud penuh berapi
menilai tara kehidupan abadi
mengenal cinta Illahi hakiki

2000,
hijrah aku ke kota metropolis
penuh dengan debu-debu kota
menahan diri dari tergoda
menghalang diri dari menggoda
menjurus diri pada yang ada
menafi diri pada yang tiada
mengungkap rindu bungkam dijiwa
menanggung sarat penuh didada
sabar dan setia dikota dijiwa
menanti jiwa dibelai rasa
pasrah menanti takdir yang Esa
disatu jiwa pada yang tiada..

2004,
kelana aku ke daerah pusu
mencari makna sebuah ilmu
samping diharap pada yang satu
menanti ternanti tanpa rasa jemu
galangan ilmu dikaut padu
satu cita-cita itu yang kumahu
korban cinta pada yang mahu
rasa semua sudah berpadu
semua mimpi pastikah satu?

2006,
jalan dilalui semakin harmoni
aku lalui penuh berdikari
hasratku satu ilmu kujunjungi
memberi menerima apa diperolehi

2008,
daerah selatan aku telusuri
mengota cita ingin dipatri
harapan ayah bonda kini menjadi
aku bersyukur sangat bererti
mengharap berkat pada rezeki diberi
meraut kasih sesama insani
ke sini aku bukanlah destinasi
aku berkelana dan akan berkelana sehingga kupasti..



0140am / 21 Oct 2008
Vista BSP

No comments:

Softening Brush

 Bismillah. The hectic week has just begun, and I need to slot in my packed time, even 5 minutes, to sharpen my art skill of sketching up an...