Semua orang pada hari ini akan memperkatakan tentang pilihanraya, nak mengundi, nak balik cuti untuk mengundi, siapa yang perlu diundi, di mana dan sebagainya. Hakikat yang kita nampak, konsep pilihanraya sebenarnya telah terpupuk atau terterap semasa kita dibangku sekolah lagi. Cuba kita imbas kembali, semasa pemilihan ketua darjah atau penolong ketua darjah. Undian dibuat oleh guru kelas melalui undian bukan? Ok waktu tu lah, calon-calon yang terpilih kena keluar daripada kelas untuk menentukan pemilihan ketua. Hmm... seingat saya lah, saya belum pernah dipilih menjadi ketua kelas. Tapi kalau bendahari tu selalu lah jugak. Agaknya saya ni muka 'peti besi' kot. Ntahlah. Asyik jadi bendahari saja. Semasa matrik dulu, saya kena jadi 'aminah sunduq'... bendahari la tu... hihi..
Baik, berbalik kepada cerita kita, itu di peringkat sekolah rendah, menengah atau pendek kata sekolah. Untuk aktiviti persatuan jugak kita pasti akan mengadakan undian untuk mencari calon pengerusi kelab, persatuan dan sebagainya. Jadi, trend atau corak pemilihan sesuatu jawatan itu berkembang dari satu peringkat ke peringkat yang lebih tinggi. Pemilihan yang menggunakan undian dinamakan demokrasi. Lihatlah acuan yang telah kita ikut daripada negara kita merdeka lima puluh tahun lalu. Dasar-dasar yang telus, amanah dan tiada penipuan wajar diperkemaskan oleh pihak-pihak yang terlibat dalam pilihanraya.
Bagi peringkat universiti, pilihanraya kampus adalah medan bagi semua mahasiswa bersatu dan bergembleng tenaga membentuk gagasan untuk menjayakan aspirasi mereka sebagai pewakilan bagi semua mahasiswa. Gagasan-gagasan yang mereka pertaruhkan semestinya melindungi hak-hak mahasiswa dengan kemudahan-kemudahan yang lebih kondusif untuk pembelajaran, sistem pengangkutan yang cekap ketika mengambil dan menghantar mahasiswa pulang ke kolej dan pelbagai hak-hak yang wajar menjadi perhatian pihak pengurusan universiti. Proses yang dijalankan pilihanraya kampus mencerminkan pilihanraya negara kita. Hal ini kerana, mahasiswa adalah generasi atau bakal pewaris kepimpinan pada hari ini.
Saya bersyukur kerana sempat menyaksikan 'senario' pilihanraya kampus iaitu UM sedikit masa lalu. Ketika itu, saya masih sempat merasai suasana yang seimbas-imbas 'zaman Anwar Ibrahim' semasa perjuangannya ketika di kampus. Seingat saya, suasana itu sangat manis untuk dikenang sehingga hari ini. Ketika zaman kehangatan itu, saya masih di tahun satu. Baru berhijrah daripada Matrikulasi Nilam Puri. Sesiapa yang pernah melalui zaman saya itu, pasti akan terngiang-ngiang kata-kata senior bahawa perjuangan di Nilam Puri mestilah dipertahankan walau apa pun mehnah dan tribulasi. Hihi... amanat tu... Kembali kepada apa yang saya hendak kongsikan, di Kolej Kediaman ke-11, saya belajar erti menjadi 'jentera penggerak pilihanraya kampus'. Fuhh... memang best!!! Saya rasa adik-adik sekarang mungkin tidak pernah merasa kehebatan zaman itu. Saya bersama-sama yang lain menyertai misi 'hirasah' yang mengawasi sekiranya berlaku agenda-agenda diluar jangka. Yang paling menyeronokkan, syif kerja saya selalu dapat pukul 3-4 pagi. Berlegar-legarlah saya disekitar kolej ketika itu. Takut tu takut jugak. Tapi bantai ja.
Apabila menjelang hari pilihanraya, para calon bagi Gagasan Mahasiswa pasti akan turun padang, menyampaikan ceramah khas apa yang hendak diperjuangkan. Cewaah. Ramailah manusia akan berkumpul disekitar padang kolej la, hadapan DTC, Gazebo KPS dan sebagainya. Bagi kami jentera penggerak jugak akan sama-sama turun padang mendengar ceramah. Perang poster penuh disimpang siur jalan sepanjang kampus. Memang gamat! Saya juga tidak melepaskan peluang semasa hari mengundi memberi handbil-handbil kepada semua pengundi... Bertambah manis ketika itu Gagasan menang bagi pilihanraya kampus...
Hakikat yang cuba saya bayangkan di sini adalah suasana dikampus itu harapnya menjadi kenyataan bagi pilihanraya negara tidak lama lagi. Jadi, marilah bersama-sama kita mengundi hari Sabtu ini. Jom pi ngundi!! Pilihan yang tepat pasti berkat! Salam pilihanraya!
Pilihan itu terletak ditangan kita. Bijak-bijakkanlah diri kita dalam membuat pilihan yang tepat!
4 comments:
Fiz..
SIMPLE - L tu patut ganti dgn loving!
oh ye ke..
wah...am loving person eh..
toche toche
Fizah,
amacam, best tak p/raya kali ni?
hehehehe
sedissss..
lain yg diharap
lain yg jadi...
tapi Allah ubat dgn kegembiraan di negeri mencari rezeki...
Mungkin pru-13 kot..
Post a Comment