Proses menunggu selalu membuatkan aku akan buka lah blog ni selain dari baca majalah dan bekalan buku berkaitan dengan keamanan. Apa yang ingin aku kongsikan pada hari ini adalah nilai “humble” seorang murrabbi yang bergelar Professor.
Aku telah diperkenalkan oleh penyeliaku dengannya pada tahun 2015 lagi sewaktu aku mula-mula mengenali bidang keamanan ini. Beliau adalah ketua projek dan Dekan Kluster Kemanusiaan, pada ketika itu. Memanglah aku berasa kerdil, dapat pulak mengenali beliau dibawah satu payung projek besar “kestabilan ekonomi dan politik.”
Sejak itu, kami sering berjumpa dalam siri-siri mesyuarat projek, aku juga mengikuti bengkel yang disampaikan beliau, kadang-kadang beliau menjemputku ke program-program keamanan khususnya berkaitan dengan wanita, aku juga akan drop-by kat bilik beliau untuk menegur sapa dan berbasa kerana untuk ke Jabatan aku, aku pasti perlu melintasi Jabatan Undang-undang dahulu.
Lama-kelamaan kami kian akrab. Sifat tawadhuk, rendah diri, ilmuan dan suka berkongsi ilmu membuatkan aku selalu bertandang ke bilik beliau, dari bilik lama hinggalah beliau berpindah ke bilik baru. Beliau selalu share buku yang dibaca berkaitan dengan keamanan dan aku pasti mencari buku-buku cadangan beliau sama ada free book atau beli Di Amazon. Sifat keantarabangsaannya itu jugalah membuatkan aku seronok berkongsi maklumat dengannya.
Terkini kami juga sama-sama menghadiri program Peace Forum 2018 di Klang anjuran Pertubuhan Soka Gakkai Malaysia (Buddhist).
Seperti yang pernah aku coretkan sebelum ini, sememangnya apa yang berlaku itu bukanlah kebetulan tetapi adalah satu aturan Allah yang Maha Luas PengetahuanNya yang kita sendiri tidak tahu.
Biasalah proses menunggu kadang-kadang membosankan. Tengah sedap menunggu kita boleh berangan dan baca majalah ni dan tengok sana sini sinun. Kling kling whatapps notification naik di skrin telefonku.
Tertera nama Prof pada mesej WApps. Ada beberapa minggu lepas kami berjanji hendak berjumpa tapi belum berkesempatan. Dalam mesejnya, beliau berkongsi berita gembira bahawa beliau telah dipilih sebagai International Fellow King Abdullah International Centre for Interreligious and Interculture Dialogue di Veinna 2019. Waduh waduh betapa terkejuitnya sebab Vienna tu tempat aku teringin nak pi one day. Tapi yang pasti gembirannya Ceq. Bukan apa, beliau sendiri yang mengkhabarkan berita gembira itu kepadaku. Rasa bertuahnya diri ini berada dalam “circle” ingatan beliau. Menurut beliau centre itu adalah salah satu target beliau dalam mengembangkan ilmu keamanan ini. Beliau juga menyarankan saya untuk menyimpan cita-cita untuk menjadi salah seorang felo antarabangsa di pusat itu.
Selain berkongsi berita gembira itu, beliau tidak lekang-lekang memberi kata-kata semangat supaya aku siapkan pengajian secepat mungkin dan boleh mencuba seperti beliau. Dalam pesanan beliau, integriti dan kualiti penyelidikan sangat penting dan dengan foundation yang kuat dalam bidang kita orang lain tidak boleh mempertikaikan kualiti penyelidikan kita. Di samping itu, ilmu dan pengalaman yang ditimba di sini perlulah dikongsi dengan pelajar-pelajar aku pabila aku balik ke utara nanti. Graf semangat aku mencanak-canak naik.
Tiada apa yang layak diucapkan melainkan rasa syukur dengan apa yang Allah takdirkan.
Bandar Baru Bangi
No comments:
Post a Comment