Memang betullah kata ustaz dan ustazah, hidayah itu perlu dicari dan dicari bukan datang dengan sendiri. Sedangkan kita ini lahir dalam Islam pun kita selalu rasa apakah kita sudah cukup dengan hidayahNya. Hari ini adalah hari yang sangat bermakna buatku. Selama tujuh tahun bergelar pendidik aku melalui pelbagai warna cabaran dan dugaan dalam arus mendidik anak-anak muridku. Aku masih ingat lagi masa mula-mula aku bergelar pendidik secara formal, aku gembira kerana mendidik di sebuah kolej yang semuanya anak-anak muridku Islam. Tatkala di dalam kuliah aku berasa mudahnya aku mengajak dan menasihati mereka yang pakaiannya menutup aurat, tutur katanya sopan, baik pelajar lelaki mahupun pelajar perempuan. Hatiku gembira dan seronok dengan suasana atau biah tersebut. Namun, kegembiraan itu berakhir selama dua tahun aku menabur bakti di situ. Aku telah ditawarkan di institusi nunnn jauh di utara. Memandangkan aku lahir dan asal utara maka pastilah daerah utara menjadi pilihan utama untuk aku berbakti untuk nusa dan agama di situ.
Pastinya hari pertama aku melapor diri aku dapat rasakan suasana, persekitaran dan orang yang berbeza dengan apa yang aku lali dan lalui sebelum ini. Pertama kali menapak masuk ke kelas pasti mata-mata yang memandang bukanlah yang memakai songkok atau kopiah atau berbaju raihan atau berbaju kurung, bertudung labuh, bulat dan berniqab. Tetapi bermata bundar, sepet, kening lebat, nipis, pelbagai warna kulit dan bangsa dan pelbagai fesyen terkini malah berjean dan berwatak seperti 'seniman'. Pertama kali aku pasti kaget kerana aku berdepan dengan adik-adik (terasa diri masih muda ketika itu) didik berlatarbelakangkan kejuruteraan. Hari pertama, kumpulan pertama, tempat pertama, kursus pertama dan memori pertama apabila mula menjalankan tugas sebagai seorang pendidik mendidik pelajar jurusan kejuruteraan mekanikal dan mekatronik, mereka adalah pelajar tahun 4 yang hanya perlu mengambil kursus akhir untuk bergraduat. Fuh.. cabaran sangat besar. Aku masih ingat lagi, hari pertama itulah Timb Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekatronik melawat secara tidak rasmi ke kelasku. Aku dijenguk olehnya mungkin melihat pelajarnya hadir atau tidak tetapi aku rasa juga melihat adakah diriku berada ditempat yang sepatutnya aku berada. Alhamdulillah perjalanan kuliah pertama berjalan dengan baik walau sedikit gementar kerana pelajar yang hadir hampir 70 orang. Hampir setiap hari menghadir diri di Jalan Semarak, aku melalui kenangan-kenangan yang indah walau pada mereka tidak lah seindah mana. Disebabkan aku mengajar pelajar kejuruteraan pastinya kuliah tersebut majoritinya adalah pelajar lelaki dan pelajar perempuannya hanya lima orang, campur aku enam orang semuanya. Pastinya ada sekumpulan pelajar yang mencuri perhatianku dengan duduk di belakang dan pakai pakaian ala ala kadar, dan mungkin aku nampak seperti 'muda' mereka banyak bertanya soalan yang kadang-kadang diluar topik. Namun, apabila aku dapat kenalpasti asal usul mereka dari Kelantam maka sesi asal mereka ingin mengenakan aku berubah menjadi akrab kerana aku bisa berdielet klate. Al maklumlah ada bau bau klantam.
Aku tersimpang sikit dengan apa yang ingin aku kongsikan, cerita di atas tu ada dalah peristiwa tujuh dan lima tahun yang lalu. Dan aku dapat rasakan seperti sekejap masa berlalu. Tujuh tahun jika ada anak ni pasti sudah masuk sekolah rendah. Abaikan. Mungkin kerana sudah biasa dengan pelajar antarabangsa, aku selalu dipilih untuk mengambil kelas yang paling ramai pelajar antarabangsa, sudah menjadi kebiasaan adanya sepanjang lima tahun ini. Ada juga yang mohon untuk masuk ke kelasku sebab ramai pelajar antarabangsa. Mungkin jiwa keantarabangsaan yang terlalu menebal hasil belajar di IIUM dulu membuatkan aku sudah biasa dengan pelajar antarabangsa. Rahsianya satu saja, didiklah dengan jiwa, pasti jiwa- jiwa yang menadah itu serap masuk ke dalam jiwa. Berpujangga aku. Aku memang suka bahasa, bahasa kan jiwa bangsa. Itulah aku. Anak didikku yang berasal dari Asia timur yang ada padanya indah rupanya, serta sopan tuturnya. Sebenarnya dia sudah tiga tahun di sini namun Allah belum menemukan dia dengan aku mungkin belum bersebab. Sejak minggu lepas dia datang bertemu denganku untuk tujuan kelas tambahan bagi peperiksaan tambahan menjadi titik tolak tajuk yang ingin aku kongsikan. Inilah aku saban hari saban waktu ketika kufikir, kutenung dan kuhayati kenapa aku berada di sini adalah atas satu tujuan iaitu mendidik dengan jiwa kerana Allah. Itu tonggak utama kenapa Allah pilih aku ke sini, kenaaa aku direncanakan olehNya ya Barii berada di sini adalah mendidik dengan tulus membentuk hatiku dengan jiwa nan ikhlas. Semakin ditenung direnung, semakin indah rasa di jiwa. Segala tertinggi puji itu hanyalah kepadanNya teragung Allah ya Barii, ya Adzim ya Allyy. Anak didikku mengaku seusia dia berada di sini belum pernah merasai bagaimana solat dengan jujur dia lafazkan, dengan penuh kasih dan sayang Allah campakkan dalam hatiku, aku senyum dan berkata marilah, saya bimbingi kamu. Itulah momen gembira yang aku rasai di sini. Aku tidak pandang dia dengan apa yg diucapkan tapi aku pandang betapa Allah memilih aku untuk menjadi medium atau perantara buatnya untuk mengungkap cinta kepdaNya. Syukur ya Allah. Dalam hatiku terasa indah ingin membawa dia bersama-sama apa yang nikmat ketenteraman jiwa yang aku alami.
Maka hari inilah hari yang dia tunggu membawa kerudung yang telah dibeli dua tahun lepas tanpa pernah menggunakannya kerana dalam pencarian. Subhanallah.. akhirnya Allah temukan dia denganku. Wahai anak, aku mendoakan dikau diberi hidayah oleh Ya Nur, Ya Hadi, Ya Haq... semoga setiap waktu berterusan istiqamah walaupun sedikit. Kami usai solat berjemaah zuhur tadi diakhiri dengan doa dan pelukan. Aku dapat rasakan apa yg dicari sekarang ini telah dia temui. Wahai anakku, teruskan mencari sirna dalam jiwa mu. Allah selalu bersamamu. Semoga anak menjadi anak yang solehah. Ameen.
Nur ala Nur,
Castle of coconut milk
Castle of coconut milk
1 comment:
Cik Pza,
Serius, aku sangat tersentuh..Betul..didik dengan hati..InsyaAllah mereka akan menerima ilmu itu dengan hati..
Teruskan perjuangan!
Post a Comment