Lama sungguh tak mengemas bilik maya ni. Bersarang sungguh aku rasakan. Tak pa, masih aktif walau sedikit. Sempena di hujung tahun 2015 ni, jom kita singkap semula janji-janji manis atau dengan kata rasmi azam yang dijanjikan sebelum menutup tirai 2014.
Fikir-fikirkan lah. Ada yang terlaksana ada yang tak terlaksana bukan?
Bukan melontar persoalan ini kepada kawan-kawan ya. Tapi kulontarkan kepada diri ini yang selalu alpa dan lupa dan kadang-kadang buat-buat lupa dan ada juga sengaja melupakan agar terasa terlupa. Bahaya bukan?
Kenapa ianya menjadi halangan? Dan akhirnya menghalang apa yang dirancang. Kemudian buat-buat terhalang.
Sebenarnya halangan utama kita dalam melakukan sesuatu bukan kerana faktor persekitaran, luaran atau siapa-siapa tetapi faktor DALAMAN iaitu kita sendiri. Huhu
Dikala kita merangka perancangan dan kerangka perjalanan sama ada jangka masa pendek atau panjang halangan yang mendatang yang paling utama adalah diri kita sendiri bagaimana kita mahu mengerakkan apa yang dirancang.
Jadi, marilah kita kitar semula azam yang tak tercapai, perbaharui semula, gugur dan tambah kunci indeks prestasi kita. Ingat KPI kita bukan untuk manusia tetapi untuk ALLAH.
Semak, periksa, koreksi, dan cuba laksanakan semula. Kadang-kadang tak perlu tunggu nak masuk tahun baharu tapi perbaharuilah setiap hari. Seperti niat kita hidup di atas muka bumi ini sebagai satu ibadah.
Allah jualah sebaik-baik Penilai Utama kita.
Allahummar zuqna istiqomah wal ikhlass...
25 Disember 2015
The nucleus of knowledge
Beach Valley
1411
~The only lasting beauty is the beauty of the heart ~ (Rumi). Expressing the small things in my life and appreciating them.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Softening Brush
Bismillah. The hectic week has just begun, and I need to slot in my packed time, even 5 minutes, to sharpen my art skill of sketching up an...
-
Bismillahirahmanir rahim. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. It was a long process, almost 98 months. My original plan was 36 mon...
-
Bismillah. Yes, we have nice weather in the sunny season in the northern state of Malaysia. Make me thankful with all Allah gives to me. Ac...
-
Raining afternoon. I had class today. Alhamdulillah everything settled within the time. Now, my clock shows me 18.44. Am just waiting for to...
No comments:
Post a Comment