Sunday, July 5, 2015

Perempuan, Isteri, Anak dan Pelajar

Ramadha ke 18, 1436 semalam membawa pada perspektif yang sangat luhur kepada seseorang saya kagumi. Menyingkap pertemuan atau kisah ukhuwah ketika kami sama-saaa belajar di Matrikulasi Nilam Puri lagi sekitar 1999. Berlainan majmuah bukan bererti persahabatan itu sukar untuk terjalin, hakikat sebuah persahabatan itu bermula dengan sebuah senyuman, tanya khabar dan sapa-sapaan yang berterusan. Kami bertanya khabar dan sentiasa ada ikatan ukhuwah walaupum tidak serapat mana pada ketika itu.

Mengorak langkah ke Kampus Induk di Kuala Lumpur dan berlainan jabatan tetapi di bawah satu pusat pengajjan juga membuatkan kami sering bertegur sapa dan bertukar-tukar maklumat. Seingat saya, kami selalu terserempak di perpustakaan dan ada juga waktunya saya menziarahinya di rumah sewa. Memang indah ukhuwah itu. Masih ingat lagi, saya ketika itu suka melibatkan diri dengan persatuan anak negeri, pernah menginap di rumahnya dan mengenali siapa orang tuanya dan siapa dia di mata orang tuanya. Kami juga akrab selepas terlibat dalam satu program motivasi didaerah Kubur Panjang Kedah.

Masa berlalu, kami tidak pernah pula berkongsi keinginan untuk sambung pengajian di peringkat sarjana. Tapi perancangan Allah selalu indah dan diaturNya dengan cintaNya. Habis pengajian di UniMalaya 2003 saya berhasrat untuk meneruskan perjuangan tradisi ilmu di peringkat sarjana. Di penjuru kota metropolitan, saya memilih UIA sebagai destinasi taman ilmu dan budi saya seterusnya. Tidkk disangka bertemu lagi dengan sahabat saya ini, kami sama sama berjuang diperingkat sarjana di Gombak. Di sinilah kami semakin akrab. Banyak kisah suka dan duka di kongsi bersama. Pastinya kami bukan di Kuliyyah yang sama namun berbeda. Walaupun berbeza, hasrat, cita-cita dan matlamat adalah sama iaitu menuntut ilmu di sana. Akhlaknya yang baik dan tutur katanya yang lembut selalu menjadi komplementari kepada saya. Ukhuwah itu sehingga lah kami habis menuntut sarjana di UIA.

Sesuatu yang terjadi itu selalu saya rasakan bukanlah suatu kebetulan tetapi sebuah ketentuan. Allah lah yang menentukan pertemuan kami selanjutnya, setelah saya habis sarjana di UIA saya terus mendapat peluang pekerjaan dalam industri kewangan di Kuala Lumpur. Namun atas dasar minat untuk berkongsi dnn menyampaikan ilmu yang tidak seberapa saya memohon untuk menjadi pendidil di KUIS. Alhamdulillah berhijrah saya ke Bandar Seri Putra dan bertemu lagi dengan sahabat saya ini dalam bukan perancangan kami. Alhamdulillah. Tautan ukhuwah itu semakin bertaut indah. Sehinggalah dia dipertemukan jodoh dan berhasrat untuk pulang ke Kedah. Akhirnya dia telah berjaya menempatkan diri di UUM. Alhamdulilah.

Dari persepsi saya, sahabat saya ini sangat kental jiwanya kerana saya melihat dia dalam pelbagai persepsi. Persepsi sebagai seorang anak, kepulangan ke kampung sebagai satu platform untuk membalas jasa ibu bapanya yang telah berjasa sehingga ke hari ini. Dia dapat melihat dan memantau keduanya di hadapan matanya. Secara tidak langsung, dapat berbakti secara mutlak kepada mereka. Hebat bukan?

Persepsi sebagai seorang isteri dan ibu kepada tiga cahaya mata. Pada saya sangat hebat dan sangat dikagumi. Ketika dia pulang untuk berkhidmat di UUM, kemudian dikurniakan seorang puteri comel. Dalam tempoh tersebut diberi peluang untuk menyambung diperingkat doktor falsafah dan dalam tempoh itu dikurniakan lagi seorang putera yang comel. Khidmatnya sebagai seorang isteri tiada tara tulus dan ikhlas mendapat redha suaminha. Malah suaminya meredhai dengan apa yang telah dia lalui. Mempunyai suami yang sangat membantunya dalam mendidik anak-anaknya. Saya lihat bertapa cekal dan tabahnya dia dalam mengharungi fasa-fasa ini. Menjadi suri dan ibu kepada suami dan anak-anaknya.

Persepsi sebagai seorang pelajar, menyambung pengajian diperingkat doktor falsafah bukanlah sesuatu yang mudah untum ditafsir prosesnya. Namun saya memberikan pendapat positif sikap dan sangkaan terhadap apa yang dilalui sahabat saya ini, dan tunggak utama redha suami dan ibu bapanyalah membuatkan proses perjalanan sebagai seorang pelajar itu membantu dia mengharungi segala mehnah dengan tenang dan sabar. Hasilnya dia akan viva tidak lama lagi. Sebelum viva 29 hari yang lalu dikurniakan seorang puteri yang comel. Kini tiga orang cahaya matanya dan akan menamatkan pengajiannya dengan viva pada 13hb Julai 2015. Buat sahabatku Norhanani Ismail, Allah sentiasa dengan hambaNya yang sabar dan redha. Ku yakin kejayaan itu nanti pasti milikmu.

Rasa panjang sungguh entri pagi ini. Sebab ingin diungkapkan sebuah persahabatan yang indah, sehinggakan Mak saya sendiri mengaguminya. Coretan untuk disimpan untuk pendoman dihari kemudian.

Fajar di ufuk timur,
Ramadhan 18, 1436
5-07-15

No comments:

Softening Brush

 Bismillah. The hectic week has just begun, and I need to slot in my packed time, even 5 minutes, to sharpen my art skill of sketching up an...