
Bezanya hari ini, saya sudah pagi-pagi lagi mendapat pesanan ringkas dari anak murid saya yang menyatakan dia akan menghantar draf ke-dua latihan ilmiahnya. Sekitar pukul 10.30 dia sudah meng-email draf ke-duanya. Teringat suatu ketika dulu, saya berada ditempatnya menghubungi supervisor yang baik hati itu ketika saya menuntut di UIA dulu. Beliau selalu menjadi "cermin" kepada saya. Sebelum beliau menjadi supervisor saya, saya yang kebetulan pernah menjadi tutor yang mengajar subjeknya. Peribadinya, ilmunya dan caranya selalu membuatkan saya mengambil contoh. Sekarang saya sudah hampir sudah setahun lebih tidak bertemu dengannya kerana beliau kini menjadi pensyarah lawatan di University of Bahrain. Melalui surat maya dan sms sahaja membuatkan hubungan itu masih berkekalan. Sifatnya yang "down to earth" membuatkan saya terlalu menghormatinya. Guru..Semoga Allah payungi rahmat dan sejahtera yang berkekalan buatmu dari dunia sehinggalah ke akhirat.
Saya selalu meletakkan "reminder" supaya menjadikan diri terbaik dalam sepertinya dalam setiap aspek. Insya Allah. Jadinya, saya juga dalam usaha membentuk diri dan membantu yang terbaik ketika berhadapan dengan murid-murid saya. Selesai menyemak draf ke-dua, saya lihat dalam "kotak masuk" email saya ada lagi email seorang lagi yang menghantar draf ke-tiganya. Semoga mereka juga menjadikan diri mereka yang terbaik untuk ilmu Allah ini..“Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman diantaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.”(Al-Mujadilah(58):11)
“Barangsiapa berjalan di satu jalan dalam rangka menuntut ilmu, maka Allah mudahkan jalan menuju jannah. Dan sesungguhnya malaikat meletakkan sayap-sayapnya bagi penuntut ilmu tanda redha dengan yang dia perbuat. “(Dari hadith yang panjang riwayat Muslim)
Bukalah jalan dan pintu buat kami bagi memudahkan kami menadah ilmu-ilmuMu..Permudahkanlah kami..
Santan Permai
~_~
the catalyst of knowledge tradition