Thursday, January 31, 2008

Cabar Jangan Tak Cabar

Malam tadi saya menyusur ke UTM Jalan Semarak. Alhamdulillah sesi kelas berjalan baik. Dan yang paling penting utiliti saya menyampaikan apa yang saya tahu meningkat ke tahap yang memuaskan dalam Keluk Puas Sama saya.

Para pendengar DDG 2413_27 nampak bergaya mengangguk dengan kombinasi perkhidmatan yang telah saya sampaikan. Saya juga berharap agar darjah kesanggupan mereka melepaskan satu perkhidmatan yang lain meningkat untuk menghadiri sesi saya. Alhamdulillah. Kadar Marginal Penggantian (MRS) juga menjadi lebih mutlak dari sudut numerikalnya. Inilah yang dikatakan Pengganti Sempurna dalam gaya meningkatkan utiliti penyampaian saya.

Pagi ini sepatutnya saya ada training. Tetapi aplikasi konsep kos melepas atau opportunity cost terpaksa di'apply'kan untuk mendapat hasil yang lebih baik. Perference saya yang utama adalah menyiapkan proposal paper untuk mesyuarat SC awal Febuari ini. Jadi, apabila wujudnya unsur monotisiti dan transitiviti, training dilepaskan untuk menyiapkan proposal paper ini. Hihi... Itulah dikatakan consistent dalam andaian Consumer Preference. Saya selalu mengingatkan DDG2413_27 agar cuba mengaitkan apa yang diperolehi dengan konsep dan teori ekonomi yang sedia ada. Mudah-mudahan mereka lebih 'arif daripada saya. Insya Allah.

Inilah cabaran dalam kehidupan, menge'quote' balik kata-kata Ustaz Farhan dalam ceramahnya di DM baru-baru ini. Seseorang itu tidak dinamakan sebenar-benar 'hidup' selagi dia tidak dicabar dengan cabaran-cabaran yang besar. Kalau dilihat dalam konteks kehidupan kita seharian, belajar, bekerja dan sebagainya mestilah ada cabaran. Apatah lagi dalam menegakkan Islam. Kalau kita sekadar suka berada dalam 'comfort zone' atau zon yang selesa tanpa diduga dengan pelbagai cabaran. Tidak malukah kita untuk berhadapan dengan Nya dihari kemudian... Ya Allah...malunya...kerdilnya saya.. Ustaz Farhan yang berjaya mengislamkan 2000 orang dan berjaya menutup 10 gereja di Sabah, subhanallah... terasa diri saya terlalu tidak layak untuk mengadapNya nanti... Kita tidak akan rasa manisnya iman selagi mana kita tidak diuji, uji itu bukan tanda untuk kita berasa kecewa tetapi untuk kita lebih dekat dengan Nya..

Ok, preference saya perlu diutamakan.

Dan Salam takziah buat keluarga Ustaz Dato' Ishak Baharom.

Kekuatan kita adalah cabaran yang kita sanggup hadapi

Monday, January 28, 2008

Sempoi

Isnin. Faham-faham lah. Setelah dua hari bercuti. Rasa berat nak ke pejabat.

Memang lali betul saya naik LRT pagi tadi. Mata setiap orang dalam tren pagi tadi semuanya kuyu-kuyu.

Sesekali saya rasa teringin nak baca apalah yang semua orang dalam 'tin sardin' tu berfikir..

Saya hanya senyum sorang-sorang tengok manusia dalam tren.

Bila la saya nak naik tren kat tempat lain pulak.

Kat divisyen saya hari ini sunyi. Dua orang training. Sorang MC. Saya pun rasa lagi la 'mandom'.

Tapi sekarang dah ok, sebab ada misi dan visi yang perlu diselesaikan untuk suku masa terakhir sebelum balik.



Indahnya pertemuan seandainya dilandasi dengan rasa keikhlasan. Saya harap 'keikhlasan' dalam setiap apa yang dilakukan.

Friday, January 25, 2008

Cuti Thaipusam bagi Kuala Lumpur

Selepas diumumkan oleh YAB PM kita, maka Kuala Lumpur dan Putrajaya berjaya mendapat cuti umum. Cuti umum Thaipusam. Hehe..

Disebabkan cuti, maka kepala otak saya mula berfikir apakah agenda best yang perlu dibuat untuk mengisi masa cuti Thaipusam. Nak ke Batu Caves, jem sangat. Sesak. Jalan pun tutup.. Tapi tak nak pun pi ke situ. Selepas melilau-lilau laman web ustaz zahar, saya nampak ada diskusi kewangan Islam di UKM, sempena minggu Ekonomi di Fakulti Ekonomi.

Diskusi Kewangan Islam ini, disampaikan oleh Ustaz Zahar sendiri mengenai kewangan Islam yang mana beliau fokuskan tentang jenis-jenis riba. Diskusi yang bersifat santai-santai sepoi-sepoi bahasa tu memakan masa dua jam. Best. Pendedahan mengenai riba dalam pinjaman kereta, rumah dan lain-lain. Begitu juga dikupas tentang multi level marketing.

Segalanya terkumpul seperti dalam http://zaharuddin.net. Saya juga sempat membeli buku ustaz zahar yang bertajuk "Wang, Anda dan Islam: Halal dan Haram dalam Kewangan dan Perbankan". Harga RM 22.00. Berbaloi. Padat dengan kupasan Kewangan Islam.

Dimaklumkan, pada 3 Febuari 2008, di MPH Midvalley Mega Mall ada pelancaran dan ceramah oleh ustaz zahar, pada 9.00 pagi.

Tuesday, January 22, 2008

Nostalgia

Hari ini sudah pun masuk hari ke 22 dalam tahun baru 2008. Lama jugak saya tak menjengah. Bukan lupa tapi tak sempat.

"Al wajibat Aktharu Minnal Auqat"

Memang betul pesanan Hasan Al Bana. Saya masih ingat lagi. Kata-kata ini selalu dilaungkan ketika saya menuntut di pusat matrikulasi pengajian islam, Nilam Puri kelate. Masa tu zaman akhir-akhir 90an. Matrik 1999. Fuh, mencengkam jiwa jugak masa belajar kat situ. Mana taknya semua orang kat situ hebat-hebat. Saya saja yang 'cikai' terpilih olehNYA untuk bersama-sama dengan mereka. Tuhan saja yang tahu, betapa kerdilnya saya bersama-sama mereka.

Banyak kenangan manis, pahit, masam, tawar dan tiga rasa semasa di sana. Saya didedahkan dengan pelbagai ilmu yang tak pernah saya tahu. Lagilah bertambah-tambah kekerdilan saya semasa di sana. Catatan sejarah telah terpahat di Kolej Al Malik Khalid, bilik B025 menjadi saksi yang saya pernah menghuni istana tinggalan lama yang di jadikan markaz pembelajaran di sana.

Semasa di situ, saya selalu dengar lagu ni.

Best..

Terkenang betul saya dgn kenangan di Kelantan (Majmuah 6 - 1999-2000)... Kawan-kawan yang sporting dalam usaha melaksana program di Machang - Kem Bina Syaksiah. Masih terpahat lagi...mereka yang sama-sama berganding bahu iaitu sheikh kabir, zainon, lia, dayah, famos, amin, nik, anne dll... semua la dan pengarah kami TK... bestnya...

Terkenang sebuah memori lalu
Kisah persahabatan kita bersama
Di dalam satu pengajian
Menuntut ilmu dan pengalaman
Mengingatkanku pengorbananmu
Terpahat padu di kalbuku
Bersama rakan taulan dan guru
Tawa riangmu menghiburkan hatiku
Indahnya suasana ketika itu
Terjalin ukhuwah sejati
Nasihatmu sungguh bermakna bagiku
Mengenalkanku erti kehidupan
Susah payah kita hadapi bersama
Itulah asam garam dalam kehidupan
Ya Tuhanku tabahkan hatinya
Kuatkan semangatnya untuk menghadapi hidup
Limpahkanlah maghfirah dan kasih sayang-Mu
Agar hidupnya sejahtera di dunia akhirat

Sekarang sudah pun 2008...segalanya masih segar diingatan..
Masing-masing punya kehidupan sendiri.
Semoga kalian berjaya dan bahagia...

Selamat Tahun Baru.... Hijrah Ke Arah Kebaikan..

Softening Brush

 Bismillah. The hectic week has just begun, and I need to slot in my packed time, even 5 minutes, to sharpen my art skill of sketching up an...