Thursday, November 15, 2007

Perbankan dan Kewangan Islam

  • Diri ini sangat pelik. Saya selalu berkata-kata mahu menyajikan sesuatu yang berlainan dalam ruangan ini. Tapi sekali dicuba, sekali itulah hati akan mendorong untuk menyentuk isu yang berkaitan dengan dunia Perbankan dan Kewangan Islam. Saya berharap agar ruangan ini sangat santai untuk diri saya. Tetapi ia akan jugak jadi ke arah itu. Atau mungkin kerana saya terlalu sayangkan bidang ini?
  • Hmm... hati kecil tetap berlagu riang mengatakan "ya". Adus... Nak tak nak saya kena juga sentuh bab-bab yang berkaitan dengan Perbankan dan Kewangan Islam. Agaknya jiwa sudah sebati telah diadun khas untuk sektor ini. Ya la, pemikiran seseorang akan terbentuk berdasarkan persekitarannya, persekolahannya, pengajiannya, serta minatnya. Dan sudah tentu minat saya dalam sektor ini. Saya selalu tertanya-tanya dalam diri apakah sumbangan saya yang selayaknya untuk membangunkan ummah. Sebab saya bukannya seorang penceramah bebas, atau penceramah agama pun bukan, seorang penulis? bukan. Seorang pengajar? pun bukan...
  • Saya hanyalah tetamu yang hanya singgah sebentar di hentian "industri kewangan Islam" untuk menuntut sekadaran ilmu. Terlalu banyak benda yang ingin dipelajari. Belajar juga memerlukan masa. Berdasarkan masa dan ilmu yang diperolehi terciptalah pengalaman. Pengalaman itulah yang mematangkan kita. Tapi! saya masih di tahap baru nak belajar. Ya Allah, Tuhan saja yang tahu bertapa sekarang ini, saya ingin meluangkan masa untuk perkongsian ilmu ini.
  • Gembira! Ya saya gembira.
"Ikhlaskan diri untuk berjuang mendapatkan ilmu. Tahap fokus digandakan. Tahap konsisten diteruskan. Amanahkan diri untuk perjuangan ini. Hidup adalah pengalaman."

No comments:

Softening Brush

 Bismillah. The hectic week has just begun, and I need to slot in my packed time, even 5 minutes, to sharpen my art skill of sketching up an...