Friday, November 16, 2007

Kuala Lumpur Islamic Finance Forum 2007

  • KLIFF 2007, satu medan diskusi yang baik ke arah kematangan dan perkembangan Kewangan Islam di Malaysia. Sebagai satu langkah merealisasikan Kuala Lumpur sebagai sebuah "hub" atau "centre" bagi semua pelabur, praktisional, ilmuan dalam Islamic Transaction / Muamalat, serta para pelajar ianya satu tempat perhimpunan yang menarik.
  • Sebagai pemerhati bebas, saya sangat berbangga dengan KLIFF yang sudah menjangkau empat kali perhimpunannya. KLIFF pertama bermula pada tahun 2004. Sasaran awalnya sangat terhad dan semakin berkembang dari tahun ke setahun.
  • Untuk mengorganisasikan sebuah 'event' yang berprestij ini, pengalaman, kekuatan, kesabaran serta kepakaran amatlah diperlukan bagi setiap ahli penggeraknya. Saya dapat rasakan, usaha untuk mengekalkan nama KLIFF itu bukanlah satu usaha yang mudah. Tetapi satu kesungguhan yang sangat jitu diperlukan untuk merealisasikan 'event' berprestij ini.
  • Difahamkan sajian yang sangat lazat dan istimewa kepada semua penggemar Kewangan Islam akan dihidangkan semasa KLIFF nanti. Antara topik yang sangat menarik kalbu saya adalah Islamic Structured Products and Derivatives: Unlocking New Potentials. Sila lihat http://www.kliff2007.com/kliff2007/day1.htm.
  • Segalanya kita tunggu dan lihat 20 sehingga 21 November 2007 ini.
  • Saya? Mungkin akan berada di sana...

Kejayaan hari ini bermula dengan kejatuhan kita semalam. Kalau bukan disebabkan kejatuhan kita semalam, belum tentu kita berjaya pada hari ini.

No comments:

Softening Brush

 Bismillah. The hectic week has just begun, and I need to slot in my packed time, even 5 minutes, to sharpen my art skill of sketching up an...