Thursday, November 15, 2007

Langkah Pertama, Langkah Pengenalan

  • Di akhir-akhir 2007, ditekadkan diri dengan penuh konsisten agar blog ini menjadi sesuatu yang berguna buat diri saya.
  • 15 Nov 2007, satu penjenamaan baru bagi tempat saya bekerja telah dilancarkan dalam majlis gilang gemilang di Kuala Lumpur Convention Centre. Etiqa Takaful Berhad (ETB), baru beberapa jam disebarluaskan namanya. Yang berasal usul daripada Takaful Nasional Berhad. Satu langkah evolusi baru dalam industri kewangan negara kita, kerana satu nama berbeza operasi. Etiqa yang bermaksud "ethic" dalam bahasa Inggeris dan "etika" dalam bahasa Melayu dan "a'tiqa" yang bermaksud suci, matang dalam bahasa Arab. Satu cantuman istimewa dalam operasi perniagaan kami.
  • Langkah pertama bagi Etiqa untuk meyakinkan tema yang berkonsep menginsankan insuran. Dari sudut perkhidmatan (services) atau layanan yang baik ditekankan dalam Etiqa. Berteraskan konsep "hand in hand" iaitu perkongsian yang erat, "rock solid" iaitu dengan semangat tolong menolong sesama kita dan "crystal clear" iaitu sentiasa telus dalam apa jua keadaan.
  • Rasanya, itu sekadar langkah pertama yang ingin dikongsikan.
"Kita jangan terlalu mencari kesempurnaan daripada seseorang, tetapi carilah apa yang boleh menyempurnakan antara kita dan dia"

No comments:

Softening Brush

 Bismillah. The hectic week has just begun, and I need to slot in my packed time, even 5 minutes, to sharpen my art skill of sketching up an...