Bismillah. 20 September. Hari isnin. Ada apa dengan hari ini? Ya ada. banyak. Paling penting lesen memandu aku luput hari ini. Semalaman hujan, pepagi lagi aku bersiap-siap sebab pagi ini ada mesyuarat, makanya aku kena cepat selesaikan urusan lesen mandu. Dalam renyai-renyai hujan, ku terus ke Bakri Agensi untuk renew, tinggal dulu nanti petang singgah ambil. Lepas tu teringat nak singgah baitulmal untuk ambil resit amanah Ustaz minggu lepas.
Sementara tunggu dikaunter, aku dapat mesej dari sahabatku iium, tapi mesej dari orang lain, pesanan dari seorang kakak yang aku sangat2 rindui. Subhanallah.. Allahuakbar... rupa-rupanya dia juga merindui aku. Betapa aku ingat segala kebaikan dalam perkenalan kami sejak 2008/2010 dulu. Aku tak terucap hanya menahan ayaq mata kat kaunter tu sbb diorang ingat apa tiba2 duk menangis depan kaunter.. sebak sbb aku hanya kirimkan rindu dalam doa buatnya dan buat arwah suaminya yg juga senior aku.. aku segan nak mesej, hanya utusan doa melalui Rabbi buatnya agar dia kuat, tabah, redha dan pasrah atas kehendak Illahi. Tapi Allah kirimkan melalui Kak Sak maklumat ini yang sangat dekat dengan aku.. Allah... aku speechless seharian hari ni. Begitulah doa itu senjata orang mukmin. Aku yakin, aku percaya dan aku yakin segala-galanya daripada Allah. tak boleh nak gambar rasa ni. Allahuakbar. Sesungguhnya aku berdoa buat semua sahabat-sahabat ku yang dikasihi kerana Allah, bertemu kita keranaNya, berpisah kita keranaNya, kasih sayang adalah keranaNya. Kalian selalu, selalu sentiasa berada dekat dalam doa-doaku...kerana mungkin aku tidak dekat bersama kalian waktu susah dan getir, hanya doa saja mampu aku kirimkan buat kalian atas segala kebaikan yang pernah kuterima daripada kalian.
Adui... syahdu sungguh hari ni.. all my x-UM dan IIUM kalian abadi dalam doaku.
No comments:
Post a Comment