Bahagiakah...........?

Apa itu bahagia?
Kenapa mesti nak bahagia?
Apa tiada alasan lain mesti ada sesuatu baru bahagia?

Mesti ada kereta baru bahagia.
Mesti kahwin baru bahagia.
Mesti ada anak baru bahagia.
Mesti ada itu, ini, baru bahagia.

Definisi bahagia yang membuatkan manusia meletakkan sesuatu dalam bentuk fizikal ataupun proses duniawi barulah diterjemahkan apa itu bahagia. Bahagia tu ibarat bilik yang memerlukan anak-anak kunci untuk membolehkan kita ke bilik itu. Kunci-kuncinya adalah dengan bertaubat, takutkan Allah, mencintai Allah, sentiasa bertawakal kpdNya, sabar yang cantik, syukur atas nikmat ilmu,amalan dan suasana, IKHLAS berbuat amal kebajikan baik dalam tuturkata dan perbuatam, redha denhan ketentuan Allah, zuhud dan selalulah mengingati mati...

Jadi tak dak satu pun perkara yang disebutkan diatas ini menjadi punca kepada orang yang tidak berkahwin rasa tidak bahagia, orang yang berkahwin tiada anak tidak bahagia, orang yang tiada kereta tidak bahagia, orang yang tiada itu dan ini tidak bahagia. Jika masih ada maksudnya masih suka mencari alasan.

Berbahagialah kita dengan kunci-kunci yang disebutkan kerana semua orang berhak bahagia tidak kira kaya, miskin, papa kedana, half-half, banyak kerja, tiada kerja, ada dua tiga kerja dan sewaktu dengannya.

Kenapa perlu alasan untuk bahagia???

Sedangkan bahagia itu bisa digapai walau kita sendiri bertaqarub denganNya.

Siapa??
Pencipta yang mencipta kita Ya Allah, Ya Alim, Ya Hakim, Ya Rahman, Ya Raheem, Ya Wadud.
Yakni pemilik segalaaaaaa-gala kebahagiaan. Cuma mintalah bahagia itu dicampak ke dalam hati kita. Agar tenang dan tenteram di hati kita. Rasa lapang walau ujian setinggi gunung everest. Atau pun bukit lagi atau bukit kubu bagi rakan-rakan di Perlih.

Damailah wahai hati menyerah hati pada Ya Wadud. Pemilik segala cinta dan bahagia. Oh bahagianya...

Emas itu cantik,
Emas itu putih,
Hati ini berputik,
Dengan rasa merintih.

f.i.e.z.a.r.m.y
L.2 MLMU
di suatu lembah di daerah bahagia

Comments

CikDibah ;P said…
Bahagia itu subjektif,
dan hanya kita yg berhak menilai adakah kita bahagia..

dan aku doakan moga kite semua bahagia dengan cara dan dunia kita..Insyaallah

Popular Posts